You are on page 1of 22

BAB 2 JENIS-JENIS PAKAIAN TRADISIONAL 2.

1 Jenis-jenis Pakaian Melayu Wanita


Terdapat dua jenis pakaian tradisional yang dipakai oleh kaum wanita di Malaysia iaitu Baju Kurung dan Baju kebaya.Terdapat perbezaan dari segi fabrik,perhiasan serta potongan baju bagi setiap negeri di Malaysia

2.1.1 Baju Kurung


Bahagian Utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis,kedah dan Pulau Pinang mengenakan baju kurung sebagai pakaian harian dan juga ke tempat kerja. Baju Kurung mereka dipanggil Baju Kurung Kedah.Baju Kurung Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai.Pakaian ini dipakai oleh ramai wanita Kedah. Baju Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian sehari-hari atau pakaian basahan. Ia dibuat singkat sampai keparas punggung dan biasanya dipakai dengan kain batik atau pun pelikat tanpa banyak hiasan.Jenis fabrik untuk pakaian harian dan ke tempat kerja lebih kepada fabrik kapas.Bajunya dibuat daripada kain baldu, kain kasa warna warni,sutera Cina,songket dipadankan kain tenun ,pelikat, kain batik lepas, kain songket sarung,kain batik sarung dan selendang.rajah2.1.1.1a Baju Kurung Kedah kain kasa warna warni dipadankan kain tenun dan selendang.Rajah2.1.1.1b Baju Kurung Kedah baldu dipadankan dengan kain tenun.Rajah2.1.1.1c Baju Kurung Kedah bercorak bunga kecil dipadankan kain batik sarung.Rajah2.1.1.1d Baju Kurung Kedah daripada sutera Cina dipadankan kain tenun. Berselendang sifon bersulam benang keemasan.rajah2.1.1.1e Baju Kurung Kedah corak tapak catur dipadankan kain songket sarung.Rajah2.1.1.1f Baju Kurung Kedah fabrik songket bunga tabur sedondon diserikan selendang songket bunga penuh.

7|Page

Rajah2.1.1.1a: Baju Kurung Kedah

Rajah2.1.1.1b: Baju Kurung Kedah

Rajah 2.1.1.1c: Baju Kurung Kedah

Rajah2.1.1.1d:Baju Kurung Kedah

Rajah2.1.1.1e:Baju Kurung Kedah

Rajah2.1.1.1f:Baju Kurung Kedah

Di Negeri Sembilan,Baju Kurung Teluk Belanga labuh dipadan pula dengan kain sarung. Bagi wanita bangsawan berketurunan Minangkabau pula, pakaiannya dari kain baldu bersulam benang emas bertatahkan labuci. Sarungnya pula dari kain songket penuh tenunan dari Pandai Sikek atau dari Batu Bara di Sumatera.Rajah2.1.1.2a pakaian adat Minangkabau. Bajunya dari kain baldu atau satin yang berbenang emas atau perak motif buluh rebung dan bunga-bunga kecil. Tanduk kepala dari selendang kaku tenunan benang emas berhias kidakida. Tekuk leher dari baldu juga berbenang emas.Rajah2.1.1.2b pakaian wanita Minangkabau dari broked yang diberikan sentuhan baju moden masih menggunakan tekuk

8|Page

leher.

Dipakai

dengan

kain

sarung

songket

bunga

penuh

ikatan

ombak

mengalun.Rajah2.1.1.2c Baju Kurung sutera corak bunga tabur dipadankan dengan kain moden potongan tindih kasih. Hiasan dada tekuk leher bersulam dan penutup kepala ikan broked.Rajah2.1.1.2d Baju Kurung Moden dipadankan dengan tekuk leher dari songket berhiaskan rerambu benang emas. Penutup kepala dari kain broked diperindah dengan benang emas juga.Rajah2.1.1.2e Baju Kurung satin bersulam benang emas atau perak. Pakaian asal wanita Minangkabau dan Palembang yang dipadankan dengan kain songket. Tekuk leher dari baldu bertekat benang emas dan penutup kepala juga dari songket atau broked.Rajah2.1.1.2f pakaian upacara wanita Minangkabau yang diberikan sentuhan moden. Baju dan selendang dari songket yang dilengkapi dengan tekuk leher bersulam labuci dan 'tengkuluk' berhias kida-kida.

