You are on page 1of 2

Ayam masak hitam manis

Bahan-bahan ( 4 orang makan )


1. 2. 3. 4.

Ayam 1/2 ekor.(potong kecil) 2 sudu sos tiram 2 sudu sos cili 2 sudu rempah briani(bancuh dengan sedikit air) 1 cawan kicap pekat Bahan untuk ditumis: Bawang merah dan putih ditumbuk kasar kulit kayu manis Bunga cengkih bunga lawang Buah pelaga daun pandan Bawang Besar dimayang Halia dihiris memanjang(2cm) Ubi kentang diptong memanjang dan digoreng(2 biji) Tomato sebiji belah 4 Daun bawang dan daun sup untuk hiasan

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis semua bahan2 tumis sehingga naik bau dan bawang kekuningan. Masukkan sos tiram,sos cili,kicap,rempah yang dibancuh.Biar mendidih dalam 5 minit. Masukkan ayam goreng dan ubi kentang yang telah digoreng. Masak sehingga 15 minit.Kemudian masukkan tomato.Tutup api.Hiaskan dengan cili merah yang dipotong.Taburkan daun sup dan daun bawang sebagai hiasan.

Bahan-bahan ( Saiz kek : 11" x 9" (anggaran) )


1. 2.

6 biji telur (Gr A) (buang tali pusatnya untuk elak kek berbau hanyir) 150gm gula castor Esen Vanila 100gm tepung naik sendiri 20gm tepung jagung 80gm butter (cairkan dan biar sejuk)

Cara-cara
Pukul telur, gula dan esen vanilla hingga gebu dan lembut (pekat) Masukkan tepung naik sendiri & tepung jagung(kedua-duanya diayak bersama) dan putar/pukul sebentar (sekadar adunan telur dan tepung sebati) Peringatan : jangan pukul terlalu lama, nanti kek akan jadi berat dan akan jadi bengkang pula nanti!) 3. 4. 5. 6. 7. Masukkan butter yang telah dicairkan dan kacau sebati Masukkan adunan kedalam acuan yang di lapik kertas minyak (untuk mudah mengeluarkan kek) dan bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak. (uji dgn mencucuk lidi ditengah kek) Sekiranya berhajat untuk membuat kek sponge coklat, tambahkan 20gm serbuk koko dan kurangkan tepung sebanyak 20gm juga. Kek ini nampak mudah, tetapi penyediaan dan cara-cara yang teliti amat penting untuk mendapatkan kek yang gebu, benar2 seperti sponge. Kek ini akan turun sedikit selepas dikeluarkan dari oven.

You might also like