You are on page 1of 13

1 http://tinyurl.

com/tesline IMS 2011



.:*~*:._.:*~*:.Nota Temuduga SPP (Sila gunakan kertas kitar semula
@ cetak di kedua-dua bahagian. Cintailah Bumi Kita) .:*~*:._.:*~*:.










RUKUN NEGARA (1970)
1) Kepercayaan Kepada Tuhan (pentingnya pegangan
agama)
2) Kesetiaan Kepada Raja & Negara (Ketua Negara: Seri
Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri
adalah merupakan lambang perpaduan - rakyat
hendaklah menumpukan sepenuh taat setia)
3) Keluhuran Perlembagaan (Memuliakan perundangan
yang tertinggi - menghargai serta memahami maksud &
latar belakang penggubalannya)
4) Kedaulatan Undang-Undang (Menjunjung
Perlembagaan: perlindungan kepada setiap rakyat
negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai
warganegara)
5) Kesopanan dan Kesusilaan (berdisiplin serta
bermoral/beradab tinggi menjamin keamanan)


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Visi (Matlamat jangka panjang):
Sekolah Unggul Penjana Genarasi Terbilang

Misi (Matlamat jangka pendek / apa yang perlu dilakukan bagi
mendapat Visi):
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Matlamat:
Bangsa Malaysia setia, bersatupadu.
Insan yang seimbang.
Sedia sumber tenaga manusia (workforce).
Pendidikan untuk semua warganegara.


SPP: SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (1/1/1974)

Syor dari Suruhanjaya Diraja Aziz bagi mengkaji perkhidmatan
guru-guru, gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta
kakitangan sekolah yang lain (berasingan daripada
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA - Perkhidmatan
Pelajaran).


1) VISI SPP: Menjadi Suruhanjaya Perkhidmatan Yang Terbaik
2) MISI SPP: Memberi Perkhidmatan Yang Berkualiti Dalam
Urusan Pengambilan Dan Perkhidmatan Bagi Anggota
Perkhidmatan Pelajaran
3) OBJEKTIF SPP: Melaksanakan Perkara 144 (1)
Perlembagaan Persekutuan dari segi pelantikan, urusan
perkhidmatan dan kawalan tatatertib dan naik pangkat
Anggota Perkhidmatan Pelajaran

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA (1989)
1) Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu
2) untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
(JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.
3) Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
4) memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.















Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman
Pengukuhan
Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi
bahasa pengantar utama
Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam
sekeliling Malaysia
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman
Kemaskini
Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca,
menulis dan mengira
Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh
dan unsur-unsur disiplin yang diingini
Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan,
akademik dan vokasional
Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11
tahun
Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan
mutu pelajaran keseluruhan
Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca,
menulis dan mengira
Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh
dan unsur-unsur disiplin yang diingini
Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
Format SPP baru
Temuduga secara berkumpulan (3-5 org).
Perincian markah:
20% (Sahsiah/Perwatakan/Penampilan)
20% (Penyampaian)
30% (Pengetahuan akademik/ikhtisas)
30% (Pengetahuan isu-isu semasa)
1) Education in Malaysia is an on-going efforts
towards further developing the potential of
individuals in a holistic and integrated manner,
2) so as to produce individuals who are
intelectually, spiritually, emotionally and
physically balanced and harmonic, based on a
firm belief in and devotion to God.
3) Such an effort is designed to produce Malaysian
citizens who are knowledgeable, responsible
and competent,
4) as well as being able to contribute to the
harmony and betterment of the family, the society
and the nation at large.
2 http://tinyurl.com/tesline IMS 2011

Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan,
akademik dan vokasional
Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11
tahun
Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan
mutu pelajaran keseluruhan
Rang Undang Undang Pendidikan 1995
Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk
menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti
untuk mencapai aspirasi negara
Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada
dasar pendidikan kebangsaan
Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada
sistem pendidikan kebangsaan
Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan
swasta

TEMA HARI GURU


16 ASPEK NILAI-NILAI MURNI
1) Baik hati (ambil berat)
2) Berdikari (kebolehan melakukan sesuatu tanpa orang
lain)
3) Hemah Tinggi (Berbudi pekerti)
4) Hormat Menghormati (Menghargai dan memuliakan)
5) Kasih sayang
6) Keadilan (saksama serta tidak berat sebelah)
7) Kebebasan (tertakluk kepada undang-undang agama
dan Negara)
8) Keberanian (berani berhadapan cabaran)
9) Kebersihan fizikal dan mental (fizikal: diri dan
persekitaran, mental: pertuturan, perbuatan)
10) Kejujuran (amanah & ikhlas)
11) Kerajinan (tekun, cekal, gigih, berdedikasi)
12) Kerjasama (bersama menggapai matlamat)
13) Kesedaran (tidak keterlaluan dalam membuat
keputusan)
14) Kesyukuran (berterima kasih, menghargai)
15) Rasional (penaakulan beralaskan bukti yang kukuh)
16) Semangat bermasyarakat (bersama melaksanakan
sesuatu)


TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
Behaviouristic (Behavioural Change Theory: Skinner, 1953)
Rangsangan + Gerak balas = Perubahan dalam tingkahlaku.
*Aplikasi: Memberi ganjaran apabila murid melakukan perkara
yang positif agar mereka terus bersikap sedemikian.

Cognitive (Constructivism Theory: Piaget, 1967) :
Corak perkembangan mental tersendiri bagi setiap individu dan
berlaku dengan berperingkat-peringkat.
Pengalaman baru (interaksi persekitaran) + idea sedia ada.
*Aplikasi: Alat bantu mengajar yang konkrit dan boleh dirasai
oleh pancaindera, arahan ringkas dan difahami (mengikut tahap
penguasaan), beri peluang mengalami pengalaman belajar yang
berbeza (di luar kelas, di muzium, pusat sains etc.)

Humanistic (Multiple Intelligences Theory: Gardner, 1983) :
Setiap manusia mempunyai lebih dari satu kepandaian.
Cara pembelajaran (kecenderungan) setiap individu berbeza.
*Aplikasi: Mempelbagaikan aktiviti-aktiviti pembelajaran
(melalui bahasa, pergerakan, muzik, interpersonal, intrapersonal)

Socialist: (Social Learning Theory: Bandura, 1977) :
Manusia belajar dari alam, manusia yang lain.
*Aplikasi: Menjadikan pembelajaran berkumpulan sebagai salah
satu kaedah belajar, dan program mentor-mentee mengalakkan
pelajar mencontohi rakan yang lebih baik dalam pelajaran,
memperkenalkan pelajar dengan tokoh-tokoh ilmuan sbg idola.


