You are on page 1of 28

Hubungan Etnik (Kumpulan 3) WAJ 3106

Mengalurkan Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu


Di sediakan Oleh :
Aswane A/P Poornesveran Renuga A/P Munusamy PISMP SEM 3 EN. Chin Kuang Tiu

Semester

Nama Pensyarah :

Pengenalan

Pluralisme: Ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. Pluraliti: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi masyarakat Melaka. Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan era penjajah British.

Penghijrahan Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Melaka yang dibuka oleh Parameswara pada 1400 Masihi menandakan permulaan kemasukan imigran ke Alam Melayu. Kemasukan imigran melalui aktiviti pedagang dan pendakwah, khususnya dari Arab, India dan Cina.

sambungan

Kedatangan agama Islam ke Alam Melayu pd abad ke-11 dibuktikan dgn penemuan Batu Bersurat bertarikh 1303 Masihi di Kuala Berang, Terengganu. Kemudian aktiviti penyebaran agama Islam dilakukan melalui perdagangan dan perluasan wilayah hingga wujud kerajaan Islam di Terengganu, Kedah dan Johor.

Kedatangan Pedagang Arab dan Parsi


Singgah ke Melaka untuk mendapatkan bekalan air, makanan dan keperluan asas. Menurut John Crowford, kedatangan Islam ke Alam Melayu hasil penyebaran Islam oleh pedagang Arab dan Parsi. Sebahagian daripada mereka berkahwin dengan penduduk tempatan dan menetap di Melaka hingga menjadi permulaan proses asimilasi.

Kedatangan Pedagang China dan India

Kedatangan pedagang dari dua benua besar ini meningkatkan kemajmukan masyarakat dan hubungan etnik di Alam Melayu. Barangan mereka diurus niaga dengan biji timah sebagai komoditi utama Melaka ketika itu.

sambungan

Melaka juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Hubungan tersebut bertambah erat dengan perkahwinan puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah. Kedatangan pedagang India terbukti dengan penemuan candi di Lembah Bujang dan kemunculan empayar Majapahit serta kerajaan Srivijaya berasaskan agama Hindu.

sambungan

Ada pedagang India yang berkunjung ke Melaka yang telah berkahwin dengan wanita daripada golongan bangsawan Melayu dan seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melayu.

Kedatangan Pedagang Eropah

Selain kedatangan pedagang Arab, Parsi, India dan China, kedatangan pedagang dari pelbagai negara Eropah ke Alam Melayu, maka Melaka telah memperlengkap kewujudan masyarakat plural di rantau tersebut. Portugal, Belanda, Sepanyol, Perancis dan Britain ialah negara Eropah yang terawal tiba.

sambungan

Tujuan kedatangan mereka adalah untuk menguasai jalan perdagangan ke Timur, menyebarkan agama Kristian dan mendapatkan teh, rempah ratus serta sutera. Kedatangan bangsa Eropah, khususnya Portugis yang didorong oleh matlamat 3G
Gospel-agama Gold-ekonomi Glory-politik

telah menyebabkan kejatuhan Melaka pada tahun 1511

sambungan

Empayar Melaka digelar sebagai The Venice of the East pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Faktor utama kejayaan tersebut adalah :
Pemerintahan Melaka mengamalkan dasar buka pintu terbuka.

Pemerintahan yang berlandaskan Hukum Kanun Melaka serta Undang-Undang Laut Melaka.

sambungan

Masyarakat pluraliti seperti yang wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka beransuransur lenyap dengan kemunculan masyarakat pluralistik hasil penjajahan Barat ke atas Tanah Melayu

Ciri-ciri masyarakat pluraliti yang wujud di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah

Penghijrahan berlaku tanpa ada paksaan.

Kedatangan pelbagai etnik secara alamiah (semula jadi) dan sukarela. Pemupukan negara bangsa tanpa paksaan. Para pedagang tidak memerlukan pasport dan visa sebagai pengenalan diri.
Kedatangan imigran biasanya bersama ahli keluarga.

Kesannya masyarakat pluraliti yang wujud di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah

Imigaran mewujudkan integrasi dengan penduduk tempatan. Terdapat imigran berkahwin dan berasimilasi dengan penduduk tempatan. Terdapat imigran yang terus menetap di Alam Melayu.

