You are on page 1of 48

Apakah yang dihasilkan oleh matahari?

Matahari menghasilkan tenaga dalam bentuk bahangan atau sinaran yang dipancarkan kepada 9 planet dalam sistem suria.

Mengapa matahari boleh mengeluarkan tenaga ?


Matahari terdiri gas hidrogen dan helium. 72 % hidrogen dan 27 % helium Punca tenaga terhasil daripada perubahan hidrogen kepada helium dalam teras matahari.

Apakah bentuk tenaga yang dihasilkan oleh matahari ?


Tenaga matahari adalah dalam bentuk gelombang elektromagnet yang dipancarkan terus diangkasa lepas. Tenaga matahari atau tenaga sinaran ini dikenali sebagai bahangan matahari.

Berapakah jarak gelombang tenaga matahari ?


Berdasarkan hukum wein , objek yang mempunyai suhu yang tinggi menghasilkan tenaga yang berjarak gelombang pendek. Suhu matahari 6000o C , jarak gelombang elektromagnetnya ialah 0.2 mikron hingga 0.4 mikron.

Adakah bumi mengeluarkan bahangan?

Bahangan bumi
Setelah menyerap bahangan matahari pada waktu siang , bumi juga membebaskan bahangannya pada waktu malam.

Apakah jarak gelombang bahangan bumi ?


Oleh kerana bumi mempunyai suhu yang lebih rendah daripada matahari maka jarak gelombang bahangan bumi lebih panjang . Jarak gelombang sinaran matahari 20 kali lebih pendek daripada jarak gelombang bahangan bumi .

Apakah yang berlaku kepada bahangan bumi dan matahari apabila melalui atmosfera?
Bahangan manakah yang lebih banyak dihalang?

Proses yan g berlaku dalam lapisan atmosfera

Dalam lapisan atmosfera


Lapisan atmosfera bersifat lutsinar kepada bahangan matahari iaitu membenarkan bahangan matahari menembusinya. Lapisan atmosfera menyerap banyak bahangan bumi atau melambatkan kehilangan tenaga dari bumi . Fungsi atmosfera yang membenarkan bahangan matahari masuk dan menghalang bahangan bumi dinamakan kesan rumah hijau .

Apakah yang terkandung dalam lapisan atmosfera?


Adakah bahan-bahan ini mempengaruhi proses yang berlaku terhadap bahangan bumi dan matahari?

Bahan-bahan dalam lapisan atmosfera


Dalam atmosfera terdapat wap-wap air Gas-gas seperti karbon dioksida dan nitrogen dioksida Debu-debu dan habuk Litupan awan dan titisan air.

Mengapa langit berwarna biru pada waktu siang / pagi ?


Mengapa langit berwarna kekuningan pada waktu petang atau senja ?

Warna langit waktu siang and senja

Proses serakan
Bahan-bahan pepejal yang terampai dalam atmosfera seperti debu / habuk bertindak menyerakkan bahangan matahari . Pada waktu pagi partikel-partikel dalam atmosfera adalah lebih kecil daripada jarak gelombang bahangan matahari . Proses serakan ini dinamakan serakan Rayleigh

Proses serakan rayleigh


Proses ini menyebabkan lebih banyak cahaya berwarna biru yang dapat memasuki mata kita. Ini menyebabkan langit berwarna biru .

Proses serakan pada lewat petang


Pada waktu petang lebih banyak partikelpartikel terampai dalam udara dan saiz partikel juga lebih besar. Apabila saiz partikel lebih besar daripada jarak gelombang bahangan matahari maka serakan mie berlaku . Serakan ini menyebabkan lebih banyak cahaya warna merah memasuki mata. Oleh itu langit kelihatan merah.

Apakah proses serakan yang berlaku dalam keadaan di bawah ?

Semasa jerebu
Jerebu yang berlaku daripada letusan gunung berapi , pembebasan asap kenderaan dan kilang serta pembakaran hutan menyebabkan partikel-partikel bersaiz besar banyak terampai dalam udara . Ini menyebabkan serakan mie berlaku . Contohnya letusan gunung berapi Pinatubo memuntahkan debu beberapa kilometer tinggi menyebabkan serakan mie.

Berdasarkan rajah di bawah


Kawasan manakah yang menerima pancaran matahari lebih banyak ? Mengapa ?

Peranan litupan awan


Wap air dan gas karbon dioksida melakukan proses serapan . Gas-gas ini cenderung untuk memilih jenis-jenis gelombang suria yang hendak diserap . Keupayaan penyerapan bergantung kepada jarak-jarak gelombang. Ini dinamakan serapan terpilih.

Apakah yang dilakukan oleh lapisan di bawah terhadap bahangan matahari

Proses yang dilakukan oleh ozon

Ozon menyerap sebahagian bahangan matahari yang merbahaya iaitu UV.

Apakah yang berlaku kepada sinaran matahari apabila terkena manik-manik hujan

Proses pembalikkan
Juga dikenali proses pantulan Bahangan matahari apabila terkena partikel-partikel seperti manik-manik hujan akan dipantulkan ke angkasa lepas . Proses ini adalah tidak selektif maka semua gelombang dalam spektrum elektromagnet akan dipantulkan .