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
1) Orang tengah antara guru dan ibu bapa (akademik &
disiplin).
2) Pemantau dan penilai terhadap perjalanan sekolah.
3) Penjamin atau penyelamat kepada guru sewaktu
menjalankan tugas di sekolah.

*Program:
1) Menubuhkan tabung pendidikan untuk para pelajar.
2) Mengadakan seminar dan kem motivasi.
3) Sesi gotong-royong di sekolah.


STRUKTUR PENGURUSAN & PENTADBIRAN
i. Pengurusan: melaksanakan tugas-tugas atasan.
ii. Pentadbiran: membantu pengurusan melaksanakan apa
yang telah dirancang (pengendalian sesebuah orgnisasi
pendidikan, secara menyeluruh dalam usaha).
Tugas kedua-duanya terdapat dalam mana-mana Institusi
Pendidikan.


STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PEND. MALAYSIA
berdasarkan kepada sistem politik dan pentadbiran
negara. sistem pendidikan berpusat.
lima peringkat iaitu;
1. Eksekutif
2. Pengurusan
3. Penyeliaan
4. Teknikal
5. Pelaksana

Kelima-lima peringkat di atas boleh dikategorikan kepada empat
bahagian/struktur pentadbiran, iaitu: Peringkat Persekutuan,
Peringkat Negeri, Peringkat Daerah dan Peringkat Sekolah.

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2011
Guru Pembina Negara Bangsa
2009 / 2010
Guru Cemerlang Negara Terbilang
2008
Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2007
Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2006
Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005
3 http://tinyurl.com/tesline IMS 2011

1) Kementerian Pelajaran ada 20 bahagian (12 professional
dan 8 pentadbiran).
a. Setiap bhg. professional diketuai oleh seorang
pengarah.
b. Setiap bhg. pentadbiran diketuai oleh seorang
setiausaha.
2) Bhg, pendaftaran Sekolah dan Guru di ketuai oleh
Timbalan pendaftar Besar.
3) Bhg Nazir diketuai oleh seorang ketua Nazir
persekutuan.


ISU-ISU PENDIDIKAN

1. GSTT. Guru Sandaran Tidak Terlatih yang pernah berkhidmat
pada tahun 2010 diserap ke jawatan tetap mengikut syarat iaitu:
i. umur tidak melebihi 35 tahun dan,
ii. berkhidmat sekurang-kurangnya 2 tahun termasuk
tahun 2010.
Diberikan latihan perguruan 18 bulan di IPTA & IPG.

2. Kesalahan Buku Teks Bahasa Inggeris (Thn. 1). Kesalahan
ketara buku teks (KSSR) BI Tahun Satu terbitan DBP & Dawarna
Sdn. Bhd. RM1.3juta percetakan semula ditanggung penerbit.
i. Melantik Jawatankuasa Penilaian/Kawalan Mutu dan
Jawatankuasa Readers (6 pakar pensyarah IPT dan guru
cemerlang) bagi menilai semula kesalahan.
ii. Mengetatkan proses kerja dalam penerbitan + Prosedur
Operasi Standard (SOP).

3. Novel Interlok (Ting. 5) karya Sasterawan Negara, Datuk
Abdullah Hussain. Masyarakat India sensitif dengan sistem kasta
dan perkataan 'paria' yang digunakan.
Kementerian mengekalkan novel Interlok sebagai teks
KOMSAS, tetapi dengan pindaan pada bhg sensitif (106
pindaan:lebih 40 halaman)

4. Subjek Pendidikan Seks
Murid Tahun Satu (2011) bakal menjadi kumpulan pertama diajar
pendidikan seks menerusi KSSR, mulai Januari depan.

1) Menerusi subjek Pendidikan Kesihatan (Modul Teras Asas)
2) 75% dari keseluruhan kurikulum baru subjek tersebut.
3) 6 Topik: perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan
dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah
laku seksual serta masyarakat dan budaya.
4) Guru terbabit sudah diberi kursus, bahan pengajaran sedia.


DASAR-DASAR PENDIDIKAN

DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN

*Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960)
menjadi asas kepada pembentukan sistem dan Dasar
Pelajaran Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta
Pelajaran 1961.

Objektif:
i. perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar
ii. insan cemerlang dan seimbang
iii. sukatan yang sama di semua peringkat sekolah
iv.Membantu pelajaar ke arah pembelajaran berasakan ict

Penstruksturan Kurikulum Pendidikan: pra sekolah, sek
rendah, sek. Menengah, kolej/universiti

Pembaharuan Dalam Pendidikan:
1) Membudayakan ICT dalam kalangan pelajar
2) Sekolah sukan
3) Pendidikan teknikal dan vokasional
4) Program pendidikan khas
PBS: PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH / SBA: SCHOOL
BASED ASSESSMENT
Guru mentaksir dan memberikan skor kepada pelajar.
*Sistem peperiksaan sebelum ini tidak merekod dan tidak ambil
kira Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam markah keseluruhan.

UPSR (2016): 60% Peperiksaan, 40% PBS -- mula
pentaksiran Tahun 1, 2011.
PMR (2014): 100% PBS -- mula pentaksiran Tingkatan 1,
2012.

Komponen:
1) Peperiksaan pusat (bagi UPSR)
2) Pentaksiran Sekolah
3) Pentaksiran Aktiviti Jasmani
4) Sukan dan Kokurikulum
5) Pentaksiran Psikometrik (Personaliti)

Kelebihan:
1) Guru lebih dihormati oleh pelajar (guru pegang markah).
2) Dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan (mengurus,
sumber manusia, beban guru dalam urus peperiksaan).
3) Peluang tumpuan kepada kemahiran insaniah, inovasi dan
kreativiti.
4) Ibu bapa tidak perlu menghabiskan duit untuk kelas tuisyen.


PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains
dalam Bahasa Inggeris, 2003)
Mengapa Dimansuhkan? (*Smallbook MBMMBI, moe.gov.my)
1) UNESCO: pelajar mudah belajar dalam bahasa Ibunda.
2) Penurunan pencapaian gred ABC bagi kohot pertama
sepenuh PPSMI sek rendah.
3) Laporan Trends in Math Science Study (TIMSS, 2007):
Pencapaian merosot, tempat ke-10 (2003) ke-20 (2007)
bagi Math, dan Sains dari ke-20 kepada ke-21.
4) Jurang melebar sekolah bandar dan luar bandar.
5) Hanya sekitar 25% guru profisensi BI pada Tahap
Cemerlang dan Baik (dan terlalu sikit guna BI
sepenuhnya semasa mengajar Sains & Math)
6) Peningkatan penguasaan BI semasa perlaksanaannya
terlalu sikit, tidak lebih dari 3%

Pemansuhan PPSMI Secara Berperingkat (Soft-Landing)
Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
dwibahasa bagi Tahun 4 akan dilaksana pada 2012, 2013 dan
2014; Tahun 5 pada 2013, 2014 dan 2015 dan Tahun 6 (2014,
2015 dan 2016) BM sepenuhnya selepas tahun tersebut.


MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh
Bahasa Inggeris)
i. Meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang
sepatutnya (bahasa kebangsaan: Perkara 152,
Perlembagaan Malaysia DAN bahasa pengantar utama
pendidikan: Akta Pendidikan 1996).
ii. Memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa yang wajib dipelajari (bahasa komunikasi dan
bahasa ilmu di peringkat antarabangsa).

*PERANAN KEMENTERIAN: Penyediaan buku teks, menggubal
kurikulum, latihan kepada guru, mengenal pasti buku rujukan
yang sesuai dan menyediakan perkakasan seperti makmal Bahasa
Inggeris (BI) yang mencukupi.

MBM (5 IPGM):
i. BM dalam Sains & Matematik, Bahasa Ibunda di SJK.
ii. GUNA BM Standard - dialek tempatan / bahasa pasar
dipantau.
iii. Penggunaan ICT dalam P&P internet + Satu portal akan
diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta
menyediakan forum bagi guru, sasterawan, pelajar.
4 http://tinyurl.com/tesline IMS 2011

iv. Program Bacaan KOMSAS, NILAM diteruskan.
v. BM = Bahasa Ilmu + Komunikasi menterjemah karya
agung dari luar negara. Guna BM dalam semua urusan
rasmi.
vi. Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi diwajibkan
mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia SPM.


MBI (4 IPGM, 1 ELTC: English Language Training Centre)
i. Menambah bilangan guru bahasa Inggeris berkualiti
(latihan perguruan guna penutur jati dari luar negara).
ii. Penambahan masa P&P SK: 90 minit (240330), SJK: 60
minit (60120), SM: 80 minit (200280), 6R 6A: 80
minit (320400)
iii. Makmal komputer = makmal bahasa.


1 Murid 1 Sukan (1M1S, 2012)
1) Menekankan penyertaan, penglibatan, dan pengetahuan
setiap murid dalam sukan.
2) Bermula 2011, setiap pelajar wajib ambil satu sukan.

Perlaksanaan:
1) Sek Rendah: Tahun 4-6, Sek Men: Ting 1-6
2) Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan
3) Asas kepada 1M 1S = mata pelajaran Pendidikan Jasmani

Objektif:
1) Meningkatkan kecergasan jasmani;
2) Membentuk disiplin dan nilai murni;
3) Membentuk budaya sukan;
4) Seimbang akademik dengan keperluan fizikal;
5) Memupuk perpaduan di antara kaum;
6) Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.


SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)
Beridentiti, berwatak unik dan tersendiri (ethos) serta
mengamalkan tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan
cemerlang dalam semua aspek pendidikan (modal insan nasional
yang berkembang): pencapaian akademiknya, sokongan alumni,
pengiktirafan dan mewujudkan rangkaian dan jaringan pada
peringkat antarabangsa.
23 SBT (2011): 12 sekolah berasrama penuh (Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah), 1 SM
harian, 8 SK (SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah) dan 2 SJK.
Menjadi penanda aras (benchmark) dalam pendidikan,
supaya menjadi model kepada semua sekolah lain.
Bagi mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi, ia dianugerahkan:
1) Autonomi: memilih kurikulum, kaedah pengajaran, guru
dan pengagihan dana.
2) Insentif kewangan tambahan: bagi sekolah, pemimpin
sekolah, guru dan kakitangan bukan akademik.
3) Pelbagai opsyen untuk pembangunan modal insan,
termasuk cuti sabatikal (cuti berbayar penyelidikan)
untuk guru besar.
SK Ulu Lubai (Sarawak) sekolah pedalaman SBT pertama:
UPSR mendapat 100 peratus lulus (sejak 2006)
2009 (tempat ke-54) 2010 (tempat pertama)
2 anugerah pada peringkat antarabangsa iaitu: Johan
anugerah Commonwealth Education Good Practice
Awards 2009; Pencalonan UNESCO Education of
International Best Practices 2010.
Aktif dalam jaringan institusi luar negara: Universiti
Bristol United Kingdom (UK); Jin Shan Primary School
Singapore; Kingsford Community School UK dan
Deptford Green School UK.
SKPM: STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (2011)
1) Jemaah Nazir Sekolah memperkenalkan Sistem Pemastian
Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (SPPSTKP).
2) Memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan
dan dikekalkan di institusi pendidikan.
3) Diukur dengan menggunakan Instrumen Pemastian Standard
(IPS)
4) Instrumen piawaian menilai sekolah beraskan 4 aspek: visi
dan misi, pengurusan organisasi, program pengurusan
pendidikan, dan prestasi murid.


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT): MODAL INSAN
BERKUALITI, 5Cs
i. Critical Thinking and Problem Solving (pemikiran
kritikal dan penyelesai masalah),
ii. Effective Communication Skills (keberkesanan
berkomunikasi),
iii. Collaboration and Team Building (boleh bekerja secara
berkesan termasuk dengan kumpulan yang berbeza
pandangan),
iv. Creative and Innovative (kreatif dan inovatif) dan
v. Culturally Literate (celik budaya untuk bergerak dalam
dunia yang kepelbagaian).


