You are on page 1of 9

HOME ARTICLES DIARY FEEDBACK GALLERY MEMBERSHIP OF WANCORP PUBLICATIONS VIDEO

SUBSCRIBE

Fri 10th Aug 2012 :: 10:00:05pm

Get the latest posting notification to keep yourself updated of the latest happening in Business Jihad To Sign up Click Here

This presentation on Global Crisis as Turning Point for Halal Business was presented at World Halal Forum 2009 on May 5, 2009 at Kuala Lumpur Convention Centre. DOWNLOAD THE PRESENTATION / VIEW MORE PICTURES

Latest Posting:"BUSINESS JIHAD JOURNEY: Milestone on the Corporate Waqaf Route"

"BUSINESS JIHAD JOURNEY # 2 Part 2 -With KFC to Prague - From Asia to World Stage"
o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o
June 2011 (1) April 2011 (1) March 2011 (3) February 2011 (2) January 2011 (3) December 2010 (7) November 2010 (1) October 2010 (3) September 2010 (9) August 2010 (6) July 2010 (8) June 2010 (4) May 2010 (5) April 2010 (5) March 2010 (5) February 2010 (4) January 2010 (8) December 2009 (5) November 2009 (4) October 2009 (6) September 2009 (4) August 2009 (2) July 2009 (1) June 2009 (5) May 2009 (3) April 2009 (3)

ARCHIVES

o o o o o
KEMBALIKAN DARJAT KHALIFAH

RECENT POSTS

ISU LEBIH PENTING UNTUK EKONOMI MELAYU: JCORP JANGAN JUAL KULIM ATAS ALASAN BAYAR HUTANG Salam kenal dari Indonesia Tan Sri Muhammad Alis reply to Risen Jeyaseelans column, in The Star, 22 March, 2011 JANGAN JUAL KULIM: JIKA TERUS DIJUAL, IBARAT TRAGEDI BATU PUTIH No 2 BAGI JOHOR DAN MALAYSIA!

PAPERS

OXFORD UNIVERSITY -ISLAMIC ENTREPRENEURSHIP APHM CONFERENCE - CSR within the Context of Healthcare - JCorp's Experience CEO'S MIND - TODAY'S BUSINESS WORLD CORPORATE AWQAF: A MALAYSIAN EXPERIENCE IN BUILDING SUSTAINABLE BUSINESS CAPABILITY GLOBAL ECONOMIC CRISIS - BUSINESS JIHAD AS AN ALTERNATIVE BUSINESS WAY JIHAD BISNES - SATU PENDEKATAN STRATEGIK KE ARAH PEMERKASAAN EKONOMI UMMAH MENDEFINISI SEMULA AGENDA DEB GLOBAL CRISIS AS TURNING POINT FOR HALAL BUSINESS PEDOMAN (PERSIDANGAN DIALOG & AMANAT) - ANNUAL SYURA OF KPJ HEALTHCARE BHD

Visitors To Date 542154

VISITORS

Disclaimer -

No responsibility is assumed for the content, accuracy or opinion expressed herein. Inclusion of any linked website does not imply approval or endorsement of the same. When you access this third party sites, you do so at your own risk. Under no circumstances, responsibility is assumed for any loss or damage resulting from use of the Website or attendance at any event organised through this Website, for any content posted on or through the Website or from the conduct of any Users of the Website whether online or offline. Also no representation or warranty of any kind is made herein and in particular no express warranty of fitness for a particular purpose or of any specific result is made from use of the Website. Copyright Policy You may not post, modify, distribute or reproduce in any way any copyright materials, trademarks or other proprietary information belonging to others without obtaining the prior written consent of the owner of such proprietary rights. Unacceptable Content All rights are reserved to reject or refuse to post any Content and to remove any Content from the Website, whether or not the Content is obscene, lewd, violent, seditious or in any manner objectionable, without prior notice and without liability.

