You are on page 1of 5

EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran

ISL M2

Pantang Larang Orang Melayu

Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.

Pantang larang Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap. Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul

Sebab pantang larang wujud Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.

Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.

Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak. Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta. Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di

Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang

EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran

ISL M2

Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.

dinding yang boleh jatuh dan pecah. (a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak (b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi.

EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran

ISL M2

Pantang Larang Orang Cina

Penyapu Terdapat pelbagai pantang larang yang wujud di kalangan kaum cina tentang kegunaan penyapu. Ia dipercayai mempunyai roh atau semangat sendiri dan oleh itu tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan rumah and kedai sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk membersihkan perkakas memuja dan kawasan sembahyang di rumah orang cina. Hanya kain bersih dan berus khas boleh dibenarkan. Semasa perayaan Tahun Baru Cina, menyapu rumah ataupun kedai milik orang cina tidak dibenarkan pada 3 hari pertama perayaan ini kerana ia boleh menghilangkan tuah. Memukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan selama beberapa tahun. Dalam aktiviti perjudian, roh ataupun semangat penyapu itu bolehdiugut sehingga kembalinya tuah kepada pertaruhan yang sedang dilaksanakan. Adakalanya penyapu digunakan untuk menhilangkan semangat buruk atau lemah seseorang dengan menyapu seluruh badan sambil menghadap patung-patung pujaan. Sejurus selepas itu penyapu tersebut akan dipukul and dipijat seumpama untuk mengeluarkan semangat yang tidak diingini itu.

Nombor Nombor memainkan peranan yang kedua penting selepas makanan dalam budaya kaum Cina. Ia sunggguh penting sehingga digunakan untuk menafsir nasib seperti menghasilkan nama seseorang bayi. Oleh demikian itu adanya nombor yang dipercayai boleh membawa tuah dan ada yang tidak. Sebagai contoh, nombor 8 adalah paling digemari oleh orang Cina kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah. Nombor 4 pula melambangkan kematian oleh itu ia jarang digunakan sebagai nombor plat kereta, alamat dan lain-lain. Nombor-nombor lain yang dielakkan kegunaan secara umum adalah 7 dan 1 kerana mereka melambangkan kematian dan kesunyian masing-masing.

Misai dan Janggut Sesiapa yang gemar menyimpan misaim ataupun janggut boleh dikatakan membawa kecelakaan ke atas si kerluaga and saudara mara lelaki itu. Walaupun terdapatnya wira-wira dan dewa dewa Cina yang memilikinya pada zaman dahulu, ia masih di percayai tidak akan membawa tuah kepadanya. Seorang yang memiliki misai ataupun janggut akan di kategorikan sebagai pekerja buruh atau pekerja bawahan,

EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran

ISL M2

kerana ia tidak mempunyai masa untuk bercukur, justeru itu dikaitkan dengan kelas bawahan.

Kuku jari kaki dan tangan Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau tangan pada waktu senja akan mengalu-alukan kehadiran hantu dan roh-roh jahat. Sisa sisa kuku yang telah dipotong mestilah dibuangkan di tempat yang tersembunyi, kerana mengikut adat, ia boleh digunakan untuk menjatuhkan umpahan terhadap pemilik kuku itu.

Airmata anjing Adalah dipercayai, anjing berkebolehan melihat mahluk ghaib dan akan menyalak apabila terserempak dengannya. Jikalau anjing itu menyalak tidak terhentihenti, bererti satu kematian akan terlangsung tidak lama lagi. Mengikut kepercayan orang Cina, airmata dari seekor anjing jika disapukan di atas mata seseorang, akan memperolehi keupayaan untuk melihat ke dalam alam roh-roh, terutama roh nenek moyang. Seorang perantara biasanya akan menyapu airmata anjing keatas mata tersebut untuk melihat ke dalam dunia ghaib itu. Ada yang percaya bahawa sesiapa yang melakukannya dengan sesuka hati, mereka akan ditimpa kematian.

Lain-lain kepercayaan dan pantang larang. - Mimpi tentang salji ataupun gigi bererti kematian mungkin tertimpa ke atas ibu atau ayahnya - Jikalau terdengar bunyi burung gagak diantara jam 3 dan 7 pagi bererti seseorang itu akan mendapati hadiah. Hujan dan ribut akan menjelang sekiranya terdengar bunyi burung itu di antara 7 pagi dan 11 pagi dan diantara 11 pagi dan 1 petang, satu pergaduhan akan berlaku. - Yarrow, iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan dan cangkerang kura-kura dianggap sebagai benda pembawa tuah.

EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran

ISL M2

Pantang Larang Kaum India

Pantang larang ketika tetamu berkunjung ke rumah - tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial.Ini kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh tuan rumah. Pantang larang merisik - bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketikarombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikutserta. Kerana dianggap tidak sopan. Pantang jangan bersiul waktu malam ular masuk - Bising, menganggu Jangan makan di tempat gelap, jika tidak makanan dikongsi bersama hantu.-takuttakut termakan benda lain atau bersepah. Jangan asah pensel di kedua-dua belah, dipercayai ibubapa akan sentiasa bergaduh.- nanti tercucuk ke mata atau tangan. Tidak digalakkan melawat bayi yang baru lahir - takut-takut mengganggu bayi tersebut dan menyebabkan dia terkejut. Pantang larang kematian- gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik.- barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu.- ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tandapenghormatan.- sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir.

You might also like