You are on page 1of 5

SJK(T) BEDONG,08100 BEDONG,KEDAH DARUL AMAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MALAYSIA KALI KEDUA TAHUN 2012

Tarikh Masa Hari Tempat

: 19 April 2012 : 1.30 tengah hari : Khamis : Bilik Guru

Guru-guru yang hadir: 1) Pn.S.Anjale (PK 1) 2) En.S.Nagapan (Pengerusi) 3) Pn.M.Santhi (Setiausaha) 4) Pn.A.Sathiasri 5) En.S.Sivaraja 6) Pn.A.Praba 7) Pn.K.Poonapathy 8) Cik.S.Shamala Turut hadir: 1) En.G.Sweneson PCK (Guru Besar) Agenda Mesyuarat: 1) Perutusan Pengerusi 2) Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu 3) Perkara-perkara berbangkit 4) Analisis Ujian Siri 1 dan postmortem 5) Klinik Bahasa Malaysia Fasa 1 6) Bengkel Pemantapan Pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran BM (Program Peningkatan UPSR) 7) PLBS 8) Hal-hal lain 1.0 Perutusan Pengerusi i) Pengerusi panitia telah mengalu-alukan kedatangan ahli baru dan lama ke Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia kali kedua ini.Beliau juga mengucapkan salam sejahtera kepada guru-guru yang hadir ke mesyuarat ini. Beliau turut merakamkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli panitia yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat panitia ini.

2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu i) Minit mesyuarat yang lalu telah dibentang oleh setiausaha panitia. Minit mesyuarat ini telah dicadang oleh Cik.S.Shamala dan disokong oleh Pn.K.Poonapathy. 3.0 Perkara-perkara berbangkit i) Guru-guru BM tahun 3 dicadangkan menggunakan empat buah buku latihan untuk karangan,sistem bahasa,tulisan dan ejaan. Tindakan: Guru BM tahun 3 Makluman: Semua guru

4.0 Analisis Ujian Siri 1 dan Postmortem i) Analisis ujian siri 1telah diselitkan dengan minit mesyuarat ini. Makluman: Semua guru ii) Berikut adalah postmortem ujian siri 1 mengikut tahun: Tahun Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Kekuatan -Murid aktif -Guru-guru yang berpengalaman -Guru-guru yang berpengalaman -Bahan BBM yang mencukupi. Kelemahan Sesetengah murid tidak menguasai perbendaharaan kata dan lemah dalam bacaan. Murid-murid tidak menguasai cara menjawab kertas penulisan BM. Cadangan/Tindakan Susulan -Program bacaan

Tahun 4

Tahun 5

-Guru-guru yang berpengalaman -Bahan BBM yang mencukupi.

Sebahagian murid tidak menguasai kaedah menjawab penulisan kertas 2 BM.

Tahun 6

-Guru-guru yang berpengalaman -Bahan BBM yang mencukupi. -Klinik bahasa,Kelas sinar pagi dan kelas tambahan diadakan untuk memberi bimbingan

-Murid-murid kurang berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. -Murid-murid kurang membaca bahan bacaan BM. -Sesetengah murid tidak menjawab soalan mengikut teknik yang

-Guru-guru perlu menggunakan strategi yang sesuai untuk mengajar muridmurid bagi menjawab Bahagian A,B, dan C. -Murid-murid perlu diberi pendedahan tentang format kertas peperiksaan UPSR. -Guru-guru harus memperbanyakan latihan menjawab bina ayat,karangan dan ulasan dengan kaedah yang sesuai agar murid-murid dapat memahaminya dengan betul. -Murid-murid perlu digalakkan bertutur dalam Bahasa Malaysia dan membaca bahan bacaan BM untuk menguasai kosa kata. -Guru-guru perlu mengajar cara menjawab kertas pemahaman dan penulisan mengikut kebolehan

kepada murid-murid.

diajar oleh guru. -Kehadiran sesetengah murid ke kelas tambahan tidak memuaskan.