MINDA BISTARI #17 - USAHAWAN IBU TUNGGAL


Posted On December 31, 2009

(Artikel ini merupakan artikel asal dan telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 31 Disember 2009 dengan beberapa pindaan oleh editor)
Minggu lalu saya telah menulis mengenai persoalan dan masalah yang biasa dihadapi seseorang yang berhasrat menceburi bisnes. Menjadi lumrah bisnes, mereka yang bercita-cita melangkah ke alam bisnes tidak akan terkecuali daripada berdepan dengan cabaran dan masalah asas, terutama sekali dalam memenuhi keperluan modal untuk memulakan perniagaan. Selama ini, di bawah sistem ekonomi kapitalis yang kita amalkan, keperluan modal yang disampaikan melalui sistem perbankan komersil biasanya tidak dapat membantu memenuhi keperluan peniaga baru. Lebih-lebih lagi dengan sistem konvensional berasaskan riba yang menekan dan membebankan peminjam. Dalam sistem ini, peniaga kecil-kecilan tidak mendapat pembelaan langsung, malah kerap terperangkap dalam ikatan dan beban hutang berpanjangan dengan pihak bank dan peminjam lain. Kali ini saya ingin berkongsi dua kisah menarik mengenai cara alternatif bagaimana peniaga kecil yang baru hendak berniaga boleh dibantu menerusi kemudahan Waqaf Dana Niaga yang disediakan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) di bawah kelolaan Johor Corporation (JCorp) menerusi program wakaf korporatnya. Walau pun program ini masih di peringkat awal, prestasinya sejauh ini menjanjikan prospek yang amat cerah. Pertama adalah mengenai puan Norziah, seorang ibu tunggal berusia 44 tahun dari Pasir Gudang, Johor. Kehidupannya begitu terhimpit setelah ditinggalkan suaminya kira-kira 10 tahun yang lalu. Kerana

minatnya terhadap bisnes dan demi menyara 10 orang anaknya, beliau nekad berdikari dengan menjalankan bisnes secara kecil-kecilan. Namun kerana kekurangan modal dan perlukan wang untuk persekolahan anak-anaknya, beliau pada mulanya terperangkap dengan pinjaman Ah Long. Hidupnya diburu hutang Ah Long dan lebih perit apabila bekas suami pula sering mengganggunya. Cerita kedua mengenai seorang lagi ibu tunggal berusia 43 tahun. puan Zulina sebelum ini mengambil upah menjahit dengan pendapatan sekitar RM500 sebulan demi menyara 5 orang anaknya yang masih bersekolah. Kegigihannya mendorong beliau sentiasa berusaha untuk mencari peluang menambah pendapatan demi keselesaan hidup keluarganya. Berbekalkan sedikit simpanan, beliau mula berjinakjinak menjalankan bisnes secara kecil-kecilan. Sebesar mana dan apa pun bisnes yang ingin dijalankan, asas pertama yang perlu diselesaikan adalah mendapatkan modal. Jenis bisnes juga akan menentukan saiz dan skala modal bisnes yang diperlukan. Sesetengah bisnes memerlukan modal yang cukup besar kerana peralatan dan perkakas yang digunakan mungkin mahal atau melibatkan teknologi yang tinggi. Namun ahli bisnes yang telah mengenal pasti dan memahami bisnes yang akan diceburinya akan tahu bagaimana dan dari mana untuk mendapatkan semula pulangan dari modal yang telah dilaburkan tersebut. Kerana itu mereka perlu memupuk kemahiran membuat perancangan secara strategik dan benar-benar memahami segala aspek yang berkaitan dengan bisnes yang diceburi tersebut. Bagi bisnes kecil-kecilan, modalnya pula mungkin tidak seberapa. Tetapi renungkan, perkataan tidak seberapa ini mungkin hanya sesuai bagi mereka yang berkemampuan. Bagi mereka yang kurang berkemampuan namun bertekad atau setidak-tidaknya mempunyai impian untuk menjalankan bisnes, masalah mendapatkan modal permulaan akan hanya membantutkan cita-cita murni tersebut. Masalah ini akan terus membelenggu dan cukup dirasai bagi mereka yang tidak mempunyai apa-apa untuk disandarkan seperti pendapatan yang tetap dan stabil, simpanan, aset yang boleh dicagarkan dan sebagainya. Sebahagian besar daripada mereka tidak akan berpeluang untuk mendapatkan pinjaman bank kerana gagal menepati syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh pihak bank selain beban kadar faedah yang tinggi. Di sinilah biasanya terdapat perangkap kemiskinan dan kefakiran yang membelenggu golongan berpendapatan rendah dan terputus mata pencarian. Jika ini berterusan, mereka yang pendek akal dan berputus asa terpaksa membiarkan hasrat berbisnes tersebut berkubur, atau mula memilih jalan mudah dan singkat. Salah satunya adalah dengan meminjam melalui Ah Long! Andainya ini berlaku, maka peminjam tadi akan hanya diibaratkan seperti menjerut tali ke leher sendiri. Bisnes yang dijalankan belum tentu untung ruginya sedangkan hutang yang perlu dilangsaikan kepada Ah Long tadi entahkan bila dapat dijelaskan. Terlalu banyak berita yang melaporkan bagaimana keluarga mereka yang meminjam daripada Ah Long hidup porak peranda, dipukul, dicederakan, dikurung, menjadi pelarian, diancam malah dibunuh dengan kejam apabila gagal melunaskan pinjaman tersebut. Begitu jelas bagaimana ansuran dan kadar faedah yang ditetapkan oleh Ah Long itu tadi amat membebankan dan sama sekali tidak masuk akal. Atas dasar itulah, JCorp menerusi WANCorp telah memperkenalkan skim pinjaman mikro menerusi Waqaf Dana Niaga. Melalui skim ini, WANCorp telah memperuntukkan sebanyak RM200,000 sebagai dana permulaan yang diperolehi melalui peruntukan manfaat fisabilillah Waqaf Korporat JCorp. Sebahagian daripada para pembaca mungkin masih belum jelas mengenai konsep Waqaf Korporat ini. Secara ringkas, Waqaf Korporat JCorp dimulakan pada 3 Ogos 2006 melalui pewaqafan saham-saham milik JCorp dalam beberapa anak syarikatnya. Dengan akad persetujuan di antara JCorp dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), saham-saham yang diwaqafkan ini kemudiannya didaftar atas nama WANCorp, syarikat dengan jaminan JCorp yang bertanggungjawab sebagai Nazir Khas, iaitu mutawwali atau pihak yang bertanggungjawab bagi menguruskan saham-saham yang diwaqafkan ini. Kemudian, daripada dividen yang diperolehi setiap tahun, 5 peratus akan disalurkan terus kepada MAIJ, 25 peratus bagi peruntukan fisabilillah manakala 70 peratus akan dilaburkan semula. (Sehingga kini WANCorp telah menerima lebih RM 4.6 juta dalam bentuk dividen yang menjadi sumber modal utama WANCorp dalam menjayakan program Waqaf Dana Niaga untuk membiayai keperluan modal permulaan,

