You are on page 1of 24

RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

TAJUK 7 LENGAN (LENGAN PADANAN RATA)

Kembang payung

Bishop
Padanan rata
Gelembung

7.1 SINOPSIS

Lengan terbahagi kepada dua jenis iaitu lengan padanan atau yang dipasang
ke pakaian dan lengan tambahan dari badan. Lengan padanan ialah seperti lengan
padanan rata, lengan gelembung, lengan bishop dan lengan raglan.Lengan
tambahan pula ialah seperti lengan magyar(lengan pendek) dan lengan kimono (tiga
suku panjagn atau panjang kepegelangan tangan. Dalam tajuk ini akan hanya
membincangkan mengenai lengan padanan rata. Bagaimana menyediakan lengan,
cara meyudahkan hujung lengan, mencantum lengan pada hujung baju dan cara –
cara mengemaskan kelim di lubang lengan.

7.2 HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir tajuk ini, pelajar dapat:

1. Definisi lengan
2. Membezakan antara lengan padanan rata dengan jenis lengan yang lain
3. Mengetahui bentuk pola lengan padanan rata
4. Mengetahui cara melukis rajah lengan padanan rata
5. Menggunting dan menanda fabrik dengan tepat
6. Menjahit proses lengan padanan rata mengikut urutan yang betul
7. Mengamalkan aspek keselamatan semasa melakukan kerja

61
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

7.3 KERANGKA TAJUK

Lengan
Padanan Rata

-Cara-cara mengemaskan
lubang lengan
- Definisi lengan Langkah-langkah menjahit
-Cara-cara mengemaskan
-Fungsi lengan lengan hujung lengan

7.4 KANDUNGAN

7.4.1 Definisi Lengan

Lengan ialah tambahan pakaian dari lubang lengan. Ia boleh jadi sepotong fabrik
yang dicantumkan ke lubang lengan atau pun tambahan daripada badan. Lengan biasa yang
dicantumkan dengan baik mempunyai ira lurus yang terletak di garis atas lengan.Hujung
lengan boleh disiapkan dengan kelepet, lapik atau kun.

7.4.2 Fungsi Lengan

- Melindungi daripada cuaca panas dan sejuk


- Melindungi kecacatan di lengan
- Menambah keanggunan si pemakai jika sesuai dengan fesyen dan fabrik
- Mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian seperti baju kurung teluk belanga dan sari.

Ciri lengan padanan rata


- Garis tengah lengan bertemu dengan garis bahu
- Kelim lengan bertemu dengan kelim rusuk baju
- Basi kelim lubang lengan dikemaskan
- Cantuman lengan tidak berkedut
- Lengan yang baik akan bergantung dengan elok
- Kelim lubang lengan rata

62
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

7.4.3 Langkah-langkah Menjahit Lengan Padanan Rata

Langkah 1

- Sediakan lengan dan bahagian badan pakaian seperti mana dalam


rajah 5.1

SD

Tanda imbang belakang Tand imbang


hadapan

SD

Rajah 5.1
Langkah 2

- Jahit dua garisan longgar di kepala lengan dengan jarak 2 mm ke atas garisan
pemadan atau baris pertama 3 mm di atas gp dan jahitan mesin longgar yang ke dua
3 mm di bawah gp. lihat rajah 5.2
Jahitan longgar

Rajah 5.2

- Temukan garisan pemadan lengan SL fabrik berhadapan dan semat


- Jahit dengan jahitan mesin di garisan pamadan lengan
- Cabutkan jelujur dan tekan buka kelim
- Kemaskan hujung lengan dengan kelepat
- Jahit sembat susup atau mesin pada kelepet lengan.

63
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

Rajah 5.3

-Tepi-tepi lengan baju hendaklah disiapkan dahulu sebelum


mencantumkan
lengan ke lubang lengan.

Langkah 3

Proses mencatumkan lengan ke lubang lengan


- Tarik benang jahitan kasar di kedua-dua barisan jahitan untuk menyeratakan
ukuran lengan dengan lubang lengan.
- Lekat lengan kanan ke lubang lengan kanan dengan SL bertemu.

Hadapan
Hadapan Pakaian
lengan

Rajah 5.4

64
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

Langkah 4
- Temukan garis pemadan, kelim lengan ke kelim rusuk badan, notch lengan
hadapan ke notch lubang lengan badan hadapan, garis atas lengan ke kelim
bahu badan dan notch lengan belakang ke notch lubang lengan badan
belakang.
- Dengan peniti menegak ke lubang lengan, semat lengan ke lubang lengan
dengan memadankan kedua-dua garis pemadannya.
- Jejulur pada garis pemadan
- Jahit mesin lengan ke lubang lengan pada garis pemadan dari SD lengan.
- Permulaan dan penghabisan jahit mesin kelim di lengan hendaklah bertindih
atas.

