You are on page 1of 1

Sebelum anda menggosok, pastikan beberapa perkara. Baca dahulu label maklumat pada pakaian anda.

Biasanya label tersebut terdapat di bahagian kolar baju dan di garis pinggang seluar. Ini penting kerana dari situ, anda boleh mengetahui tahap kepanasan yang diperlukan untuk menggosok fabrik tersebut. Sebelum itu juga, pastikan anda memiliki peralatan untuk menggosok seperti seterika, tempat menggosok yang rata (sebaiknya menggunakan papan gosok seterika) dan penyembur air untuk membantu melicinkan kedutan. Jika desiran air terjadi apabila air disemburkan pada permukaan bawah seterika, itu menandakan bahawa seterika sudah panas dan sedia untuk menggosok. Untuk menggosok kemeja, mula-mula sekali anda perlu menanggalkan segala butang termasuk butang di pergelangan lengan. Telangkupkannya dan gosoklah bahagian belakang kolar terlebih dahulu. Kemudian, gosok pula bahagian hadapan. Lakukan setiap gosokan dengan gerakan pendek ke atas dan ke bawah tanpa berhenti kerana jika anda berhenti walaupun beberapa saat, takut pula baju akan 'melecur' atau terbakar.

Selepas selesai menggosok keseluruhan bahagian kolar, gosok pula bahagian lengan. Letakkan salah satu daripada lengan di atas papan seterika mengunjur ke hujung papan. Urut dengan tangan agar ia betulbetul rata dan tegangkan bahagian yang terkelepet. Gosok dari bahagian PAKAIAN yang telah diseterika hendaklah segera disangkut bagi mengelak kekedutan. atas lengan beransur-ansur ke bawah tanpa menggosok bahagian pergelangan. Setelah selesai menggosok bahagian depan dan belakang, gosok pula lengan yang satu lagi. Kemudian, barulah gosok kedua-dua bahagian pergelangan. Selepas itu, rentangkan separuh bahagian depan baju selari dengan papan gosok. Gosok bahagian tersebut dari bahagian bahu ke bawah. Alihkan baju ke bahagian belakang, gosok keseluruhan bahagian belakang kemudian alih ke bahagian depan yang satu lagi. Kini, baju anda siap digosok. Untuk menggosok seluar pula, lakukannya dengan menterbalikkan seluar anda dan gosok bermula dari bahagian atas, pinggang dan kelangkang, turun ke saku dan akhirnya pelipat di bawah. Selepas itu, kembalikan seluar dalam keadaan yang betul dan masukkan salah satu daripada kaki seluar ke dalam hujung papan gosok menjadikan seolah-olah papan tersebut memakai seluar tersebut. Tarik pangkal seluar sehingga benar-benar rata kemudian gosok. Lakukan pula pada bahagian seluar yang sebelah lagi. Kemudian tanggalkan seluar daripada papan gosok dan lipatkannya dua selari memanjang. Gosok dari atas ke bawah pada setiap bahagian. Setelah itu, ambil hujung seluar dan tariknya ke arah pinggang untuk menggosok bahagian dalam lipatan. Akhir sekali, gosok bahagian pelipat bawah seluar. Sangkut segera pakaian yang telah digosok bagi mengelakkan berlaku kedutan.

You might also like