You are on page 1of 26

1.

0 Pengenalan Acara Rejam Lembing Mengikut catatan acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua dalam sejarah sukan olahraga. Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Kini, ia merupakan salah satu acara padang yang penting di dalam sukan olahraga. Acara ini dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita. Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang akan ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling jauh. Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang.

Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan Ballang Lassung adalah antara dua mutiara negara Malaysia yang pernah menyinarkan pingat emas untuk Malaysia pada era 70-an dan 80-an. Begitu juga jaguh wanita negara Malaysia iaitu Norsham Yon turut menyinari acara ini di peringkat Sukan SEAP pada masa yang lalu. Kalau dilihat kepada jaguh-jaguh ini, memang susuk badan memainkan peranan yang penting untuk menjadi perejam yang terbaik dalam acara ini. Jaguh acara merejam lembing iaitu Petronoff dari Rusia yang mempunyai susuk badan yang tegap dan berbadan sasa telah berjaya merejam lembing melebihi 90 meter dan rejaman beliau adalah antara yang terbaik dalam sejarah merejam lembing. Beliau juga merupakan pemegang rekod dunia dalam acara merejam lembing sehingga sekarang.

2.0 Alatan

Lembing diperbuat daripada kayu, besi, atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing pula terdiri daripada bahagian kepala yang panjang, bahagian pegangan (grip), dan bahagian hujunga atau ekor yang tajam. Bahagian kepala yang panjang diperbuat daripada besi berukuran 25cm33cm. Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm-16cm untuk acara kategori lelaki dan 14cm-15cm untuk kategori wanita dan lelaki bawah 18 tahun. Grip terletak pada pusat graviti lembing. Berat minimum lembing untuk kategori lelaki ialah 800g manakala untuk kategori wanita bawah 16 tahun pula ialah seberat 600g.

3.0 Gaya Rejaman -Gaya rejaman dari atas bahu

-Gaya rejaman dari bawah bahu

-Gaya memegang lembing

4.0 Tiga teknik asas memegang lembing Gaya Amerika Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain. Gaya Finnish Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.

Gaya Pegangan U

Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.

5.0 Kawasan rejaman lembing Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta. 6.0 Teknik rejaman lembing Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut: 1.Fasa persediaan 2.Fasa lari landas 3.Fasa rejaman 4.Fasa ikut lajak

1. Fasa persediaan Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan seles Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman Pandang kearah kawasan rejaman 2. Fasa lari landas Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal Langkah terakhir lebih besar daripada langkah langkah sebelumnya Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman 3. Fasa rejaman Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman 4. Fasa ikut lajak Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan
Last edited by fatihah on 2009-03-01, 04:13:41 am, edited 21 times in total. fatihah

Posts: 17 T o p Joined: 2009-01-14, 10:06:28 am

Re: Rejam Lembing


by sharifah nur liyana on 2009-02-15, 03:15:59 am

CODE: SELECT ALL

KERTAS KERJA INI DI SEDIAKAN OLEH:

SHARIFAH NUR LIYANA BINTI SYED ALWI ALLHADAS

FARHANA BINTI YATIMIN

PPISMP BM/PJ/PSV SEMESTER 2

PENGENALAN REJAM LEMBING Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara merejam lembing mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah. Selain itu, matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang akan ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling jauh. Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang. Lembing diperbuat daripada kayu, besi, atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing pula terdiri daripada bahagian kepala yang panjang, bahagian pegangan (grip), dan bahagian hujunga atau ekor yang tajam. Bahagian kepala yang panjang diperbuat daripada besi berukuran 25cm33cm. Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm-16cm untuk acara kategori lelaki dan 14cm-15cm untuk kategori wanita dan lelaki bawah 18 tahun. Grip terletak pada pusat graviti lembing. Berat minimum lembing untuk kategori lelaki ialah 800g manakala untuk kategori wanita bawah 16 tahun pula ialah seberat 600g.