khasnya bagi peniaga miskin yang ingin menjadikan perniagaan sebagai jalan keluar daripada kemiskinan). Peruntukan fisabilillah juga digunakan bagi tujuan pelaksanaan program-program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) lain di bawah JCorp termasuk antaranya pengurusan dan pembinaan masjid-masjid oleh JCorp, rangkaian Klinik Waqaf dan Hospital Waqaf An-Nur, dan membiayai keperluan Briged Waqaf yang ditubuhkan khas untuk membantu masyarakat dalam mengatasi bencana. Di antara objektif utama penubuhan Waqaf Dana Niaga ini adalah bagi membantu mana-mana usahawan kecil seperti Norziah dan Zulina yang berhadapan dengan masalah mendapatkan pembiayaan bagi memulakan bisnes untuk memperbaiki kehidupan keluarga mereka. Skim Waqaf Dana Niaga sebenarnya cukup menarik. Ia berkonsepkan Qardul Hassan iaitu skim pinjaman tanpa faedah. Pinjaman maksimum yang ditawarkan adalah sebanyak RM3,000 seorang, manakala pinjaman minimum adalah sebanyak RM500. Syarat kelayakannya pula dipermudahkan antaranya ialah peminjam mestilah berusia 18 tahun ke atas, warganegara Malaysia, usahawan baru dengan cadangan bisnes berpotensi, dan usahawan yang menghadapi masalah kekurangan pusingan modal. Apapun, bisnes yang dijalankan mestilah bisnes yang halal dan sah dari segi undang-undang. Setelah permohonan diterima, WANCorp akan menghantar pegawai-pegawainya menyelidik latarbelakang pemohon dan juga perniagaan yang akan dijalankan sebelum kelulusan diberikan. Sejak dimulakan pada 5 Mei 2007 sehingga November 2009, seramai 106 orang peniaga kecil atau mereka yang ingin menceburi bisnes menerima manfaat dari skim ini dengan jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sebanyak RM237,350. Selain menerima bantuan tersebut, mereka turut diberikan bimbingan dan dipantau perkembangan bisnes mereka oleh eksekutif-eksekutif JCorp melalui program Sahabat Niaga atau Ikhwan Muamalat. Setiap peminjam diberikan pelan pembayaran balik secara ansuran yang tidak membebankan dalam tempoh maksimum 24 bulan (bergantung kepada jumlah pinjaman). Paling menarik adalah mereka tidak dikenakan sebarang faedah walau satu sen pun bagi pinjaman ini! Secara tidak langsung, ianya sudah tentu menjadi alternatif bagi membanteras kegiatan Ah Long dan membasmi kemiskinan. Di antara golongan yang diutamakan untuk mendapat manfaat daripada skim ini adalah golongan ibu tunggal dan suri rumah. Daripada jumlah keseluruhan peminjam, seramai 22 orang (21%) adalah terdiri daripada golongan ini. Mereka diberikan galakan khas untuk menceburi bisnes secara kecil-kecilan demi menampung dan menyara keluarga mereka. Syukur alhamdulillah, terdapat di kalangan mereka yang hari ini berjaya memulakan bisnes. Walaupun secara kecil-kecilan, sekurang-kurangnya mereka kini mampu berdikari menyara keluarga dan gigih dengan bisnes masing-masing. Dua kisah ibu tunggal yang saya ceritakan dalam penulisan ini adalah antara contoh sebenar penerima manfaat Waqaf Dana Niaga ini. Seorang daripadanya kini mampu memulakan bisnes kateringnya sendiri dan kini menerima pendapatan kasar melebihi RM1,000 sebulan. Seorang lagi terpilih untuk menjadi usahawan Sudut Ayamas di bawah bimbingan KFC Holdings (Malaysia) Bhd bermula pada November 2009 dengan menerima modal dari Waqaf Dana Niaga. Alhamdulillah, dalam tempoh dua bulan, peniaga ibu tunggal kedua ini mampu membuat jualan bersih melebihi RM3,200 dengan pendapatan bersih melebihi RM600 sebulan! Inilah yang diharapkan. Prinsip yang diamalkan adalah mereka diberikan joran untuk belajar dan pandai mengail sendiri dan bukannya diberikan ikan yang mudah dan murah. Dengan cara ini, manfaatnya akan lebih berpanjangan. Kita tidak mahu mereka terus mengharapkan bantuan berterusan, atau berterusan bergantung harapan kepada pinjaman yang menekan dan memeras. Jika ini berlaku, sampai bila pun masalah mereka tidak akan mampu diatasi. Oleh kerana dana pinjaman ini datang dari sumber wakaf, maka WANCorp telah memastikan pengurusan skim ini dilaksanakan secara Islamik. Setiap serahan pinjaman dilaksanakan di masjid di bawah pengurusan JCorp dan memerlukan lafaz akad pemberi dan penerima pinjaman. Lazimnya, WANCorp akan diwakili oleh barisan Eksekutif Agama atau Imam yang berkhidmat dalam Kumpulan JCorp. Sebelum penyerahan, para peminjam akan diberi taklimat mengenai konsep pinjaman tersebut. Antara perkara yang paling perlu diperjelas kepada para peminjam adalah sumber dan bagaimana dana tersebut diperolehi. Ianya perlu difahami agar para peminjam tahu akan tanggungjawab untuk