FAKTOR DISIPLIN PELAJAR:
i. Kurangnya perhatian dan kasih sayang ibu bapa
ii. Pengaruh media massa / hedonisma
iii. Pengaruh rakan sebaya yang negatif
iv. Kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus
v. Kurangnya program berfaedah lepas sekolah


WAWASAN 2020
Diperkenalkan Tun Mahathir pada 28 Februari 1991,
pembentukannya bertujuan meletakkan Malaysia sebagai sebuah
negara maju dengan acuan sendiri pada tahun 2020.

9 Cabaran :
1) Negara Malaysia bersatu berkongsi matlamat.
2) Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju.
3) Masyarakat demokratik yang mengamalkan satu bentuk
persefahaman matang.
4) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan
beretika.
5) Mewujudkan masyarakt majmuk liberal dan bertolak ansur.
6) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,
penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi.
7) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya
menyayangi.
8) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
9) Mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.


SAPS: SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (2011)
1) Pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data
peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.
Online dan boleh diakses/dianalisis KPM, JPN, PPD dan
sekolah.
Penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV
( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR (
Actual Result ).
Pihak ibubapa dibenarkan melihat prestasi pencapaian anak
mereka.
2) Guru kelas: masuk maklumat kelas, maklumat mata pelajaran
dan data pelajar bagi kelas yang diselianya. Guru mata
pelajaran: memasukkan markah (setiap kali peperiksaan)

5 http://tinyurl.com/tesline IMS 2011

*masalah: kesesakan trafik (guru terpaksa ulang taip semula).

MODAL INSAN (RMK-9, 2006-2010)
Pembangunan sahsiah ke atas insan (amanah, jujur,
berakhlak mulia, progresif, cergas dan bertamadun).

8 teras :
1) Penambaikan sistem pendidikan dan latihan.
2) Memperkasa sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah
pilihan.
3) Merapatkan jurang prestasi di antara sekolah luar bandar
dan Bandar (ganti guru, baiki infrastruktur).
4) Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan
memastikan kursus yang diikuti memenuhi keperluan
majikan.
5) Menyediakan lebih banyak peluang pembelajaran sepanjang
hayat.
6) Membina masyarakat yang inovatif (peroleh dan guna ilmu).
7) Menyemai perpaduan nasional dan budaya berprestasi tinggi.
8) Memperluas dan memperkemas forum perbincangan
kerajaan, swasta, ibu bapa dan masyarakat.


Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10, 2011-2015)
5 teras strategik ke arah negara maju 2020:
1) Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara
2) Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta
memupuk minda kelas pertama
3) Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang
berterusan
4) Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
5) Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan
negara

RMK-10, Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan
Bertaraf Dunia

Pra-sekolah (Enrolment Target 87%, 2012):


Sekolah Rendah (Program Linus):



Sekolah Menengah (Sekolah Berprestasi Tinggi)

Baiah (Perjanjian baru) Guru Besar Sek. Rendah semua
diberi penarafan berdasarkan prestasi sekolah.

Kualiti Guru

Pendidikan Teknikal/Vokasional (Dwilaluan pekerjaan)

6 http://tinyurl.com/tesline IMS 2011

NKRA: Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key
Result Area, 27 Julai 2009)
6 Bidang Utama NKRA
1) Mengurangkan kadar jenayah: Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)
2) Memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
3) Akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan: Tan Sri
Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri
Pelajaran)
4) Tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah:
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
5) Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman:
Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah)
6) Menambah baik pengangkutan awam: Datuk Seri Ong
Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

NKRA ke-3: Pendidikan Berkualiti Dan Berkemampuan.
4 sub-NKRA: akses kepada pend.

Sub-NKRA 1: Prasekolah (7 teras)
1) Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah
Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA
(Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak).
2) Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK)
3) Seragam bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4) Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5) Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin
6) Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta
7) Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi
1) Semua kanak-kanak normal boleh menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke
Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012.
2) Kanak-kanak berkeperluan khas (bermasalah
pembelajaran, pendengaran, pertuturan, penglihatan,
terencat akal, dan kurang upaya secara fizikal) -
Kurikulum khas literasi dan numerasi.

Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi
1) Peningkatan tahap autonomi, membenarkan sekolah
melaksanakan inovasi kokurikulum & pentadbiran.
2) Melatih pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan
yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
3) Sebagai inspirasi / model kepada sekolah-sekolah lain
melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah.

Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
*Peningkatan 1 sisian piawai dalam kepimpinan = 10%
peningkatan pencapaian murid (~0.25 sisian piawai).
1) (New Deal) Baiah/Kontrak dengan KPM kepada
Pengetua dan Guru Besar Berdasarkan Penilaian
Berasaskan Pencapaian (Performance Based
Assessment).
2) Ganjaran pengiktirafan kewangan / bukan kewangan
kepada pengetua dan Guru Besar bila pencapaian
mereka melepasi sasaran yang telah ditetapkan.



KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2010)
Subjek sikit (gabung subjek-subjek), tapi lebih interaktif.
Guna BM & BI.
KSSR kesinambungan KBSR (4M, kreativ, inovativ,
keusahawanan ICT)
Modul akan menggantikan buku teks.
Subjek 3 Modul: Modul Teras Asas (Bahasa,
Agama/Moral, PJ, Math), Modul Teras Tema (Seni Visual,
Muzik, Sains & Tek.) dan Modul Elektif (Subjek
tambahan: B. Arab, Iban etc)
Diperkenalkan kepada tahun satu.

KSSR + 1Malaysia
Tambah satu subjek baru bertema semangat kenegaraan dan
patriotik.


KBSR (1983)
Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Nilai-nilai murni dalam semua matapelajaran + kokum.


LINUS = LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening Saringan)
1) Sub-NKRA 2: Semua kanak-kanak normal boleh
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum
penghujung 2012.
2) Tanggungjawab: Bahagian Pembangunan Kurikulum
(BPK).
3) Bermula 2010: murid Tahun 1 di Sek Rendah (Kohot
Pertama).
4) Wajib di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
5) 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):
Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun), Saringan 3
(September)
6) Semua murid Tahun 1 = ujian LINUS Saringan 1 untuk
menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada
awal tahun setiap tahun.
7) Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.
8) Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI,
BT-BI.


