You are on page 1of 14

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1) 113

KECERDASAN EMOSI DAN KEPEMIMPINAN PENDIDlKAN


DALAM PEMBENTUKAN SEKOLAH BERKESAN

Shahril @ Charil Marzuki


Yahya Bin Don
Jabatan Pengurusan Perancangan & Dasar Pendidikan
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya

This article suggests that emotional intelligence of school leadership


plays a central role in school improvement and effectiveness. Emotional
intelligence is the ability to understand and manage emotions in the self,
teachers, staff and students. Four major aspects of emotional
intelligence, namely appraisal and expression of emotion, the use of
emotion to enhance cognitive process and decision making, knowledge
about emotions, and management of emotions are described. This article
also discusses how emotional intelligence contributes to school
effectiveness by focusing on elements of school leadership: emotional
intelligence; development of collective goals; instilling an appreciation
of the importance of work activities; generating and maintaining
enthusiasm, confidence, optimism, cooperation and trust; encouraging
flexibility in decision making; and, establishing and maintaining a
meaningful school identity.

Pemimpin sekolah merupakan orang penting dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia.
Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan juga pelajar
daripada mementingkan gaya atau stail kepemimpinan (Meindl, 1990). Terdapat banyak teori
kepemimpinan pendidikan yang disokong dengan pelbagai dapatan kajian, namun begitu
bagaimana kepemimpinan pendidikan berjaya atau gagal mempengaruhi guru dan pelajar dalam
memajukan sesebuah sekolah masih menjadi persoalan. Selain itu, pelbagai kajian yang
berorientasikan aspek kognitif dalam kepemimpinan juga telah mendapat perhatian meluas,
terutamanya kepada aspek- aspek emosi pemimpin dan emosi subordinat yang mempengaruhi
komitmen dan tahap ketahanan mereka menghadapi cabaran dan halangan dalam organisasi
(George & Brief, 1996). Antara kajian awal yang membincangkan persoalan emosi dan perasaan
ialah kajian oleh George dan Bettenhausen (1990). Kajian mereka mendapati pemimpin yang
berkerja dalam emosi yang positif dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan
jika dibandingkan dengan pemimpin yang kurang berpengalaman.
Selain itu Fineman (1993) dan Forgas (1995) mendapati peranan emosi dan
perasaan penting dalam hubungan antara pemimpin dan subordinat dalam organisasi
114 Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

dan mencadangkan aspek perasaan merupakan aspek utama dan penting dalam proses
kepemimpinan. Oleh itu, peranan emosi dalam proses kepemimpinan pendidikan
merupakan sesuatu yang perlu dikaji dan diperluas menerusi penyelidikan terutamanya
dalam usaha untuk meningkatkan jumlah sekolah berkesan di Malaysia.

Emosi dan Kepimpinan

Emosi menunjukkan pelbagai tujuan dalam perhubungan antara manusia dan ianya memainkan
peranan penting dalam aspek kepemimpinan. George dan Bettenhausen (1990) dan George
(1995) meneliti beberapa faedah yang diperolehi daripada emosi. Pemimpin yang mempunyai
emosi yang positif dapat mempengaruhi keberkesanan dalam kepemimpinan. Emosi yang positif
akan mendorong kepada pemprosesan informasi yang sistematik dan berhati-hati dan akan
memberi kelebihan sekiranya seseorang pemimpin berhadapan dengan masalah yang kompleks
dan berisiko tinggi (Sinclair & Mark, 1992). Namun begitu, secara relatifnya kecenderungan
emosi yang negatif mungkin dapat mendorong secara tidak langsung perhatian pemimpin ke atas
sesuatu isu yang memerlukan perhatian segera (Forgas, 1993). Kepemimpinan yang telah
mempunyai pengalaman tidak senang ke atas tingkah laku guru atau pelajarnya di sekolah
mungkin boleh ditunjukkan melalui tindakan emosi. Rasa tidak senang merupakan amaran
daripada seseorang pemimpin dan membantu mengurangkan masalah tersebut dalam organisasi
(Forgas, 1993).
Adalah sesuatu yang amat sukar untuk menyenaraikan pengalaman pemimpin ke atas
bentuk emosi bagi sesuatu kes. Hal yang demikian ini mungkin dapat dibina melalui konstruk
senario pengalaman seseorang pemimpin bagi emosi yang tertentu. Pemimpin yang seringkali
berhadapan dengan situasi kemarahan akan sukar untuk membina hubungan yang baik dan
kurang memberi kepercayaan kepada subordinat (Jolly, 2001). Hal yang sama juga berlaku bagi
pemimpin yang sentiasa mempunyai emosi yang positif terhadap sesuatu tugas, mungkin akan
gagal untuk memberi kenyataan dan melihat kemantapan subordinat dalam masa yang singkat
(George, 2000).
Adakah pembentukan sekolah berkesan disebabkan kemampuan emosi pemimpin sekolah
dan kesan tahap kognitif tertentu? Sesungguhnya, emosi memainkan peranan yang intensif
terhadap proses perlakuan kepemimpinan dan dalam masa yang sama emosi boleh meningkatkan
keberkesanan dalam sesebuah sekolah. Perlu diingat sesetengah pemimpin mempunyai emosi
yang hebat atau kemampuan emosi mereka dapat memberi kelebihan untuk menghadapi pelbagai
situasi di dalam sesebuah sekolah. Hal ini dapat mempengaruhi dan membentuk hubungan yang
efektif dengan subordinat. Hubungan dengan subordinat adalah asas kepada emosi yang efektif
dalam pengaruh sosial, yang seterusnya akan menjurus kepada pembentukan sekolah berkesan.
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1) 115