Rajah 5.5

Jahit dengan jahitan mesin di GP


lubang lengan. Mata jahitan mesin
yang akhir menindih mata jahitan mesin
yang awal 3 cm hingga 4 cm untuk
mengukuhkan kelimTekan dan seterika kelim dari
SD supaya rata.

7.4.4 Cara-cara mengemaskan lubang lengan.

Kelim lubang lengan boleh dikemaskan dengan beberapa cara di antaranya adalah
seperti berikut:-

65
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

J.
Insang
pari.

Balutansendiri

Bentuk
Jahit pucuk
mesin rebung

Rajah 5.6

7.4.5 Cara-cara mengemaskan hujung lengan.

Hujung lengan boleh dikemaskan dengan beberapa cara di antaranya adalah


seperti berikut:-

Kun
Lapik

Kaf Ben

Rajah 5.7

1. Bentangkan hasil kerja lengan padanan rata dalam bentuk carta


2. Huraikan ciri-ciri lengan padanan rata yang baik
3. Apakah tujuan lengan dipasang pada pakaian.

66
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

TAJUK 8 PENYUDAH TEPI

8.1 SINOPSIS

Penyudah tepi adalah salah satu proses jahitan. Ia dibuat untuk melindungi tepi fabrik
daripada berjerumbai atau berjurai-jurai. Dalam tajuk penyudah tepi anda akan di jelaskan
mengenai definisi penyudah tepi, mengenalpasti pemilihan penyudah tepi, jenis-jenis
penyudah tepi, cara menyesuaikan jenis penyudah tepi dan cara menjahit. .

8.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan maksud ’Penyudah Tepi’


2. Mengenalpasti pemilihan Penyudah Tepi.
3. Menyenaraikan jenis-jenis Penyudah Tepi.
4. Mengenalpasti cara-cara menjahit Penyudah Tepi
5. Membanding bezakan cara-cara menjahit Penyudah Tepi.
6. Menyesuaikan jenis penyudah tepi dengan pakaian atau artikal yang hendak
dijahit.
7. Menjahit beberapa ciontoh penyudah tepi

8.3 KERANGKA TAJUK

PENYUDAH TEPI
(Kelepet dan Kun)

Definisi Penyudah Tepi

Jenis-jenis Penyudah Tepi Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan


Semasa menjahit Penyudah Tepi

1. Kelepet
2. penjuru
3. Lapik Langkah-langkah menjahit
4. Kun Penyudah tepi kelepet dan kun
5. Renda
6. Ikatan Pinggang
7. Kasing
8. jahitan Sulaman

67
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

lapik berbentuk

kun

renda

kun

kelepet

Kelepet

SD
Jahit lilit ubi jahit lilit ubi
SL

Sembat susup kelepet tindih sembat susup


SD

Alas pinggan yang di


Kemaskan dengan jahitan
sulaman tebuk (cut work
Embroidery) sebagai
Penyudah tepi(perhiasan)

Chairback (alas belakang kerusi)


Yang dikemaskan dengan
jahitan sulaman sebagai
penyudah tepi (perhiasan)

Jenis-jenis penyudah tepi

68
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

8.4 KANDUNGAN

8.4.1 Definisi Penyudah tepi.

Penyudah tepi adalah proses jahitan yang dibuat untuk melindungi, mengemas,
mengukuh dan menghias tepi pakaian dan kelengkapan rumahtangga daripada
berjerumbai atau berjurai-jurai.

Pemilihan penyudah tepi bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, jenis
pakaian dan stailnya dan jenis tepi yang dikemaskan.

8.4.2 Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menjahit


penyudah tepi.
1. Penyudah tepi mestilah sesuai untuk tepi yang hendak dikemaskan.
2. Kukuh, tahan lasak , dijahit dengan baik kemas dan rata.
3. Lebarnya dan basinya mestilah sama dan tepi yang melengkung mestilah
rata/licin.
4. Warna benang mesti sama dengan warna fabrik.
5. Warna benang untuk penyudah tepi sulaman mestilah sesuai dan cantik
dijadikan perhiasan.