PIPP (2006-2010): Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
1) Membina negara bangsa (1Malaysia, bahasa kebangsaan,
aktiviti kebudayaan)
2) Membangunkan modal insan (saintiif, progressif, berilmu,
berkemahiran ICT)
3) Memperkasakan sekolah kebangsaan (Infrastruktur lengkap,
kuasai 3M)
4) Merapatkan jurang pendidikan (TV Pendidikan, SchoolNet,
makmal computer, 3M)
KPI: Key Performance Indicator / Petunjuk Prestasi Utama
(piawai kepada pencapaian penjawat awam)
1. Nisbah Guru : Murid (Sek Men 1:17, Sek Ren. 1:16)
2. Penurunan kes disiplin sekolah = 0.02%
3. Peratus peningkatan Kelas Intervensi Awal (KIA2M) (membantu
murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam
Bahasa Melayu pada tahun satu) = 1.0%
4. Pencapaian berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN)
UPSR=3.00, PMR=3.50, SPM=6.00.
5. Peningkatan Guru Ijazah Terlatih. Sek Rendah = 2% Sek. Men. =
1%.
6. Penurunan peratus jurang pencapaian bandar dan luar bandar
(UPSR = 0.3%, PMR = 0.3%, dan SPM = 0.2%)
Fokus
Tahun 1-3: 4M (membaca, menulis, mengira dan
menaakul/menilai) serta kemahiran asas teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT). perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Tahun 4-6: pengukuhan dan aplikasi 4M, dan perkara2 di atas.
PROGRAM:
Tahun 1: KIA2M (Program Kelas Intervensi Asas
Membaca dan Menulis)
Tahun 2-3: Guru pemulihan.
Tahun 4-5: PROTIM (Program Pemulihan Asas
Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira) bagi
yang belum menguasai 3M.
Selepas UPSR: PROTIM.
7 http://tinyurl.com/tesline IMS 2011

5) Memartarbatkan profesion keguruan (upgrade the intake
system and improve the environment, kenaikan gred DG)
6) Melonjakkan kecermerlangan institut pendidikan (elemen
utama: pencapaian purata, kokurikulum, elemen kedua:
pengurusan dan pentadbiran sekolah, ketrampilan guru,
pengurusan kewangan yang cekap, penglibatan ibu bapa dan
masyarakat eg. Sekolah kluster)


PIPPSH (2011-2020): Pelan Induk Pembudayaan
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Sasaran: Tahap akademik rakyat berumur15-64 tahun
akan meningkat dari 10% kepada 50%, menjelang 2020.
Tonggak ketiga pembangunan modal insan bertaraf
dunia (peluang menyambung pelajaran) selepas
pendidikan asas dan pendidikan selepas menengah.
Menarik minat rakyat Malaysia yang sudah bekerja
menyambung pelajaran.
Pendekatan pendidikan jarak jauh, pendidikan fleksibel,
pengiktirafan pengalaman bekerja (recognition of prior
learning) dan penawaran kursus pendek bagi
peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri.
Cth: Universiti Terbuka Malaysia (OUM)


INTEGRITI (Jujur, Utuh, Tulus, Seluruh, Padu)
1) Integriti Individu mengotakan janji / beramanah.
2) IntegritiOrganisasi Beretika, piagam dan prosedur.

Isu isu integriti
Penyelewengan kuasa
Rasuah
Kerenah birokrasi (urusan lama kerana banyak peringkat)
Perlanggaran sistem dan prosedur kerja
Keruntuhan sistem keluarga yang harmoni
Pecah amanah sektor korporat
AKAUNTABILITI
Menjalankan tugas dan kewajipan dengan penuh tanggungjawab
berpandukan peraturan dan undang.


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN + REFLEKSI
Objektif RPH = Sukatan Pelajaran (langkah-langkah dan
aktiviti) + Tahap murid (Teori Pedagogi yang
bersesuaian) + Motivasi
Refleksi RPH perlu ditulis selepas selesai setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran.


TAKSONOMI BLOOM (1956)
1) Aspek kognitif atau pengetahuan.
2) Hierarki (aras rendah ke tahap tinggi).
3) Guru akan membuat soalan pelbagai lapangan (domain)
bagi menguji pengetahuan.
4) Lorin Anderson (1990) telah mengemaskini Blooms
Taxonomy (Knowledge, Comprehension, Application,
Analysis, Synthesis, Evaluation) kepada yang baru:

PROFESIONALISME GURU
1) Muhasabah/Refleksi (setiap kali selesai P&P)
2) Budaya ilmu (kursus / seminar, media, buku, internet)
3) Kolaborasi (group teaching, peer mentoring)
4) E-pembelajaran (latihan dalam perkhidmatan, OUM)
5) Penyelidikan Lapangan (Action Research)


Figure 1 Lorin Anderson (2001)
1) Remembering: recall or remember the info
define, duplicate, list, memorize, recall, repeat, reproduce
state
2) Understanding: explain ideas or concepts
classify, describe, discuss, explain, identify, locate,
recognize, report, select, translate, paraphrase
3) Applying: use the information in a new way
choose, demonstrate, dramatize, employ, illustrate,
interpret, operate, schedule, sketch, solve, use, write.
4) Analyzing: distinguish between the different parts
compare, contrast, criticize, differentiate, discriminate,
distinguish, examine, experiment, question, test.
5) Evaluating: justify a stand or decision
appraise, argue, defend, judge, select, support, value,
evaluate
6) Creating: create new product or point of view
assemble, construct, create, design, develop, formulate,
write.



GURU CEMERLANG (1993)
Memberi peluang naik pangkat* kepada guru-guru cemerlang
dalam mata pelajaran yang diajar tanpa perlu bertukar ke jawatan
pentadbiran.
Guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan
pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan
untuk P&P.

Pengiktirafan (motivasi)
Meningkatkan pencapaian kualiti P&P, dan sekolah
(berkongsi pengalaman, kemahiran).
Role model kepada guru lain.
Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred
yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas
Untuk Penyandang (KUP).
*sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun
mengajar mata pelajaran kepakaran:

STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)
Dokumen yang menerangkan aspek-aspek professional
yang patut dicapai oleh guru dan aspek-aspek ini perlu
disediakan & dilaksanakan oleh IPGM.
Diolah dari standard Malaysian Qualifications
Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan
standard am pendidikan tinggi dan standard pendidikan
guru di beberapa negara maju.

