You are on page 1of 19

1.

0 SEJARAH RINGKAS BADMINTON

Permainan badminton berasal dari India dan diperkenalkan di England oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India. Melalui merekalah, permainan badminton diperkenalkan di Malaysia. Persekutuan Badminton Antarabangsa atau IBF yang bertanggungjawab menguruskan pertandingan badminton di peringkat antarabangsa pula telah ditubuhkan pada tahun 1934. Selaku Presiden IBF yang pertama, Sir George Thomas telah menghadiahkan sebuah piala sempena namanya untuk dijadikan Piala Pusingan. Piala Thomas ini telah dipertandingkan selama 3 tahun sekali dan Kejohanan Badminton Piala Thomas dikenali sebagai satu pertandingan badminton yang paling unggul di dunia, menyamai keunggulan Kejohanan Tenis Wimbledon.

Negara kita Malaysia, telah menjuarai Piala Thomas ini beberapa kali. Kali pertama pasukan badminton negara memenangi Piala Thomas ialah pada 1949. Kejayaan ini kemudian disusuli dengan beberapa lagi kejayaan iaitu pada tahun 1952, 1955 dan 1967. Pada tahun 1992 pula, pasukan badminton negara yang ditunjangi oleh Keluarga Sidek, sekali lagi berjaya menjulang Piala Thomas. Antara pemain badminton negara yang terkenal suatu ketika dahulu ialah Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang, Silvia Ng, Misbun Siden, Razif Sidek, Jailani Sidek dan lain-lain. Persatuan Badminton Malaysia atau BAM telah ditubuhkan pada tahun 1912, iaitu di antara persatuan yang terawal ditubuhkan di dunia. Sekarang ini, pasukan negara masih dianggap sebagai pasukan yang disegani sebaris dengan pasukan ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan Denmark.

2.0

STRATEGI BERMAIN BADMINTON

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan

bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring. Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disiplin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket. Permainan badminton dimainkan dengan cara memukul bulu tangkis supaya sentiasa berada di udara. Para pemain akan berbalas-balas pukulan dan berusaha untuk mengelakkan bulu tangkis jatuh di dalam kawasan gelanggang masingmasing. Matlamat utama permainan ialah untuk mematikan bulu tangkis atau menjatuhkan bulu tangkis di gelanggang lawan. Jika pemain berjaya melakukan demikian, mata akan diperoleh dan servis kembali berjaya dirampas. Begitulah seterusnya permainan berlangsung sehingga mata penamat dicapai. Seorang pakar olahraga, Robert A. Pestolesi mendefinisikan strategi permainan sebagai satu keterampilan gerak atlet untuk memperoleh keuntungan dari lawan dalam suatu permainan secara adil. Taktik atau strategi adalah usahausaha yang dirancangkan oleh anda atau lawan anda untuk memperoleh mata atau mendapatkan kembali servis. Terdapat dua jenis perlawanan dalam badminton iaitu secara perseorangan dan beregu yang masing-masing memerlukan strategi yang berbeza.
2

STRATEGI PERMAINAN PERSEORANGAN

Untuk menjadikan strategi anda berkesan, anda mesti bermain mengikut kekuatan anda dan mengenal pasti kelemahan lawan anda. Sekiranya lawan anda kelihatan kurang daya tahan dan kepantasan, cuba membuat beliau berlari untuk meletihkannya. Disebabkan kebanyakan pemain tidak mempunyai pukulan kilas sekuat pukulan hadapan, lakukan hantaran balik anda ke bahagian kilas pemain lawan. Sekiranya anda kurang daya tahan, cuba lakukan serangan dengan pantas dan lakukan rali yang pendek dengan pukulan smash. Anda mesti lebih agresif sewaktu melakukan servis dan berhati-hati sewaktu menerima servis lawan. Anda juga perlu memastikan sempadan permainan perseorangan agar anda tidak mengembalikan bulu tangkis yang sudah pasti keluar.