1.0 SEJARAH OLAHRAGA Sejarah olahraga(history of sport) Sejarah olahraga dapat mengajarkan kepada kita arti mengenai perubahan masyarakat dan mengenai olahraga itu sendiri. Olahraga sepertinya melibatkan kemampuan manusia yang dikembangkan dan dilatih untuk kepentingannya sendiri yang sejalan dilatih demi kegunaannya ini menunjukan bahawa olahraga itu mungkin sama tuanya dengan keberadaan manusianya sendiri yang memiliki tujuan dan adalah cara yang berguna untuk meningkatkan kemampuan mereka dalam menaklukan alam dan lingkungan. Namun jika kita lihat jauh ke belakang bukti-bukti yang makin sedikit kurang mendukung. Banyak penemuan modern di Perancis, Afrika dan Australia pada lukisan gua (lihat seperti Lascaux) dari zaman prasejarah yang memberikan bukti kebiasaan upacara ritual. Beberapa dari bukti ini berasal dari 30.000 tahun yang lampau, berdasarkan perhitungan

penanggalan karbon. Lukisan/Gambar-gambar jaman batu ditemukan di padang pasir Libya menampilkan beberapa aktivitas, renang dan memanah. [1] () Seni lukis itu sendiri adalah merupakan bukti pada ketertarikan pada keahlian yang tidak ada hubungannya dengan kemampuan untuk bertahan hidup, dan adalah bukti bahwa ada waktu luang untuk dinikmati. Ini juga membuktikan aktivitas non-fungsi lain seperti ritual dan sebagainya. Jadi, meskipun sedikit bukti yang secara langsung mengenai olahraga dari sumber-sumber ini, cukup beralasan untuk menyimpulkan bahwa ada beberapa aktivitas pada waktu itu yang berkenaan dengan olahraga. Kapten Cook, saat ia pertama kali datang ke Kepulauan Hawaii, pada tahun 1778, melaporkan bahwa penduduk asli berselancar. Masyarakat Indian Amerika asli bergabung dalam permainan-permainan dan olahraga sebelum kedatangan orang-orang Eropa, seperti lacrosse, beberapa jenis permainan bola, lari, dan aktivitas atletik lainnya. Suku Maya dan Aztec yang berbudaya memainkan permainan bola dengan serius. Lapangan yang digunakan dahulu masih digunakan sampai sekarang Cukup beralasan untuk menyimpulkan dari sini dan sumber-sumber bersejarah lainnya bahwa olahraga memiliki akar yang bersumber dari kemanusiaan itu sendiri.

2.0 REJAM LEMBING

2.1 PENGENALAN REJAM LEMBING Mengikut catatan acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua dalam sejarah sukan olahraga. Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam Sukan Olimpik pada tahun

1896. Kini, ia merupakan salah satu acara padang yang penting di dalam sukan olahraga. Acara ini dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita. Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang akan ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling jauh. Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang.

Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan Ballang Lassung adalah antara dua mutiara negara Malaysia yang pernah menyinarkan pingat emas untuk Malaysia pada era 70-an dan 80-an. Begitu juga jaguh wanita negara Malaysia iaitu Norsham Yon turut menyinari acara ini di peringkat Sukan SEAP pada masa yang lalu. Kalau dilihat kepada jaguh-jaguh ini, memang susuk badan memainkan peranan yang penting untuk menjadi perejam yang terbaik dalam acara ini. Jaguh acara merejam lembing iaitu Petronoff dari Rusia yang mempunyai susuk badan yang tegap dan berbadan sasa telah berjaya merejam lembing melebihi 90 meter dan rejaman beliau adalah antara yang terbaik dalam sejarah merejam lembing. Beliau juga merupakan pemegang rekod dunia dalam acara merejam lembing sehingga sekarang.

2.2 SEJARAH REJAM LEMBING Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah. Jaguh acara merejam lembing iaitu Petronoff dari Rusia yang mempunyai susuk badan yang tegap dan berbadan sasa telah berjaya merejam lembing melebihi 90 meter dan rejaman beliau adalah antara yang terbaik dalam sejarah merejam lembing. Beliau juga merupakan pemegang rekod dunia dalam acara merejam lembing sehingga sekarang. Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan Ballang Lassung adalah antara dua mutiara negara

Malaysia yang pernah menyinarkan pingat emas untuk Malaysia pada era 70-an dan 80-an. Begitu juga jaguh wanita negara Malaysia iaitu Norsham Yon turut menyinari acara ini di peringkat Sukan SEAP pada masa yang lalu. Kalau dilihat kepada jaguh-jaguh ini, memang susuk badan memainkan peranan yang penting untuk menjadi perejam yang terbaik dalam acara ini.

2.3 PRINSIP ASAS MEREJAM LEMBING Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara merejam lembing, pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis. Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih.