Proses pembalikkan
Proses ini tidak akan mempengaruhi warna langit. Hanya keamatan cahaya sahaja yang berkurang. Langit kelihatan gelap apabila terdapat pantulan yang tinggi seperti waktu hujan . Semakin tebal awan maka semakin tinggi kadar pembalikkan.

Apabila sampai dipermukaan bumi , adakah semua bahangan bumi akan diserap oleh permukaan bumi?

Proses albedo
Tidak semua sinar suria yang tiba dipermukaan bumi akan diserap dan digunakan oleh hidupan . Sebahagian sinar suria akan dipantulkan oleh permukaan bumi secara langsung. Proses pantulan oleh permukaan bumi secara terus dikenali sebagai albedo.

Proses albedo
Proses albedo bergantung kepada darjah keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan . Semakin cerah sesuatu permukaan maka semakin banyak sinaran yang dipantulkan .

Manakah mempunyai kadar albedo yang lebih tinggi?


Salji atau litupan ais yang putih menyebabkan kadar albedo lebih tinggi . Kadar albedo oleh salji ialah 45 75 % Kawasan berhutan mempunyai albedo 13 20 %

Manakah mempunyai albedo lebih tinggi?


Albedo di kawasan gurun lebih rendah kerana awan nipis. Kawasan litupan awan albedo ialah 50 -55 % Albedo kawasan gurun ialah 28 %

Manakah mempunyai kadar albedo lebih tinggi?


Kawasan jalan raya , lebuh raya , lapangan terbang mempunyai kadar albedo yang lebih rendah .5 10 % Maka lebih banyak bahangan matahari yang diserap. Ini menyebabkan suhu lebih tinggi .

Adakah bumi menerima 100 % bahangan matahari?

Bolehkah anda senaraikan prosesproses yang berlaku kepada bahangan matahari apabila melalui lapisan atmosfera ?
proses

Serapan

Serakkan

Balikan

Penerimaan bahangan matahari oleh bumi


Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari yang memasuki sistem atmosfera akan tiba ke permukaan bumi . Bahangan matahari akan diserak , diserap dan dipantulkan .

Adakah bumi membebaskan 100 % bahangan yang diserapnya?

Pembebasan bahangan bumi


Bukan semua bahangan bumi dibebaskan ke angkasa lepas. Bahangan bumi yang dibebaskan akan mengalami diserap , diserak dan dibalikkan semula ke permukaan bumi.

Bajet tenaga
Apakah bajet tenaga

Bajet tenaga
Cara-cara nilai sinaran matahari itu digunakan . Ada tenaga digunakan untuk serakan , serapan dan dibalikkan.

Imbangan Haba
Apakah imbangan haba?

Imbangan haba
Imbangan haba merujuk kepada keseimbangan yang berlaku antara jumlah bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi atmosfera dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa. Apakah berlaku jika tiada keseimbangan haba ?

Imbangan haba

Sinaran matahari yang masuk


Jumlah sinaran yang masuk Serakan oleh habuk Balikan oleh awan Pembalikan langsung oleh bumi Jumlah yang dibalikkan oleh sistem bumi-atmosfera Penyerapan tenaga oleh awan 100% 5 21 6 32 3

Penyerapan tenaga oleh wap air, Co2


Penyerapan tenaga oleh permukaan bumi Jumlah diserap oleh sistem bumi atmosfera Jumlah yang dibalik dan diserap

15
50 68 100

Sinaran yang dikeluarkan (gelombang panjang)


Sinaran dari permukaan bumi

Hilang secara langsung


Diserap oleh atmosfera

98 90 8

Sinaran dipancarkan oleh atmosfera


Hilang ke ruang Dihantar ke bumi sebagai sinaran songsang

137 60 77

Sinaran bersih dari permukaan bumi 21 Sinar bersih dari atmosfera 47 Sinar bersih dari sistem bumi-atmosfera 68

Contoh soalan stpm 2002


(a)Apakah yang dimaksudkan dengan bajet haba ? (5m) (b)dengan bantuan gambar rajah huraikan bagaimana bajet haba berlaku ?(10m) (c )jelaskan fenomena yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bajet haba. (10m)

Bajet haba
Jumlah haba yang diterima oleh permukaan bumi daripada bahangan matahari berbanding dengan jumlah haba yang dikeluarkan semula oleh bahangan bumi .Sebelum diterima oleh permukaan bumi bahangan matahari ini melalui pelbagai proses seperti serapan , serakan balikan oleh pelbagai lapisan dan komponen dalam atmosfera.

Bajet haba
Dalam keadaan semulajadi bahangan matahari dalam bentuk gelombang pendek yang diterima oleh permukaan bumi adalah seimbang dengan bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa dalam bentuk gelombang panjang .Namun bajet haba boleh menjadi tidak seimbang apabila berlaku perubahan dalam sistem atmosfera-bumi.

You might also like