You are on page 1of 2

3. a) Bincangkan mengapa PEKA dianggap sebagai suatu penilaian yang sesuai dalam pendidikan Sains Sekolah Rendah.

1) Keserasian dengan kehendak kurikulum Format pentaksiran berdasarkan sekolah dan jenis aspek yang ditaksir mengambil kira kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni yang ingin diperkembangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains

2) Berpusatkan Pelajar PEKA Sains ini memberi peluang kepada murid untuk ditaksirkan apabila telah bersedia dan mempunyai pengalaman dalam sesuatu perkara yang hendak ditaksir. Ini memberi peluang pentaksiran dilaksanakan dalam keadaan tenang, selesa dan selaras dengan rancangan pengajaran guru.

3) Telus dan Terbuka PEKA Sains memberi peluang kepada murid untuk mengetahui: * perkara yang ditaksir * bagaimana perkara itu ditaksir * bila perkara itu ditaksir * dimana perkara itu ditaksir

4) Bolehlaksana dan sistematik Format pentaksiran ini telah mengambil kira aspek-aspek berikut: * kebolehlaksanaan pentadbiran pentaksiran * tertib pelaksanaan pentaksiran

5) Berterusan dan Formatif Pentaksiran dilakukan berterusan dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Pelajar diberi peluang untuk mempunyai pengalaman dalam perkara yang ditaksirkan di dalam aktiviti makmal semasa pengajaran dan

pembelajaran. Mereka juga diberi peluang untuk memperbaiki skor dalam perkara yang ditaksirkan 6) Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu dapat menggambarkan cukup cakup tentang perkara yang ditaksir dan kerelevanan. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran.Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui mekanisme penyelarasan dan pemantauan.

You might also like