Rajah2.1.1.2a: Pakaian Adat Minangkabayu

Rajah2.1.1.2b: Pakaian wanita Minangkabau

Rajah2.1.1.2c Baju Kurung sutera

Rajah2.1.1.2d :Baju Kurung Moden

Rajah2.1.1.2e: Baju Kurung satin

Rajah2.1.1.2f pakaian upacara 9|Page wanita Minangkabau

Di Timur,mereka memakai Baju Kurung Berpesak Kembang dari kain sutera Cina atau kain tenun Terengganu berjalur benang emas atau bunga tabur dan Baju Kurung Teluk Belanga.Mereka juga memakai Baju Riau Pahang . Baju Riau Pahang dipakai oleh keluarga diraja Terengganu pada masa dahulu. Fabrik ini dibuat dari kain kasa ,organza,songket,kain sari,kain satin dan kainnya pula diperbuat daripada batik Terengganu,songket

Terengganu.Selendang dan kain kelubung dijadikan sebagai aksesori. Rajah2.1.1.3a Baju Kurung Teluk Belanga bercorak bunga bertabur yang dipadankan dengan kain sarung songket cerah motif teluk berantai ikatan ombak mengalun. Pakaian ini dilengkapi dengan selendang kain renda yang digunakan juga sebagai penutup kepala.Rajah2.1.1.3b Busana klasik Cik Siti Wan Kembang berkemban jantan dan kain limar juga motif teluk berantai.Selendang songket lepas ditenun sarat benang emas motif pucuk rebung dan bunga tanjung dipakai sebagai aksesori.Leher dihiasi dokoh dan memakai tali pinggang, pending serta sanggul berjurai.Rajah2.1.1.3c ubahsuai Busana klasik Cik Siti Wan Kembang menjadi agak moden sedikit iaitu Kain Kemban dari broked dan kain sarung lipat didepan serta memakai selendang yang lebih kecil. Lehernya dihiasi dokoh papan memakai hiasan kepala pemeleh dan sunting malai. Di Kelantan,rajah2.1.1.3d pakaian Pak Yong di dalam Dramatari Melayu Mak Yong ditarikan sejak 400 tahun dahulu sebagai hiburan di istana. Pada masa dahulu pakaiannya terdiri dari baju sempit dan seluar dibuat dari kain satin, yang dipadankan dengan kain samping labuh dan dikemaskan dengan tali pinggang. Bahagian dada dihiasi sibar layang atau la dari manik-manik halus berwarna-warni seperti kolar baju layang. Perhiasan kepala dibuat dari baldu membentuk mahkota berhiaskan batu-batu permata dan memakai sunting malai di telinga.Rajah2.1.1.3e pakaian persembahan Mak Yong yang dimodenkan. Baju kemban broked keemasan dan kain ketat, diperindah dengan siba layang dan dendek menghiasi dahi.

10 | P a g e

Rajah2.1.1.3a Baju Kurung Teluk Belanga

Rajah2.1.1.3b Busana klasik Cik Siti Wan Kembang

Rajah2.1.1.3c ubahsuai Busana klasik Cik Siti Wan Kembang

Rajah2.1.1.3d pakaian Pak Yong

Rajah2.1.1.3e pakaian persembahan Mak Yong

Di Pantai Barat,di Perak kaum wanita memakai Baju Kurung Cekak Musang bersama seluar Acheh sutera bertenun benang emas, berkain samping diikat di pinggang dengan tali pinggang dan pending berselendang panjang merupakan persalinan terkenal Puteri Perak.Rajah2.1.1.4a Baju Puteri Perak juga dipanggil Baju Adat Aceh. Digayakan dengan selendang, pending bertali pinggang, dokoh berantai bercucuk sanggul dan dahi

11 | P a g e

berhias.Rajah2.1.1.4b pakaian Puteri Perak dari baldu hitam dan seluar Aceh songket. Selendang dan samping juga dari songket tenun Terengganu gendek.Rajah 2.1.1.4c pakaian Puteri Perak yang diubahsuai menjadi pakaian kebiasaan tetapi masih mengekalkan ciri-ciri sut 5, baju, seluar, samping, selendang dan bengkung.