8.4.3 Jenis-jenis Penyudah Tepi.

8.4.3.1 Kelepet

Kelepet ialah penyudah tepi yang dibuat pada bahagian bawah pakaian dan juga di
tepi kelengkapan rumahtangga. Ia terdiri daripada dua lipatan. Kelepet digunakan untuk
menyudahkan tepi yang lurus dan yang melengkung. Lebar dan kemasan kelepet berbeza
mengikut jenis fabrik dan tujuan diadakan kelepet itu. Kelepet yang halus biasanya dibuat
pada bahagian yang melengkung dan kelepet-kelepet yang lebar digunakan pada bahagian
yang lurus. Kelepet boleh dikekalkan pada pakaian atau kain kelengkapan rumahtangga
dengan jahitan mesin, jahit sembat susup atau jahit silang pangkah.

Proses menjahit kelepet lurus

Langkah 1 Langkah 2
Tandakan kedudukan kelepet Lipat lipatan pertama ke sebelah dalam
Selebar 6 mm

6mm 6mm
6
66mm
6mm
6

langkah 2

Rajah 6.1 dan 6.2 Proses menjahit Kelepet Lurus

69
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

Langkah 3 Langkah 4
- Lipat lipatan kedua di garisan kelepet - Cabut peniti
selebar 2 ½ cm – 6 1/2 cm - Jahit sembat susup di sepanjang
- semat dan jelujur kelepet.

2 ½ cm -
6 ½ cm

Rajah 6.3 dan 6.4 Proses menjahit Kelepet Lurus

Menetapkan kelepet pada pakaian Memetapkan kelepet pada pakaian


Dengan jahit silang pangkah dengan jahit sembat

Rajah 6.5 dan 6.6 Proes menjahit Kelepet Lurus

70
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

8.4.3.2 Proses menjahit kelepet melengkung


(a) Kelepet Lisu
(b) Kelepet Kedut Lepas

(a) Kelepet Lisu

Langkah 1 Langkah 2
- Sediakan dan kemaskan kelim - Lipat fabrik pada g.pemadan
- Jelujur pada garisan pemadan - Tekan dan semat dengan peniti

Kelepet
Skirt

garisan
pemadan S.D

Jelujur pada
lipatan kelepet

Rajah 6.7 dan 6.8 Proses menjahit Kelepet Melengkung

Langkah 3 Langkah 4
- Lisukan fabrik yang lebih dan - Jahit sembat pada lisu
halakan ke kelim rusuk. - Lipat lipatan pertama dan tetapkan
- Semat dan jelujur pada lisu. - kelepet pakaian dengan jahit
sembat susup

Kelepet melengkung

Halakan Lisu S.D


SD ke kelim rusuk
sembat
susup

Jahit jelujur pada lisu Lisu disembat


Rajah 6.9 dan 6.10 Proses menjahit Kelepet Melengkung

71
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

(b) Kelepet Kedut Lepas

Langkah 1 Sediakan saperti Langkah 1 (Kelepet Lisu )

Langkah 2 Langkah 3
- Lipat 6 mm untuk lipatan pertama - Cantum garisan kelim.
- Jahit mesin mata kia kasar di - Lipat pada garisan kelepet dan tekan.
garisan lipatan pertama untuk - Tarik jahitan mesin longgar serta
membuat kedut halus. kedutkan dan padankan kedudukan
kelim supaya kelepet terletak rata
pada pakaian.
- Tetapkan kelepat dengan jahitan
yang sesuai.

S.D
S..D

sembat
susup
Garis kelepet
kelepet
S.L

Garis lipatan
pertama
Jahit mesin kasar Jelujur

Rajah 6.11 dan 6.12 Proses menjahit Kelpet Melengkung

72
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

8.4.3.3 Jalur serong tepat


Jalur serong tepat ialah sekeping fabrik yang digunting dengan menggunakan ira
serong tepat. Lebarnya bergantung lebar penyudah tepi yang hendak dijahit.Rujuk rajah
6.15

Langkah-langkah menyediakan jalur serung tepat (rujuk rajah6.13)


 Lipat kain supaya benang longsin selari dengan benang pakan.
 Ukur dan tandakan lebar jalur serong dengan peniti kemudian
guntingkan jalur serong.
 Untuk menyambungkan jalur serong tepat, gunting hujung jalur supaya
Ked ua-dua tepinya mengikut ira lurus.
 Temukan S.L. jalur serong dengan hujungnya terkeluar 9 mm.
 Jelujur dan jahit mesin jalur serong.
 Tekan buka kelim jalur dan gunting hujung yang terkeluar.

peniti

Lipatan serung tepat

(a) (b)

Tepi jalur mengikut ira lurus hujung digunting

jahit mesin
(c)

hujung terkeluar 9mm kelim menyambung

Rajah 6.13 Jalur serong tepat

73
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

Langkah-langkah pita serung/Kun di tepi lurus (sebagai lapik)


1. Jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan
2. Tanggalkan benang benang jelujur dan gunting tepi hingga 6 mm
3. Terbalikkan ke sebelah belakang.

