You are on page 1of 5

SK LA SALLE 1 SENTUL, JALAN SENTUL 51000 KUALA LUMPUR.

Tel : 0340443196 Fax : 0340443196

REKOD PELAKSANAAN PROGRAM NAMA PROGRAM Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan TARIKH PELAKSANAAN 2 Julai 2012 TEMPAT Padang Sekolah La Salle Sentul KUMPULAN SASARAN Murid-murid tahap 1 dan tahap 2 SK La Salle 1 Sentul TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran 1 PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM 1. Program Larian 1 Murid 1 Sukan ini berjaya memberikan ruang dan peluang kepada semua pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum ( sukan ) seterusnya dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani , intelek dan sahsiah. 2. Dapat memberikan kefahaman kepada pelajar dan ibu bapa tentang dasar 1 Murid 1 Sukan ( 1M1S) yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Memenuhi keperluan pelajar untuk beriadah dengan cara yang sihat dan selamat. 4. Larian serentak oleh 3 sekolah ( SKLS1S, SKLSS2 dan SMKLSS ) berjaya memupuk semangat bekerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar dan guru-guru. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1. Trek larian yang sepatutnya berjarak minimum 2 km hanya dibuat di padang sekolah ( mengelilingi padang ) sedikit mengganggu kemeriahan acara. Hal ini demikian kerana masa persediaan yang terhad menyukarkan pihak AJK merancang trek larian yang melibatkan laluan jalan raya di luar sekolah. 2. AJK pengurus peserta harus memainkan peranan yang lebih dalam memastikan kelancaran acara. GAMBAR SEPANJANG KEJOHANAN Rujuk Lampiran 2 PENUTUP

Secara keseluruhan program Larian 1 Murid 1 Sukan ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan oleh pihak KPM dan pihak sekolah dan berjalan mengikut perancangan.

Lampiran 1 Tentatif Program Larian 1M1S SK La Salle 1 Sentul 7.00 pagi : Pendaftaran peserta

7.30 pagi 7.45 pagi 9.00 pagi 9.30 pagi 11.30 pagi

: Taklimat larian : Larian serentak 1M1S : Penyampaian hadiah : Aktiviti Kokurikulum : Bersurai

Kronologi / Senarai Semak Program Penghantaran Maklumat Online Mesyuarat Penyelarasan 3 Sekolah Taklimat Guru Larian Serentak 1M1S Penghantaran Laporan Online

2 Julai 2011

Lampiran 2 ( Gambar-gambar program )

Pelajar SK La Salle 1 Sentul berhimpun untuk pendaftaran peserta.

Pelajar SK La Salle 1 Sentul berhimpun di kawasan padang untuk mendengar taklimat sebelum memulakan larian.

Guru Besar SKLS1S Puan Hajah Jamilah Binti Hj Abdullah menandatangani rekod kehadiran peserta larian untuk dihantar ke KPM.

Ucapan perasmian oleh Pengetua SMK La Salle Sentul

Acara Senamrobik sebelum memulakan larian

Peserta larian berkumpul setelah berjaya menamatkan larian.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang larian yang disempurnakan oleh Guru Besar.

You might also like