You are on page 1of 4

BAB 4: MASAKAN PERANCANGAN MENU Menu ialah senarai hidangan lengkap untuk sesuatu sajian.

Perancangan menu ialah suatu rangka pilihan menu yang dibuat berpandukan piramid makanan, tujuan dan beberapa faktor tertentu juga. Faktor Penting Dalam Merancang Menu Menu untuk setiap sajian adalah berbeza. Perbezaan sajian ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti: (a) tujuan sajian - sama ada untuk hidangan di majlis formal atau tidak formal; (b) kegemaran - setiap individu mempunyai makanan kegemaran masing-masing; (c) kepelbagaian - hidangan yang dimasak mempunyai variasi dari segi kaedah memasak, bahan yang digunakan, tekstur, rasa, dan warna; (d) kemudahan fizikal - kemudahan peralatan memasak yang digunakan dalam usaha mempercepat dan memudahkan tugas memasak; (e) keperluan - menu yang dipilih dapat memenuhi keperluan nutrien setiap individu berdasarkan jantina, saiz tubuh, tahap kesihatan, umur, dan aktiviti yang dilakukan; (f) sumber tenaga dan masa - makanan dapat disiapkan dengan sempurna seperti yang dijadualkan; (g) bilangan tetamu - kuantiti makanan yang disediakan cukup untuk menampung bilangan tetamu yang ada bagi mengelakkan pembaziran; (h) perbelanjaan - makanan yang disediakan haruslah mengikut perbelanjaan yang diperuntukkan; (i) sumber makanan - makanan yang mudah diperoleh, berkeadaan segar dan berkhasiat, serta menjimatkan belanja.. PENYEDIAAN DAN PENYAJIAN HIDANGAN Hidangan sepinggan lengkap. Maksud hidangan Sepinggan Lengkap bermaksud hidangan seimbang yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Nutrien-nutrien yang dimaksudkan itu ialah karbohidrat, lemak, protein, vitamin, dan garam mineral. Hidangan sepinggan lengkap ini dapat disediakan secara peranggu meja atau secara berpek. Ciri-ciri hidangan sepinggan lengkap ialah: (a) mengandungi semua nutrien. (b) dimakan dalam satu bekas. (c) disediakan secara bergorang atau berkuah. (d) sebagai hidangan utama atau hidangan sampingan. Mengenal Pasti Alatan dan Kelengkapan Dapur Alatan Dapur Alatan dapur terbahagi kepada tiga, iaitu alatan menyedia, alatan memasak, dan alatan menyaji. Alatan-alatan ini mempunyai pelbagai fungsi, bergantung pada proses memasak yang dijalankan. Alatan Menyedia 1 mangkuk adunan 2 mangkuk sup 3 jag penyukat

1 2 3

Alatan Memasak penunu periuk pengukus

Alatan Menyaji 1 gelas 2 mangkuk telur 3 cawan dan piring

4 penapis 5 landas cincang 6 camca besar


7 8 9 10 11 12

camca sedang camca teh garpu pisau pisau roti pinggan

4 5 6

loyang kuali periuk nasi elektrik 7 senduk 8 sudip 9 senduk kayu 10 petitin 11 pan penggoreng 12 cerek elektrik

4 mangluk gula
5 garpu

6 mangkuk hidang 7 teko teh 8 teko kopi 9 pisau mentega 10 pinggan hidang
11 rak roti 12 jag susu 13 pisau meja 14 camca sedang 15 camca teh 16 bekas mentega 17 bekas jem 18 pinggan makan