Sebelah dalam

Mengemaskan lapik dengan


sembat susup
Sebelah luar

Rajah 6.14 Jalur serong tepat

8.4.3.4 Kun

Kun ialah salah satu cara penyudah tepi yang menggunakan jalur serong tepat untuk
membalut tepi kain.Penyudah tepi cara ini selalunya digunakan pada tepi-tepi pakaian yang
lurus dan melengkung. Ia digunakan untuk menyudahkan tepi pakaian seperti di garis leher,
hujung lengan, lubang lengan dan kelepet, Kun juga digunakan sebagai perhiasan,lubang
butang berkun dan dijadikan gelungan fabrik.(rouleau)

6.3.4.1 Langkah-langkah Kun Sebagai balutan di tepi lurus

1. Jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan


2. Gunting hingga 6 mm dari garisan jahit mesin
3. Snip di tepi hingga dekat garisan mesin.
4. Terbalikan ke sebelah dalam

Rajah 6.15 Kun di tepi lurus (sebagai balutan )

74
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

8.3.4.2 Langkah-langkah Kun Sebagai balutan di tepi Cembung dan di tepi Cekung

1. Jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan


2. Gunting tepi hingga tinggal 6 mm
3. Terbalikkan ke sebelah dalam

Tepi Cembung Tepi Cekung

Rajah 6.16 Kun di tepi cembung dan cekung (sebagai balutan )

75
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

UJIAN 1
1. Berapa banyak lipatan dibuat pada kelepet?
A. Satu
B. Dua
C. tiga
D, empat

2. Jalur serung tepat dipotong .......... ganda daripada lebar kun yang siap
A. 1 kali
B. 2 kali
C. 3 kali
D 4 kali

3. Gambarajah di bawah menunjukkan ........................

Rajah 2
A. Kelim
B. Kelepet
C. Penjuru lipat tindih
D. Penjuru temu sudut

4. Bagaimana kamu menghilangkan gelembung pada tepi yang melengkung?

i. Dengan menjahit sembat susup


ii. Dengan membuat lisu-lisu kecil
iii. Dengan menjahit lilit ubi atau insang pari.
iv. Dengan mengedutkan kelepet menggunakan jahit mesin.

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. i dan iii
D. ii dan iv

76
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

5. Penyudah tepi yang dijahit dengan baik mestilah...................

A. rata dan kemas


B sekata lebarnya
C. kukuh dan kemas
D. sekata lebarnya, kukuh dan kemas.

Ujian 2

1. Apakah perbezaan Kelepet dengan Kun?

2. Lukis gambarajah dan terangkan cara membuat di tepi cembung.

3. Terangkan langkah-langkah untuk menjahit kelepet lurus pada pakaian.

4. Dengan bantuan gambarajah huraikan bagaimanan hendak menggunting dan


menyambung jalur serung tepat.

77
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

TAJUK 9 GARIS LEHER

9.1 SINOPSIS
Garis leher ialah sebahagian daripada pakaian yang dikemaskan dengan menggunakan
lapik, kun, ropol, renda, kolar, lapik berbentuk dan sulaman. Tajuk ini akan menjelaskan
salah satu dari pengemasan yang dibuat pada garis leher iaitu kolar lurus.

9.2 HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir tajuk ini, pelajar dapat:

1. Mendefinisikan kolar lurus


2. Mengerahui kegunaan kolar lurus
3. Mengerahui ciri-ciri kolar lurus
4. Mengetaui perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyedia
dan melekatkan kolar
5. Memilih lapik dalam kolar yang betul
6. Menjahit proses kolar lurus mengikut langkah-langkah urutan yang betul
7. Mengamalkan aspek keselamatan semasa melakukan kerja

9.3 KERANGKA TAJUK

GARIS LEHER – KOLAR LURUS

Perkara yang Langkah-


Definisi Kegunaan Ciri-ciri dipertimbangkan langkah
kolar kolar lurus kolar lurus semasa menjahit
menjahit kolar kolar lurus
lurus

78
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

9.4 KANDUNGAN

9.4.1 Definisi kolar lurus.

Kolar ialah dua kepingan kain yang dibentuk, dicantumkan dan kemudian dilekatkan
pada garis leher. Kolar ini berbentuk lurus dan tegak pada bahagian belakang garis
leher. Lebar kolar pada bahagian belakang adalah kira-kira setengah atau kurang
daripada setengah lebar kolar.