Kecerdasan Emosi

Kecerdasan emosi (emotional intelligence atau EI) merujuk kepada kemampuan


memahami emosi, menyelaminya, dan membina hubungan bagi meningkatkan
pengetahuan dalam memahami emosi diri dan orang lain (Mayer & Salovey, 1997). EI
juga dihubungkait dengan keberkesanan kepemimpinan. Kecerdasan ini merujuk kepada
kemampuan pemimpin untuk menghubungkan emosi dengan penyebab, menggunakan emosi
untuk membina penyebab dan penyebab kepada kesejahteraan emosi (Mayer & Salovey, 1997).
Dengan lain perkataan, EI merupakan 'bekas' untuk meneruskan kemampuan kognitif manusia.
Menurut Goleman (1995), EI juga dikaitkan dengan pengalaman tertentu yang diperolehi
dalam membentuk trait yang positif atau negatif. EI dapat dibahagikan kepada empat aspek iaitu:

1. Penilaian dan ekspresi emosi.


2. Emosi dan proses membuat keputusan.
3. Pengetahuan mengenai emosi.
4. Pengurusan emosi.

Oleh itu, pemimpin sekolah perlu menguasai empat dimensi kecerdasan emosi
tersebut dan memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik serta dapat mengurus emosi
secara efektif sejajar dengan perkembangan proses kognitif guru-guru dan pelajar.

Penilaian dan Ekspresi Emosi

Penilaian dan ekspresi emosi memberi kesan kepada kepemimpinan pendidikan dan
guru serta pelajar. Perbezaan antara guru bergantung kepada darjah kewaspadaan
terhadap emosi dan pengalaman mereka sarna ada secara verbal atau non-verbal semasa di
sekolah atau luar sekolah. Dengan lebih tepat lagi, penilaian emosi akan membantu
meningkatkan input emosi dalam membuat keputusan dan pengadilan di dalam
bilik darjah dan sekolah. Emosi yang tepat akan memastikan seseorang itu mampu
berkomunikasi secara efektif dengan guru dan pelajarnya dalam usaha untuk mencapai objektif
falsafah pendidikan kebangsaan.
Kepemimpinan pendidikan seringkali mengalami dilema dalam ekspresi emosi semasa di
sekolah dan ianya boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu, pertama, pemimpin yang
menunjukkan ekspresi emosi, tetapi mereka gagal mengawalnya. Kedua, pemimpin yang mahu
menunjukkan ekspresi emosi tetapi takut untuk melakukannya (Emmons & Colby, 1995). Kedua-
dua tingkah laku tersebut mempunyai hubungan dengan anxiety, depression, rendah ketahanan
diri dan kurang sokongan sosial (Emmons & Colby, 1995). Pada umumnya dilema dalam
ekspresi emosi boleh memberi faedah kepada individu membina hubungan dengan orang lain
dengan lebih bermakna.
116 Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

Manusia berbeza dalam kemampuan untuk mengekspresi emosi yang tepat.


Sesetengahnya merujuk kepada simptom alexithymics, iaitu tidak boleh menilai emosi dirinya
dan tidak berkebo1ehan berkomunikasi berdasarkan bahasa yang disenanginya (Kushman,
1992). Alexithymic ialah masalah psikologi dan berkaitan dengan kemampuannya untuk
mempamerkan emosi (Salovey, Hsee, & Mayer, 1993). Manusia berbeza-beza kemampuan
dalam menunjukkan emosi sarna ada secara verbal atau non- verbal (ereksi muka dan badan)
(Burckle, 2000) dan kemampuan untuk memahami dan menyelami perasaan orang lain
(Mehrabian & Epstein, 1972). Empati menyumbang kepada EI, yang merupakan elemen penting
dalam memperkukuhkan hubungan interpersonal (Mayer, Salovey, & Caruso, 2002). Dalam hal
ini kepemimpinan sekolah perlu meningkat dan memperkukuhkan kompetensi emosi,
terutamanya berkaitan penilaian dan ekspresi emosi dalam kalangan subordinat. Menurut
Goleman (1995), kecerdasan emosi merupakan aspek yang bo1eh dipe1ajari dan dipertingkatkan
kemahirannya.

