You are on page 1of 5

SMK. DAMANSARA DAMAI 1 MEMBAWA MURID KELUAR AKTIVITI REAKREASI BOLA SEPAK PANTAI TAHUN 2012 1.

PENDAHULUAN Aktiviti kurikulum diluar sekolah adalah satu rangka strategik dalam perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dengan tujuan memberikan pengalaman terus kepada murid, kaedah merangka dan menguruskan aktiviti reakreasi dengan memberikan penekanan kepada pembangunan psikomoto,kognitif dan afektif yang selari dengan objektif yang hendak dicapai melalui sukatan pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Oleh itu aktiviti ini telah dirancang dan dikendalikan oleh panitia pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan yang merasakan program ini boleh dijadikan sebagai projek rintis kepada proses pembelajaran dan pengajaran secara berkesan dimasa hadapan. Program ini dirancang bagi memastikan penglibatan murid secara terus dalam pengurusan aktiviti luar teutama melibatkan aktiviti reakreasi. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan diwujudkan atas kesedaran pentingnya pembangunan fizikal selari dengan pembangunan mental murid melalui aktiviti fizikal dalam penerapan pembanguanan sahsiah dan spiritual. Bola sepak pantai dipilih kerana perkaitan rapat dengan bola sepak padang, disamping aktiviti ini merupakan satu bentuk sukan reakreasi di Negara asal kelahiran sukan ini. 2. ANALISIS SWOT (a) S- Kekuatan i. Kita mempunyai pelajar yang mempunyai minat, fizikal badan yang sesuai dan disiplin dan kecerdasan kognitif yang tinggi. ii. Mempunyai guru yang mahir dalam bidang masing-masing dan bersedia untuk memberikan tunjuk ajar. (b) W-Kelemahan i. Aktiviti di luar sekolah yang memerlukan kawalan kelas yang baik dan pengawasan secara berterusan yang melibatkan penyertaan guru yang ramai. ii. Penglibatan murid secara total dan kerjasama yang boleh diberikan oleh murid dalam menjayakan aktiviti dan mendengar arahan guru pengiring.

(c) O- Peluang i. Menjadi satu model perlaksanaan aktiviti pembelajaran yang berkesan di luar bilik darjah. ii. Guru-guru dapat berkongsi pengalam sebenar secara terus kepada murid dan dapat memberikan peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat . (d) T-Ancaman i. Sokongan daripada pihak ibubapa untuk memberikan kebenaran keluar bagi murid mengikuti aktiviti ini pada hari persekolahan . ii. Pemilihan tempat yang perlu bersesuaian dan perancangan langkah keselamatan yang banyak perlu dilaksanakan. 3. MATLAMAT Program ini bertujuan untuk mewujudkan golongan pelajar yang cergas dan cerdas serta melahirkan murid yang berkebolehanan serta boleh diharapkan. Disamping memberikan ruang yang luas kepada murid untuk mengembangkan bakat kepimpinan dan mengunakan pengalaman tersebut dalam bidang pekerjaan yang akan diceburi di masa akan dating. 4. OBJEKTIF KHAS Antara objektif program adalah seperti berikut: 4.1 Memperkenalakan sukan bola sepak pantai kepada pelajar. 4.2 Mengembangkan bakat pelajar dalam bidang pengurusan sukan 4.3 Memupuk satu sikap berdisiplin dan yakin diri yang tinggi dalam diri pelajar. 4.4 Menyesuaikan diri dari segi aspek fizikal, mental, emosi dan sosial untuk perkembangan psikologi dan psikomotor melalui pendidikan berkesan diluar kelas. 5. TEMA REAKREASI TERANCANG PENDIDIKAN GEMILANG

6. STRATEGI (a) Kaedah Program Dilaksanakan Sepanjang program berjalan aktiviti bola sepak pantai akan dikelolakan sepenuhnya oleh murid atau kelas yang telah dipilih Panitia PJPK iaitu tingkatan 5 cendekia dan 4 arif. Dan program ini akan berlangsung sepanjang hari tersebut. Murid akan membentuk pasukan masing-masing dan ahli jawatankuasa yang telah di lantik ajan dipertangunjawabkan menguruskan keseluruhan aktiviti, serta berangung jawab menguruskan keperluan peralatan. Penasihat Penolong Penasihat Pengurusi Penolong Pengurusi I Penolong Pengerusi II AJK : Pn. Megawati Bt. Hasbullah : En. Norzi B. Saari : En. Mohamad Ihsan B. Muhamad Ismail : En. Fadhullah B. Sukarti : Pn. Naizatul Nazrin Bt Mohd Nasir : En. Mohd Al Amin B. Mat Rani (Petang) Cik Nor Azlina Bt. Abdul Aziz (Petang) Pn Nur Faezah Bt Abd Aziz (Petang) Fathia Firhat Bt. Mohd Salleh ( Pagi)

(b) Cadangan Jadual dibawah menunjukkan tarikh dan masa aktiviti dijalankan semasa waktu persekolahan. Walaupun jadual dibawah dibuat tetapi tidak semua akan menepati bergantung kepada perancangan yang dilaksanakan oleh guru. Walaubagaimanapun, aktiviti mesti mencapai objektif awal, iatu memberikan pendedahan pengurusan aktiviti luar oleh murid.

Tarikh 16 Julai 2012

Aktiviti Penubuhan AJK

17 Julai 2012

Persiapan peralatan

19 Julai 2012

Pengelolaan pertandingan

Objektif Murid dapat membentuk AJK bersesuaian dan dapat merasakan proses pemilihan AJK dijalankan. Murid mesti memastikan segala keperluan dan alatan dapat disediakan Murid mengelolakan Kejohanan dengan peraturan Standard bola sepak pantai

Sasaran Kerja AJK tertubuh dan menjalankan tugasan

AJK menyenaraikan Semua keperluan dengan lengkap Murid melaksanakan System pertandingan yang telah dipelajari dengan kaedah betul

(c) Sasaran

Kumpulan sasaran terdiri daripada murid tingkatan 4 dan 5 SMK Damansara Damai 1 Yang mesti melibatkan penyertaan pelbagai bangsa. Penyertaan seramai 80 orang murid 7. BELANJAWAN (a) Pebelanjaan: Keperluan Pengangkutan Bas Makanan Kuantiti 2 Buah 160 unit Harga/ Unit 600.00 5.00 Jumlah (RM) 1200 800

Jumlah Keseluruhan (b) Sumber Pendapatan: Kementerian Belia dan Sukan RM 2060.00

RM

8. JADUAL PELAKSANAAN Jadual pelaksanaan boleh dirujuk di bahagian strategi, dibawah cadangan.

9. TINDAKAN PENTADBIR Disediakan Oleh, .. (Mohamad Ihsan Bin Muhamad Ismail) Setiausaha Sukan

Disemak Oleh, ... (En. Norzi) Penolong Kanan Kokurikulum Sokongan/ Ulasan

Disahkan Oleh, . (Pn. Megawati Bt. Hasbullah) Pengetua. Sokongan/Ulasan

You might also like