You are on page 1of 14

Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu

KERTAS KERJA DASAR


KEJOHANAN TENIS PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHARU TAHUN 2009

KELOLAAN Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Johor Baharu

DENGAN KERJASAMA Jabatan Pelajaran Daerah Johor Baharu Jabatan Belia Dan Sukan Daerah Johor baharu

TARIKH 23 Mei 2009 (Sabtu)

TEMPAT Kompleks Tenis Sekolah Sukan Sultan Ismail

Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu

KEJOHANAN TENIS PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHARU TAHUN 2009 1.0 Pengenalan Sukan tenis merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan teras negara. Namun negara agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini terutama bagi peringkat pelapis bawah 15 tahun. Menyedari hakikat ini, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Johor Baharu telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda terutama dibawah umur 12 tahun di negeri Johor khusunya dengan penganjuran Kejohanan Tenis Peringkat Sekolah Rendah. Ini sejajar dengan usaha berterusan pihak kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian belia dan Sukan dan menjadikan negeri Johor pelopor kepada usaha mencari juara tenis negara menjelang 2020.

2.0 Objektif a. Memperkenalkan dan mempromosikan sukan tenis di kalangan generasi akar umbi

b. Memajukan sukan tenis sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

c. Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan sihat dari segi rohani, jasmani, intelek dan social

d. Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara guru-guru dan sekolah-sekolah di daerah Johor Baharu terutama dalam pembangunan sukan tenis .
1

Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu

3.0 Tentatif Pelaksanaan Tarikh Masa Tempat : 23 Mei 2009 (Sabtu) : 8.00 pagi- 6.00 petang : Kompleks Tenis Sekolah Sukan Sultan Ismail

4.0 Pengelolaan/Penganjuran Pejabat PelajaranDaerah Johor Baharu Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Johor Baharu

5.0 Penaja Utama a. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor b. PETRONAS c. ADIDAS (M) Sdn Bhd

6.0 Sasaran Peserta Pelajar-pelajar sekolah rendah bawah 12 tahun Daerah Johor Baharu

7.0 Bayaran Penyertaan Bayaran bagi setiap peserta ialah RM5 (meliputi minum pagi, makan tengahari)

Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu

8.0 Jawatankuasa Pengelolaan Kejohanan Jawatankuasa khas pengelolaan kejohanan ini yang telah dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah Johor Baharu Penaung Penasihat Ketua Pengelola Timb. Ketua Pengelola 1 Timb. Ketua Pengelola 2 Setiausaha Bendahari : : : : : : : Y.B Dato Seri Utama Zain Azrai Y.Bhg Haji Noh Gadut Afrah Azwa Bt Halmi Ashylani Hikmah Bt Zamhari Ismawati Bt. Ishak Nor Laila Bt. Abdul Kadir Salmah Bt. Jusoh

Jawatankuasa Kecil

Mohd Nor Hidayat bin Muhammad Nordin (Pengurusan Majlis)

Mior Azizulhakimi bin Mior Azmi (Penyelaras Program)

Veera a/l Kunasegaran (Penyelaras Peralatan)

Mohd Salleh bin Idris (Penyelaras Kepengadilan)

Siti Halijah Bt Rohani (Penyelaras Kebajikan & Cenderamata)

Mohd Ikram bin Mohd Amin (Penyelaras Protokol)

Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu

9.0 Kewangan 9.1 PERBELANJAAN


PERKARA Minum pagi untuk perta, pengurus, pengadil dan guru pengiring Makan tengahari untuk peserta, pengurus, pengadil dan guru pengiring Sewaan/Utiliti Khemah (VIP dan Peserta) Minuman (Air Mineral) Hadiah Pemenang BAJET RM 5.00 X 200 orang JUMLAH(RM) 1000.00

RM 10.00 x 200 orang

2000.00

RM 500.00 RM 150 x 6 buah RM 5.00 x 100 kotak RM 750.00 (Johan) RM 500.00 (kedua) RM 300 X 6 (Ketiga)

500 900.00 500.00 750.00 500.00 300.00 1500.00 500.00

Cenderamata Urusan Pentadbiran Banner JUMLAH (RM)

RM 100.00 x 15

RM 150.00 x 1

150.00 8600.00

9.2 PENDAPATAN
PERKARA Bayaran daripada peserta (RM 20 x 150 buah penyertaan) Sumbangan Penaja-Penaja Peruntukan JPN/JBS Negeri Johor JUMLAH (RM) 2600.00 3000.00 8600.00 JUMLAH 3000.00

Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu

10.0 Penutup Kerjasama dari seluruh pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung adalah amat diharapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program yang julung-julung kali diadakan ini.

Disediakan oleh :

(NOR LAILA BT. ABDUL KADIR) Setiausaha Kejohanan Tenis Peringkat Sekolah Rendah Daerah Johor Baharu

Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu

LAMPIRAN 1 Jadual Tentatif Program

7.30 pagi - 8.00 pagi

Pendaftaran Peserta

8.30 pagi - 9.30 pagi

Majlis Perasmian (disempurnakan Y.B Dato Seri Utama Zain Azrai) Ahli Parlimen Johor Baharu

10.30 pagi - 1.00 petang

Kejohanan dimulakan (pusingan awal secara round robin)

1.00 petang - 3.00 petang

Rehat/Jamuan Makan Tengahari/Solat

3.00 petang-5.30 petang

Pusingan 2 kalah mati/separuh akhir dan akhir

6.00 petang 6.30 petang

Penyampaian Hadiah/Bersurai

Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu

LAMPIRAN 2 PERATURAN DAN SYARAT KEJOHANAN TENIS PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHARU

1.0

NAMA PERTANDINGAN Kejohanan Tenis peringkat Sekolah Daerah Johor Baharu tahun 2009

2.0

PENGANJUR Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Johor Baharu

3.0

PENGELOLA Jawatankuasa Khas yang telah dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru

4.0

PERATURAN UMUM Undang-undang dan Peraturan Undang-Undang Kesatuan Lawn Tenis Malaysia ( LTM ) 2006 - 2007. Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah - Sekolah Johor ( MSSJ ) Edisi 2008 dan Peraturan-peraturan Pertandingan tenis MSSD Johor Bahru Tahun 2008.