2.4 KESELAMATAN PARA PELATIH 2.4.1 - Semasa membawa lembing Mata lembing biarlah menghadap ke bawah Jangan berlari 2.4.2 - Semasa Latihan Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan Para pelatih lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh jurulatih

Amalkan dasar semua memungut lembing setelah semua merejam Susunan dan organisasi kelas hendaklah diatur rapi bagi membolehkan penyertaan setiap pelajar secara maksimum

2.5 BAHAGIAN-BAHAGIAN LEMBING

Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada kepala, grip dan ekor. Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan oleh perejam lembing. Kedua-dua gaya ini sering digunakan oleh perejam-perejam amatur mahupun professional. Gaya rejaman tersebut ialah Gaya Rejaman Dari Atas Bahu dan Gaya Rejaman Dari Bawah Bahu. Lembing diperbuat daripada kayu, besi, atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing pula terdiri daripada bahagian kepala yang panjang, bahagian pegangan (grip), dan bahagian hujunga atau ekor yang tajam. Bahagian kepala yang panjang diperbuat daripada besi berukuran 25cm33cm. Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm-16cm untuk acara kategori lelaki dan 14cm-15cm untuk kategori wanita dan lelaki bawah 18 tahun. Grip terletak pada pusat graviti lembing. Berat minimum lembing untuk kategori lelaki ialah 800g manakala untuk kategori wanita bawah 16 tahun pula ialah seberat 600g.

2.6 GAYA MEMENGANG LEMBING Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu; 2.6.1 Gaya Amerika

2.6.2 Gaya Finnish 2.6.3 - Gaya Pegangan U 2.6.1 - Gaya Amerika Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.

2.6.2 - Gaya Finnish Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.

2.6.3 - Gaya Pegangan U Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.

2.7 KAWASAN REJAMAN LEMBING Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta. Kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Oleh sebab acara ini memerlukan larian dan rejamanyang jauh maka kawasan yang lebih luas atau besar daripada sebarang gangguan atatu halngan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton atau orang ramai menyaksikan acara itu dijalankan. Biasanya kawasan khas ini disediakan di atas padang bola atau stadium terbuka. Kawasan ini hendaklah ditandakan mengikut garisan dan ukuran yang ditetapkan mengikut

penetapan yang diiktiraf IAAF.

2.8 TEKNIK REJAMAN LEMBING Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut: 2.8.1 - Fasa persediaan 2.8.2 - Fasa lari landas 2.8.3 - Fasa rejaman 2.8.4 - Fasa ikut lajak 2.8.1 Fasa persediaan Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan seles Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman Pandang kearah kawasan rejaman

2.8.2 Fasa lari landas Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal Langkah terakhir lebih besar daripada langkah langkah sebelumnya Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian

dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman 2.8.3 Fasa Rejaman Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman

2.8.4. Fasa ikut lajak Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan

2.9 PERGERAKAN DALAM MEREJAM LEMBING 2.9.1 2.9.2

2.9.3 2.9.4 2.9.5

2.10 CARA ATAU TEKNIK MELAKUKAN REJAMAN Merejam lembing merupakan satu-satunya acara lontaran yang di lakukan dalam kawasan bukan berbentuk bulatan seperti dalam acara lontaran lain. Sebaliknya, rejaman dilakukan daripada lorong larian yang lurus yang memerlukan peserta membuat larian pada jarak lebih kurang antara 30 meter hingga 35 meter. Teknik rejaman antara seorang peserta dengan peserta lain dibezakan menerusi cara membawa lembing, jumlah langkah atau larian yang dibuat dan cara membuat pelepasan lembing. Selain daripada itu, peringkat atau aturan dalam melakukan rejaman umumnya adalah sama, sama ada lembing itu di rejam o;eh peserta lelaki ataupun wanita. Ada beberapa peringkat yang terdapat pada perlakuan rejaman lembing ini. Setiap peserta sama ada yang baru menceburi diri dalam acaraini ataupun mereka yang sudah berpengalaman, harus dapat memahirkan diri dalam setiap peringkat dengan penekanan perhatian diberikan kepada kelicinan perlakuan serta keberkesanan rejaman supaya mendapat jarak sejauh mungkin. Peringkat-peringkat itu adalah seperti berikut: 2.10.1 Cara memegang lembing.