Emosi dan Proses Membuat Keputusan

Kepemimpinan pendidikan yang mencapai tahap EI yang baik bukan sahaja dapat
mengawal emosi dirinya sebagai seorang guru dan pemimpin di seko1ah tetapi dapat
mengaplikasikannya untuk pelbagai faedah; pertama EI boleh digunakan untuk mendapat
pertimbangan dan amaran apa yang sepatutnya diberi tumpuan; kedua, emosi boleh digunakan
untuk menggalakkan penyertaan, membuat pilihan dan keputusan. Ketiga, emosi boleh
digunakan untuk membina proses kognitif tertentu, seperti membina emosi yang positif bagi
menjana kreativiti, pemikiran integratif dan penyebab induktif. Emosi yang negatif boleh
menjana perhatian yang lebih khusus, informasi yang lebih berhati-hati dan mengelak dari
kesalahan dan masalah (Isen et al., 1985).
Se1ain itu, perubahan emosi boleh membawa kepada perancangan yang lebih fleksibel,
meningkatkan lebih banyak altematif dan pandangan terhadap masalah dengan lebih terbuka
(Mayer, Caruso, & Salovey, 1999; Salovey & Mayer, 1990). Bila seseorang itu mempunyai
emosi yang positif, ia akan lebih bersifat optimistik dan 1ebih menyukai perkara-perkara yang
positif. Seseorang yang berada da1arn emosi yang negatif lebih cenderung kepada sikap
pesimistik dan kurang kepada perkara yang positif (Salovey & Mayer, 1990). Mereka yang
berada dalam emosi yang positif juga cenderung kepada menonjolkan kejayaan masa depan dan
efikasi kendiri (Forgas, Bower, & Krantz, 1984; Kavanagh, MacKinney,& Wolins, 1971). Secara
keseluruhannya, berdasarkan penilaian dan peluang yang sarna dan berdasarkan emosi,
perbezaan pilihan akan mempengaruhi pemikiran untuk pertimbangan.
Pemahaman yang baik mengenai emosi diri dan emosi subordinat akan dapat membantu
pemimpin dalam membuat keputusan yang lebih tepat dan tidak menjejaskan komitmen
subordinat terhadap organisasi. Ma1ah pemimpin yang mempunyai kompetensi emosi yang baik
akan dapat menggunakan pengetahuan tersebut untuk membuat perancangan yang 1ebih efektif
dan seterusnya akan dapat meningkatkan keberkesanan sesebuah sekolah. Pemimpin yang berada
dalam emosi yang positif akan dapat membuat perancangan dan keputusan dengan 1ebih baik.
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (l) 117

Pengetahuan tentang Emosi

Pengetahuan tentang emosi akan menentukan pemahaman mengenai emosi diri dan emosi orang
lain, seterusnya kaedah pemimpin dalam membuat perubahan. Manusia berbeza berdasarkan
tahap kewaspadaan dan pemahaman mengenai penilaian sesuatu situasi (Bower, 1991).
Seseorang pemimpin yang melakukan perubahan akan terperanjat dengan reaksi pertama guru
dan staf seperti ketakutan atau anxiety terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Hal yang demikian ini bermakna pemimpin pendidikan tidak mempunyai pengetahuan mengenai
pelbagai penentu emosi. Sejak dulu lagi emosi sentiasa berubah (Salovey & Mayer, 1990).
Ketakutan dan anxiety akan terlibat secara negatif dengan emosi, empati dan seterusnya lebih
cenderung berlawanan dengan kehendak seseorang itu. Dalam pada itu emosi boleh berlaku
dalam pelbagai keadaan yang berbeza. Sebagai contohnya enthusiasm boleh mendorong kepada
kurangnya perasaan kepunyaan, terutamanya berpunca daripada situasi yang membawa kepada
penyebab (Goleman, 1995). Sesetengah orang amat memahami apa yang mereka akan rasa dan
akan menggunakan pengetahuan ini dalam pelbagai kaedah. Pemimpin yang mempunyai emosi
negatif memilih untuk melewatkan mesyuarat (perbincangan) dengan guru dan staf mengenai
perubahan perancangan, tidak berusaha mendapat sokongan guru dan staf, kurang kemampuan
untuk berkomunikasi, dan kurang mendapat informasi tentang perubahan yang bakal dilakukan
(Mayer & Salovey, 1997).
Oleh itu, dalam usaha untuk meningkatkan jumlah sekolah berkesan di Malaysia,
kepemimpin sekolah perlu menguasai dan memahami mengenai pelbagai aspek emosi
terutamanya yang berkaitan dengan stres para guru, permasalahan pelajar, bebanan tugas, dan
sebagainya. Hal yang demikian ini amat penting dalam era globalisasi, maklumat tanpa batasan,
perkembangan teknologi dan kepelbagaian karenah guru dan pelajar. Pemimpin sekolah perlu
memahami aspek-aspek emosi yang boleh mendorong guru dan pelajar untuk lebih berusaha dan
meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Pengurusan Emosi

EI merangkumi segala tindakan yang berbentuk proaktif terhadap emosi diri sendiri dan orang
lain. Kajian menunjukkan terdapat pemimpin yang cuba untuk mempertahankan emosi yang
positif (Clark & Waddell, 1983). Emosi yang positif dapat membantu untuk memahami
perbezaan individu yang juga merupakan asas kejayaan dalam mengurus emosi dan perasaan.
Syarat atau peraturan ini merupakan proses reflektif yang merujuk kepada meta-regulasi emosi
(Mayer & Salovey, 1997). Dengan perkataan lain EI merangkumi perbezaan individu iaitu
pengetahuan mengenainya secara tepat dapat memberi tindak balas atau refleksi kepada sesuatu
emosi dan aspek pengurusannya (Salovey et al., 1993).
Kecerdasan emosi bukan sahaja mengenai pengurusan perasaan sendiri, tetapi seseorang
pemimpin itu perlu mengurus emosinya dan emosi orang lain. Keadaan ini membolehkan
seseorang pemimpin lebih berhati-hati dalam hubungannya dengan orang lain. lni sudah tentu
dapat menjamin hubungan interpersonal yang merupakan alat penting untuk mempengaruhi
aspek-aspek sosial dalam sesebuah sekolah atau organisasi (Wasielewski, 1985). Oleh itu,
untuk mengurus emosi orang lain, seseorang
118 Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