murid-murid untuk meningkatkan bilangan lulus. -Murid-murid yang kerap tidak hadir ke kelas tambahan perlu diberi nasihat.

iii) Guru besar meminta guru-guru membuat postmortem bagi setiap ujian dan mengambil langkah seterusnya untuk meningkatkan prestasi matapelajaran Bahasa Malaysia. 4.0 Klinik Bahasa Malaysia Fasa 1 i) Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang sudi meluangkan masa untuk menjayakan klinik Bahasa Malaysia Fasa 1.Berhubung program tersebut, setiausaha meminta semua guru BM perlu berada di dalam makmal komputer ketika En.Aisomuddin,pemeriksa kertas UPSR SJK(T) mengendalikan slot penulisan agar mereka dapat memanfaatkan teknik-teknik yang diajar oleh beliau untuk meningkatkan peratus pencapaian matapelajaran Bahasa Malaysia. Makluman: Semua guru BM

6.0 ) Bengkel Pemantapan Pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran BM (Program Peningkatan UPSR) i) Pn.Santhi selaku setiausaha panitia menyatakan beliau telah menghadiri sebuah bengkel pemantapan pedagogi pengajaran dan pembelajaran program peningkatan prestasi UPSR daerah Kuala Muda Yan yang telah diadakan pada 20 Mac 2012 bersamaan hari Selasa di SMK Teluk Bayu. CD program peningkatan BM UPSR telah diedarkan kepada guru-guru untuk dimanfaatkan bagi murid-murid tahun 6. Setiausaha memberitahu bahawa beliau telah mencetak modul-modul tatabahasa,pemahaman,bina ayat,karangan dan rumusan untuk tatapan guru dan CD itu telah diberikan kepada Pn.S.Anjale,PK 1. Beliau menyatakan latihan-latihan yang terdapat dalam modul itu perlu dibuat oleh murid-murid tahun enam dan keputusannya perlu direkod kerana pemantauan akan dilakukan oleh pihak PPD. Beliau turut menyatakan modul-modul itu perlu difailkan untuk koleksi panitia BM agar dapat dijadikan rujukan guru-guru lain.Selain itu,CD penulisan kertas 2 UPSR turut diedarkan oleh En.Nanthagopalan selaku Ketua Panitia BM,SJK(T) Saraswathy kepada guru-guru SJK(T) agar dapat memanfaatkan kaedah-kaedah penulisan yang terdapat dalam CD tersebut. Tindakan : Guru BM Tahun 6 Makluman: Semua guru BM

ii)

7.0) PLBS i) Pengerusi menyatakan guru-guru BM perlu membuat tiga kali aktiviti Pelaporan PLBS bagi satu penggal. ii) Pengerusi meminta semua guru BM perlu mengemaskinikan Buku Laporan PLBS kerana pemantauan dari PPD mungkin diadakan pada bulan Jun atau Julai. Tindakan: Semua ahli panitia Makluman:Semua guru BM

8.0 Hal-hal lain i) Guru besar mencadangkan program bacaan diadakan pada waktu pagi bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran bacaan.Guru-guru yang datang awal ke sekolah akan memantau dan membimbing murid-murid tersebut.Murid-murid perlu membaca kad bacaan yang disediakan dan mendapat tandatangan guru-guru dalam buku kecil setelah membacanya di hadapan guru. Secara tidak langsung, program ini dapat membantu murid-murid meluangkan masa dengan lebih berfaedah.Semua guru bersetuju menjalankan program tersebut.Encik Nagapan menyatakan kad-kad bacaan itu perlu dilabel terlebih dahulu sebelum diedarkan kepada murid-murid.Bahan bacaan itu boleh diperolehi daripada pusat sumber dan bilik pemulihan. Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 3.30petang dengan ucapan terima kasih oleh setiausaha Panitia Bahasa Malaysia.

Disediakan oleh, ............................... (PN.M.SANTHI) Setiausaha Panitia BM

23/04/2012

Disemak oleh, ........................... (EN.S.NAGAPAN) Pengerusi Panitia BM

You might also like