You are on page 1of 3

ATMOSFERA Atmosfera ialah satu lapisan nipis gas yang meliputi planet termasuklah bumi, ianya tanpa bau,

warna dan rasa yang berada di atas permukaan bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti bumi.

B) STRUKTUR ATMOSFERA (Termosfera, Mesosfera, Stratosfera, Troposfera)

Eksosfera adalah lapisan teratas atmosfera bumi, sekaligus merupakan sempadan antara atmosfera bumi dan angkasa lepas. Lapisan ini terletak antara 500-1000 km hingga kira-kira 10,000 km dari permukaan bumi. Boleh dikatakan hampir tiada udara atau gas di lapisan ini.Satelit yang mengorbit bumi terletak di sini.
Ciri Termosfera

Lapisan Termosfera terletak di atas mesosfera dan di bawah eksosfera. Lapisan ini hanya mempunyai sedikit sahaja udara. Di lapisan ini juga juga sinaran uv akan menyebabkan pengionan. Lapisan termosfera bermula kira 80 km di atas permukaan bumi hingga antara 500-1000 km di mana lapisan teratas atmosfera -, eksosfera bermula. Suhu di sini amat tinggi akibat sinaran matahari dan aktiviti pengionan, dan boleh mencapai hampir 2000oC.

M esosfera

Mesosfera merupakan lapisan udara ketiga, di mana suhu atmosfera akan berkurangan dengan pertambahan altitud sehingga ke lapisan keempat termosfera. Zarah udara yang terdapat di sini akan mengakibatkan pergeseran berlaku dengan objek yang datang dari angkasa dan menghasilkan suhu yang tinggi. Kebanyakan meteor yang sampai ke bumi biasanya terbakar di lapisan ini.Mesosfera terletak di antara 50 km dan 80-85 km dari permukaan bumi, manakala suhunya berkurang dari 18oC hingga 73oC.
Ciri Stratosfera Stratosfera merangkumi kawasan ketinggian 50 km bermula daripada lapisan troposfera sehingga lapisan mesosfera . Suhu stratosfera meningkat dengan altitud disebabkan kehadiran lapisan ozon . Molekul ozon menyerap sinaran ultra-lembayung (uv) dari matahari menyebabkan suhu meningkat pada aras tersebut dan pada masa yang sama melindungi bumi daripada sinaran uv.Kebanyakkan bahan meteor memasuki lapisan ini. Ciri Troposfera

Troposfera merupakan lapisan atmosfera yang ternipis dan terhampir dengan permukaan bumi. Troposfera bermula dari permukaan bumi antara ketinggian 10 - 16 kilometer. Dalam lapisan ini, suhu berkurangan dengan pertambahan ketinggian altitud, dari sekitar 17oC hingga 52oC. Kebanyakan sistem cuaca berlaku dibawah di lapisan ini.Lapisan ini ialah lapisan di mana campuran gas-gasnya adalah yang paling ideal untuk menampung kehidupan di bumi. Di lapisan ini kehidupan juga terlindung dari pancaran radiasi yang dipancarkan oleh matahari dan objek langit lain.
PERANAN ATMOSFERA 1. Kepada Biologi : Oksigen - penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi. 2. Mencorakkan kontur permukaan bumi : Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air. Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpa mengira masa dan tempat. 3. Kekayaan semula jadi : Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam melalui tindakan kimia air hujan ke dalam batuan. 4. Perdagangan / rekreasi :Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin. 5. Membentuk dan menpengaruhi cuaca : Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan. Manusia perlu menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agar tidak mengalami kesan perubahan tersebut.

You might also like