2.10.2 Larian awal. 2.10.3 Peringkat rejaman lembing. 2.10.4 Peringkat pendaratan lembing dan ikut lajak. 2.10.5 Peringkat mengundurkan diri. 2.10.1 CARA MEMEGANG LEMBING Oleh sebab ini memerlukan setiap peserta menggunakan sesuatu alat khusus, iaitu lembing untuk menyertai pertandingan, maka peserta pertama yang harus dilakukan oleh peserta itu ialah mendapatkan lemning dan mengetahui cara memegang lembing. Menerusi latihan dan perlakuan yang berulang-ulang, peserta harus dapat memahirkan diri dengan pegangan yang dianggap paling selesa dan sesuai supaya mereka dapat melakukan rejaman dengan baik dan berkesan. Pegangan lembing penting dari dua aspek, iaitu aspek keselesaan untuk mendapatkan jarak yang sejauh mungkin dan aspek keselamatan yang juga berpunca atau ditentukan oleh cara peserta memegang lembing. Jurulatih atau guru pengawas hendaklah menekankan kedua-dua aspek ini semasa mejalankan latihan kepada peserta-peserta mereka. Dengan menguasai aspek-aspek ini, maka peserta itu kini sudah bersedia untuk melakukan rejaman. Umumnya, terdapat tiga cara atau kaedah memegang lembing yang biasa dan sering digunakan oleh hamper semuapeserta acara ini, termasuk peserta wanita. Sebelum peserta dapat memilih cara pegangan yang sesuai, adalah perlu dia didedahkan kepada ketiga-tiga cara pegangan ini supaya dia dapat membezakan cara pegangan menerusi pengalaman iaitu dengan melakukan sendiri perlakuan itu. Perkara ini penting didedahkan kepada mereka yang baru menceburkan diri dalam acara ini kerana jika seseorang itu sudah biasa dengan sesuatu cara dia akan terus menggunakan cara atau kaedah itu. CARA PEGANGAN 1 Dalam kaedah pegangan lembing pertama ini peserta akan memegang lembing di antara ibu jari dengan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari lain. Tangan peserta hendaklah berada pada tempat pegangan dengan menadahkan tapak tangan ke atas untuk mendapatkan lembing. Kemudian ibu jari akan memegang sambil menggenggam lembing, manakala tiga jari lain turut memegang sambil memberikan sokongan kepada pegangan itu. CARA PEGANGAN 2 Dalam kaedah pegangan lembing ini peserta memegang lembing di antara jari hantu dan disokong oleh jari manis serta jari kelengkeng. Untuk melakukan pegangan peserta meletakkan lembing di atas tapak tangan pada kedudukan di antara jari hantu dan jari manis. Manakala jari kelengkeng bertindak memberi sokongan bagi mengemaskan pegangan. Cra ini mungkin kurang sesuai bagi sesetengah peserta, tetapi boleh dicuba sekiranya cara ini memberi keberkesanan kepada peserta. CARA PEGANGAN 3 Dalam kaedah ini, lembing dipegang di antara jari telunjuk dengan jari hantu dengan dibantu jarijari lain. Untuk melakukan pegangan ini, peserta memegang lembing pada tampat pegangan yang ditetapkan iaitu pada tapak tangan. Lembing diletak di antara jari telunjuk dengan jari hantu,

sambil dibentuk oleh ibu jari pada sebelah lembing dan dua jari lain di seblah lain. Cara pegangan ini boleh digunakan oleh semua peserta. Cara pegangan lembing adalah mengikut kesesuaian dan keselesaan peserta itu sendiri. Terserahlah kepada peserta untuk mendapatkan kedudukan lembing sama ada di bawah atau di atas bahu. Jika lembing dipegang dan dibawa dari bawah bahu, ini bermakna peserta akan melakukan rejaman menggunakan teknik bawah bahu, dan jika lembing dipegang pada atas aras bahu, ini bermakna peserta akan membuat rejaman menggunakan teknik atas bahu. Pegangan ini hendaklah disesuaikan dengan larian yang bakal dilakukan peserta.

