You are on page 1of 2

BAB 5: TANAMAN HIASAN

PEMASUAN SEMULA Tujuan Pemasuan Semula Tujuan tanaman hiasan ditanam di dalam pasu adalah: supaya mudah dijaga serta dapat menerima nutrien, air, dan cahaya matahari yang secukupnya; supaya dapat dialihkan dengan mudah ke tempat-tempat yang dikehendaki dan bersesuaian dengan pertumbuhannya. Ciri-ciri Tanaman Hiasan yang Memerlukan Pemasuan Semula Pemasuan semula memang perlu dilakukan untuk tanaman hiasan bila tanda yang berikut wujud. medium kelihatan padat; air bertakung di permukaan medium; pasu menjadi retak atau pecah; pertumbuhan pokok yang kurang subur; akar keluar melalui lubang saliran di bawah pasu. Memilih Pasu atau Bekas Tanaman hiasan boleh ditanam di dalam pelbagai jenis bekas seperti pasu, tayar lama, bekas yang terbuang, sabut kelapa, dan sebagainya tetapi lebih banyak tanaman hiasan yang ditanam dalam pasu kerana sifatnya yang lebih praktikal. Terdapat pelbagai jenis pasu seperti pasu tanah liat, pasu plastik, pasu seramik, dan pasu tembikar. Sebelum memilih pasu yang sesuai untuk tanaman hiasan, ciri-ciri yang berikut perlu diambil kira. saiz pasu haruslah bersesuaian dengan saiz pokok; .pasu mempunyai lubang saliran bagi mengalirkan air yang berlebihan supaya akar tidak reput; pasu mudah dibersihkan bagi menjauhi serangga perosak dan penyakit; pasu kelihatan menarik bagi menambah seri tempat yang dihiasi; harga pasu berpatutan, sesuai dengan kemampuan pembeli; pasu haruslah ringan supaya mudah dialihkan; lokasi untuk meletakkan pasu tanaman hiasan. Pasu tanah liat yang baru perlu direndam di dalam air semalaman supaya air meresap di dalam pasu bagi mengelakkan pasu daripada menyerapkan air medium tanaman dan mengekalkan kelembapan pada medium berkenaan. Pasu tanah liat yang lama pula perlu direndam di dalam larutan formalin cair semalaman bagi membunuh kuman supaya pertumbuhan tanaman hiasan tidak akan terjejas. Menyediakan Medium Memasu Medium memasu seharusnya terdiri daripada tanah loam, bahan organik, dan pasir sungai. Sebabnya ialah: tanah loam mengandungi butir liat yang dapat berfungsi untuk mengukuhkan kedudukan tanaman hiasan; Bahan organik dapat memperbaik struktur tanah dan berupaya menyimpan air untuk keperluan tanaman hiasan; pasir sungai mempunyai liang-liang makro yang membolehkan udara dan air melaluinya serta berfungsi memperbaik pengudaraan dan saliran.

Sukatan untuk medium memasu ialah tujuh bahagian tanah loam, tiga bahagian bahan organik, dan dua bahagian pasir sungai, iaitu nisbah 7:3:2. Bagi tanah loam yang mengandungi kadar tanah liat yang tinggi, sukatannya ialah tiga bahagian tanah loam, dua bahagian bahan organik, dan satu bahagian pasir sungai, iaitu nisbah 3:2:1. Penyediakan medium memasu. 1. Sediakan bahan-bahan medium memasu yang terdiri daripada tanah loam, bahan organik, dan pasir sungai. 2. Sukat bahan-bahan medium dengan menggunakan baldi kecil menglkut kaedah J.I.P. iaitu dalam nisbah 7:3:2. 3. Tapis ketiga-tiga medium secara berasingan. 4. Gaul bahan-bahan medium hingga rata. Memasu Semula Tanaman Hiasan 1. Pilih pasu yang bersaiz lebih besar daripada saiz pasu lama. Tutup lubang saliran pasu baru dengan serpihan pasu, batu-batu kecil, atau pecahan batu-bata. 2. Masukkan medium memasu sehingga 1/3 bahagian pasu. 3. Keluarkan pokok dari pasu asal dengan mengetuk dinding pasu secara perlahanlahan supaya medium memasu tidak melekat pada dinding pasu. Potong akar yang terkeluar darilubang saliran dl dasar pasu. 4. Pegang pangkal tanaman hiasan dan tarik secara periahan-lahan untuk mengeluarkannya atau terbalikkan pasu. Kemudian, ketuk secara perlahan-lahan sehingga medium asal terkeluar bersama-sama dengan tanaman hiasan. 5. Pangkas akarnya bersama-sama dengan 1/3 bahagian medium lama derigari pisau atau parang. 6. Letakkan tanaman hiasan serta medium lama yang telah dipangkas di tengahtengah medium memasu. 7. Tambahkan medium memasu sehingga ketinggiannya 2.5 cm dari bibir pasu. 8. Siram medium setelah selesai memasu semula. 9. Kejapkan medium memasu di bahagian pangkal tanaman hiasan. 10. Letakkan pasu di tempat teduh selama beberapa hari.

You might also like