You are on page 1of 11

02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 LTS 2005 Set 3 1 jam

UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK ---------------------------------------------------------

LEARNING TO SCORE 2005 PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU Kertas 1 Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1 2 3.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan. Jawab semua soalan. Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yang disediakan.

Set 1

Bahasa Melayu PMR

Soalan 1 hingga Soalan 7 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih perkataan yang paling sesuai. 1 Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang ___________ undang-undang atau peraturan dalam sesebuah negara. A membawa B membantut C menuntut D melanggar Jumlah pelajar yang terbabit dalam kes ___________ dalam negeri Selangor bagi tempoh sepanjang tahun 2004 ialah sebanyak 15 610 kes. A salah kelakuan B salah laku C salah sikap D salah biadap Menurut seorang menteri, pencemaran alam sekitar berpunca daripada ___________ pembangunan yang tidak terkawal. A kelakuan B kegiatan C kecuaian D kenaikan Peribahasa Melayu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing amat sesuai dalam ___________ masyarakat penyayang. A memainkan B meninggikan C mewujudkan D menggambarkan Laporan tentang punca-punca pelajar kurang berminat menggunakan perpustakaan sekolah adalah kerana buku-buku tersebut sudah ___________ zaman. A kekuatan B kelemahan C kerosakan D ketinggalan Faktor alam dan struktur jalan raya itu sendiri merupakan punca ___________ kemalangan jalan raya. A berlakunya B bermulanya C berkisar D bertanggungjawab

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 2

Set 1 7

Bahasa Melayu PMR

Petani-petani membuat _____________________ daripada kain baju yang buruk-buruk untuk menghalau burung di sawah. A. bayang-bayang B. umang-umang C. patung-patung D. orang-orang

Soalan 33 hingga Soalan 40 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 8 Ketiga orang mangsa kemalangan jalan raya itu dikejarkan ke hospital yang A B berdekatan. Tiada kesalahan C D 9 Apakah kamu pasti bahawa pemuda itulah yang menyamar sebagai pegawai polis? A B C Tiada kesalahan D 10 Setiap kali menjelang musim perayaan, pengusaha pusat beli-belah berlumbaA B lumba mengada-adakan jualan murah. Tiada kesalahan C D 11 Orang muda itu baik perwatakannya dan jarang-jarang sekali ia menyakiti hati A B sesiapa saja. Tiada kesalahan C D 12 Sebaik sahaja kami duduk, Puan Amira menuangkan teh ke dalam cawan lalu A B dipersilakan kami minum. Tiada kesalahan C D

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 3

Set 1 13

Bahasa Melayu PMR Seorang pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar telah diundang untuk A B menyampaikan ceramah dalam majlis itu. Tiada kesalahan C D

14

Pertemuan ini diadakan untuk membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh A B sebilangan besar pekerja. Tiada kesalahan C D

Soalan 15 hingga Soalan 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 15 I II III IV A B C D 16 I II III IV A B C D I II III IV A B C D Pelancaran roket ke angkasa lepas memakan belanja beratus-ratus juta ringgit. Perdana Menteri telah merasmikan pelancaran kempen kebersihan peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur. Pelancaran pembangunan negara yang sedang berjalan akan tersekat jika kita tidak mempunyai tenaga mahir yang mencukupi. Kawan-kawan tidak suka kepada Ali kerana pelancaran mulutnya yang tidak kira tempat itu. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja Jalan menuju kejayaan bukannya lurus. Budak berbadan lurus itu berdiri tegak Raynuga dipuji oleh guru disiplin kerana ia menjawab dengan lurus Arif Johan dapat menunjukkan kecekapannya dengan lurus hati. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja Pandangan sekitar pekan Lumut sangat indah dengan Selat Dindings mengalir tenang Pandangannya terhadap ketua kampung Mukim Sitiawan tidak berubah. Pihak pengantin lelaki telah mengeluarkan sebentuk cincin untuk pandangan orang ramai semasa majlis pertunangan dijalankan. Kemalangan yang menimpa Pak Abu telah menyebabkan pandangannya semakin kabur. I dan IV sahaja II dan III sahaja I, III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