itu perlu berkebolehan untuk menilai ekspresi emosi dan pemahaman mereka mengenai
keempat-empat dimensi EI yang dinyatakan di atas. Kebolehan ini juga dapat membantu
kepemimpinan pendidikan mengurus emosi guru dan pelajar dengan lebih berkesan.
Empat aspek EI adalah berkaitan antara satu sama lain. Sebagai contohnya kewaspadaan
emosi diperlukan dalam pengurusan dan empati mungkin menyumbang kepada perkembangan
emosi orang lain (Mayer et al., 2002; Mayer & Salovey, 1997). Secara relatifnya EI merupakan
konstruk baru dan mempunyai asas perkaitan dengan kecerdasan sosiaI. Walau bagaimanapun EI
lebih merupakan pandangan yang aktif dan berguna serta lebih efektif.
Penguasaan kecerdasan emosi yang baik akan dapat membantu pemimpin sekolah
meningkatkan hubungan yang lebih efektif dengan para guru dan pelajar. Pengurusan
emosi yang baik dapat meningkatkan kepuasan dan komitmen guru-guru terhadap
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Para guru tidak akan rasa terbeban dan
akan sanggup untuk bekerja lebih daripada sepatutnya (extra effort) apabila berada dalam situasi
yang tenang, gembira, dan dihargai (Bass, 1990).

Kecerdasan Emosi Pemimpin dalam Pembentukan Sekolah Berkesan

Kecerdasan emosi berfungsi kepada pelbagai aspek kehidupan seperti pencapaian dan
mewujudkan hubungan yang lebih rapat antara sesama manusia (Goleman, 1995; Salovey
& Mayer, 1990). Kajian-kajian telah mendalami beberapa aspek EI iaitu penilaian dan ekspresi
emosi, menggunakan emosi untuk menggalakkan proses kognitif dan peranan kecerdasan emosi
dalam membuat keputusan. Pengetahuan mengenai emosi dan pengurusan emosi juga didapati
menyumbang kepada keberkesanan kepemimpinan dalam meningkatkan pencapaian organisasi
(George, 2000).
Untuk melihat implikasi EI pemimpin terhadap pembentukan sekolah berkesan adalah
perlu untuk kita mengenal pasti alam kepemimpinan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan
kajian sintesis oleh Yukl (1998) dan Conger dan Kanungo (1998), elemen yang khusus boleh
dikenal pasti untuk melihat keberkesanan kepemimpinan dalam meningkatkan kecemerlangan
organisasi. Setakat ini belum terdapat teori yang mengkhusus dalam membincangkan elemen-
elemen ini dan perbincangan ini hanya boleh diperolehi daripada pelbagai teori tradisi yang asas.
Sehubungan itu, untuk meningkatkan jumlah sekolah berkesan di Malaysia, kecerdasan
emosi pemimpin dapat dibina melalui beberapa elemen seperti berikut:

1. Membina perasaan pencapaian terhadap matlamat dan objektif sekolah secara kolektif.
2. Menyuntik budaya ilmu dan menghargai setiap tingkah laku dan hasil kerja guru dan
pelajar.
3. Mendorong dan mengekalkan semangat (enthusiasm), keyakinan dan sikap
optimis dalam kalangan guru di sekolah di samping semangat kerjasama dan penuh
percaya.
4. Lebih fleksibel dalam membuat keputusan dan perubahan.
5. Mengekal dan memantapkan identiti yang lebih bermakna terhadap sekolah
atau organisasi.
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1) 119