membayar balik pinjaman tersebut kerana status wakafnya dan bagi membolehkan dana tersebut digunakan pula untuk membiayai keperluan modal niaga individu lain yang memerlukan. Begitulah contoh peranan yang boleh dimainkan oleh sebuah institusi wakaf, khasnya wakaf korporat, dalam pembangunan ekonomi, terutama dalam konteks melibatkan lebih ramai masyarakat Muslim daripada golongan bawahan, supaya berpeluang keluar daripada belenggu kemiskinan menerusi bisnes. Ketika zaman kegemilangan Islam dalam sejarah lampau banyak disaksikan contoh bagaimana sistem wakaf telah membantu membela kepentingan ummah dalam segala bidang kehidupan. Langkah awal yang dimulakan oleh WANCorp menerusi kaedah Waqaf Dana Niaga di bawah anjuran wakaf korporat menjanjikan pembaharuan dengan impak sangat besar. Kita doakan kejayaan usaha bisnes yang dimulakan oleh Norziah dan Zulina, juga oleh semua perintis niaga yang sedang memanfaatkan masa depan mereka menerusi Skim Waqaf Dana Niaga ini. Sesungguhnya JCorp memandang serius cita-citanya untuk menjayakan Waqaf Korporat untuk Jihad Bisnes yang menjadi jambatan menghubungkan JCorp sebagai sebuah badan korporat dengan sumber kekayaan yang ada padanya untuk membawa manfaat besar kepada masyarakat. Waqaf Dana Niaga memangkinkan manfaat skim ini dipanjangkan kepada lebih ramai peniaga kecil di kalangan golongan berpendapatan rendah dan menerusi kaedah ini, insya Allah, kita akan berjaya dalam memperkenalkan pembaharuan kepada institusi wakaf kali ini bertujuan membasmi kemiskinan dan memusnahkan rantai-rantai kefakiran yang membelenggu masyarakat sekian lamanya. Mudah-mudahan sedikit demi sedikit, dan selangkah demi selangkah, akhirnya kita akan mampu memperkasa ekonomi ummah melalui kaedah yang dianjurkan Islam menerusi institusi wakaf dengan mengenepikan kaedah berteraskan faedah dan riba untuk manfaat seluruh umat, sekaligus mendapat keredhaan Allah swt jua. Muhammad 30 Disember, 2009. Comments 8 Responses to MINDA BISTARI #17 - USAHAWAN IBU TUNGGAL 1. umi kalsum mohd ali says:
August 7, 2011 at 4:06 pm