17

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 4

Set 1

Bahasa Melayu PMR

Soalan 18 hingga Soalan 21 Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D. 18 Ibu bapa wajib mengajar anak-anak mereka cara menghormat orang lain walau sesibuk mana sekalipun mereka. A mengajar anak-anak mereka cara menghormati B mendidik anak mereka-mereka cara menghormati C mendidik anak-anak mereka cara menghormati D mengajar anak-anak mereka cara menghormat Polis berjaya menangkap pencuri itu setelah mengintai tindak-tanduk mereka. A sebelum memberkas kaki tangan B setelah mengintip tindak-tanduk C sebelum mendakwa gerak-geri D setelah mengintai tindak-tanduk Sampah sarap yang bertaburan di kaki lima restoran itu boleh meloyakan pengunjungpengunjung restoran tersebut. A tetamu-tetamu restoran B pendatang-pendatang restoran C pengusaha-pengusaha restoran D pengunjung-pengunjung restoran Taman Tumbina di Bintulu kini semakin dikenali dengan kejayaannya membangunkan sebuah taman memulihara kehidupan liar dan tumbuhan terbesar serta pertama seumpamanya di Sarawak. A membangunkan sebuah taman memulihara kehidupan liar B membinakan sebuah taman pemeliharaan hidupan liar C memajukan sebuah lokasi memelihara kehidupan liar D membangunkan sebuah taman pemuliharaan hidupan liar

19

20

21

Soalan 22 hingga soalan 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22 Kerajaan perlu berusaha untuk meningkatkan kemudahan asas di kawasan luar bandar. A Usaha harus ditingkatkan oleh kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas di luar bandar. B Kelengkapan prasarana di kawasan pedalaman wajar diperhebat oleh kerajaan. C Penyediaan kemudahan asas di luar bandar hendaklah diusahakan oleh kerajaan D Peningkatan kemudahan asas akan diusahakan oleh kerajaan di kawasan desa.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 5

Set 1 23

Bahasa Melayu PMR Saya akan pergi ke rumah Aminah bersama-sama awak, kata Fadhli kepada Abu. A Fadhli memberitahu saya bahawa dia akan pergi ke rumah Aminah bersamasama Abu. B Fadhli berkata kepada saya bahawa dia akan pergi ke rumah Abu bersama-sama Aminah. C Fadhli berkata bahawa dia akan pergi ke rumah Aminah bersama-sama Abu. D Fadhli berkata kepada mereka bahawa dia akan pergi ke rumah saya bersamasama saya. Media massa berperanan besar dalam mengubah dan membentuk pemikiran masyarakat. A Media massa menentukan cara hidup masyarakat. B Fikiran masyarakat akan terbentuk sekiranya mereka membaca. C Cara hidup masyarakat bergantung kepada media massa. D Media massa boleh mempengaruhi cara hidup masyarakat.

24

Soalan 25 hingga Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 25 I II III IV A B C D 26 I II III IV A B C D Setelah puas memikirkan kesan baik dan kesan buruk akibat perbuatan itu. Saya menerima kasih kepada awak kerana sudi simpan barang-barang itu di tempat yang selamat. Ifwal pergi berkelah dengan berbekalkan roti sardin dan nasi pulut. Kerajaan menggalakkan golongan belia menceburi bidang yang mencabar daya fikiran masing-masing. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja Sokongan semua pihak amat kami harapkan dalam usaha menjayakan Malam Amal 2000. Sejak sejam yang lalu mereka membincangkan masalah disiplin dalam kalangan para pelajar. Pekebun itu membimbit guni yang sarat dengan rambutan yang baru dipetiknya. Dengan sukacitanya kami maklumkan bahawa permohonan anda untuk menjawat jawatan kerani sedang dalam pertimbangan. I dan III sahaja II dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 6