2.10.2 LARIAN AWAL Setelah peserta mendapatkan pegangan yang sesuai, bermakn dia sudah bersedia untuk memulakan pergerakan membuat rejaman pada lembing yang dipegangnya itu. Untuk itu peserta berkenaan hendaklah dalam keadaan bersedia termasuk dari segi mantal juga. Peserta tidak seharusnya cuba melakukan pergerakan secara tergesa-gesa kerana akan mengakibatkan pergerakan menjadi kurang sempurna. Berikut adalah di antara perkara yang boleh dijadikan panduan pada peringkat melakukan larian awal ini. 1. Peserta hendaklah berdiri pada kedudukan sedia dengan merapatkan kedua-dua belah kaki di dalam kawasan larian yang disediakan sambil tangan memegang lembing mengikut cara pegangan yang telah dipelajari. 2. Jika boleh pastikan jumlah langkah atau jarak larian yang bakal dilakukan daripada lorong larian yang disediakan dengan cara umpamanya membuat check-mark seperti dalam larian untuk lompat jauh atau lompat kijang. 3. Peserta meletekkan lembing pada bahu dengan siku tangan yang memegang lembing dibengkokkan ke hadapan. Jika peserta memegang lembing pada bawah bahunya, dia hendaklah meluruskan tangannya seakan-akan selari dengan lembing. 4. Jika bersedia, peserta boleh melakukan langkah menggunakan mana-mana kaki mengikut jumlah langkah yang akan dibuat dan pada kelajuan sederhana. 5. Peserta hendaklah menumpukan perhatian penuh terhadap lembing yang bakal direjamkan, tanpa mempedulikan keadaan sekitarnya. 6. Peserta melakukan larian hingga langkah terakhir mendarat dibelakang penanda arc dengan menggunakan tumit atau seluruh kaki hadapan. Ketika membawa lembing sambil berlari, badan condong sedikit ke belakang.

2.10.3 PERINGKAT MEMBUAT REJAMAN Kini peserta akan menghadapi pergerakan penting dalam keseluruhan acra merejam lembing ini. Jarak yang akan dicapai daripada rejaman lembing akan ditentukan pada peringkat ini. Ini bermakna peserta harus memberikan sepenuh perhatian pada peringkat ini. Harus diingat iaitu

peserta akan melakukan rejaman sambil dirinya cuba memberhentikan keseluruhan badan supaya tidak melepasi penenda arc. Sering terjadi, peserta gagal mengimbangkan diri diperingkat ini sehingga menyebabkan kakinya terpijak atau melepasi penanda itu. Berikut adalah perkara-[erkara yang perlu diberikan perhatian dalam pergerakan peringkat ini. 1. Untuk melakukan langkah terakhir sebelum berhenti, peserta hendaklah cuba membuka atau membuat langkah seluas mungkin supaya keseimbangan badan diperoleh. 2. Peserta hendaklah mendarat pada kaki kanan berhampiran dengan penanda arc tanpa menyentuh, melangkah atau melepasi garisan tersebut. Peserta boleh juga membuat lompatan pada langkah akhir ini sambil tangan membantu mendapatkan keseimbangan badan. 3. Peserta hendaklah melepaskan lembing pada sudut antara 35 hingga 40 daripada permukan padang, dengan menggunakan kekuatan yang maksimum. 4. Tangan yang tidak memegang lembing hendaklah mengawal rejaman dan kedudukan badan semasa larian sehingga membuat rejaman. 2.10.4 PERINGKAT PENDARATAN LEMBING DAN IKUT LAJAK Walaupun peserta telah selesai melakukan rejaman, tetapi pergerakan sebenar dalam acara ini masih belum selesai. Langkah pertama yang harus dilakukan ialah dengan memberhentikan keseluruhan badan di hadapan penanda arc, tanpa kaki menyentuh atau melepasi penanda. Jika peserta melepasi penanda ini atau terkeluar dari kawasan rejaman, bermakna rejaman akan dibatalkan. Begitu juga jika peserta terjatuh atau tangannya menyentuh kawasan selepas arc untuk menggelakkan dirinya daripada terjatuh, juga akan dibatalkan. Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan pada peringkat ini. 1. Peserta hendaklah memberhentikan diri di hadapan penanda arc tanpa menyentuh atau melepasi penanda arc. 2. Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan rejaman sehingga lembing mendarat atau terjatuh ke kawasan pendaratan yang disediakan. Pegawai pertandingan akan menentukan sama ad rejaman itu sah atau tidak berdasarkan cara lembing itu mendarat. 3. Peserta hendaklah menumpukan perhatian dan pandangan kepada lembing yang baru dilontarnya sehingga lembing mendarat, sekurang-kurangnya peserta dapat melihat tempat pendaratan. 2.10.5 PERINGKAT BERUNDUR DIRI Kini semua pergerakan dalam acara merejam lembing telah selesai dan jarak rejaman juga dapat dilihat secara kasar oleh peserta. Apakah langkah atau pergerakan selanjutnya yang harus dilakukan atau apakah tamat di sini sahaja? Memang benar pergerakan merejam itu sudah tamat, tetapi keseluruhan acara masih belum selesai. Selepas ini peserta tidak boleh terus meninggalkan kawasan rejaman sesuka hati. Dia hendaklah beredar dari kawasan itu ke belakang dari penanda arc, kerana undang-undang acara ini akan membatalkan rejaman seseorang peserta yang beredar dari kawasan rejaman melalui dan melepasi penanda arc. Akhirnya, peserta hendaklah kembali ke tempat peserta menunggu untuk rejaman seterusnya mengikut giliran yang ditetapkan.