Membina Perasaan Pencapaian terhadap Matlamat Sekolah Secara Kolektif

Matlamat dan objektif merupakan pertimbangan asas pencapaian yang merujuk kepada visi dan
misi kepemimpinan pendidikan di sekolah (Conger & Kanungo, 1998). EI dapat
menyumbangkan kepada pelbagai cara pembinaan visi oleh pemimpin dalam sesebuah sekolah.
Kepemimpinan sekolah mungkin menggunakan emosinya untuk mendorong proses perubahan
seperti tipu helah, membina isu, dan memberi peluang secara terbuka kepada guru dan pelajar
dalam sekolah. Kepemimpinan pendidikan sentiasa mempunyai peluang yang terbuka untuk
mendapat informasi melalui sesuatu isu yang tidak jelas.
Kajian mendapati pemimpin yang berada dalam emosi positif lebih kreatif dan
lebih terdorong untuk menghasilkan pencapaian visi tanpa paksaan (Is en, Johnson, et al., 1985).
Sebagai contoh, mereka yang mempunyai emosi yang positif didapati mempunyai pelbagai cara
atau teori, mengguna pelbagai kaedah dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan lebih
bersifat fleksibel (Isen, Daubman, et al., 1987). Mereka kreatif dalam membentuk visi untuk
kemajuan sekolah, lebih merupakan latihan kepada kreativiti, pemikiran yang positif, dan
fleksibel dan juga merupakan latihan untuk membentuk emosi yang positif (Isen, Johnson, et al.,
1985). Kepemimpinan pendidikan yang mempunyai EI yang tinggi akan mendapat peluang lebih
baik dan menggunakan emosi dan perasaan yang positif untuk meningkatkan keberkesanan
sesebuah sekolah.
Kepemimpinan pendidikan yang mempunyai EI yang tinggi juga cenderung untuk
memperolehi pengetahuan tentang sesuatu fakta. Emosi yang positif mungkin menyebabkan
mereka terlalu optimis. Oleh itu untuk memastikan supaya lebih realistik dan sesuai, seseorang
pemimpin sekolah perlu melihat kembali keputusan yang dibuat sama ada terlalu neutral atau
dalam keadaan emosi yang negatif. Seperti pemimpin organisasi yang lain, kepemimpinan
sekolah juga perlu berkebolehan memperbaiki emosi yang negatif yang boleh menghadkan
sumber, fleksibiliti dan kreativiti. Secara umumnya mereka boleh menggunakan proses meta-
emosi untuk mengurus emosi dan perasaan, supaya dapat berfungsi dalam pelbagai keadaan
(Mayer et al., 1999).
Apa yang lebih penting, seseorang pemimpin sekolah bukan sahaja perlu merealisasikan
visi sekolah secara bersama, tetapi juga berkebolehan berkomunikasi secara efektif dengan guru
dan pelajar di sekolah dalam pelbagai keadaan. Seterusnya beliau akan dapat membawa kepada
terbentuknya kesepakatan (George,2000). Keupayaan menilai perasaan semasa para guru,
memahami serta mengetahui emosi, dan mempengaruhi emosi mereka merupakan resepi untuk
membantu pencapaian objektif dan matlamat sekolah. Untuk tujuan tersebut kepemimpinan
pendidikan perlu memastikan perkongsian visi dengan guru dan staf dilakukan secara kolektif.
Sebagai contoh, kepemimpinan pendidikan yang tinggi EI mungkin akan bertindak dengan
pengetahuan yang beremosi dan menasihatkan guru atau staf untuk beremosi secara
positif dan membantu kepemimpinan dalam mencapai objektif sekolah. Apabila pemimpin
menunjukkan keyakinan kepada subordinatnya dan memperlihatkan tahap efikasi dirinya, iklim
sekolah yang lebih positif akan dapat diwujudkan (Gardner & Avolio, 1998). Suntikan-suntikan
yang lain ialah mewujudkan pengetahuan dan budaya menghargai kerja dalam kalangan guru dan
staf merupakan sesuatu yang penting dalam bertingkah laku dan melaksanakan aktiviti di
sekolah.
120 Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

Oleh itu, untuk menghargai setiap kerja guru dan pelajar, kepemimpinan sekolah
itu perlu lebih berhati-hati dalam penyelesaian masalah dan berhadapan dengan pelbagai
isu yang berpotensi di sekolah. Secara tidak langsung perbuatan ini dapat meningkatkan
keyakinan dan kemampuan kepemimpinan pendidikan dalam menyelesaikan masalah,
menjadikannya sebagai satu cabaran dan peluang. Pemimpin pendidikan perlu memahami dan
mempengaruhi emosi guru dan stafnya. Sebagai contoh beliau perlu lebih berhati-hati dengan
persekitaran masalah dan membentuk visi dalam sesebuah sekolah. Beliau akan berasa
bersemangat dalam menyelesaikan masalah dan merasa lebih optimis. Pemimpin pendidikan
yang mempunyai EI yang tinggi lebih berpengetahuan dan dapat mengurus emosi melalui
kaedah ini. Walau bagaimanapun beliau perlu lebih bersikap intuitif dalam proses dan tindakan
apabila dipersembahkan sesuatu hasil yang positif dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian
sekolah.

Menggalakkan dan Mengekalkan Semangat, Keyakinan dan Lebih Optimistik

Untuk membolehkan kepemimpinan pendidikan menggalakkan dan mengekalkan rangsangan


dan lebih bersemangat, mereka mesti berkebolehan untuk menilai bagaimana perasaan para guru
dan mempunyai pengetahuan bagaimana untuk mempengaruhi sesuatu perasaan mereka. Mereka
mesti berkebolehan melihat dan menilai reaksi para guru atau staf dalam keadaan yang berbeza
dan melakukan perubahan yang dapat mengurus dengan efektif reaksi tersebut. Pemimpin perlu
berwaspada mengenai sesuatu masalah, berpegang kepada visi dan misi secara kolektif,
berkeyakinan untuk menyelesaikan masalah dan merasa optimis tentang tahap efikasi dan
penglibatan subordinat.
Walaupun begitu, kepemimpinan pendidikan perlu mampu untuk mengenal pasti antara
emosi guru dan stafnya dengan perasaan yang nyata. Kajian mengenai ekspresi emosi
menyatakan seseorang itu akan cuba untuk mengawal emosinya (Edmonds, 1979). Keadaan ini
menunjukkan emosi bergantung kepada konteks sosial (Mayer & Salovey, 1993). Seseorang
pemimpin sekolah semestinya berkebolehan menentukan perbezaan sebagai contohnya
kecenderungan dan semangat yang merupakan kepalsuan yang berlawanan dengan kenyataan.
Sekiranya semangat merupakan suatu kepalsuan, seseorang pemimpin sekolah perlu menentukan
bagaimana untuk mewujudkan dan mengekalkan keikhlasan. Berdasarkan kemampuannya
mengurus emosi, pemimpin yang mempunyai EI tinggi seringkali mampu untuk berhadapan
apabila ekspresi emosi adalah yang sebenarnya.
Kesukaran kepemimpinan sekolah ialah mereka terdedah dengan pelbagai kerja dan
terlalu sibuk. Mereka terpaksa menghadapi kepelbagaian perubahan permintaan yang boleh
mengundang kepada tekanan (Kanfer & Klimoski, 2002). Di samping itu, mereka juga perlu
untuk menyelesaikan pelbagai konflik, membina serta mengekalkan perasaan kerjasama dan
meningkatkan kepercayaan. EI menyumbangkan apa yang dinyatakan oleh Epstein et al. merujuk
kepada pembinaan pemikiran dan kemampuan untuk menyelesaikan masalah dengan kadar stres
yang minimum (Kavanagh et al., 1971). Pembinaan pemikiran mungkin akan dapat membantu
menyelesaikan masalah di tempat kerja secara umumnya. Kontsruk pemikiran dapat menjana
idea yang kreatif untuk menyelesaikan masalah, penyelesaian masalah secara adil dan
memastikan kerjasama serta
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1) 121

