You are on page 1of 54

ISU-ISU ALAM SEKITAR DAN PERKAITANNYA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Nurul Ain Ahmad Nazri Rohaslinda Abdul Hamid Uma Mageswari VijayaKumar

PENCEMARAN AIR

PENGENALAN

Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR


pembuangan sampah dari kawasan perumahan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal sikap segelintir pengusaha kilang Pertumpahan minyak berlaku

PERTUMPAHAN

MINYAK BERLAKU

KESAN PENCEMARAN AIR


penyakit yang berjangkit mengancam organisma laut kepupusan hidupan laut

LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR


Media massa dan media elektronik memainkan peranan Kempen kesedaran perlu diadakan melalui televisyen, akhbar kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang

Contonya, pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali. penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan

DEFINISI
kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna kesuburan Hakisan kesuburan tanah hilang

Punca-punca

Aktiviti perlombongan

Penebangan hutan

Pembuangan sampah sarap

Penggunaan racun serangga

AKTIVITI PERLOMBONGAN
banjir dan tanah runtuh hakisan tanah dan tanah runtuh retakan pada struktur-struktur bangunan mampatan tanah Gejala sedemikian paling teruk di Lembah Klang pada suatu masa dahulu kegiatan perlombongan emas, kegiatan perlombongan pasir dan penebus-guna tanah serta pembangunan- pembangunan lain di sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi hidupan akuatik.

PENEBANGAN HUTAN
memusnahkan edaran nutrien dalam tanah rantaian dan nutrien tanah akan hilang

Pembuangan Sampah Sarap


sampah-sarap, sisa toksik tanah beracun

RACUN SERANGGA
bahan kimia yang berlebihan akan menyebabkan keasidan berlebihan bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam

KESAN-KESAN
Tanah Beracun Kerosakan Tanah dan Kualitinya Tanah Gersang Membunuh Haiwan Bawah Tanah

TANAH BERACUN

Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear menjadikan tanah beracun. Contoh: Letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden

KEROSAKAN TANAH DAN KUALITINYA


Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkutan tumbuh- tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak subur

TANAH GERSANG
tanah menjadi tanah gurun disebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal Usaha pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti (tidak subur), yang sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan,

Membunuh Haiwan Bawah Tanah Pencemaran tanah ini juga membunuh haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan bawah tanah. Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul ke dalam tanah dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksik dan nuklear membunuh haiwan-haiwan bawah tanah tersebut. Hakisan Tanah Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan gempa bumi. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajaran serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada mengalir bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, penamanan secara meluas hanya satu jenis tanaman.

LANGKAH MENGATASI.
Tidak membuang sampah di merata-rata Aktiviti penebangan pokok dikurangkan Penggunaan racun serangga dielakkan

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan haiwan. Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan.

Pencemaran udara dikatakan berlaku apabila sesuatu bahan ataupun kumpulan bahan-bahan dimasukkan ke udara sehinggakan ia dapat mempengaruhi manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan atau bahan lain (Chambers, 1962) Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau zarah yang mengandungi toksik atau radioaktif dalam atmosfera, khususnya yang terhasil menerusi kegiatan manusia. Menurut Wikipedia ensiklopedia Bahasa melayu, pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera.

JENIS-JENIS PENCEMARAN UDARA


Pencemaran udara terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pencemaran udara primer Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

pencemaran udara sekunder

Tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas yang lain. Sebagai contoh gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksidasetil nitrat (PAN).

PUNCA PENCEMARAN UDARA


1)

Aktiviti pembangunan dan perindustrian

Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada aspek perindustrian. Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar. Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.

2) Aktiviti harian manusia Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara. Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampu menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udara.

3) Pembakaran terbuka Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku.

4) Penjanaan kuasa

Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba.

5) Kenderaan motor Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk.

KESAN PENCEMARAN UDARA

Kesihatan manusia

Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Antara penyakit adalah sesak nafas, sakit kepala, selesema.

Tumbuhan Udara yang mengandungi bahan pencemar mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Hal ini menyebabkan tumbuhan menguning dan mati. Akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok pula, tisu-tisu tumbuhan akan reput. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan hasil keluarannya terancam.

Haiwan Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.

Hujan asid

Hujan asid berlaku disebabkan proses penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awam dan turun bersama-sama dengan hujan. Hujan asid bukan sahaja memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur malah mengancam hidupan air. Hujan asid juga menghakiskan harta benda seperti pakaian, kertas dan bangunan-bangunan.