Kelengkapan Dapur Kelengkapan dapur diperlukan untuk melancarkan kerja-kerja memasak dan menyaji. Antara kelengkapan dapur yang digunakan termasuklah kain dapur, alas meja, kad menu, dan gubahan bunga. Kain Dapur Kain dapur terdiri daripada pelbagai jenis yang ditentukan mengikut fungsinya. Antaranya termasuklah kain pengelap, kain maslin, kain pencuci, tuala tangan, sarung ketuhar, dan pengelap lantai. JENIS KAIN DAPUR KEGUNAAN Kain pengelap Mengeringkan pinggan mangkuk, alatan kaca, kutleri dan besen serta menutup makanan sebelum dimasak Kain maslin Menutup makanan sebelum dan selepas dimasak serta menapis cecair Kain pencuci Mencuci pinggan mangkuk dan mengelap peralatan Tuala tangan Mengelap tangan basah Sarung ketuhar Mengangkat loyang atau bekas panas dari ketuhar atau dapur Pengelap lantai Mengelap lantai . Alas Meja Alas meja digunakan untuk menutup permukaan tempat menghidang sebelum menyajikan makanan. Alas meja yang digunakan mestilah bersesuaian dengan hidangan. Jenis hidangan Warna alas meja sarapan terang dan garang makan tengah hari terang dan garang minum petang, putih atau berwarna yang dihiasi sulaman atau renda makan malam putih atau berwarna lembut Kad Menu Kad menu ialah satu catatan senarai makanan yang telah dipilih untuk dimasak dan dihidangkan. Kad menu biasanya terdapat di kedai-kedai makan atau di

restoran untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan hidangan sebelum membuat pesanannya. Gubahan Bunga Gubahan bunga yang diletakkan di atas meja akan menjadikan hidangan berseri. Ada beberapa perkara yang harus diikuti supaya gubahan bunga dihasilkan kelihatan menarik semasa membuatnya, iaitu: pilih bunga yang harmoni dan sesuai dengan keadaan; susun bunga yang berwarna terang di bahagian atas dan bunga berwarna gelap di bahagian bawah; atur bunga dengan ketinggian yang berbeza dan mengembang ke yang berlainan; lebih yang yang arah

jika membuat gubahan bunga yang rendah, cucuk bunga yang berwarna gelap di bahagian tengah; elak daripada menggunakan bunga yang terlalu harum atau terlalu banyak; buat gubahan bunga yang rendah dan kecil untuk hidangan dulang. ETIKA MAKAN Pengertian Etika Makan Etika makan didefinisikan sebagai suatu pelakuan yang beradab dan bersopan sewaktu makan. Dengan mengamalkan etika makan, seseorang dapat mengelak daripada menyinggung perasaan orang lain ketika menikmati hidangan. Mengenal Pasti Adab dan Sopan Sewaktu Makan Mengamalkan Etika Makan yang Sopan Terapat beberapa etika makan yang perlu diikuti, antaranya termasuklah: merapatkan kaki dan duduk dengan postur yang betul di meja makan; memulakan makan setelah semua orang berada di meja; mempersilakan orang yang lebih tua makan terlebih dahulu; menggunakan kutleri dengan betul dan cermat; menutup mulut ketika mengunyah makanan; mengambil makanan yang dekat dahulu dan meminta orang lain menghulurkan makanan yang jauh; mengumpulkan sisa makanan di hujung pinggang; meletakkan kutleri bersebelahan di atas piring setelah selesai makan; tidak bercakap ketika mulut penuh dengan makanan; tidak meniup makanan yang panas; tidak meletakkan siku di atas meja; tidak menggunakan pisau untuk menyuap makanan; tidak meninggalkan meja setelah selesai makan, kecualilah sesudah meminta kebenaran iika perlu berbuat demikian. Sekiranya anda menikmati hidangan Barat, etika makan yang berikut perlu diikuti. meletakkan napkin di atas paha; menggunakan sudu, garpu, atau pisau dengan senyap dan betul; tidak menunjuk-nunjuk atau mengangkat tangan ketika memegang garpu atau pisau; makan salad dan sayur-sayuran dengan menggunakan garpu bukannya camca; merapatkan kutleri setelah selesai makan.

Etika makan bagi hidangan Cina adalah seperti yang berikut. makan dengan penyepit, jika tidak pandai menggunakannya, mintalah sudu dan garpu; menggunakan sudu hidang untuk mengambil makanan bukannya penyepit; sekiranya anda mahu mengambil sos, letakkan sos di dalam pinggan sendiri bukannya mencelupkan makanan di dalam mangkuk sos hidangan; meletakkan penyepit pada tempatnya setelah selesai satu hidangan; meletakkan tulang atau bahagian yang tidak dimakan di tepi piring.

You might also like