rasa penuh yakin dalam sekolah. Ini adalah kerana pemimpin yang mempunyai EI yang tinggi
lebih memahami dan mampu mengurus emosinya dan mereka akan lebih terlibat dalam
pembinaan kemahiran berfikir, selain itu berusaha membina dan mengekalkan darjah kerjasama
dan tahap kepercayaan yang tinggi (George, 2000).
Dalam hal ini, kepemimpinan sekolah yang peka akan EI dapat berada dalam sekolah
mereka dengan semangat yang tinggi, dan optimis. Mereka akan lebih berkeyakinan dalam
membina hubungan interpersonal yang tinggi kualitinya dengan guru-guru. Hubungan ini dapat
melahirkan beberapa kesempatan atau peluang kepada sekolah, pemimpin dan para guru.
Dorongan dan tindak balas yang bersesuaian dalam mempengaruhi emosi para guru amat
diperlukan oleh pemimpin sekolah untuk membina hubungan interpersonal yang berkualiti tinggi
dan kesan positifnya merupakan suntikan yang bermakna bagi meningkat kepercayaan dan
keyakinan mereka. Seterusnya, beberapa hal yang bersifat demikianlah akan dapat meningkatkan
jumlah sekolah berkesan di Malaysia.

Fleksibel dalam Membuat Keputusan dan Perubahan

Apabila pemimpin telah mengetahui emosi dirinya dan dapat mengurus dengan baik
mereka boleh mengaplikasikannya dalam membuat keputusan. Pertama, mereka boleh mendapat
petunjuk dan menggunakanya untuk mempertimbangkan keputusan yang segera (Meindl, 1990).
Emosi yang berhubungan dengan penyebab dapat membantu memberi maklumat penting untuk
digunakan sebagai keutamaan untuk memenuhi permintaan dan juga membantu dalam membuat
keputusan yang efektif. Kedua, emosi dapat membantu kepemimpinan pendidikan dalam
mendapat maklumat berkaitan masalah dan peluang (Goleman, 1995). Pemimpin yang secara
tepat memahami maklumat berkaitan emosi dapat menentukan penyebab apabila emosi
dihubungkan dengan peluang, permasalahan atau cadangan tindakan dan menggunakan
maklumat tersebut untuk membuat keputusan (Mayer & Salovey, 1997). Mengetahui emosi dan
asas sebab musababnya dapat membantu seseorang pemimpin sekolah menggunakan input
secara efektif dalam membuat keputusan. Selain itu, kepemimpinan sekolah berdasarkan
pengalaman emosi boleh mengambil langkah awal untuk mengelak membuat keputusan yang
salah. EI membantu pemimpin dalam menggunakan emosi secara efektif untuk menguruskannya
dalam mencapai keputusan yang efektif.
Sekiranya kepemimpinan pendidikan telah mengetahui dan dapat mengurus emosi guru
dan pelajar dengan baik, mereka mungkin akan dapat menyelesaikan malasah melalui beberapa
pertimbangan alternatif yang terbaik bagi mengelak kesan kekakuan dalam membuat keputusan
(George, 2000). Melalui kaedah meta-emosi, mereka mungkin dapat merasakan perbezaan emosi
dan emosi menyebabkan mereka melihat isu yang berbeza, alternatif, dan bentuk pertimbangan
yang juga berbeza. Seperti mana yang dinyatakan pada awa1nya, percambahan cara melihat dan
pilihan membuat keputusan boleh dibantu oleh emosi (Mayer & Salovey, 1997). Apabila
pemimpin mempunyai pengalaman positif mengenai emosi, proses kognitif akan
memperlihatkan pertimbangan yang berbeza daripada pengalaman emosi dan emosi yang
negatif. Contohnya, apabila pemimpin merasakan, melalui meta-emosi regulasi (Salovey et al.,
1993) emosi yang negatif seringkali menyebabkan kepemimpinan pendidikan terlalu pesimistik,
dan mungkin membawa kepada perpecahan. Maka kaedah meta-emosi regulasi
akan
122 Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