Set 1 27 I II III IV A B C D

Bahasa Melayu PMR Para pengunjung perlu mendapatkan pas pelawat sebelum dibenarkan masuk ke dalam bangunan itu. Banyak orang bersungut tentang layanan kakitangan di kaunter bank itu yang agak kasar dan kurang cekap Mekanik itu terpaksa menutup bengkel motonya lebih awal oleh kerana kekurangan pelanggan. Bagi mempercepatkan kerja-kerja membaik pulih Jalur Gemilang memerlukan beberapa orang pakar dalam bidang teknikal. I dan II sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini. 28 Hampir semua rumah di Aceh itu musnah dilanda ombak Tsunami. Keadaan ini dikatakan A seperti padang jarak padang terkukur. B seperti ikan pulang ke lubuk. C seperti hujan jatuh ke pasir. D seperti ikan dalam belat. Setelah hampir 20 tahun bertugas di luar negara, dia pulang ke kampung halaman untuk menabur bakti kepada masyarakat kampungnya. Situasi ini dikatakan A seperti sampah hanyut. B bagai sirih pulang ke gagang. C seperti si buta mendapat tongkat. D bagai si kudung mendapat cincin.

29

30

Penduduk Kampung Gemilang selalu bermuzakarah dan bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu projek sama ada projek kecil mahupun projek besar di kampung tersebut. Berdasarkan gambar apakah amalan yang diamalkan oleh penduduk Kampung Gemilang? A Bagai aur dengan tebing B Bagai isi dengan kuku C Bagai ikan pulang ke lubuk D Bagai enau dalam belukar LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 7

Set 1

Bahasa Melayu PMR

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Kak Jarah ambil sauh di dinding atas jemuran dan menghuraikan tali pada sauh lalu turun ke telaga. Memang benar, tidak ada timba tersangkut di penyangkut seperti selalu. Hanya batu-bata berlumut berselerak dekat telaga. Kak Jarah jenguk ke dalam telaga. Air di dalam telaga jauh dan sayup ke bawah, lebih kurang tiga depa. Memang ada timba upih melampung tertonggeng di atas air. Kak Jarah hulur sauh perlahan-lahan dan kait timba upih yang melampung. Timba terangkat naik tetapi talinya seperti lekat pada sesuatu di dasar air dan air kelihatan bergelombang kecil berbuak-buak dua tiga kali. Kak Jarah cuba karai naik perlahan-lahan. Tetapi timba upih yang kosong itu telah tembus di tepinya kena radak hujung sauh sebab tali timba lekat dan terik ke bawah. Kak Jarah cuba-cuba lagi. Makin berat dan tidak terangkat. Kalau digagahkan lagi tentu tali sauh akan putus. Mak! Beratlah! Tali timba tersangkut di bawah! Kak Jarah melaung sekuat hati. Emak dengar laungan Kak Jarah dan meletakkan ubi yang di tangannya ke dalam pinggan lalu turun ke telaga. Apanya yang lekat,Jarah? Birai timba sudah tembus kena besi sauh. Talinya tidak mahu terlepas, macam ada lekat sesuatu di bawah. Emak datang tolong Kak Jarah karai ke atas. Kak Jarah serah tali sauh kepada emak. Emak cuba karai baik-baik. Apanya yang lekat di bawah tu sampai berat begini sekali! Emak karai pelahan-lahan takut tali sauh putus. Kak Jarah tidak bergerak dan melihat ke dalam telaga. Tali timba menjadi tegang melintang. Mak! Kak Jarah terjerit dengan kuat. Tangan Kak Jarah terjulur menunjuk ke dalam telaga. Emak turut tengok dengan mata tidak percaya. Emak kaget dan berhenti karai tali sauh. Kaki? Betulkah itu kaki? Betul mak! Kaki! Ada yang jatuh ke dalam telaga! Siapa mak? Siapa yang jatuh?. Pergi lari cepat beritahu Pak Cik Bakar! Lepas tu lari ke rumah Pak Ngah Isa. Beritahu semua orang, lekas! Kak Jarah melenting lari ke rumah Pak Cik Bakar. Pak Cik Bakar sedang tidur, tapi Mak Cik Siah kejutkan dan beritahu ada orang jatuh dalam telaga. Kak Jarah lari pula ke rumah Pak Ngah Isa. Pak Ngah Isa tidak ada di rumah. Kata Mak Ngah Jenab, Pak Ngah Isa ada di kebun. Kak Jarah lari ke kebun Pak Ngah Isa. Kemudian Kak Jarah lari lagi ke rumah Mat Daud. Lari lagi, lari lagi dan memberitahu semua orang. (Dipetik daripada Antologi, Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3)

