Sofbol

You might also like

You are on page 1of 3

1.

TUJUAN Tujuan kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan pihak pentadbir SMK Dato' Mohd Said bagi memohon dana untuk membeli kelengkapan peralatan sofbol bagi kegunaan pasukan sekolah.

2.0

PENDAHULUAN Permainan sofbol berasal daripada permainan besbol yang terkenal di Amerika Syarikat. Pada peringkat awal, permainan ini dimainkan sebagai satu sukan rekreasi. Permainan ini telah dipelopori oleh George Hancock pada tahun 1887. Permainan ini meskipun ada persamaannya dengan permainan besbol, mempunyai perbezaan yang jelas dari segi bola dan bat yang digunakan. Di peringkat sekolah, MSSM juga telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunansukan sofbol di Malaysia. Pada tahun 1968, Kejohanan Sofbol MSSM yang pertama telah diadakan di Kampung Pandan, Selangor. Perak menjuarai Kejohanan Sofbol MSSM untuk kali pertamanya pada tahun 1977 di Pulau Pinang dan terus berkembang di sekolah-sekolah Malaysia sehingga kini.

3.0

MATLAMAT Memantapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam sukan sofbol serta meningkatkan jati diri berdasarkan intipati falsafah pendidikan negara iaitu keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seterusnya menjadikan kelab sofbol ini sebagi medium penting untuk menjadi sumber modal insan yang berupaya mencapai matlamat wawasan 2020 yang menjadi impian negara Malaysia. 4.0 OBJEKTIF Pasukan ini diwujudkan bagi memperkenalkan permainan sofbol, memberi dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid bermain sofbol dan seterusnya menyertai pertandingan di peringkat negeri serta mencapai kecemerlangan . 4.1 SENARAI ALATAN

Berikut ialah senarai alatan yang diperlukan. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 Bola Bat Glove Catcher glove Catcher Helmet Mask Chest protector Base Nama Alatan Harga seunit (RM) 15.90 129.90 79.90 109.90 229.90 99.90 169.90 299.90 Bilangan unit diperlukan 5 1 9 1 1 1 1 1 set Jumlah (RM) 79.90 129.90 719.10 109.90 229.90 99.90 169.90 299.90 1838.40

Jumalah keseluruhan (RM)

5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, penubuhan Kelab Sofbol SMK Dato' Mohd Said, Nilai merupakan satu aset yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama baik sekolah melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu juga, kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam pasukan mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Oleh yang demikian matlamat negara Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan semangat SATU MALAYSIA dalam masyarakat boleh dicapai melalui penubuhan ini. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh kita semua. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh: ....................................... NORAIZI NIK HASSAN Disemak oleh: ......................................

SMK DATO' MOHD SAID 71800 NILAI

TAJUK: KERTAS CADANGAN MEMOHON DANA PERALATAN SOFBOL

You might also like