mendorong seseorang pemimpin sekolah lebih optimistik dan bersungguh-sungguh


mengenai penyebab-penyebab tindakannya atau pertimbangan semula tindakan.
Peningkatan terhadap kelenturan yang lahir daripada EI akan membuat pemimpin
menyumbangkan kepada keberkesanan sesebuah organisasi. Pemimpin yang efektif
mampu untuk mengenal pasti perhubungan antara pelbagai isu yang mereka hadapi dapat
membantu mereka bertindak dengan sebaik-baiknya (Yukl & Van Fleet, 1992). Pemikiran yang
fleksibel mendorong kepada penjanaan EI dan membantu pemimpin melihat isu-isu yang saling
berkaitan.
Sesungguhnya, EI akan dapat menyumbang kepada kemampuan pemimpin untuk lebih
berjaya dalam membawa perubahan dalam sesebuah sekolah. Hal yang demikian ini berlaku
apabila kepemimpinan sekolah lebih memahami dan mampu mempengaruhi para gurunya.
Mereka lebih berkeyakinan dalam mempengaruhi guru dan pelajar berdasarkan emosi tertentu
dan dapat mewujudkan kondisi emosi yang mendorong kepada kemahiran untuk melakukan
perubahan. Perkembangan kognitif ini sudah tentu menjurus kepada peningkatan jumlah sekolah
berkesan.

Mengekal dan Memantapkan Identiti Sekolah

Identiti sesebuah sekolah atau organisasi dibentuk daripada budaya yang tertentu (Tichy &
Devanna, 1990). Melalui budaya sekolah, guru dan pelajar membentuk identiti secara kolektif
dan bermakna. Dalam hal ini peningkatan dalam kepentingan aktiviti kepemimpinan dapat
membentuk dan membina budaya sekolah. Budaya sekolah dilahirkan secara relatifnya melalui
perkongsian ideologi yang mengandungi kepercayaan, norma dan nilai tertentu (Tichy &
Devanna, 1990). Sebagai contoh, menggunakan teknologi yang lebih maju akan mengurangkan
kerja rutin sccara umumnya pada masa hadapan (Tran, 1998). Kurangnya kerja rutin
memerlukan pemerhatian dan kawalan secara terus dan membawa organisasi berkemungkinan
meningkatkan pergantungan kepada pengaruh budaya. Pembangunan dan ekspresi budaya dan
identiti organisasi juga akan meningkatkan kepentingan keberkesanan kepemimpinan.
Emosi akan menentukan nilai dan kelangsungan norma dan kepercayaan dalam sesebuah
sekolah atau organisasi. Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, sesuatu yang sukar dan tidak
mustahil untuk menentukan apa yang diharapkan atau dipentingkan dalam emosi (Goleman,
1995). Norma terutamanya norma dalaman akan menentukan kemantapan perasaan yang positif
dan negatif. Tichy dan Devanna (1990) menyatakan bahawa budaya dapat disemai bersama
emosi. Pegangan nilai norma dan budaya memberi keputusan yang kukuh dan membantu para
guru dalam sesebuah sekolah menerima nilai- nilai sosial bagi ekspresi emosi mereka.
Dalam hal ini, kepemimpinan sekolah perlu meneliti pelbagai aspek yang dapat
membantu memantapkan dan mengekalkan identiti sekolah dalam konteks penyuburan
emosi guru-guru dan pelajar. Salah satu aspek asas yang dapat membantu proses
penyuburan emosi ini ialah manifesto dalam sekolah seperti simbol, bahasa, naratif dan praktis.
Hal yang demikian ini akan dapat menyentuh emosi guru dan pelajar dan seterusnya meletakkan
asas dan identiti yang lebih bersifat realiti. Sekolah yang berkesan dapat dibina melalui emosi
yang positif dalam kalangan guru dan pelajamya. Sesungguhnya, kejayaan simbolik pengurusan
amat bergantung kepada keterbukaan merangsang emosi.
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1) 123

Kesimpulan

Kepemimpinan pendidikan yang berjaya membentuk sekolah berkesan adalah pemimpin yang
berkemampuan menguasai EI. Kemampuan tersebut antaranya ialah berwaspada terhadap
perasaan diri sendiri dan orang lain, dan memahami bagaimana untuk berubah pada setiap masa.
Selain itu mereka juga perlu dan mampu untuk menunjukkan perasaan diri sendiri terhadap guru-
guru dan pelajar dan mempunyai pengetahuan bagaimana dan kenapa emosi berkait rapat dengan
bentuk budaya dan identiti sesebuah sekolah.
124 Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