Rajah2.1.1.4a Baju Puteri Perak

Rajah2.1.1.4b pakaian Puteri Perak

Rajah 2.1.1.4c ubahsuai pakaian Puteri Perak

Busana bangsawan Bugis banyak mempengaruhi busana tradisional rakyat Selangor. Kain sarung Bugis terkenal sebagai busana kaum wanita yang dipakai bersama baju adat.Rajah2.1.1.5a Baju Bodo dari daerah Bugis dibuat dari kain organza dan dipadankan dengan kain tenun corak tapak catur benang emas.Rajah2.1.1.5b pakaian asal seorang puteri Mandan dari Sulawesi yang diubahsuai dibuat dari kain tenunan nipis dan kainnya baldu bertekat labucci.Rajah2.1.1.5c Baju Bodo Bugis dari kain organza diserikan tali pinggang emas yang dipadankan dengan kain sarung tenunan songket.

Rajah2.1.1.5a Baju Bodo

Rajah2.1.1.5b pakaian asal puteri Mandan

Rajah2.1.1.5c Baju Bodo


12 | P a g e

Kedudukan Johor sebagai pusat perdagangan menyaksikan percikan pengaruh luar seperti dari Bugis, Minangkabau, Aceh dan Jawa bergabung menjadi teras budaya berpakaian Kerajaan Melayu Johor-Riau. Reka bentuk Baju Melayu Teluk Belanga dan cara memakai samping dagang luar dan dagang dalam menonjolkan ciri-ciri khas gaya berbusana Melayu Johor. Kepelbagaian fabrik termasuk sutera dan kain benang emas dari Cina, kain bugis dan tenunan Bugis, kain Samarinda dari Kalimantan Timur, belacu, baldu, kain cindai, serasah dan kain dewangga yang datang dari Parsi, India dan Arab. Ciri-ciri Islam pula terserlah dalam hampir semua unsur budaya, baik dari penggunaan istilah, bahan-bahan, jenis atau pola Pakaian.Rajah2.1.1.6a Baju Kurung Teluk Belanga hijau kenari digayakan dengan kain sarung songket bercorak bunga penuh.Rajah2.1.1.6b Baju Kurung kain organza dipakai lengkap dengan sarung dan kain berdagang luar dari songket. Di bahu berhias sibai dari songket juga.Rajah2.1.1.6c Baju Kurung Teluk Belanga coklat bercorak bunga tabur, digayakan dengan kain sarung songket ikatan ombak mengalun dan selempang penuh diserikan dengan dokoh.Rajah2.1.1.6d Baju Kurung Cekak Musang baldu ungu terung dipadankan dengan kain songket ombak mengalun dan diserikan dengan selendang renda merah.Rajah2.1.1.6e Baju Kurung Cekak Musang fabrik sari satin hijau pucuk pisang dipadankan dengan kain ikatan ombak mengalun dan selendang renda.Rajah2.1.1.6f Baju Kurung Cekak musang broked corak berbunga dipadankan dengan kain songket ombak mengalun.

13 | P a g e

Rajah2.1.1.6a Baju Kurung Teluk Belanga

Rajah2.1.1.6b Baju Kurung kain organza

Rajah2.1.1.6c Baju Kurung Teluk Belanga

Rajah2.1.1.6d Baju Kurung Cekak Musang

Rajah2.1.1.6e Baju Kurung Cekak Musang

Rajah2.1.1.6f Baju Kurung Cekak musang

2.1.2 Baju Kebaya


Baju Kebaya dipakai oleh wanita Melayu.Ada dua teori tentang asal-usul baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba)

14 | P a g e

dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus.