Ciri-ciri masyarakat pluralistik yang wujud di Tanah Melayu selepas dibawa masuk oleh penjajah Kebanyakan imigran datang tanpa kerelaan.
Kemasukan imigran ke Tanah Melayu tanpa disertai keluarga. Kedatangan imigran demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris.

Kesannya masyarakat pluralistik yang wujud di Tanah Melayu selepas dibawa masuk oleh penjajah
Imigran kurang berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Imigran bergaul sesam etnik masingmasing. Imigran berhasrat untuk kembali ke negara asal.

Proses Asimilasi Antara Golongan Imigran Dengan Masyarakat Tempatan.

Pedagang asing yang berdagang di Melaka berinteraksi dengan orang tempatan hingga mempelajari bahasa dan budaya. Terdapat pedagang asing yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan golongan kerabat diraja atau pembesar tempatan.

sambungan

Misalnya perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah dan Perkahwinan Mani Purindam(Pemborong permata India) yang menjadi menantu Sri Nara Diraja. Perkahwinan campur membolehkan mereka menyebarluaskan aktiviti perdagangan dan memegang jawatan dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka misalnya Raja Mendaliar (pedagang India) dilantik sebagai Syahbandar Melaka.

Penyerapan Dalam Pendidikan

Penyerapan Dalam bahasa, kesenian dan kesusasteraan


Bahasa Melayu menjadi lingua franca.

Pengenalan tulisan Jawi

Pembendaharan kata diperkaya dengan istilah Arab

Karya kesusasteraan berunsurkan Islam

Penghasilan kitab keagamaan (Tauhid, fikah dan sebagainya) Unsur kesenian Islam dan Tempatan diasmilisasikan (khat, muzik dan seni bina)

Berjabat salam dan mencium tangan orang tua

Menghormati tetamu

Adab semasa makan

Penyerapan Dalam budaya

Islam memberikan pengaruh besar dalam kehidupan masyarakat di Tanah Melayu.

Menurut Syed Muhammad Naguib al-Attas, walaupun Hinduisme dan Buddhisme telah melakar sejarah dalam proses pluraliti masyarakat, namun situasi ini tidak memberi kesan besar dengan bukti jarang nama anak orang Melayu dipengaruhi unsur Hindu dan Buddha.

sambungan
Pengaruh Hinduisme diakui wujud dalam seni budaya dan adat masyarakat Melayu seperti watak wayang kulit dan peralatan perkahwinan seperti adat bersanding, bunga manggar dan bunga telur.

Pembentukan Masyarakat Baru

Pedagang arab kebanyakan berasal dari Hadramaut yang berhijrah ke Melaka. Golongan Syed terdiri drpd pedagang yang berjaya dan ulama yang dihormati. Perkataan Syed berasal drpd perkataan Arab iaitu sayyid yang bermaksud pemimpin. Muncul sebagai kelas pememrintah setelah berkahwin dengan kerabat diraja.

Pembentukan Masyarakat Baru


Hubungan diplomatik China-Melaka sangat erat. Sultan Mansur Shah mengahwini Puteri Hang Li Po( Puteri Maharaja China Dinasti Ming) Peranakan ialah anak-anak hasil perkahwinan campur imigran Cina dgn wanita Melayu dan bertutur dlm bahasa Melayu (baba ialah lelaki, Nyonya ialah wanita)

sambungan

Mengalami akulturasi budaya dengan penggunaan dialek Melayu-Baba dan tidak tahu berbahasa Cina. Nyonya biasanya memakai baju kebaya dengankain batik yang menggambarkan identiti unik komuniti mereka. ???

Pembentukan Masyarakat Baru

Interaksi sosial yang berlaku antara masyarakat Melayu di Alam Melayu dengan pedagang dari India telah meninggalkan kesan mendalam terhadap budaya Melayu. Perkahwinan campur antara orang berketurunan India dengan masyarakat tempatan telah membentuk sebuah masyarakat minoriti yang dikenali sebagai masyarakat India-Muslim.

sambungan

Bukan semua orang berketurunan India yang datang ke Alam Melayu berkahwin dengan wanita tempatan. Masyarakat India berhijrah ke Alam Melayu pada peringkat awal lazimnya terdiri daripada golongan lelaki dan kemudian mereka berkahwin dengan wanita tempatan. Kebanyakan daripada mereka lebih gemar menggunakan Bahasa Tamil dalam kehidupan seharian.

You might also like