Pemanasan global dan kesan rumah hijau

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh negara pada masa kini adalah tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.

Penipisan lapisan ozon Bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat .

Atmosfera Pencemaran udara menyebabkan jarak penglihatan manusia terjejas disebabkan oleh jerebu. Keadaan persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku

CONTOH ARTIKEL PENCEMARAN UDARA

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN UDARA

Penampalan ozon

Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Memperkenalkan undang-undang Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran.

Penggunaan Teknologi
Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi.

Kitar Semula
Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran

PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi merupakan bunyi hasilan mesin,haiwan atau manusia yang menggangu aktiviti kehidupan manusia atau haiwan. Pencemaran bunyi ialah bunyi yang keterlaluan yang tidak dikehendaki dan menyebabkan kacau dan ganggu. Pencemaran bunyi adalah sesuatu yang subjektif di mana seseorang boleh menganggap bunyi itu sebagai kurang menyenangkan manakala bagi bagi orang lain adalah sebaliknya. Oleh itu, sama ada sesuatu bunyi itu adalah pencemaran bergantung kepada kuantiti bunyi, kualiti bunyi, dan sikap penerima bunyi berkenaan. walau bagaimanapun, bunyi yang melebihi 75 dB dianggap sebagai pencemaran.

JENIS-JENIS PENCEMARAN BUNYI

Kebisingan Selenjar
Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.

Kebisingan Fluktasi
Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja.

Hentakan Impuls
Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.

Kebisingan Selang-seli
Ia dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN BUNYI


Pembangunan Industri

Bunyi yang dikeluarkan dari kilang-kilang seperti jentera,mesin kilang serta pemprosesan dan pembuatan material boleh menggangu ketenteraman masyarakat setampat yang berhampiran kilang tersebut.

Kenderaan Bermotor

Bunyi kenderaan yang bising adalah salah satu punca kepada pencemaran bunyi melibatkan kederaan darat,air dan udara. Kesesakan lalu lintas dan kepadatan kederaan di jalan raya Sekitar lapangan terbang,pelabuhan,terminal feri.

Aktiviti Manusia

Masyarakat memasang radio dan televisyen dengan volume yang kuat.

Kawasan Penempatan

pembinaan kawasan petempatan mengeluarkan bunyi apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah untuk pembinaan bangunan-bangunan tinggi.

Kuari

bunyi daripada aktviti kuari adalah ejen utama kepada pencemaran bunyi. Aktiviti tersebut seperti memecah batu,mengerudi,pemungahan batu ke lori dan sebagainya,selain itu penggunaan mesin dan jentera yang bising juga menyumbang kepada pencemaran bunyi seperti mesin gerudi,jentera berat contoh lori dan sebagainya.

KESAN PENCEMARAN BUNYI


KESAN PENCEMARAN BUNYI TERHADAP MANUSIA Bunyi yang tidak dikehendaki mampu membawa kesan negatif secara physiological. Pencemaran bunyi mampu merimaskan, memberi tekanan, menghilangkan pendegaran, gangguan tidur serta kesan buruk lain. Pencemaran bunyi juga mampu menyumbang kepada kesan kardiovaksular. Dimana boleh menyebabkan peningkatan statisik pada tekanan darah serta peningkatan kejadian arteri koronari. Pencemaran bunyi menyebabkan menjejaskan produktiviti. Dimana pekerja tidak dapat menjana idea untuk organisasi apabila pencemaran bunyi berleluasa sehingga menjejaskan pemikiran seseorang.

KESAN PENCEMARAN BUNYI TERHADAP ALAM SEKITAR

Bunyi bising memberi kesan buruk kepada haiwan. Ia menyebabkan tekanan serta meningkat risiko kematian dan menganggu haiwan berhubung terutamanya berkaitan dengan pembiakan dan navigasi. Selain itu, kesan bunyi boleh memusnahkan habitat yang disebabkan bunyi bising. Sebagai contoh,pencemaran bunyi menyebabkan kematian speseis paus tertentu akibat terdedah kepada sonar tentera yang kuat.

CARA MENGATASI PENCEMARAN BUNYI


a). Tiub bunyi digunakan untuk mengurangkan bunyi bising. b). Menghadkan kelajuan kenderaan. c). Menukar tekstur permukaan jalan raya. d). Menghadkan kenderaan berat. e). Membina enjin jet yang lebih senyap. f). Mengubal undang-undang. g). Membuat kempen kesedaran.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan.

Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.

You might also like