9.4.2 Kegunaan Kolar


- Untuk menyudahkan garis leher pada pakaian.
- Memberi gaya atau stail pada pakaian
- Sebagai perhiasan supaya pakaian kelihatan lebih menarik
- Memberikan kepanasan kepada pakaian

9.4.3 Ciri-ciri Kolar Lurus


- Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabrik
- Permukaan kolar rata
- Kolar terletak rata dan kemas di garis leher
- Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang
- Kedua-dua hujung kolar sama lebar
- Cantuman kelim kolar tidak beralur

9.4.4 Perkara yang dipertimbangkan semasa menjahit kolar lurus


- Potong kolar diatas dua lapis fabrik mengikut ira fabrik kain yang betul.
- Tandakan semua garisan pola dan tanda imbangan dengan tepat dan jelas.
- Jahit tepi garis leher dengan jahit mesin atau sebaris jelujur halus supaya garis
leher itu tidak memberi.
- Jahit kolar dengan betul di atas garis pemadan untuk menjaga bentuk yang
baik.
- Gunting kain yang berlebihan dan snip semua bahagian yang melengkung dan
penjuru sebelum menterbalikkan kolar ke sebelah luar.
- Ini mengurangkan ketebalan kolar dan membuatnya rata.
- Gunakan lapik dalam jika perlu.
- Tanda garis tengah belakang kolar adalah sebagai asas perimbangan.
- Jahit jelujur halus pada tepi kolar dan jelujur tegak pada tengah kolar disebelahm
luar supaya kedua – dua lapis kolar itu sama rata.

Rajah 7.1

79
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

9.4.5 Langkah-langkah menjahit kolar lurus

A. MENYEDIAKAN KOLAR LURUS

Langkah 1

- Temukan SL kolar dengan memadankan garis pemadan dan garis leher kolar.
- Semat, jelujur dan jahit mesin hujung kolar dari tepi berlipat hingga ke garis leher.
- Buka jelujur
- Gunting basi kelim hingga tinggal 6mm dan gunting serong basi kelim di penjuru.

Rajah 7.1
Langkah 2

- Balikkan kolar ke SL fabrik dan seterika.


- Jelujur di sekeliling tepi kolar
- Jelujur tegak di tengah-tengah kolar.

Rajah 7.2

80
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

B. MENYEDIAKAN BADAN PAKAIAN

Langkah 1
- Lipat tepi lapik badan ke sebelah dalam fabrik.
- Jelujur dan mesin atau jahit tepi.

Rajah 7.3

Langkah 2

- Lipat lapik badan pada garis lipatan ke sebelah luar pakaian.


- Jelujur dan jahit mesin pada garis leher dari garis lipatan ke garis tengah
hadapan. Buka jelujur.
- Snip dari sudut basi leher hingga ke garis leher dan gunting basi leher di
sudut hingga tinggal 6mm.

Rajah 7.4

81
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

Langkah 3

- Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian.

Rajah 7.5

- Padankan garis leher lapik badan ke garis leher badan hadapan.


- Sembat hujung lapik ke kelim bahu pakaian.

Rajah 7.6

82
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

C MENJAHIT KOLAR KE PAKAIAN

Langkah 1
- Temukan sebelah luar kolar atas pada sebelah dalam pakaian dengan memadankan
hujung kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah belakang kolar ke garis
tengah belakang pakaian dan garis leher kolar ke garis leher pakaian.

Rajah 7.7

- Semat, jelujur dan jahit mesin pada garis leher. Buka jelujur.
- Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm.
- Snip basi penjahit 6mm – 1.3cm jarak.

Langkah 2
- ik kolar keluar dari pakaian dan seterika.

Rajah 7.8

- Lipat tepi kolar bawah mengikut garis leher ke sebelah luar fabrik.
Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm.
- Letakkan tepi yang berlipat ini di atas jahit mesin dan jelujur
- Sembat dengan mengambil tiap-tiap mata jahit mesin.

83
RBT3063 Reka Bentuk Pakaian

1. Reka dan lakarkan dua stail pakaian yang berkolar lurus

2. Huraikan ciri-ciri kolar lurus

3. Berpandukan gambarajah lukiskan cara-cara melekatkan kolar lurus di garis leher


mengikut urutan yang betul

4. Mengapakah perlu dijelujur tegak sebelum mencantumkan kolar di garis leher?.

84

You might also like