You are on page 1of 2

JAWATAN KOSONG AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Pegawai Tadbir Penolong Pegawai Tadbir Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Pembantu Setiausaha Pejabat Pembantu Akauntan
Tarikh tutup permohonan adalah SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Gred F41 N41 N27 N17 N17 W17


23 Mac 2012 (Jumaat) jam 5.00 petang.

Taraf TETAP/SEMENTARA TETAP/SEMENTARA TETAP/SEMENTARA TETAP TETAP TETAP/SEMENTARA

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi www.mqa.gov.my . http://www.mqa.gov.my/jaw_mac2012/iklan/ 2. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima. 3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak. 4. Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki. 5. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. 6. Pentadbiran MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.
CATATAN AM

1. 2. 3. 4. 5.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pihak MQA tidak bertanggungjawab untuk melantik calon yang memiliki syarat kelayakan yang lebih tinggi dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang dipohon ke mana-mana skim perkhidmatan yang lebih tinggi dalam agensi sekiranya calon berjaya dilantik. Sekiranya di antara maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak MQA berhak membatalkan pelantikan calon. Keputusan pemilihan calon oleh MQA adalah muktamad. Pelantikan secara sementara bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon semula kepada MQA melalui proses pengambilan biasa.

KELAYAKAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MENGIKUT SISTEM TERBUKA UNTUK LANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM 1. Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum perlaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi: (a) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau (b) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan (c) Memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan. 2. Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PERTANYAAN Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh menghubungi Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-7968 5512 atau 03- 7968 2241. Pertanyaan berkaitan dengan masalah teknikal boleh dirujuk pegawai Bahagian Teknologi Maklumat di talian 03- 7968 2236.

You might also like