Dengan demikian, tamat pusingan pertama peserta merejam lembing. Pelakuan yang sama akan diulangi untuk rejaman kedua, ketiga atau sehingga kali keenam. Jika semua rejaman dilakukan dengan sempurna, maka jarak terbaik daripada rejaman ini akan menentukan kedudukan peserta itu dibandingkan dengan peserta yang lain.

3.0 - PERATURAN REJAM LEMBING

Setiap permainan mempunyai peraturan-peraturan tersendiri begitu juga rejam lembing Antara peratura-peraturannya ialah :3.1-Peraturan-peraturan Am Rejam Lembing 3.2-Penggunaan Kasut 3.3-Pita Pengukur 3.4-Kesilapan Umum

3.1 PERATURAN-PERATURAN AM REJAM LEMBING 1. Lembing hendaklah dipegang pada bahagan gripnya dan mesti direjam melalui atas bahu. 2. Semasa membuat rejaman, peserta mesti berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan lembing yang direjam mestilah mendarat kawasan yang dibenarkan. 3. Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padanag, cukup sekadar kepaia lembing menyentuh tanah dahulu. 4. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum mendarat. 5. Lembing yang patah samaada semasa rejaman atau berada di udara, rejaman adaiah sah. 6. Sarung tangn tidak dibenarkan. 7. Setiap peserta diberi enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada lapan orang peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan diberikan setiap peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman paling jauh akan mar ke pusingan akhir. Mereka akan diberi tiga rejaman.

3.2 PENGGUNAAN KASUT

Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike. Jika menggunakan kasut getah, hendaklah dipastikan kasut itu dalam keadaan baik terutama pada bahagian tapaknya.

3.3 PITA PENGUKUR Pita pengukur yang digunakan hendaklah yang lebih pajang ukurannya. Pengukuran dibuat dari tempat titik di mana kepala lembing mendarat dengan garisan penanda

3.4 KESALAHAN UMUM Peluang melakukan kesalah dalam acara lontaran atau lompatan adalah yinggi berbanding dengan acara larian. Dalam mengambil bahagian dalam acara-acara lontaran, peserta bukan sahaja perlu mengawal diri, tetapi pada masa yang sama mengawal peralatan yang digunakan serta kawasan yang membolehkannya membuat lontaran. Setiap anggota tubuh peserta juga dapat mengawal dan mengimbangi kedudukan semasa, sebelum dan selepas melakukan lontaran. Akibatnya sering berlaku kesilapan sepanjang pergerakan peserta.

Secara am, berikut adalah di antara kesilapan yang sering dilakukan oleh peserta acra merejam lembing. 1. Peserta tidak memegang lembing pada bahagian atau yempat yang dikhaskan. 2. Peserta melakukan larian awal di luar loring atau kawasan yang disediakan. 3. Peserta teragak-agak semasa melakukan larian dan semasa bersedia untuk membuat rejaman. 4. Peserta tidak dapat menentukan jumlah langkah dan jarak yang sesuai untuk melakukan larian, sehingga menyebabkan kakinya menyentuh atau melepasi penanda arc. 5. Lembing yang direjam tidak memecah kawasan mendarat pada bahagian kepalanya sehingga tiada kesan cecahannya. 6. Lembing mendarat di luar kawasan mendarat yang disediakan. 7. Peserta terus meninggalkan kawasan rejaman sebaik selesai melakukan rejaman sebelum lembing mendarat. 8. Peserta meninggalkan kawasan rejaman melalui bahagian hadapan melepasi penanda arc. 9. Peserta gagal melakukan rejaman bersih daripada keseluruhan jumlah rejaman yang diberi kepadanya. 10. Peserta tidak mematuhi aturan dan undang-undang acara.