5.0

PERATURAN TAMBAHAN Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan matlamat penganjuran peraturan-peraturan tambahan, selaras den gan

6.0 6.1

JENIS PERTANDINGAN Kejohanan Individu dan berpasukan. HADIAH HADIAH Acara Individu - Pertama, Kedua dan Ketiga

7.0 7.1

Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu

7.3

Acara Pasukan Enam hadiah dan pingat akan diberikan kepada setiap pasukan yang berjaya menduduki tempat Pertama, Kedua dan Ketiga

8.0 8.1

ACARA PERTANDINGAN Setiap Sekolah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada dua ( 2 ) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu ( 1 ) pasukan. Acara TERBUKA hanya dibenarkan disertai oleh peserta peserta yang berumur 12 tahun atau lebih pada 01 Januari tahun pertandingan PENDAFTARAN PESERTA PESERTA Pendaftaran peserta yang berwarganegara Malaysia hendaklah dibuat Dua minggu sebelum kejohanan dengan menggunakan Disket dan / Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Guru Besar

8.2

9.0 9.1

9.2

Setiap Peserta hendaklah menyertakan BORANG R 01 (bagi Sekolah Rendah)

9.3

Peserta hendaklah bertanding dalam kategori umur masing-masing. ( contoh : peserta berumur 10 tidak boleh bertanding dalam kategori umur 12 dan sebaliknya ) PENGESAHAN PESERTA PESERTA Penganjur akan memberi mandat kepada Jawatankuasa Pertandingan 10 hari sebelum kejohanan untuk membuat undian dan buku pertandingan akan dikeluarkan serta diedarkan kepada semua pengurus pasukan sekolah .

10.0 10.1

10.2

Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan selewat-lewatnya pada mesyuarat tersebut. Segala pertukaran boleh dilakukan dalam mesyuarat tersebut.
8

Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu

(SELEPAS ITU SEMUA PERTUKARAN / PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN ) TAKLIMAT PENGURUS PENGURUS PASUKAN Semasa taklimat ini, hanya penarikan diri TANPA penggantian dibenarkan

11.0

12.0

PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat PengurusPengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakil / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, atlet berkenaan berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mangambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftar atas namanya.

Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Peubatan Kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan

13.0 13.1

MELAPORKAN DIRI PESERTA Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta

13.2

Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan
9

Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu

13.3

Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acaraacara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan.

13.4

Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan mempunyai peralatan permainan masing-masing yang lengkap

13.5

Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan nombor daftar peserta sebagaimana yang didaftarkan kepada

Penyelia Peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.

13.6

Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara meraka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri

14.0

PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diringi oleh Penyelia Peserta

15.0

MEMANASKAN BADAN Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan

16.0

BANTAHAN Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 LTM, kecuali perkara-perkara berikut :

10

Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu

16.1

Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru kelak.

16.2

Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal

16.3

Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir

16.4

Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM 300.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja ) HAK HAK JAWATANKUASA PENGELOLA Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSD Johor Bahru, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.

17.0

17.1

Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang LTM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSD Johor Bahru atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Tenis MSSD Johor Bahru.

11

Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu

18.0 18.1

HAL HAL LAIN Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawaipegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

18.2

Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

18.3

Jawatankuasa

tidak

bertanggungjawab

ke

atas

kemalangan,

kematian,

kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecedaarn lain berlaku :

a. Semasa perjalanan pergi dan balik dari sekolah ke kompleks sukan b. Semasa kejohanan dijalankan c. Di dalam dan di luar kawasan kompleks sukan

18.4

Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.

12

Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu

REFLEKSI

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah dapat mempelajari secara amali dan menggunakan pelbagai pendekatan dari aspek kaedah dan teknik bagaimana merancang dan membentuk sebuah kertas kerja pertandingan sukan tenis bagi peringkat sekolah rendah. Saya juga pada masa yang sama telah berjaya mempelajari secara langsung bagaimana mengaplikasikan ilmu permainan tenis yang dipelajari seperti undang-undang pertandingan dan teknik permainan sepanjang saya mengikuti GERKO permainan tenis dan menyumbang kepada pemahaman dan impak topik yang diajar

Cadangan saya ialah, bagi sepanjang kursus ini berlangsung, para pelatih yang mengikuti GERKO permainan tenis untuk didedahkan dengan lebih mendalam lagi tentang kepentingan dan keperluan teknikal penganjuran dan permainan menerusi berbagai kegiatan yang dijalankan secara teori dan amali. Dengan ini, para pelatih guru seperti saya akan mendapat tambahan kepada pengalaman pembelajaran yang berguna. Selain itu, teori-teori dan teknik di dalam permainan akan dapat digunakan sebagai sumber rujukan maklumat untuk menyediakan satu pendekatan semasa pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermutu apabila ditugaskan di sekolah kelak.

13

You might also like