KESILAPAN

PEMBETULAN

Anda gagal untuk kembali ke bahagian Sebaik sahaja anda melakukan hantaran tengah gelanggang Anda gagal menggerakkan lawan anda balik, bergerak ke tengah gelanggang Setiap hantaran balik anda mengarahkan lawan keluar daripada kawasan tengah gelanggang Hantaran servis anda lemah, lawan Kembalikan servis lawan dengan satu mudah mendapat mata tujuan, tetapi hantaran balik tersebut mestilah membuat lawan bergerak serta memberi anda masa untuk bersedia. Dalam permainan perseorangan, terdapat tiga taktik yang sering dilakukan seperti: a) Gaya permainan yang menonjolkan unsur kekuatan (force) dan

kecepatan. (speed) b) Gaya permainan yang mengutamakan faktor daya tahan . c) Gaya permainan yang mengutamakan faktor teknik dan gerak tipu.

Prinsip-prinsip

umum

yang

boleh

dipraktikkan

dalam

permainan

perseorangan ialah: Bermain mengikut kekuatan anda dan kelemahan pihak lawan Paksa lawan anda melakukan kesilapan dengan permainan anda yang konsisten.

Selang-selikan kelajuan sewaktu permainan. Elakkan mengubah strategi nada yang membawa kemenangan dan sentiasa mengubah strategi yang menggagalkan anda.

Cuba lakukan kesemua pukulan atas kepala anda kelihatan serupa: mengelirukan lawan adalah kunci utama menjadi pemain yang baik. Sentiasa melakukan servis rendah bagi menyukarkan pihak lawan untuk membuat hantaran balik.

Bersedia untuk berada pada kedudukan asal iaitu di tengah gelanggang selepas melakukan servis. Ini adalah untuk

memudahkan anda membuat hantaran balik dari pelbagai sudut.

STRATEGI PERMAINAN SECARA BEREGU

Permainan beregu lebih kompleks dalam pengaturan posisi pemain. Berikut ialah beberapa taktik , dalam pengaturan posisi dalam badminton.

1. Posisi berdampingan

Posisi ini mudah diajarkan kepada pemain baru. Kawasan permainan dibahagi kepada dua dan setiap pemain berada di tempat masing-masing. Kawasan-kawasan tersebut dibatasi oleh garisan tengah.

2. Posisi depan dan belakang

Posisi ini mudah dipelajari. Setiap pemain mempunyai tugas untuk memukul di bidang permainan serta mempunyai tanggungjawab yang jelas. Pemain dapat secara bergantian mengambil posisi di depan dan belakang. Biasanya pemain yang melakukan servis tetap di depan, sedangkan pemain pasangannya berada di belakang. Posisi-posisi berikut dapat dijadikan pilihan jika dalam keadaan berikut:

a) Salah satu anggota pasangan lebih kuat dari yang lain maka pemain yang lemah berada di depan (dekat net). Manakala pemain yang lebih kuat mengawasi seluruh lapangan bahagian belakang b) Pasangan ingin terus melakukan pukulan-pukulan serangan.

3. Posisi silih berganti

Posisi ini merupakan taktik yang diterapkan untuk menutup kelemahan dan mengatasi kesulitan yang ada dalam posisi masing-masing. Dalam sistem ini, ketika melakukan serangan, maka posisi depan dan belakang yang digunakan.
5

Ketika bertahan, sistem posisi berdampingan yang digunakan. Pada saat diserang, pemain yang paling dekat dengan net haruslah segera mundur sehingga setengah kawasan . Sementara itu, pemain yang di belakang segera mengambil posisi di sampingnya.

Beberapa strategi umum yang boleh diaplikasikan dalam permainan beregu ialah: Berbincang terlebih dahulu tentang strategi, taktik dan formasi yang akan digunakan bersama pasangan anda sebelum pertandingan berlangsung. Sentiasa cuba memukul bulu tangkis paras bawah, walaupun kurang kelajuan.

