You are on page 1of 2

Pengenalan

Malaysia adalah sebuah negara yang unik, indah serta menarik dan
terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama di mana wujudnya
keadaan harmoni seperti sebuah destinasi tropika yang terletak di
tengah-tengah rantau Asia Tenggara.

Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 buah Wilayah


Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia Timur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Sabah and Sarawak yang merupakan dua
negeri yang terbesar di Malaysia pula terletak di
Pulau Borneo.

Malaysia mempunyai keistimewaan tersendiri yang mampu menarik perhatian para


pengunjung dan boleh dianggap sebagai sebuah negara yang bertuah kerana ia
jarang mengalami perubahan cuaca yang drastik atau pun bencana alam seperti
gempa bumi dan angin puting beliung.

Agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia, tetapi Perlembagaan Negara


menjamin kebebasan beragama bagi semua bangsa di negara ini. Oleh yang
demikian, agama Kristian, Hindu dan Buddha adalah di antara agama-agama utama
yang diamalkan secara bebas di Malaysia.

Prestasi politik Malaysia yang stabil yang menekankan


kepada perkongsian kuasa antara pelbagai kaum turut memberi jaminan
kehidupan yang harmoni serta membolehkan Malaysia mendapat pengiktirafan
sebagai sebuah negara contoh di kalangan Negara-Negara Islam di dunia.

Ekonomi & Pendidikan

Malaysia adalah antara negara yang paling membangun di rantau ASEAN, di


mana sebahagian besar daripada sumber ekonominya bergantung kepada hasil
eksport barangan elektronik seperti semi-konduktor, barangan audiovisual dan
peralatan elektrik. Selain daripada itu, Malaysia juga merupakan salah satu
daripada pengeksport utama dunia bagi minyak
kelapa sawit, getah asli, bijih timah, koko, lada hitam, petroleum dan gas asli.

Pendidikan adalah satu lagi industri yang sedang berkembang pesat dimana
Malaysia diiktirafkan sebagai destinasi pendidikan bereputasi tinggi di rantau ini.
Sektor pendidikan di Malaysia menawarkan pelbagai program berkualiti tinggi di
peringkat pengajian tinggi dan profesional serta kursus-kursus kemahiran khas
dengan harga yang berpatutan.

Perkembangan industri ini diperkukuhkan lagi melalui praktis budaya terkini dengan
pembukaan beberapa kampus cawangan di Malaysia oleh universitiuniversiti
terkemuka dari United Kingdom dan Australia. Selain itu, pelbagai universiti dari
Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis, Jerman dan New Zealand pula
menawarkan program berkembar, program francais dan program ijazah jarak jauh
dengan kerjasama institusi-institusi pendidikan di Malaysia.

Infrastructur

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mempunyai perkhidmatan


infrastruktur daratan, lautan dan udara yang termaju di rantau Asia Tenggara.
Kemudahan pengangkutan di darat menyediakan pelbagai perkhidmatan serta
jaringan sistem jalan raya dan keretapi yang merentasi landskapnya yang unik dan
menarik.

Lapangan terbang antarabangsa Malaysia, iaitu Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menyediakan
kemudahan dan perkhidmatan bertaraf dunia dan berjaya menjadi tumpuan pendaratan kapal terbang dari
seluruh pelosok dunia. Sementara itu, Malaysia juga kian mengukir nama dalam arena perkapalan melalui
perkhidmatan pelabuhannya yang bertaraf antarabangsa seperti yang dapat disaksikan di Pelabuhan Kelang,
Pelabuhan Utara dan Selatan. Di samping itu, rangkaian perkhidmatan yang disediakan oleh Malaysia telah
berjaya memenuhi keperluan perkapalan dan menarik bilangan laluan yang lebih banyak di rantau ini.
Makanan & Kebudayaan

Malaysia adalah pusat makanan dan aktiviti kebudayaan. Setiap bangsa di Malaysia mempunyai cara
masakan tersendiri yang berbeza antara satu sama lain. Makanan India, Cina dan Melayu mudah didapati di
kebanyakan restoran dan gerai-gerai makanan dengan harga yang berpatutan, sementara restoran makanan
segera dan restoran makanan barat juga mudah didapati. Di samping itu, pelbagai jenis makanan menarik
seperti makanan timur tengah dan Thai juga boleh didapati di negara
ini.

Dari segi budaya, Malaysia mempunyai pelbagai corak dan warna


kehidupan kerana setiap bangsa berlainan akan menghasilkan ciriciri
individu dan tradisi yang berbeza menerusi perayaan-perayaan, lagu-
lagu, tarian-tarian dan pakaian-pakaian kebangsaan. Bahasa Malaysia
adalah bahasa rasmi, tetapi setiap bangsa turut bertutur dalam dialek
etnik mereka sendiri. Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin adalah
antara bahasa-bahasa yang turut
digunakan secara meluas.
Tempat-tempat Menarik

Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, menawarkan pelbagai jenis aktiviti yang
menarik, bermula dari pemilihan pelbagai jenis makanan yang lazat
sehinggalah ke aktiviti membeli-belah dan lawatan ke muzium, taman-taman
dan pusat-pusat teater. Pusat pentadbiran baru di Putrajaya yang terletak di
Selatan Kuala Lumpur adalah tempat lawatan yang menarik dengan adanya bangunan-bangunan yang dibina
berasaskan senibina Islam, berserta dengan taman-taman dan tasik-tasik yang mengelilinginya.

Antara aktiviti-aktiviti lain yang mesti dilakukan adalah mengunjung ke Bangunan Menara Berkembar
Petronas, iaitu antara bangunan yang tertinggi di dunia, merentasi hutan tropika dan taman semulajadi di
Taman Negara, menikmati kecantikan pantai yang bersih dan udara yang segar di Pulau Pangkor dan Pulau
Langkawi serta merasai kemesraan flora dan fauna di hutan hujan Sabah. Kepada pengunjung yang gemar
membeli-belah, Malaysia juga menawarkan kedai-kedai yang menjual kraftangan serta pakaian dan barangan
yang berjenama.

Perkhidmatan

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai jalinan pengangkutan


dan komunikasi yang baik, sama ada di dalam negara ataupun dengan
negara-negara lain di dunia. Di samping itu, Malaysia juga menyediakan
pelbagai kemudahan seperti perubatan, bank, telekomunikasi (telefon,
kafe internet) dan perkhidmatan pos yang mudah didapati di bandar-
bandar besar ataupun pekan-pekan kecil. Pondok-pondok polis juga
senang didapati di kawasan-kawasan yang sibuk selain daripada khidmat
sedia ada polis pelancong untuk menolong
pelancong. Statistik kadar jenayah di
Malaysia juga amat rendah dan ini
menjadikan negara Malaysia sebagai suatu destinasi yang selamat dikunjungi.

Walaupun transaksi perniagaan di Malaysia biasanya menggunakan matawang


ringgit dan sen (matawang Malaysia), namun penggunaan kad kredit juga
diterima dalam kebanyakan perniagaan komersil. Selain daripada itu, cek-cek
pelancongan juga boleh ditukar di kebanyakan tempattempat seperti bank
komersil, hotel and pusat penukar wang berlesen.

Penggunaan teknologi komunikasi maklumat (Information Communication Technology) yang meluas di


pelbagai sektor perkhidmatan sama ada di bandar atau luar bandar mampu menawarkan pelbagai
perkhidmatan yang berkesan, cepat dan pantas serta memudahkan masyarakat Malaysia dalam urusniaga
mereka.

You might also like