4.0 PRINSIP ASAS MEREJAM LEMBING Dalam mengambil bahagian dalam acara merejam lembing, seseorang peserta perlu memahirkan diri dalam segala aspek dan pergerakan acara ini. Ini penting kerana bukan sahaja akan menjamin jarak yang dikehendaki tetapi tidak kurang penting ialah keselamatan peserta itu sendiri atau orang lain.Selain itu, peserta itu hendaklah benar-benar bersedia sebelum mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan. Berikut adalah sebahagian daripada prinsip asas acara ini. 1. Peserta hendaklah sanggup menjalankan latihan khusus untuk acara ini di samping menyediakan dirinya dari aspek mental dan fizikal. 2. Peserta yang mengmbil bahagian dalam sesuatu pertandingan harus mempunyai matlamat tertentu, sama ada untuk dirinya ataupun pasukannya. 3. Peserta hendaklah mempunyai sikap positif terhadap latihan, pertandingan dan penyertaan. 4. Peserta hendaklah sanggup menerima latihan, teguran dan arahan yang diberikan jurulatih atau guru pengawas. 5. Peserta hendaklah sanggup meningkatkan prestasi menerusi latihan sendirian, selepas mengikut latihan jurulatih. Bagaimanaoun, setiap sesi latihan hendaklah diawasi jurulatih. 6. Peserta hendaklah mengambil bahagian dengan penuh semangat kesukanan, walaupun mengalami kekalahan.
Last edited by sharifah nur liyana on 2009-04-01, 01:07:06 pm, edited 4 times in total. sharifah nur liyana

Posts: 9 T o p Joined: 2009-01-11, 02:04:45 pm

Re: Rejam Lembing


by wir@ on 2009-02-17, 12:32:54 am

CODE: SELECT ALL

KERTAS KERJA INI DISEDIAKAN OLEH:

MOHD NOOR FAIZI BIN ABU HASSAN 900518-08-5023 PPISMP BM/PJ/KS SEMESTER 2

AHMAD FAIRUZ BIN ABDUL RAHIM 891128-11-5483 PPISMP BM/PJ/KS SEMESTER 2

1.0 PENGENALAN
wir@

Posts: 12 T o p Joined: 2009-01-09, 07:27:11 am

Re: Rejam Lembing


by jambu on 2009-02-18, 12:46:29 am

CODE: SELECT ALL

KERTAS KERJA INI DISEDIAKAN OLEH:

MOHD HAFIZI B ABD WAHAB NIK MOHD ZAINI AIKAL B ZAINURIN PPISMP PJ/BI/BM SEM 2

PEGENALAN ACARA REJAM LEMBING Merejam Lembing Sejarah Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah. Prinsip asas merejam lembing Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara merejam lembing, pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis. Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju hendaklah

dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih.

Keselamatan para pelatih Semasa membawa lembing

Mata lembing biarlah menghadap ke bawah Jangan berlari Semasa latihan

Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan Para pelatih lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh jurulatih Amalkan dasar semua memungut lembing setelah semua merejam Susunan dan organisasi kelas hendaklah diatur rapi bagi membolehkan penyertaan setiap pelajar secara maksimum BAHAGIAN BAHAGIAN LEMBING

Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada:

Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan oleh perejam lembing. Kedua-dua gaya ini sering digunakan oleh perejam-perejam amatur mahupun professional. Gaya rejaman tersebut ialah

Gaya rejaman dari atas bahu <!--[if !supportLists]-->

Gaya rejaman dari bawah bahu

Gaya memegang lembing Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu; Gaya Amerika Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain. Gaya Finnish Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.

Gaya Pegangan U Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.

Kawasan rejaman lembing Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta. Teknik rejaman lembing Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut: Fasa persediaan Fasa lari landas Fasa rejaman Fasa ikut lajak

1. Fasa persediaan Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan seles Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman Pandang kearah kawasan rejaman 2. Fasa lari landas Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal Langkah terakhir lebih besar daripada langkah langkah sebelumnya Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman 3. Fasa rejaman Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: <!--[if !supportLists]-->Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang <!--[if !supportLists]--> Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman 4. Fasa ikut lajak Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: <!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki <!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi

<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan <!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan

You might also like