Bahagian utara semenanjung Malaysia mengenakan baju kebaya sebagai pakaian harian mereka.Perlis dan pulau pinang terkenal dengan kebaya labuh dan kebaya pendek. Kebaya Labuh ada dua jenis iaitu potongan kembang dari pinggang sampai ke lutut dan potongan moden.Kebaya Labuh dan kebaya pendek diperbuat daripada songket,kain kapas,sutera dan kain sari dipadan dengan kain songket ,kain batik atau kain satin.Hiasan di kepala seperti dokoh bertingkat,cucuk sanggul dan kerongsang serta selendang. Selendang diperbuat daripada kain songket dan kain sifon.Kebaya pendek iaitu sehingga paras punggung dan potongan lengannya lebar yang yang dipakai dengan kain batik sarung selisih.Rajah 2.1.2.1 jenis-jenis busana di Kedah,rajah2.1.2.1a Kebaya Labuh broked Cina dipadankan kain pelikat dan selendang sifon.Rajah2.1.2.1b Kebaya Labuh kain sifon corak flora dipadankan sarung pelikat selisih.Rajah2.1.2.1c Kebaya Labuh corak bunga renik rona hitam dipadankan kain batik lepas dan selendang.Rajah2.1.2.2Jenis-jenis Baju Kebaya di Perlis,rajah2.1.2.2a Baju Kebaya Labuh potongan moden. Bewarna merah cili penuh dengan bunga-bunga keemasan. Hiasan dirinya dokoh berantai dan keronsang. Rajah2.1.2.2b Baju Kebaya Labuh potongan moden diserikan selendang sifon hitam bersulam benang emas. Kainnya dari satin dijahit berbelah depan. . Rajah2.1.2.2c Baju Kebaya Labuh merah lembayung potongan moden yang dikembangkan dari pinggang. Dipakai dengan kain lipat tindih kasih. Rajah2.1.2.2d Baju Kebaya Labuh songket merah pulasan benang emas digayakan dengan keronsang tiga sederet dan dokoh, diperindah selendang sedondon.Rajah2.1.2.2e Baju

15 | P a g e

Kebaya Pendek dari kain sari. Potongan moden lengan lebar yang yang dipakai dengan kain batik sarung. Rajah2.1.2.2f Baju Kebaya Labuh songket bunga penuh tenunan Pakistan motif zig-zag bunga Melayu. Rajah2.1.2.2g Baju Kebaya Labuh kuning bersulam bunga

dipadankan dengan kain songket selisih. Rajah2.1.2.2h Kebaya Labuh tenunan songket sutera corak jalur berdiri halus. Potongan klasik dipadankan dengan kain sarung sedondon di mana kepala dan kaki kain ditenun motif penuh. Memakai dokoh berantai dan selendang organza bersulam.Rajah 2.1.2.3 jenis-jenis Kebaya di Pulau Pinang,rajah 2.1.2.3a Baju Kebaya Sulam dari kain kasa yang digayakan dengan kain batik sarung. Baju ini lazimnya disulam dengan motif bunga cempaka sulaman tebuk terus dan dipakai dengan kerongsang

berantai.Rajah2.1.2.3b Baju Kebaya Labuh dari kain satin disulam tebuk motif bunga cempaka dipadankan dengan kain batik sarung.Rajah2.1.2.3c Baju Kebaya Sulam tebuk terus yang dipadankan dengan kain dan selendang batik. Sulaman motif bunga-bunga yang indah melambangkan kemahiran wanita Nyonya dalam kerja tangan ini.Rajah2.1.2.3d Baju Panjang Nyonya dari kain kasa dipakai dengan anak baju atau Baju Kecik. Baju ini dipakai dengan kain tenun Terengganu corak Pahang atau corak tapak catur bunga tabor.