Apabila melakukan servis, seringkali lakukan servis pendek dan rendah. Apabila melakukan servis, bermain secara agresif ke arah jaring. Ini menghalang lawan daripada melakukan pukulan junam. Apabila menerima servis, berdiri sehampir mungkin dengan jaring, tetapi berwaspada terhadap servis jauh. Tolak atau arahkan hantaran balik bulu tangkis melepasi lawan di hadapan. Apabila melakukan smash,smash terus ke hadapan.

Kembalikan bulu tangkis melepasi jaring secepat mungkin. Pukulan junam langsung ke jaring adalah lebih baik berbanding dengan pukulan silang gelanggang, kecualilah lawan anda berada betul-betul di hadapan anda di sebelah sana jaring.

Menggunakan formasi up and back apabila anda diserang. Seorang pemain bersedia di hadapan dan seorang lagi menjaga kawasan belakang.

Sentiasa menggunakan komunikasi verbal sehingga nada dan pasangan anda faham akan satu sama lain.

KESILAPAN

PEMBETULAN

Anda kurang berkomunikasi sewaktu Bincangkan situasi khusus permainan bermain Anda tidak pasti siapa yang awal, sebelum permainan. akan Secara konsisten, cuba berada dalam posisi masing-masing. Rakan yang

membuat pukulan balas

mempunyai bulu tangkis pada bahagian pukulan hadapan perlu mengambil

pukulan di bahagian tengah. Terlalu banyak hantaran balik dipukul Apabila kurang pasti, lakukan smash. tinggi

1. Bersedia membalas servis hantaran lawan

2. Bersedia membalas servis hantaran lawan (bola rendah)

Gambar 1 : servis pendek

Gambar 2: Pukulan deras

Gambar 3 : Mengembalikan pukulan di depan jarring

1.Kawasan gelanggang bagi permainan perseorangan dan beregu

2.

Formasi serangan (front-back)

3.

Formasi pertahanan (side by side)


10

11

TAKTIK MEMUKUL BOLA

Hal paling penting yang perlu diperhatikan mengenai pukulan dalam permainan badminton adalah pada saat gerakan permulaan dan

penyelesaian akhir. Pada gerakan permulaan, hal yang perlu diperhatikan ialah posisi tubuh dan kaki pada saat akan melakukan pukulan. Pemain hendaklah menggunakn pergelangan tangan untuk memukul shuttlecock sehingga kecepatan, ketajaman dan arahnya sesuai dengan keinginan dan kemahuan.

Berikut ialah jenis-jenis pukulan dalam permainan bulu tangkis:

1) Servis

Pukulan servis ialah pukulan permulaan shuttlecock yang pertama yang mengawal permainan. Beberapa jenis pukulan servis adalah seperti berikut:

a) Servis pendek Servis pendek (short service) hanya memerlukan sedikit tenaga. Pemain memukul shuttlecock dengan perlahan sekadar untuk melepasi net. Dalam melakukan servis pendek, usahakan agar bola berjalan sedekat mungkin dengan ketinggian net sehingga akan menyulitkan lawan.

b) Servis tinggi

Sevis tinggi (lob servis) biasanya digunakan dalam permainan perseorangan. Dalam servis ini, shuttlecock boleh sampai dekat dengan garisan belakang dan menjunam tajam lurus ke bawah. Pukulan ini memerlukan banyak tenaga.

12

c) Servis mendatar

Pada saat memukul servis mendatar, bersiap sedia untuk berdiri sedikit ke belakang dan agak jauh dari garis tengah. Pukul shuttlecock sejauh-jauhnya dari sisi badan agar lengan dapat bergerak dengan seluas-luasnya. Jika servis ini dilakukan dengan cepat dan sempurna, lawan akan mengalami kesulitan untuk membuat hantaran balik. Pukulan mendatar ini lebih mengutamakan kedataran terbangnya shuttlecock secara cepat. Servis ini sering dilakukan dalam permainan beregu.

