You are on page 1of 5

LARI BERGANTI-GANTI

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
KEJOHANAN ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Peraturan Peraturan AM Majlis Sukan SekolahSekolah Johor (MSSJ) dan Peraturan Pertandingan Lari berganti-ganti Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor (MSSJ)

2. ACARA ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT ALAT PERTANDINGAN


KOD ACARA 26 27 28 LELAKI ACARA 4 X 100m 4 X 200m 4 X 400m TINGKATAN 2 X X X TINGKATAN 4 X X X PEREMPUAN TINGKATAN 2 X X X TINGKATAN 4 X X X

3. JENIS PERTANDINGAN
3.1 3.2 Berpasukan Johan Sekolah Johan Keseluruhan Kejohanan ( Daerah )

4. PENDAFTARAN PESERTA PESERTA


4.1 Setiap Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah adalah dikehendaki menghantar satu (1) pasukan yang terdiri daripada Johan Sekolah Menengah bagi setiap kategori yang kemudiannya akan dikira mewakili Daerah bagi menentukan Johan Keseluruhan. Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan 5 orang peserta dari Sekolah Menengah yang sedang menuntut dalam tingkatan 2 dan 4 bagi setiap kategori yang telah ditetapkan. Setiap peserta tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam mana-mana acara lain dalam kategorinya. Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dalam satu borang khas (M01) yang mempunyai butiran yang dikehendaki dengan gambar setiap peserta yang akan digunapakai daripada kejohanan peringkat Daerah, Negeri dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan. Salinan borang hendaklah sampai dua minggu sebelum kejohanan kepada Jawatankuasa Pengelola dengan pengesahan terakhir daripada Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah Sekolah Negeri masing-masing.

4.2

4.3 4.4

4.4

Peserta-peserta adalah WAJIB membawa Kad Pengenalan asal atau setaraf dengannya sebagai Pengesahan Rasmi. Surat Akuan, Surat Sumpah dan sebagainya TIDAK AKAN DITERIMA .

5.

HADIAH HADIAH
5.1 5.2 Lima pingat akan diberikan kepada setiap pasukan yang berjaya menduduki tempat Pertama, Kedua dan Ketiga Johan Keseluruhan akan menerima piala pusingan Kejohanan.

6.

PENGESAHAN PESERTA PESERTA


6.1 Mesyuarat Pengundian 6.1.1 Mesyuarat Undian akan diadakan satu minggu sebelum kejohanan. Setiausaha Agung atau wakilnya dan Pengerusi Teknik Olahraga MSS Daerah diminta hadir untuk menyaksikan pengundian tersebut

6.2

Taklimat Pengurus Pengurus Pasukan Semasa taklimat dibenarkan ini, hanya penarikan diri TANPA penggantian

6.3

Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan 6.3.1 Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakil / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, atlet berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya. Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mangambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftar atas namanya.

6.3.2

6.4

Penggantian Penggantian dihadkan kepada Satu ( 1 ) orang peserta yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan Rasmi. Peraturan ini meliputi penyertaan di pusingan Separuh Akhir dan Akhir.

6.5

Borang Penamaan lari berganti-ganti dengan susunan pelari hendaklah diserahkan kepada Penyelia Peserta 1 jam sebelum pertandingan dijalankan

7.

MELAPORKAN DIRI PESERTA


7.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta

7.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai


Teknik dalam arena pertandingan

7.3 Hebahan tentang panggilan pasukan untuk melaporkan diri bagi acara-acara
mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta pasukan melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan 7.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masingmasing

7.5 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti
menunjukkan Tag Pengenalan Rasmi kepada Penyelia Peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.

8.

PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN


8.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diringi oleh Penyelia Peserta.

9.

MEMANASKAN BADAN
Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan ditentukan. Pihak pengelola akan menyediakan peralatan ini. di tempat yang

10. CARA MENANDA PERTANDINGAN/PERALATAN 10.1

DI

TEMPAT-TEMPAT

Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya untuk menandakan di tempat tempat pertandingan. Mereka hendaklah menggunakan pita (masking tape) yang disediakan oleh pasukan sekolah itu sendiri Paku Kasut : Kejohanan ini akan diadakan di atas balapan jenis sintetik. Panjang maksima paku kasut ( spikes ) tidak boleh melebihi 9mm. Blok permulaan akan digunakan untuk semua peringkat umur dalam acara ini.

10.2

10.3

11.

CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN


11.1 Johan Keseluruhan 11.1.1 Johan Keseluruhan bagi merebut piala pusingan adalah mengikut mata terbanyak bagi semua kategori. Jika berlaku seri, kiraan pingat emas terbanyak akan di ambil kira ; jika masih seri, pungutan pingat perak terbanyak akan diambil kira. 11.1.2 Kiraan mata adalah seperti berikut :

Pertama kelima

10 4

Kedua Keenam

7 3

Ketiga Ketujuh

6 2

Keempat Kelapan

5 1

12.

SEPARUH AKHIR
12.1 Sekiranya terdapat bilangan pasukan yang mencatatkan masa terbaik lebih daripada bilangan yang dihadkan, maka penentuan kelayakan akan bergantung kepada kedudukan pasukan. Jika berlaku kedudukan yang sama, undian akan dilakukan oleh Juri Rayuan. Semua pengundian lorong untuk acara akhir, semasa kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kecil Perangkaan dan Keputusan Rasmi dengan pengawasan / penyeliaan ahli-ahli Juri Rayuan.

12.2

13.

HURUF-HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN MSS DAERAH


13.1 Warna Kain dan nombor (tulisan warna hitam ) adalah seperti berikut: 13.1.1 Tingkatan 2 13.1.2 Tingkatan 4 13.2 Huruf dan Nombor Peserta 13.2.1 13.2.2 MSSD Kulai 13.2.3 MSSD Kota Tinggi 13.2.4 MSSD Pengerang 13.2.5 MSSD Mersing 13.2.6 MSSD Pontian 13.2.7 MSSD Batu Pahat 13.2.8 MSSD Kluang 13.2.9 MSSD Segamat 13.2.10 MSSD Muar 13.2.11 MSSD Tangkak 13.2.12 Putih Kuning : JB 1 - 50

MSSD Johor Bahru : KU 1 - 50 : KT 1 - 50 : PG 1 - 50 : MG 1 - 50 : PN 1 - 50 : BP 1 - 50 : KG 1 - 50 : SG 1 - 50 : MR 1 - 50 : TK 1 - 50 MSSD Pasir Gudang :

GU 1 - 50

14.

BANTAHAN
Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOAM, kecuali perkara-perkara berikut : 14.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSJ kelak. Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada : 14.2.1 Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal. 14.2.2 Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir.

14.2

14.2.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM 300.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja )

15.

HAK HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


15.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Olahraga MSSJ berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu. Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang Olahraga KOAM terkini, PeraturanPeraturan Am MSSJ atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Lari berganti-ganti MSSJ. Termasuk TIDAK MEMBENARKAN penglibatan pelajar warga asing dalam kejohanan ini.

15.2

16.

HAL HAL LAIN


16.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut. Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan pesertapeserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecedaarn lain berlaku : 16.3.1 16.3.2 16.3.3 16.3.4 16.4 Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke stadium Semasa kejohanan dijalankan Di dalam dan di luar kawasan stadium Di tempat-tempat penginapan

16.2

16.3

Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.

You might also like