Rajah2.1.2.1a Kebaya Labuh broked Cina

Rajah2.1.2.1b Kebaya Labuh kain sifon

Rajah2.1.2.1c Kebaya Labuh

Rajah 2.1.2.1 Jenis-Jenis Baju Kebaya Di Kedah

16 | P a g e

Rajah2.1.2.2a Baju Kebaya Labuh potongan moden

Rajah2.1.2.2b Baju Kebaya Labuh potongan moden

Rajah2.1.2.2c Baju Kebaya Labuh merah lembayung

Rajah2.1.2.2d Baju Kebaya Labuh

Rajah2.1.2.2e Baju Kebaya Pendek

Rajah2.1.2.2f Baju Kebaya Labuh

Rajah2.1.2.2g Baju Kebaya Labuh Rajah2.1.2.2 Jenis-Jenis Kebaya Di Perlis

. Rajah2.1.2.2h Kebaya Labuh

17 | P a g e

rajah 2.1.2.3a Baju Kebaya Sulam

Rajah2.1.2.3b Baju Kebaya Labuh

Rajah2.1.2.3c Baju Kebaya Sulam

Rajah2.1.2.3d Baju Panjang Nyonya

Rajah 2.1.2.3 jenis-jenis Kebaya di Pulau Pinang Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negerinegeri yang lain,rajah 2.1.2.4a pakaian Zarith Gangga seakan-akan baju kebaya direka sebagai salah satu pakaian perkahwinan puteri diraja Perak. Pakaian kemban dari songket dipadankan dengan Kebaya les dan selendang dari pinggang yang dilepaskan di belakang bahu.Rajah2.1.2.4b Baju Kebaya Pendek dari kain les dipadankan dengan kain tenun sutera Terengganu. Pakaian seperti ini dipakai di Perak di dalam tahun-tahun 1930-an.Rajah2.1.2.4c

18 | P a g e

Baju Kebaya Labuh kain les yang dipadankan dengan kain songket sarung.Rajah 2.1.2.4d Kebaya Labuh broked merah cili dipadankan dengan kain merah polos, berselendang renda keemasan, tali pinggang dan dokoh berantai.

rajah 2.1.2.4a pakaian Zarith Gangga

Rajah2.1.2.4b Baju Kebaya Pendek

Rajah2.1.2.4c Baju Kebaya Labuh

Rajah 2.1.2.4d Kebaya Labuh broked

Bahagian selatan, wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini masih bersifat 'mengurungkan' anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ianya berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju

19 | P a g e

belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai 'baju panjang' dan 'kebaya panjang'. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang di tutup dengan kancing atau kerongsang tiga.Rajah2.1.2.5 jenis kebaya di Johor.

Rajah2.1.2.5 Jenis Kebaya di Johor

Di Pahang pula,baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.Baju Kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin.Bagi pakaian harian,baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera(bagi yang berada) dan dipadankan dengan kain sarung.Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah.Bagi pengantin,baju kebaya diperbuat daripada songket dan sepasang dengan kain sarung berserta selendang songket. Terdapat 3 jenis kebaya di Pahang iaitu Baju Kebaya Pendek potongan klasik dipadankan dengan kain sarung tenunan dan Baju Teluk Kuantan rekaan moden. Leher cekak musang dan badan potongan kebaya moden. Dipadankan dengan kain batik sarung.Perhubungan politik dan sosio budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan Pakaian Baju
20 | P a g e

Riau Pahang yang dikenali juga sebagai Baju belah atau Baju Kebaya Turki. Potongan baju ini begitu unik dan istimewa. Berbeza dengan pesak Baju Kurung, kedua-dua bahagian tepi baju berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang. Selain Baju Riau Pahang, Baju Pendek Teluk Kuantan juga digemari kaum wanita. Baju Riau Pahang bukan sahaja di pakai sebagai pakaian harian tetapi juga untuk ke majlis-majlis dan ke tempat kerja.perbezaannya dari segi perhiasan.Rajah2.1.2.6a Baju Riau Pahang songket penuh ungu berkain songket selisih diperindah dengan dokoh dan selendang.Rajah2.1.2.6b Baju Riau Pahang juga digelar Baju Turki. Dibuat dari kain tenun corak jalur berdiri dan kain sarung melintang. Bahagian depan dipasangkan 7 butir butang melambangkan pakaian bangsawan.Rajah2.1.2.6c Kebaya Labuh sutera tenun jalur rebung, dipadankan dengan fabrik sutera tenun tapak catur dan kepala jalur berdiri.Rajah2.1.2.6d Baju Kebaya Pendek potongan klasik dibuat dari kain tenun corak pucuk rebung berdiri. Kain sarung tenunan tapak catur.Rajah2.1.2.6e Baju Teluk Kuantan, rekaan moden. Lengan lebar dan leher potongan Cekak Musang. dipadankan dengan kain batik sarung atau kain moden berbelah depan.

Rajah2.1.2.6a Baju Riau Pahang

Rajah2.1.2.6b Baju Riau Pahang

Rajah2.1.2.6cKebaya Labuh sutera

21 | P a g e

Rajah2.1.2.6d Baju Kebaya Pendek potongan klasik

Rajah2.1.2.6e Baju Teluk Kuantan rekaan moden.