2. Pukulan lob

Pukulan lob dapat dilakukan , baik dari bawah mahupun atas kepala. Pukulan lob merupakan pukulan yang sangat penting dalam pola pertahanan atau penyerangan. Pukulan lob terbahagi kepada dua: pola

a) Pukulan lob serang

Pukulan lob serang dapat dilakukan dari atas mahupun bawah. Lob serang dari atas adalah bola diambil dari depan badan di atas kepala, dilambungkan rendah dan cepat. Sementara itu, lob serang dari bawah pukulan bola

dilakukan dengan cepat dan melambung agak rendah. Lob serang dilakukan ketika lawan sudah hilang keseimbangan atau salah posisi atau terpaksa maju ke depan net untuk mengejar suatu pukulan drop (drop shot).

b) Pukulan lob penangkis

Pukulan ini dilakukan dari atas atu bawah. Lob penangkis dari atas dilakukan di atas kepala, dilambungkan tinggi dari jauh sampai garisan belakang. Lob penangkis dari bawah pula dilakukan dari bawah ,dilambungkan tinggi dan jauh ke belakang. Ada empat pukulan yang harus dikuasai setiap pemain perseorangan mahupun secara beregu.

13

3) Pukulan drive

Pukulan biasa yang digunakan untuk menekan lawan dan tidak memberikan kesempatan kepada lawan untuk mendapatkan bola. Melalui pukulan ini, lawan tidak sempat untuk menyerang dengan pukulan overhead mahupun smash. Pukulan drive adalah untuk mempercepatkan tempo permainan dengan meluncurkan bola rendah dan tipis di atas net. Pukulan ini banyak digunakan dalam permainan beregu dan beregu campuran. Walaupun demikian, sebaiknya pemain jangaan melakukan cross drive (menyilang) kerana mudah dipotong dan dicegah oleh lawan.

4) Pukulan smash

Pukulan yang dilakukan dengan cepat dan sekeras-kerasnya ke arah bawah kawasan lawan. Cara melakukan pukulan ini hampir sama dengan pukulan lob bola. Perbezaannya ialah pukulan smash bola dipukul tajam ke bawah dengan keras.

5) Pukulan dropshot

Dilakukan dengan tujuan menempatkan bola secepat-cepatnya dan sedekatdekatnya dengan net arah lawan. Pukulan drop harus diusahakan agar bola jatuh tajam ke bawah. Pukulan sebaiknya dilakukan pada saat bola sedang berada di puncak ketinggian dan jangan tunggu himgga bola menurun di bawah net. Pukulan dropshot boleh dilakukan dari atas atau bawah.

6) Pukulan netting

Merupakan pukulan yang sukar dalam permainan badminton. Hal ini kerana pukulan ini memerlukan kecermatan dan penuh perasaan. Beberapa hal harus diperhatikan dalam pukulan net ialah: Shuttlecock harus diambil ketika di atas atau setinggi mungkin dekat bibir net. Shuttlecock melambung harus serendah mungkin dengan net. Jatuhnya shuttlecock harus serapat mungkin dengan net. Shuttlecock harus diambil sewaktu masih di atas bagi tidak melambatkan tempo permainan.
14

FAULT DALAM PERMAINAN BADMINTON

Fault ialah kesalahan yang dilakukan ketika permainan berlangsung.Terdapat beberapa tingkah laku yang akan menyebabkan fault dalam permainan.

Salah satu jenis fault ialah servis fault. Ketika membuat servis dan menerima servis,kedua-dua belah kaki pemain hendaklah berada dalam kawasan gelanggang. Pemain yang ingin melkuakn servis hendaklah memastikan bola tangkis adalah lebih rendah dari pergelangan tangan dan bahagian atas raket lebih tinggi dari pemegang raket. Jika pemain tidaak mematuhi arahan ini, maka terjadilah fault. Fault juga berlaku apabila bulu tangkis yang diservis tidak melepasi net pihak lawan.