Dua Komponen:
1) STANDARD (GURU):
a. Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan (diri, kerjaya,
sosial)
b. Pengetahuan dan Kefahaman (subjek pengkhususan,
ilmu pend., kurikulum & ko-kurikulum)
c. Kemahiran P&P (teori, pedagogi, metodologi)

2) KEPERLUAN (INSTITUT)
Reka
/Creating
Nilai /
Evaluating
Kaji / Analyzing
Guna / Applying
Faham / Understanding
Ingat / Remembering (lower order thinking)
8 http://tinyurl.com/tesline IMS 2011

a. Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program
Latihan Perguruan (syarat, kriteria, prosedur)
b. Latihan, Pentaksiran dan Penilaian (latihan, sistem
pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian).
c. Kolaborasi (IPGM-SEKOLAH-IPTA/IPTS-Kerajaan).
d. Infrastruktur dan Infostruktur (prasarana ICT,
kemudahan makmal, perpustakaan, percetakan).
e. Jaminan Kualiti (perancangan, perlaksanaan, strategi)

FPG: FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (1982)
1) Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif
dan saintifik,
2) bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara,
3) menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif
dan berdisiplin.


Konseptual Keguruan

ETIKA KERJA KPM
1) niat baik,
2) buat baik,
3) gerak kerja ke arah baik,
4) pegang janji,
5) berdisiplin dan beradab
6) menghargai dan bertanggungjawab.

GAGASAN 1MALAYSIA (16/09/2010, Najib Tun Razak)
1) Mengharmonikan rakyat tanpa mengubah/melenyapkan
identiti kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.
2) Menekankan soal integrasi dan toleransi (kesamarataan
dengan mengambil kira sejarah dan Perlembagaan, hak
keistimewaan Bumiputera)
3) Meraikan kepelbagaian budaya, bahasa sebagai satu aset atau
kelebihan.
4) Menghormati kepercayaan dan keunikan kaum lain.
3 teras (perpaduan nasional):
1) PRINSIP PENERIMAAN (terbuka dan berbesar hati)
2) PRINSIP KENEGARAAN (bersatupadu, nasionalisme)
3) PRINSIP KEADILAN SOSIAL (adil kebajikan dan aspek sosial)
8 Nilai:
1. Penerimaan (terima sepenuh hati)
2. Ketabahan (tekun, kerja keras, dedikasi,juang tinggi)
3. Budaya Kecemerlangan (menepati masa, ukuran, kualiti)
4. Kesetiaan (kepada Raja, pemimpin)
5. Rendah hati (tidak berbangga-bangga, bongkak)
6. Meritokrasi (penilaian melalui prestasi)
7. Integriti (jujur, bersikap amanah)
8. Pendidikan (kurikulum bercorak patriotik)

Rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir,
bertindak melepasi kepentingan kaum masing-masing.
Pendidikan bermatlamat untuk membina dan
membangunkan potensi setiap murid tanpa mengira kaum,
agama dan bangsa.
Matlamat ini bertepatan dengan Gagasan 1Malaysia: Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Peranan Guru:

1. Sebut dalam kelas + sertakan contoh isu semasa.
2. Amalkan nilai-nilai 1Malaysia, bercampur-gaul dengan
guru bangsa lain.
3. Elakkan berat sebelah, prejudis, hal-hal sensitif.
4. Aktiviti melibatkan semua kaum.
5. Amalan ucapan salam dan selamat.

*Yayasan 1Malaysia (Y1M) adalah sebuah yayasan bebas,
bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan khusus untuk
membangun, menyokong dan menerajui kegiatan dan program
yang akan melibatkan semua rakyat Malaysia dalam usaha ke
arah mencapai perpaduan nasional dan konsep 1Malaysia.

BELANJAWAN 2012: PENDIDIKAN (RM50.2 bilion dr 232.8bil)
1) Peruntukan RM1 bilion akan diwujudkan melalui
Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan
Penyelenggaraan Sekolah.
RM500 juta = Sekolah Kebangsaan,
RM100 juta = SJKC, SJKT, Sek Mubaligh, Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan dan MRSM (total RM500).
2) Bantuan yuran pengajian:
RM80 juta (tahun pertama) = 20,000 tempat kepada
kumpulan guru diploma Sarjana Muda.
RM120 juta = 5,000 Ijazah Sarjana dan 500 Doktor
Falsafah kepada penjawat awam yang layak.
3) Sistem Saraan Malaysia (SSM) Sistem Saraan Baru
Perkhidmatan Awam (SBPA: time-based)
Guru siswazah dapat Gred 44: tahun ke-8, Gred 48 tahun
ke-16 (SSM = 20 tahun).
Guru bukan siswazah Gred 29 Gred 32 : 8 tahun
sahaja (SSM = 10 tahun)
Gred 32 34 : 8 tahun sahaja (SSM = hanya bila ada
kekosongan)
4) Memansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di
semua sekolah-sekolah kerajaan.
5) Melanjutkan umur persaraan 58 60 tahun.
6) Sekolah swasta yg berdaftar dengan Kementerian
Pelajaran akan diberi insentif termasuk Elaun Cukai
Pelaburan.
7) Pengecualian cukai bagi sumbangan kewangan syarikat
dan orang perseorangan kepada sekolah-sekolah dan
tempat ibadat berdaftar.
8) Untuk memantapkan modal insan sektor swasta, insentif
akan diberi termasuk potongan dua kali ke atas
pemberian biasiswa.






9 http://tinyurl.com/tesline IMS 2011


ICT: Information Communication Technolgy PENDIDIKAN
Kategori-kategori Perisian:
i. latihtubi (Mengikut arahan komputer, menjawab soalan)
ii. tutorial (Mengajar kemahiran, dan murid mengikut)
iii. simulasi (Memberi gambaran situasi dan murid meneroka)
iv. permainan (Bermain sambil berhibur)
v. penyelesaian masalah (Menggunakan strategi/ilmu yang
telah dipelajari)
vi. bank data (koleksi maklumat disusun secara sistematik)
vii. grafik / word processor (Menaip dokumen, mereka laman
web, pelbagai kad, buku program)

Penilaian Perisian untuk Alat Bantuan Mengajar:

i. Jelas objektifnya.
ii. Antaramuka yang jelas dan menarik.
iii. Panduan penggunaan + nota buat guru lengkap.
iv. Ikut rancangan mengajar (mengikut kurikulum)
v. Ikut tahap pelajar.
vi. Kandungan tepat (tiada kesalahan bahasa, jawapan)
vii. Mudah digunakan / bersesuaian dengan pengetahuan asas
ICT pelajar.
viii. Interaktif (Mempunyai maklum balas).
ix. Boleh diubahsuai (Mengikut kesesuaian yang ditetapkan
guru).