Rujukan

Bass, B. M. (1990). Bass & Stogdill's handbook of leadership: Theory, research & management
applications. New York: Free Press.
Bower, G. H. (1991). Mood congruity of social judgments. Dalam J. P. Forgas (Ed.), Emotion
and social judgments (ms. 31-53). Oxford: Pergamon Press.
Burckle, M. (2000). Can you assess your own emotional intelligence? Evidence supporting
multi-rater assessment. Hay/McBer Research Report.
Clark, M. S., & Waddell, B. A. (1983). Effects of emotion on thoughts about helping, attraction
and information acquisition. Social Psychology Quarterly, 46, 31-35.
Conger, J. A., & Kanungo, R. N. (1998). Charismatic leadership in organizations. Thousand
Oaks, CA: Sage.
Edmonds, R. (1979). Effective schools for the urban poor. Educational Leadership,
40(3),4-11.
Emmons, R. A., & Colby, P. M. (1995). Emotional conflict and well-being: Relation to perceived
availability, daily utilization, and observer reports of social support. Journal of
Personality and Social Psychology, 68, 947-959.
Fineman, S. (1993). Emotion in organizations. London: Sage.
Forgas, J. P. (1993). On making sense of odd couples: Mood effects on the perception of
mismatched relationships. Personality and Social Psychology Bulletin, 19, 59-71.
Forgas, J. P. (1995). Mood and judgment: The affect infusion model. Psychological Bulletin,
117, 39-66.
Forgas, J. P., Bower, G. H., & Krantz, S. E. (1984). The influence of mood on perceptions of
social interactions. Journal of Experimental Social Psychology, 20, 497 -513.
Gardner, W. L., & Avolio, B. J. (1998). The charismatic relationship: A dramaturgical
perspective. Academy of Management Review, 23, 32-58.
George, J. M. (1995). Leader positive emotions and group performance: The case of customer
service. Journal of Applied Social Psychology, 25, 778-794.
George, J. M. (2000). Emotions and leadership: The role of emotional intelligence. Human
Relations, 53(8), 1027-1054.
George, J. M., & Bettenhausen, K. (1990). Understanding pro-social behavior, sales
performance, and turnover: A group level analysis in a service context. Journal of Applied
Psychology, 75, 698-709.
George, J. M., & Brief, A. P. (1996). Feeling good -- doing good: A conceptual analysis of the
mood at work-organizational spontaneity relationship. Psychological Bulletin,
112,310-329.
Goleman, D. (1995). Emotional intelligence. New York: Bantam.
House, R. J. (1995). Leadership in the twenty-first century. DalarnA. Howard (Ed.), The
changing nature of work. San Francisco: Jossey-Bass.
Isen, A. M., Daubman, K. A., & Nowicki, G. P. (1987). Positive affect facilitates creative
problem solving. Journal of Personality and Social Psychology, 52, 1122-1131.
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1) 125

Isen, A. M., Johnson, M. M. S., Mertz, E., & Robinson, G. F. (1985). The influence of positive
affect on the unusualness of word associations. Journal of Personality and Social
Psychology, 48, 1413-1426.
Jolly, A. L. (2001). Mindfulness and meditation as a tool for stress reduction and employee
effectiveness. Master thesis, Pepperdine University, The George L. Graziado School of
Business and Management.
Kanfer, R., & Klimoski, R. J. (2002). Affect at work: Looking back to the future. Dalam R. G.
Lord, R. J. Klimoski, & R. Kanfer (Sid. Ed.), Emotions in the workplace: Understanding
the structure and role of emotions in organizational behavior. San Francisco:
Jossey, Bass.
Kavanagh, M. J., MacKinney,A. C., & Wolins, L. (1971). Issues in managerial performance:
Multitrait-multimethod analysis of ratings. Psychological Bulletin, 75(1),34 - 49.
Kushman, J. W. (1992). The organizational dynamics ofteacher workplace commitment: A
study of urban elementary and middle schools. Educational Administration
Quarterly, 28(1), 5- 42.
Mayer, J. D., Caruso, D. R., & Salovey, P. (1999). Emotional intelligence meets traditional
standards for an intelligence. Intelligence, 27,267-298.
Mayer, J. D., & Salovey, P. (1993). The intelligence of emotional intelligence. Intelligence,
17,433-42.
Mayer, J. D., & Salovey, P. (1997). What is emotional intelligence. Dalam P. Salovey &
D. Sluyter, Emotional development and emotional intelligence: Educational implications
(ms. 3-34). New York: Basic.
Mayer, J. D., Salovey, P., & Caruso, D. (2002). Competing models of emotional
intelligence. Dalam R. J. Sternberg (Sid. Ed.), Handbook of human intelligence.
New York: Cambridge UP.
Mehrabian, A., & Epstein, N. (1972). A measure of emotional empathy. Journal of Personality,
40, 525-543.
Meindl, J. R. (1990). On leadership: An alternative to the conventional wisdom. Dalam B.
M. Staw & L. L. Cummings (Sid. Ed.), Research in organizational behavior, J.
12. Greenwich, CT: JAI Press.
Salovey, P., Hsee, C. K., & Mayer, J. D. (1993). Emotional intelligence and the self-regulation of
affect. Dalam D. M. Wegner & J. W. Pennebaker (Sid. Ed.), Handbook of mental
control. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Salovey, P., & Mayer, J. D. (1990). Emotional intelligence. Imagination, Cognition, and
Personality, 9, 185-211.
Sinclair, R. C., & Mark, M. M. (1992). The influence of mood state on judgement and action:
Effects on persuasion, categorization, social justice, person perception, and judgmental
accuracy. Dalam L. L. Martin & A. Tesser (Sid. Ed.), The construction of social
judgments. Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Tichy, N., & Devanna, M. (1990). The transformational leader (Edisi ke-2). New York: Wiley.
Tran, V. (1998). The role of emotional climate in learning organizations. The Learning
Organization, 5(2), 99-103.
126 Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

Wasielewski, P. L. (1985). The emotional basis of charisma. Symbolic Interaction,8,207-222.


Yukl, G. (1998). Leadership in organizations (Edisi ke-4). Upper Saddle River, NJ: Prentice
Hall.
Yukl, G., & Van Fleet, D. D. (1992). Theory and research on leadership in organizations. Dalam
M. D. Dunnette & L. M. Hough (Sid. Ed.), Handbook of industrial and
organizational psychology, J. 3 (ms. 47-97). Palo Alto, CA: Consulting
Psychologists Press.

You might also like