Ali

saya saya saya saya 2.

nak mohon pinjaman dana niaga. ibu tunggal dari kulai. nak buka kilang iks. nak buat roti. Fadzil Baharum says:

June 14, 2010 at 2:51 pm

Salam Tan Sri.. Saya berterima kasih kpd TS di atas kesudian berkongsi ilmu dan sentiasa memberi dorongan dengan masyarakat sekeliling terutama kepada individu yang baru berjinak-jinak di dalam bidang perniagaan. Memang sukar untuk mendapatkan dorongan dan perhatian individu seperti TS yang memahami permasalahan golongan seperti kami yang baru hendak mula menyelami dunia perniagaan. Untuk makluman TS serta saudara-saudari sekalian, saya merupakan anak muda yang ketika ini makan gaji (akan tinggalkan dunia makan gaji) dan baru hendak menyelami dunia perniagaan yang terbentang luas.. Betul kata pepatah langit tidak selalunya cerah..apa yang diharapkan lain jadinya apabila perniagaan yang baru dijalankan hampir-hampir ditenggelamkan oleh kapal yang besar yang rakus dan tidak kenal erti bot kecil yang baru hendak menikmati lautan yang mncabar..namun atas tragedi tersebut saya bersama rakan di dalam perniagaan sedaya upaya memperbaiki bot yang hampir musnah tadi daripada tersadai di makan ombak.. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan ketabahan, kami berjaya menyelamatkan bot kecil tersebut daripada tersadai..kini kami sedaya upaya memperbesarkan bot tersebut dengan modal yang sedia ada supaya dapat membelah lautan yang terbentang luas seiring dengan kapal-kapal besar yang lain walau diancam oleh pelbagai gelora ombak.. Kepada semua usahawan Melayu Muslim, bersama-samalah kita menggembeleng usaha untuk pembangunan ekonomi ummah yang sejagat seperti yang dilaksanakan oleh JCorp di bawah kepimpinan Tan Sri. 3. ahmad fauzi says:
April 12, 2010 at 12:12 pm

Salam Tan Sri, Isteri saya adalah peserta Sudut Ayamas. Alhamdulillah, walaupun baru berusia 3 minggu lebih namun ianya berjalan dengan baik hasil daripada pelan

penjualan yang dirancangkan bersama isteri & semoga ianya bertambah baik, insya Allah.. Saya dapat melihat peluang untuk menjadi Distributor agak ada sekiranya diberikan peluang & ilmu. Apakah kriteria yang diperlukan oleh pihak Tan Sri sekiranya saya berminat untuk menjadi pengedar? Akhir kata, semoga Allah memberkati usaha kita menuju ke jalan yang diredhainya.., Amin.. Wassalam 4. luqman ramli says:
March 29, 2010 at 10:17 am

Salam Tan Sri, Semenjak kita berjumpa di kursus ketua dan timbalan ketua pengawas sbp di STF, saya amat kagum dengan konsep Jihad Bisnes yang dijalankan oleh Tan Sri dan membuatkan saya lebih minat untuk mendalami bidang usahawan. Saya amat berharap Tan Sri dapat meneruskan lagi pembangunan bisnes di negara kita. dan saya bercadang untuk mengambil bidang international business di universiti dan saya juga amat berharap dapat menceburi bidang usahawan di JCorp. insyaAllah. 5. a.idros says:
February 10, 2010 at 11:07 am