SKIM KENAIKAN PANGKAT GURU
Kenaikan pangkat kerana:
1) kekosongan jawatan,
2) Khas Untuk Penyandang (KUP) - guru cemerlang,
3) tempoh perkhidmatan,
4) pengetua atau guru besar cemerlang.

Kenaikan pangkat berdasaran kecemerlangan khusus untuk guru
pengajaran dan pembelajaran (PDP) DG54 (tempoh 25 tahun):
1) Guru biasa
2) Guru kanan
3) Guru wibawa
4) pendeta guru

Pengetua sekolah menengah Gred DG48 DG52.
Semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal
ehwal murid dan kokurikulum sekolah menengah gred
DG44 DG48.
GPK pentadbiran, hal ehwal murid dan kokurikulum di
sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32
DGA34
*Guru yang tidak mendapat kenaikan pangkat tetap mendapat
kenaikan gaji tahunan.

GLOSARI
Guru (dari bahasa Sanskrit) = pengajar, pendidik, dan pengasuh.
Tenaga pengajar di institusi (selalunya sekolah) dan tuisyen.
Pakar dalam sesuatu bidang, eg. Management guru.
Guru di university dikenali sebagai tutor / pensyarah.
Mempunyai kemahiran khusus dalam sesuatu subjek +
pedagogi.
Agama hindu: Guru pendeta.

Hari Guru Antarabangsa (UNESCO) pada 5 Oktober, Malaysia: 16
Mei (kerana pada tarik sama, tahun 1956 Majlis Undang-Undang
Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah
menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran
(Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi
negara kita.

Sekolah
sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk
memberikan pendidikan formal kepada pelajar.
mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk
mendidik dan membimbing pelajar.
Beberapa jenis peringkat sekolah: tadika, sekolah
rendah, sekolah menengah dan akhirnya ke universiti.

Kantin
Kemudahan untuk mendapatkan makanan berbayar.


EVOLUSI SEKOLAH

SEKOLAH BESTARI (1997)
1) Pembestarian Sekolah pada peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan
pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi
guru.
2) P&P dan Pengurusan Sekolah yang direka semula secara
sistemik bagi murid-murid menghadapi era teknologi
maklumat.
3) BM, BI, Math, Sains, guna perisian direka oleh Pusat
Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian
Teknologi Pendidikan, KPM.
4) Guru-guru diberi latihan dalam perkhidmatan (pedagogi
+ teknologi).
Tujuan:
Melahirkan murid berdikari dalam mencari ilmu. akses kendiri
(self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri
(self-paced). Projek asas yang terlibat:
projek makmal Komputer Sekolah
rangkaian SchoolNet
rancangan TV pendidikan
ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Contoh: SMK JITRA, SM SULTAN ABDUL HALIM, SM SAINS
POKOK SENA, SM SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA.
*Salah faham meluas yang menyangka sekolah bestari adalah
sekolah yang mesti menggunakan komputer. Itu hanya satu cara
ke arah pembestarian dalam persekolahan.
SEKOLAH WAWASAN (2004)
Dua atau tiga buah sekolah rendah yang berlainan aliran dibina
dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan fizikal
(padang permainan, dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin)
Sekolah Bestari (88 sekolah) 1997
Sekolah Wawasan (8 sekolah) 2004
Sekolah Pintar (207 sekolah) 2006
Sekolah Kluster (120 sekolah) 2007
Sek Berprestasi Tinggi (23..) 2010
Sekolah Amanah (10 sekolah) 2011
10 http://tinyurl.com/tesline IMS 2011

Matlamat:
1) Mewujudkan perpaduan.
2) Memupuk semangat integrasi/toleransi.
3) Interaksi maksimum (perkongsian kemudahan, aktiviti).
Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan:
1) 3 sekolah (SK/SJK/SJKT) dalam satu kawasan dan bahasa
pengantar masing-masing.
2) Nama, lagu, logo, peperiksaan, pentadbiran sekolah masing-
masing.
3) Satu Jawatankuasa Penyelaras: Pengerusi (bergilir-gilir ikut
kesepakatan) dan 2 orang guru dari setiap sekolah urus
kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.
4) Kantin dikendalikan bersama-sama.

Contoh:
1) Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
2) Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
3) Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
4) Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
5) Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

*kebanyakan orang Cina dan orang India membantah kerana akan
mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah
(berdasarkan trajedi 1962, kerajaan berjanji 1/3 dari subjek SM
Cina swasta yang ditukar menjadi SMJK akan tetap diajar dalam
bahasa penghantar Cina. Namun kerajaan mengingkari).

SEKOLAH KLUSTER (2007)
Jenama sekolah yang cemerlang dalam klusternya dari
aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.
Terkandung dalam Teras Strategik Ke-6 (PIPP):
Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.
Tujuan:
1) Melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem
pendidikan Malaysia
2) Membangun sekolah yang boleh dicontohi sekolah
dalam kluster dan luar.
Kategori Kluster:
1) SK, SJK, dan Sekolah Orang Asli.
2) SM (Teknik, Berasrama Penuh, Agama, Harian, Premier)
3) SR Pendidikan Khas (SPK) dan SM Pendidikan Khas
(SMPK), SM Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
4) Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
Syarat pemilihan:
1) Kecemerlangan murid: Akademik, Kokurikulum, Sahsiah.
2) Pembangunan P&P berkesan, sumber diurus optimum.
3) Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
4) Keberkesanan pelaksanaan program KPM (Nilam, 1M1S)
Prosedur:
1) Penerimaan pencalonan
2) Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex
3) Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana
Sekolah Kluster
4) Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
5) Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
6) Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

Contoh: SJKC Keat Hwa, Alor Star bagi kategori sekolah aliran
Cina, SJKT Simpang Lima, Klang bagi sekolah aliran Tamil, dan
SKPK Alma, Pulau Pinang bagi kategori sekolah pendidikan khas.