31

Apakah benda yang didapati tidak ada oleh Kak Jarah di telaga seperti selalu? A B C D Sauh di atas jemuran. Sauh di dinding. Tali yang tersangkut di telaga. Timba yang tersangkut di penyangkutnya.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 8

Set 1 32 Mengapakah emak dan Kak Jarah terkejut? A B C D 33 Timba di dalam perigi telah tersusuk. Mereka mendapati tanaman mereka telah mati. Mereka melihat kaki orang di dalam telaga. Tali sauh putus kerana terkena benda tajam.

Bahasa Melayu PMR

Berikan pendapat anda cara untuk mengelakkan tragedi seperti ini daripada berlaku. A B C D Anak-anak hendaklah diajar cara menggunakan perigi. Ibu bapa mestilah sentiasa mengawasi anak-anak masing-masing. Kawasan perigi hendaklah dipagar Perigi hendaklah ditimbus.

34

Jika anda menghadapi keadaan seperti ini, apakah tindakan pantas yang akan anda lakukan? A B C D Meminta pertolongan orang yang berada di situ untuk menyelamatkan mangsa. Menjerit sekuat hati meminta bantuan. Mengkaji terlebih dahulu latar belakang mangsa. Segera terjun ke dalam perigi untuk menyelamatkan mangsa.

35

Nyatakan puncak bagi cerpen Anak Bumi Tercinta. A Matain bergaduh dengan Sitiwan. B Matain didapati telah meninggal dunia. C Jiran-jiran berusaha menyelamatkan Matain D Kak Jarah terkejut terlihat kaki manusia di dalam perigi.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 9

Set 1

Bahasa Melayu PMR

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca puisi di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

WANITA ZAMAN INI Wanita zaman ini tak berasa perlu bersuami taraf kehidupan mereka kini sudah tinggi mereka begitu mampu hidup berdikari. Wanita zaman ini lebih bahagia hidup sendiri perkahwinan bagi mereka membatasi pergerakan diri dan segala aktiviti peribadi bahkan memperjudi nasib diri di tengah kehidupan lelaki. (Dipetik daripada Antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3, DBP) 36 Rangkai kata tak berasa perlu bersuami dalam rangkap pertama paling sesuai digantikan dengan A isteri ingin hidup bersendirian. B perhubungan suami isteri baik. C suami tidak perlu dalam kehidupan. D suami bermakna dalam kehidupan. Mengapakah wanita zaman ini menganggap lebih bahagia jika hidup sendiri? A Belum tentu kaum wanita selamat. B Akan dikongkong dalam kehidupan. C Tentu menjanjikan kehidupan yang bahagia. D Perkahwinan belum tentu menjanjikan kehidupan yang aman. Apakah bentuk sajak ini? A bebas B terikat C epifora D sisipan Sajak ini membawa nada sinis terhadap golongan wanita kerana A ingin bebas. B mahu hidup berdikari. C tidak ingin berumah tangga. D ingin menghormati hak wanita.

37

38

39

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 10

Set 1 40

Bahasa Melayu PMR Sajak ini membawa tema A kesedaran terhadap lelaki. B sindiran terhadap kaum wanita. C kutukan terhadap wanita yang ingin berdikari. D kritikan terhadap kaum wanita yang bencikan perkahwinan.

KERTAS SOALAN TAMAT

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK

Halaman 11

You might also like