Tingkah laku pemain juga boleh menyebabkan fault. Pemain yang menyentuh net dengan mana-mana bahagian tubuh badannya, baju atau raket akan menyebabkan fault. Fault juga terjadi apabila pemain lalu di bawah net atau membuat gangguan pada pihak lawan dengan membuat bising atau apa cara sekalipun yang dapat menganggu pihak lawan.

Kegagalan untuk memukul bulu tangkis secara tepat boleh menyebabkan fault. Pemain tidak boleh menangkap bulu tangkis sama ada dengan tangan atau raket dan kemudian memukul kembali ke arah kawasan net pihak lawan. Pemain tidak boleh memukul bulu tangkis dua kali dalam satu masa . Apabila bulu tangkis terkena pemain atau baju pemain ketika perlawanan, itu juga adalah fault.

Fault juga berlaku berdasarkan di mana jatuhnya bulu tangkis ketika permainan berlangsung. Jika bulu tangkis tersekat di tengah-tengah net, maka situasi itu dikatakan sebagai fault. Fault juga terjadi apabila bulu tangkis terkeluar daripada gelanggang, atau melalui bawah net. Selain itu, bulu tangkis yang terkena halangan berdekatan gelanggang seperti dinding juga boleh menyebabkan fault.

Oleh itu, pemain seharusnya peka terhadap tindak-tanduk yang boleh menyebabkan fault dalam permainan untuk memastikan kelancaran setiap perlawanan itu.
15

Contoh servis fault

16

KESIMPULAN

Permainan badminton sama ada dimainkan secara perseorangan atau beregu sememangnya memerlukan teknik atau strategi yang berkesan. Pemain seharusnya merancang strategi dalam permainan mereka untuk memastikan kelancaran permainan. Selain itu, strategi amat penting untuk memastikan pemain dapat mengawasi gelanggang permainan dan dapat tahu akan cara untuk mengalahkan lawan dengan mudah. Pemain yang tidak mempunyai strategi tidak akan dapat menunjukkan kemahiran mereka sebagai pemain profesional di hadapan pihak lawan . Mereka akan mudah dikalahkan kerana tanpa strategi, bermakna pemain itu tidak ada hala tuju mereka sendiri.

Selain itu, pemain hauslah sentiasa berhati-hati ketika di gelanggang. Elakkan dari melakukan kesalahan (fault) bagi memastikan kelancaraan permainan . Seorang pemain yang profesional seharusnya mempunyai ilmu yang cukup tentang apa yang harus dielakkan ketika perlawanan berlangsung. Kesimpulannya, Kemahiran mengatur strategi dan sikap yang sentiasa mengikut peraturan sememangnya akan menjamin permainan yang berkualiti dan profesional.

17

REFLEKSI

Alhamdulillah,

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan iradah-Nya akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan GERKO Badminton ini pada masa yang ditetaapkan. Sekalung penghargaan kepada jurulatih GERKO Badminton saya, Encik Hazram bin Ismail kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan memberi komitmen yang sepenuhnya dalam melatih kami untuk lebih mahir dalaam permainan badminton.

Tugasan ini sememangnya memberi saya manfaat dan pengalaman yang baru terutama tentang strategi permaianan badminton dan kesalahan-kesalahan yang perlu dielakkan ketika bermain badminton. Saya sedar bahawa setiap pemain yang ingin tampil ligat di gelanggang harus mengatur strategi yang tersendiri. Selain itu, ,mereka perlu menganalisis kelemahan pihak lawan bagi mengatur strategi yang lebih berkesan. Kesalahan dalam permainan badminton pula perlu diambil serius dan pemain harus berhati-hati agar tidak melakukan fault dalam permainan.

Tuntasnya, tugasan ini ternyata telah memberi saya info yang amat berguna yang boleh saya aplikasikan ketika bermain di gelanggang nanti. Saya berharap agar maklumat yang saya kongsi bersama ini dapat dijadikan panduan yang berguna untuk semua. Saya memohon maaf kiranya terdapat kesalahan maklumat yang tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, .. NurSyazana Shahrom 2PISMP Pengajian Sosial

18

19

You might also like