Salam Tan Sri, Saya kagum dengan penulisan dan usaha yang ikhlas oleh Tan Sri, semoga tuhan panjangkan umur Tan Sri demi memperjuangkan bangsa dan agama. Sedia maklum Tan Sri memang hebat dalam pengurusan makro ekonomi, hebat juga hati budinya. Sewajarnya Tan Sri menjadi pemimpim bukan sahaja untuk JCorp tapi untuk Agama, Bangsa dan Negara. Penulisan Tan Sri banyak memberikan semangat dan tunjuk ajar kepada saya untuk terus berusaha dalam perniagaan. Harapan saya agar Tan Sri lebih menyentuh isu-isu mikro ekonomi Melayu dan cabarannya. p/s: Alangkah bertuahnya agama dan bangsa jika Tan Sri yang memegang porfolio menteri ketika ini. 6. Emy Dahlia Burhanuddin says:
January 8, 2010 at 2:55 pm

Salam Tan Sri, Alhamdulillah kerana pihak Tan Sri telah memulakan Skim Waqaf Dana Niaga ini kerana golongan sasaran terutama ibu tunggal dan suri rumah bukan sahaja memerlukan bantuan dari segi modal tetapi juga sokongan dan tunjuk ajar . . . untuk mengharungi dunia bisness ini. Saya juga ada bekerjasama dengan ibu tunggal untuk memulakan perniagaan tudung yang dijahit sendiri . . . Salam Jihad. Emy Dahlia Burhanuddin 7. mahh says:
January 6, 2010 at 9:40 am

Assalamualaikum Sdr Syamsul, Terima kasih atas respon dan input maklumat. Bersamalah kita teruskan perjuangan. Salam Jihad, Muhammad Ali 8. syamsul says:
January 6, 2010 at 12:48 am

Salam tan sri. Syukur atas inisiatif waqaf dana niaga dapat meringankan beban saudara2 kita. Saya difahamkan bahawa ayat pengharaman riba hanya diturunkan 80 hari sebelum wafatnya Rasul saw. Ia menggambarkan bahawa suatu perjuangan yang mengambil masa dan bukan perkara awal yang diharamkan. InsyaAllah moga usaha JCorp dan kita semua pendokong syiar Islam terus berkembang.
MINDA BISTARI #16 - BELAJAR ANYAM TIKAR DAHULU! MINDA BISTARI #18 - SYURA TERAS KORPORAT ISLAM

Email:ali.bizjihad@yahoo.com

MUHAMMAD ALI HASHIM

Tan Sri Muhammad Ali formerly President & Chief Executive of Johor Corporation (JCorp), and has been CEO for more than 28 years (since January 1,1982 - July 29, 2010). Read More

ABOUT JCORP

"A Community of Enterprises and Enterprise for Community" "MEMBINA DAN MEMBELA"
Johor Corporation (JCorp) is a market-driven Johor State Government-linked Corporation.It is to date one of Malaysias leading business conglomerates, comprising more than 280 member companies and employing more than 60,000 employees in Malaysia as well as regionally. Read More

Welcome to the Business Jihad Blog!

PREFACE

This Blog intends to articulate the objectives and aims of Business Jihad and outline strategies, choices and methods for action. The writer is of the conviction that Business Jihad has to be championed as one form of social action, not only to empower the Muslim ummah, but also towards a much needed reform and solution to the overwhelming challenges faced especially by the Muslim ummah. In the Malaysian context, a successful Business Jihad aimed at prospering Malaysian Malays and Muslims in particular will provide the impetus necessary to sustain high growth of the national economy into the future. Read More

Type and hit ente

SEARCH

COMMENTS

Sallam all, Excellent work, trully we need revi ... Dear Tan Sri ... As-Salam. Buat Tan Sri, Sehingga hari ini (30 ... saya nak mohon pinjaman dana niaga. saya ibu tung ... Salam Tan Sri, Agenda Khalifah yang disarankan ... YBhg Tan Sri, Saya tertarik dengan kupasan Tan ... well said Tan Sri. Alhamdulillah. I agree partiucl ...

Copyright 2012 Business Jihad | Log in | Powered by Wordpress | Theme by ER Web Solution

RSS

Best viewed using I.E v. 7.0

You might also like