Di timur,wanitanya memakai juga Baju Kebaya.Mereka juga memakai Baju Riau Pahang. Baju Riau Pahang dipakai oleh keluarga diraja Terengganu pada masa dahulu. Fabrik ini dibuat dari kain kasa ,organza,songket,kain sari,kain satin dan kainnya pula diperbuat daripada batik Terengganu,songket terengganu.Selendang dan kain kelubung dijadikan sebagai aksesori. Di Kelantan,kaum wanita memakai Baju Kebaya Kota Bharu dan kain batik lipat wiron atau berkain batik selisih dan penutup kepala dari kain semutar.Rajah2.1.2.7a Baju Kebaya Labuh kain kasa berbunga dipadankan dengan batik Terengganu corak berbunga.Rajah 2.1.2.7b wanita ini memakai Baju Riau Pahang leher sejari dari songket Terengganu dipadankan dengan kain satin potongan moden.Rajah2.1.2.7c Sepasang baju petani rakyat Kelantan ,wanita berbaju Kota Bharu, berkain batik selisih dan penutup kepala dari kain semutar.

22 | P a g e

Rajah2.1.2.7a Baju Kebaya Labuh

Rajah2.1.2.7b Baju Riau Pahang

Rajah2.1.2.7c Baju Kota Bharu

2.2 Jenis-jenis Pakaian Melayu Lelaki


Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.

2.2.1 Baju Melayu Teluk Belanga


Baju Melayu Teluk Belanga lebih terkenal di Selatan Malaysia.Potongan Teluk Belanga ,bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman.Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.Baju Melayu Teluk Belanga dipakai bersama sampin.Sampin dipakai diluar baju.Rajah2.2.1.1a Baju Melayu Teluk Belanga broked bunga penuh dipadankan dengan kain samping corak Muar.Rajah2.2.1.1b Baju Melayu Teluk Belanga fabrik broked dipadankan dengan samping bercorak tapak catur, bersongkok dan bercapal.

23 | P a g e

Rajah2.2.1.1a Baju Melayu Teluk Belanga

Rajah2.2.1.1b Baju Melayu Teluk Belanga

Di Negeri Sembilan, Baju Kurung Teluk Belanga merupakan pakaian upacara pembesar dari Sumatera Barat. tenunan sutera dan songket sarat ikatan pembesar

Pada masa dahulu lelaki dari Terengganu memakai Baju Melayu Teluk belanga yang lebih pendek dari sutera Cina atau kain tenun yang dilengkapi dengan samping limar songket atau kain tenun Bugis.Rajah2.2.1.2a Baju Melayu yang dipakai oleh lelaki Melayu di terengganu sejak dahulu dipadankan dengan kain samping pelikat berdagang luar.Rajah 2.2.1.2b Lelaki berbaju Melayu Teluk belanga cara Terengganu, bersamping songket dan berbekung.Rajah 2.2.1.2c Lelaki memakai Baju Melayu berbelah depan dipadankan dengan samping songket dan tengkolok.

24 | P a g e

Rajah2.2.1.2a Baju Melayu

Rajah 2.2.1.2b baju Melayu Teluk belanga cara Terengganu

Rajah 2.2.1.2c Baju Melayu berbelah depan

2.2.2 Baju Melayu Cekak Musang


Baju Melayu Cekak Musang terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia.Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk cekak tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju Melayu Cekak Musang dipakai bersama samping dimana baju di dalam samping.Baju melayu juga boleh dipakai dengan kain sarong(pelikat) dan biasanya dipakai untuk ke masjid. Baju Kurung Cekak Musang beserta samping atau digaya bersama Baju Sikap merupakan Pakaian Tradisional di kedah. Baju Sikap Kedah menyerupai Baju Melayu Cekak Musang,bezanya hanya dibahagian hadapan yang mana Baju Sikap berbelah dipakai seawal tahun 1786, mempunyai butang ke paras pinggang dengan seluar potongan Cina dan samping.Di Perlis,Baju Sikap dan Baju Melayu Cekak Musang potongan tradisional berkolar tinggi, berbutang lima, berpesak dan berkekek. Tiga kocek - satu di bahagian dada,

