You are on page 1of 5

SENARAI TUGAS PEMBANTU AM PEJABAT (PENDIDIKAN)

Menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan. Mengurus buku kehadiran Guru / Staf Sokongan Mencetak soalan-soalan peperiksaan dan siaransiaran pejabat. Membantu Pembantu Tadbir dalam urusan bank seperti membayar bil dan lain-lain. Mengambil dan meminitkan surat. Memasukkan surat-surat ke dalam fail dan mengedarkannya kepada guru/staf sokongan yang berkenaan. Mengepos dan mengambil surat. Merekod dan mengawal semua stok masuk dan keluar peralatan pejabat. Mengemaskini sistem fail.

Mengemas bilik Pengetua/Guru Besar dan bilik cetak. Menentu dan memastikan susunatur, kekemasan dan kebersihan pejabat sentiasa diberikan perhatian serta mengawal kerahsiaan pejabat. Merekod menguruskan pengambilan Dokumendokumen seperti : Sijil-sijil peperiksaan UPSR / PMR / SMA / SPM / STPM / STAM. Surat Akuan / Sijil Berhenti Sekolah. Menyedia dan memastikan segala borang yang diperlukan untuk kegunaan guru / kakitangan / murid sentiasa mencukupi. Menyediakan diri dan berperanan sebagai penyambut tetamu, memberi layanan yang sewajarnya kepada orang-orang awam yang ada urusan dengan pejabat serta membantu urusan guru-guru dan murid-murid yang berkaitan dengan pejabat. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Guru Besar dari masa ke semasa.

SENARAI TUGAS PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN / OPERASI N17 1. Menerima dan merekod surat-surat harian, memo, akta, perintah, arahan, pekeliling,sampul kecil dari bahagian, cawangan, syarikat dan diserahkan kepada Ketua Cawanganuntuk tindakan selanjutnya. 2. Menaip surat-surat berkaitan pentadbiran am, laporan, minit mesyuarat, memo, format dan lain-lain surat rasmi yang diarahkan Ketua Cawangan. 3. Mengedar surat-surat harian, memo, akta, perintah, arahan, pekeliling, sampul kecil dari bahagian, cawangan, syarikat untuk makluman para pegawai.

4. Memohon, merekod dan mengawal pergerakan stok alatulis serta mengagihkan kepada pegawai yang memerlukan. 5. Menerima, mengawal, merekod dan membuat iringan cuti-cuti rehat dan pelbagai cuti darisemua kakitangan di cawangan untuk sokongan dan kelulusan serta mengemaskini penyata cuti tahunan dan pengumpulan cuti rehat bagi GCR anggota cawangan darisemasa ke semasa. 6. Menerima surat-surat yang perlu dihantar ke bahagian, cawangan, syarikat setelahdirekodkan di dalam fail. 7. Membuka sampul kecil bertujuan mewujudkan fail timbul dan diserahkan kepada Ketua Cawangan untuk tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada Ketua Bahagian. 8. Mengawalselia mesin fotostate, komputer, printer perihal kegunaan, bekalan danmelaporkan kerosakan kepada pihak logistik dan juruteknik. 9. Membuka, mengawalselia, merekod, mengemaskini dan menutup fail pentadbiran darisemasa ke semasa.

10. Menerima fail-fail dari pegawai-pegawai untuk tindakan dan perhatian atau ulasan dansokongan kelulusan Ketua Cawangan. 11. Memohon, memesan, merekod dan mengawalselia stem pos yang diperolehi dari urusetia bagi kegunaan pengeposan surat rasmi jabatan

You might also like