You are on page 1of 1

Dasawarsa ini, kesesakan jalan raya menjadi isu yang kerap meniti dari bibir ke bibirdalam kalangan masyarakat

marhaen di negara ini. Dari segi konsepnya, kesesakan jalan raya boleh diikhtisarkan sebagai halangan sebagai akibat banyaknya kenderaan di jalan raya. Hal ini berlaku kerana, masyarakat yang terlalu rakus dan enggan mengamalkan sikap bekerjasama sementelahan tidak bertoleransi semasa memandu. Natijahnya, kesesakan jalan raya menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya yang memburukkan lagi imej negara. Oleh ituminhaj yang efektif perlu dirangka bagi mengatasi masalah ini harus dititikberatkan demi menjelmakan transformasi terhadap imej negara. 1. Perkhidmatan kenderaan awam. Sistem perkhidmatan awam yang terdapat di bandaraya Kuala Lumpur seperti perkhidmatan bas serta teksi perlu diperbaiki. Pada akhir tahun 1970an, perkhidmatan bas mini telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk menyenangkan warga kota untuk berulang-alik ke tempat kerja. Masalah waktu menunggu, tempat duduk dan jarak perhentian turut mendorong pengguna memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri. Perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini bergantung kepada pihak swasta. Syarikatsyarikat swasta ini perlu memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada pengguna. 2. Area Traffic Control. Pada tahun 1979, sistem yang diperkenalkan ialah Area Traffic control seperti yang diamalkan di Singapura. Menerusi sistem ini pengguna digalakkan mengawal jumlah penumpang yang ada di dalam sesebuah kenderaan untuk memaksimunkan penumpang sekaligus mengurangkan jumlah kenderaan yang masuk ke sesuatu kawasan. Sistem ini harus cuba diamalkan di Malaysia. 3. Sistem LRT. Memperkenalkan sistem pengangkutan dalam bandar yang seakan-akan sama dengan keretapi dan beroperasi di antara satu tempat lain dalam bandar yang sama. Sementara LRT pula ialah sistem pengangkutan yang sama konsepnya dengan sistem monorel tetapi memberi perkhidmatan pengangkutan di antara bandar-bandar. Contoh : di antara Shah Alam dan Kuala Lumpur. 4. Pembangunan luar bandar. Mencadangkan supaya kilang-kilang atau gudang-gudang ditempatkan di luar pusat bandar. Kerajaan patut mengenakan syarat bahawa kenderaan komersial hanya boleh memasuki pusat bandar pada waktu tertentu. Satu lagi cadangan yang agak praktikal ialah cuba menempatkan pejabat-pejabat kerajaan di luar bandar. Bagaimanapun buat masa ini, perlaksanaannya masih di peringkat awal.

You might also like