You are on page 1of 1

……………………………

………………………………

Pengetua,
Maahad Dini Sultan Abdul Halim,
Lot 1306, Jalan Suka Menanti,
Mukim Pumpong,
05150 Alor Setar,
Kedah Darul Aman. 14 November 2018

Tuan Pengetua,

PERMOHONAN SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MD41

Perkara di atas dirujuk.

2. Saya Nama Pemohon (No. KP : ……………….) ingin mengemukakan permohonan sebagai


Pegawai Perkhidmatan Pendidikan MD41 di Maahad Dini Sultan Abdul Halim, Sekolah Lembaga
Zakat Negeri Kedah.

3. Bagi makluman pihak tuan, saya kini bertugas di Sekolah Menengah Agama
Al-Baqiyatussolihat, Langkawi sebagai guru penolong sejak 2014. Saya pernah bertugas sebagai guru
ganti di SMK Mahsuri selama dua bulan selain menjadi tutor di Langkawi Tuition Centre (LTC) sejak
tahun 2014 sehingga kini dan di Pusat Tuisyen Ilmu Ria, Negeri Sembilan pada tahun 2011 hingga
2013. Saya juga pernah menjadi guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Kepis Negeri Sembilan pada
tahun 2012 hingga 2013. Saya percaya pengalaman selama 7 tahun bergelar pendidik akan membantu
saya menjalankan tugas sebagai guru dengan penuh amanah dan berdedikasi.

4. Bersama-sama dengan ini dilampirkan resume dan sijil-sijil berkaitan bagi perhatian pihak
tuan. Saya berharap agar permohonan ini akan mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak
tuan. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.....................................................
()

You might also like