NUTP (National Union of the Teaching Profession, 1974)
1) NUTP is a union formed by teachers for teachers in 1974.
National Union of Teachers (NUT) + National School
Teachers National Union.
2) Advocates for teachers rights, teachers salaries and
teachers service scheme, professional development of
teachers.
3) President: Lt. Kdr. (B) Hashim bin Adnan, Secretary
General: Lok Yim Pheng.
Major achievements (nutp.org/new/Success): Creation of the
Counselor post in all schools, Time-Based Promotions,
Opportunities to enter universities, Excellent Teachers Award,
Simplify the Teachers Record Book (Record of Teachers
Preparation).

SEKOLAH AMANAH (2010)
1) Sekolah kerajaan yang terpilih akan diurus bersama:
pihak swasta + pemimpin sekolah kerajaan, di bawah
kawal selia Kementerian Pelajaran.
2) Perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira
pencapaian semasa: daripada sederhana (berprestasi
rendah) kepada baik, baik (sederhana & cemerlang)
kepada lebih baik.
3) Sekolah Amanah bertujuan untuk mempercepatkan
proses penambahbaikan.
4) Sekolah Amanah ada autonomi lebih untuk kurikulum,
kewangan dan pemilihan guru -- lebih responsif
terhadap keperluan komuniti sekolah.
5) *Dikehendaki mencapai prestasi yang telah ditetapkan
dalam tempoh 5 tahun. Pihak Kementerian akan
mengambil alih pengurusan dari penaja sekiranya
sekolah gagal mencapai prestasi yang ditetapkan.
*Projek perintis di bawah program Rangkaian Sekolah Amanah
Yayasan AMIR: SMK Gelang Patah, SMK Semenchu, Johor etc.

SEKOLAH KURANG MURID
1) Murid kurang dari 100 orang.
2) Terjadi bila ramai murid memilih untuk ke sekolah
cemerlang lain.
3) 63% SK: kebanyakannya terletak di pedalaman Sabah
dan Sarawak manakala di Semenanjung ialah SJKC
(21.4%), SJKT (13.5%), Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABT) dan sekolah Orang Asli.
4) Semenanjung: Pulau Aur, Pulau Tinggi, Pulai Sibu dan
Pulau Pemanggil di Mersing.
5) SKM akan digantikan dengan Sekolah Kabin (jimat kos).



11 http://tinyurl.com/tesline IMS 2011



Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi
Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah


KABINET PERHUBUNGAN PAS KEDAH SESI 2011-2013
Pesuruhjaya : YAB Dato' Seri Ust. Hj Azizan bin Abd. Razak
Timbalan Pesuruhjaya I : YB Dato' Ir. Hj Phahrolrazi bin Zawawi
Timbalan Pesuruhjaya II : YB Dr Ismail bin Salleh
Timbalan Pesuruhjaya III : Ust. Hj Mat Isa bin Shafie

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah: Encik Mansor bin Lat
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah: Tuan Haji Rooslee
bin Ismail, BCK.


12 http://tinyurl.com/tesline IMS 2011



JPU: JADUAL PENENTUAN UJIAN
1) Bina soalan mengikut kriteria yang ditentukan (senang,
sukar, sangat sukar) - Bloom's Taxonomy
2) Hurai domain pencapaian yang hendak diukur.
3) Panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
4) Kerangka pembinaan item soalan ujian (pelan ujian) dikenali
sbg test blueprint.
5) Kerangka JPU disediakan dlm btk matriks - paksi tegak
mengandungi kandungan / topik yg diuji dan paksi mendatar
ialah aras kemahiran yg akan diuji.
6) Menentukan bidang, pemberatan yang akan diberi dalam
sesuatu ujian

RMK10, 2011-2015: STRATEGI MEMPERCEPAT
PENAMBAHBAIKAN PRESTASI PELAJAR SECARA BERKESAN:
1) Memastikan setiap kanak-kanak boleh berjaya.
Enrolmen prasekolah 67% (2010-2011) 87% (2012) dan
92% (2015)
Umur mula sekolah dikurangkan dari 6+ kepada 5+
LINUS: 15,500 fasilitator dan guru pemulihan telahpun
dilatih
MBMMBI: KSSR (membaca, mendengar dan berucap,
menulis, tatabahasa, dan seni bahasa) / Tambahan Waktu
kelas
2) Sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar.
Sekolah Berprestasi Tinggi - 20 (2010), 23 (2011), 100
(2012)
3) Membuat pelaburan bagi membangun kepemimpinan
unggul di setiap sekolah.
Baiah/Tawaran Baru bagi Guru Besar dan Pengetua Sekolah:
2% (2010), 5% (2012)
10% guru besar dan pengetua berprestasi rendah akan
diberi latihan kemahiran pengurusan
Institut Aminuddin Baki (IAB) melatih 8,000 (2009), kepada
14,000 orang pentadbir sekolah setiap tahun (2011-2015)
4) Meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan
menghasilkan guru terbaik.
memanjangkan tempoh latihan praktikum
meningkatkan kerjasama guru berpengalaman
membimbing, menyelia
hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik
dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru
(Persaingan terbuka IPTA/IPTS/IPG).
Guru berijazah SM: 89.4%(2009) -> 90.0%(2015). SR
28%(2009) -> 60%(2015).

4~ p4O uE4O'=-
Oj OjO;= ^g)
uO]OEC4 EOj
O@O^` ^gg
U;O-4 LEE^NN
}g)` O)+=Og ^g_
W-O_^4C OjO~
^gg
Tuhanku, lapangkanlah dadaku,
mudahkanlah urusanku, lepaskanlah
kekeluan dari lisanku agar mereka
memahami perkataanku.
(Q.S. Thoha [20]: 25-28)


RUJUKAN:

Comprehensive Notes: Syed Nurhafiz
http://dirikucaraku.blogspot.com/2011/11/nota-spp-
utk-kwn2.html
13 http://tinyurl.com/tesline IMS 2011

Docs: Aisya Zakia Abdullah (IPG Kota Bharu)
Docs: Farah Zariza Mohamad Ali (IPG Gaya)
Docs: Noor Azlina Jimin (IPG Gaya)
PIPPSH: Afiq Zainol (IPG Kampus Batu Lintang)

You might also like