You are on page 1of 1

Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau pengur usan adalah

tersangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tid ak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manu sia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yan g besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk m engurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran. Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan pentadbira n adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1 945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.Stoner(1984) mengatakan pengurusan a ialah satu proses merancang,mengelola,memimpin,mengawal daya usaha ahli-ahli org anisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentuk an.Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggo ta sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat. Dalam konteks pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masya rakat.Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbi ran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep ters ebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyamp ai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik. Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of Public E ducation,pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut denga n mengenal pasti,menyelenggarakan,merangsanag,mengawal,dan menyatukan secara for mal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan. Sementara itu Campbell,Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk Introduction to Educational Administration berpendapat bahawa pentadbiran pendid ikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Definisi lain ialah: Pentadbiran pendidikan ialah bidang amalan seperti institusi-institusi l ain. Pentadbiran pendidkan merupakan juga sebahagian kajian penyelidikan oleh para pensyarah terutama Universiti Stanford,Universiti Ohio,Universiti Chicago dan lain-lain. - Pentadbiran sekolah sebagai bidang gunaan seperti kejuruteraan dan perubatan. Ia dibina berdasarkan disiplin psikologi, sosiologi, sains, politik dan ekonomi. Ke semua bidang ini berkaitan dengan pentadbiran pendidikan.

You might also like