25 | P a g e

dua di bawah sisi kanan dan kiri. Di utara, Baju Sikap merupakan pakaian adat kaum lelaki diperbuat daripada fabrik jalur berdiri yang dipadankan dengan seluar dan samping songket penuh. Baju Melayu Cekak Musang dipakai sebagai acara rasmi di istana.Rajah2.2.2.1a Baju Melayu polos digandingkan seluar berbeza warna. Lengkap berbaju Sikap corak berjalur dan samping kain tenun.Rajah 2.2.2.1b Baju Cekak Musang biru dipadankan samping songket dan Baju Sikap fabrik broked.Rajah2.2.2.1c Baju Melayu Cekak Musang polos lengkap bersamping kain songket dan Baju Sikap kain baldu bersulam mewah.Di Perlis,rajah 2.2.2.1c Potongan Baju Sikap besar dari tenun corak tapak catur bunga tabur dipadankan dengan samping.Rajah 2.2.2.1d Baju Sikap pakaian adat dari fabrik jalur berdiri yang dipadankan dengan seluar dan samping songket penuh.

Rajah2.2.2.1a Baju Melayu polos

Rajah 2.2.2.1b Baju Cekak Musang

Rajah2.2.2.1c Baju Melayu Cekak Musang polos

Rajah 2.2.2.1d Baju Sikap pakaian adat

Di Negeri Sembilan,pakaian adat berasal dari Sumatera Barat di mana kaum lelaki Baju Melayu Cekak Musang, samping ikat pinggang dan destar. Di Selangor, Pakaian Adat lelaki dari masyarakat Banjar terdiri dari Baju Adat, seluar, samping dan tengkolok. Di perak, Baju Melayu Cekak Musang dipadankan dengan kain samping songket berbengkung dan kepala berhias Justar Sering yang dipakai di hari perkahwinan.Rajah2.2.2.2a Baju Kurung
26 | P a g e

Cekak Musang sutera bunga tabur dipakai selengkapnya bersama kain samping, bengkung dan tengkolok ikatan Dendam Tak Sudah. Rajah2.2.2.2b Baju Sikap baldu hitam berhias renda emas dipadankan dengan samping songket sarat dan destar. Rajah2.2.2.2c Pakaian adat lelaki Negeri Sembilan yang berasal dari Sumatera Barat. Baju Kurung Cekak Musang dilengkapi dengan samping ikat pinggang dan destar dan songket.

Rajah2.2.2.2a Baju Kurung Cekak Musang

Rajah2.2.2.2b Baju
Sikap

Rajah2.2.2.2c Pakaian adat


lelaki

Di Pantai Timur, Baju Melayu Cekak Musang dipakai semasa untuk bertani,samping kain batik dan kepala dililit kain semutar dipakai sebagai aksesori.Fabriknya diperbuat daripada kain yang mudah menyerap peluh.Rajah2.2.2.3a lelaki memakai pakaian petani Baju Melayu Cekak Musang, samping kain batik dan kepala dililit kain semutar. Rajah2.2.2.3b lelaki menggayakan Baju Sikap Kelantan fabrik sari sutera, bersamping sutera tenun dan seluar satin kuning kemerah-merahan. Tengkolok ikatan kreatif. Rajah2.2.2.3c Baju Sikap dipakai dengan kain lepas dan bengkung. Pakaian pembesar Kelantan di masa dahulu.

Rajah2.2.2.3a pakaian petani

Rajah2.2.2.3b Baju Sikap Kelantan

Rajah2.2.2.3c Baju Sikap

27 | P a g e

Di Pahang, Kaum lelaki pula segak berbaju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang.Ada juga gemar menggayakan jaket pendek dipanggil Baju Cina atau Baju Pesak Sebelah. Kain Sutera tenun corak jalur sering digunakan dalam busana tradisional Pahang ini.Antara jenis Baju Melayu Cekak Musang seperti dalam rajah berikut, rajah2.2.2.4a Baju Melayu Cekak Musang tenunan Terangganu, corak jalur berdiri benang emas. Potongan klasik pakaian diraja pada masa dahulu.Rajah 2.2.2.4b Lelaki berbaju Melayu Cekak Musang, bersamping songket sutera tenun.

Rajah2.2.2.4a Baju Melayu Cekak Musang tenunan Terangganu

Rajah 2.2.2.4b Lelaki berbaju Melayu Cekak Musang

28 | P a g e

You might also like