You are on page 1of 3

TEKANAN DARAH

Sistem saraf simpatetik, salah satu daripada dua cabang utama sistem saraf automatik, menggerakkan kimia yang menyusun rembesan hormon. Kelenjar pituari (di bawah otak) mengeluarkan hormon biasa ACTH Hormon adrenocorticotropic) ke dalam aliran darah. Apabila ACTH sampai ke kelenjar tirenal yang terletak di atas buah pinggang, ia membentuk satu tindakan lalu nempergiat pengeluaran adrenalin ke dalam aliran darah dengan sekumpul hormon dipanggil corticoids. Kumpulan hormon ini menjadikan tubuh badan dalam keadaan terangsang. Aliran darahsistem perhubungan dan pengangkutan am bagi tubuh membawa kimia tekanan kepada setiap sel walaupun jauh kedudukannya, dalam tempoh lapan saat. Pertambahan tindakan ini akan diberitahu kepada jantung paru-paru dan otot melalui arahan menjalar melalui prat saraf. Kesannya sistem saraf simpatetik yang giat: Otot-otot menjadi lebih penuh dengan darah kerana saluran darah sempit dan meningkatkan tekanan darah. Pada waktu sama arah aliran darah juga diubah keterlaluan, menjadikan jarijari fangan dan kaki sejuk. Rentak otot meningkat dengan cepat, menjadikan tindakan otot lebih cekap dan cepat. Hati menukar glikogen yang tersimpan dalam bentuk glukosa yang diperlukan dengan banyak oleh otot dan otak. Pernafasan deras dan berat, menmgkatkan oksigen dalam darah supaya otot dan otak dapat membakar glukosa dengan berkesan. Jantung berdenyut cepat, menghantar bekalan darah berlebihan ke bahagian tubuh yang memerlukan.

Peredaran darah berubah radikal. Sistem keutamaan dikaji semula. Bekalan darah berlebihan di dalam perut dan usus segera dikurangkan untuk memberi laluan kepada keutamaan lain.

Ini menyebabkan sistem penghadaman terjejas apabila tubuh mengalami tekanan berat dan berpanjangan.

Kegiatan elektrik otak diperhebat apabila darah menyerbu ke kepala. Ini membolehkan pengawalan kesedaran optimum tindakan tubuh badan. Sejumlah otak ditumpukan bagi menyedia tindakan, yang menjelaskan kesukaran berfikir pada peringkat abstrak ketika berada dalam keadaan gugup.

Pendengaran menjadi tajam. Anak mata terbeliak, penglihatan lebih sensitif. Agen pembekuan meningkat pemekatan darah.

Rintangan tekanan peredaran


Kuantiti darah yang beredar

Pengurangan darah mengakibatkan tekanan rendah. Pengendalian cecair seperti plasma atau garam akan menyebabkan tekanan naik lagi. Kelikatan darah

Disebabkan oleh protein plasma dan jumlah sel darah dalam aliran darah. Setiap perubahan pada dua faktor ini mengubah tekanan darah. Keelastikan dinding pembuluh darah

Dalam arteri tekanan lebih besar daripada yang ada dalam vena sebab otot yang menyalut arteri lebih elastik daripada yang ada pada vena. Rintangan periferi

Dikeluarkan oleh geseran darah yang mengalir dalam pembuluh. Rintangan utama pada aliran darah dalam peredaran sistemik juga berada dalam arteriol dan turunnya tekanan terbesar terjadi pada tempat ini. Kelajuan aliran darah

Ia bergantung pada ukuran yang ada pada pembuluh atau kelompok pembuluh. Darah dalam aorta bergerak cepat, kelajuannya dalam arteri berkurangan dan mrnjadi sangat lambat dalam kapilari.

You might also like