You are on page 1of 6

PRASEKOLAH sksa

Prasekolah SK Sungai Ara merupakan prasekolah AnnexKementerian Pelajaran Malaysia yang diwujudkan di sekolah-sekolah kerajaan pada tahun 1992 di seluruh Malaysia. Sebagai permulaan hanya sebuah kelas diwujudkan pada tahun tersebut.Setelah 10 tahun Sk Subgai Ara telah terpilih dalam Program Perluasan Kelas Prasekolah Pulau Pinang pada tahun 2003. Kini terdapat 3 buah kelas iaitu Kelas Nilam(1992), Kelas Zamrud dan Kelas Berlian(2003)

SEJARAH SKSA
Sekolah Kebangsaan Sungai Ara adalah sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar Bandar.Jumlah pelajar sekarang adalah seramai 1351 orang pada tahun 2011.Sekolah ini juga adalah sebuah sekolah kategori A. Nama asalnya ialah Sekolah Melayu Relau,P.Pinang dan didirikan pada tahun 1883.Sekarang usianya telah menjangkau 128 tahun.Bangunannya terletak di Pekan Relau,.P.Pinang dan didirikan semasa penjajahan Inggeris lagi. Pada tahun 1927,tapaknya telah dipindahkan ke tempat sekarang iaitu digantikan dengan bangunan baru berhampiran pecan Sungai Ara. Sekolah ini sudah menyambut Perayaan Ulangtahun Penubuhan Sekolah 100 Tahun pada 5 Mac 1983 yang dilakukan oleh YB Datuk Dr Sulaiman bin Hj Daud,Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu. SK Sungai Ara terletak di kawasan Kampung Tersusun /pecan kecil dan kawasan perumahan yang pesat membangun serta berkembang maju.Kebanyakkan ibubapa pelajar sekolah ini adalah kakitangan kerajaan,bekerja kilang dan berniaga.Sosio-ekonomi mereka di antara rendah,sederhana dan golongan professional.Masyarakat Sungai Ara terdiri daripada pelbagai kaum.Oleh itu murid-muridnya terdiri daripada pelbagai bangsa. Kini Sekolah Kebangsaan Sungai Ara tersergam indah di mana tenaga pengajarnya seramai 89 orang,seorang ketua pembantu tadbir,2 orang pembantu tadbir,3 orang pembantu pengurusan murid,seorang pembantu tadbir rendah,seorang pembantu am pejabat dan 5 orang pekerja am.

SENARAI NAMA GURU PRASEKOLAH SK SUNGAI ARA SEJAK DITUBUHKAN


1.PN Esah Bee bt Merican 2.Pn Norhayati bt Md Isa 3.Pn Sam Rahmah bt Md Zain 4.Pn Zuraini bt Omar 5.Pn Bazita bt Bakree 6.Pn Aribah bt Adnan 7.Pn Barisal Bivi bt Shaik Dawood 8.Pn Fatimah bt Md Idris 9.Pn Siti Haida bt Kamaridin 10.Pn kamalia bt Mat Samsudin KELAS ZAMRUD 1.Pn Asiah bt Muhammad 2.Pn Bazita bt Bakree 3.Pn kamalia bt Mat Samsudin 4.Pn Siti Haida bt Kamarudin KELAS BERLIAN 1.Pn Nor Aniza bt Ahmad 2.Pn Hasnoni bt Hasim 3.Pn Mariani bt Mat 4.Pn Haezah bt Wage@Jinal 2003-2004 2005-2007 2008-2009 2011 2003-2007 2007-2010 2010 2011 1992-1994 1995 1996-1998 1999 1999-2003 2003 2004-2007 2008- 2009 2010 2011

VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Ara Cemerlang Akademik Gemilang modal insane Dan Terbilang Sukan Diperingkat kelompok dan daerah.

MISI
Mewujudkan iklim budaya danWatak sekolah yang diterima semua melalui proses menitip ilmu dan menitis adab secara berkesan terhadap warga sekolah meliputi aspek akademik,sahsiah,ko kurikulum dan pengurusan institusi

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH


Pendekatan prasekolah adalah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan,menguasai kemahiran asas dan memupuk

sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

KONSEP PENDIKAN PRASEKOLAH


Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangkamasa satu tahun lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

PENDEKATAN
Berdasarkan konsep dan pendidikan prasekolah,empat pelajaran dan pembelajaran diutamakan iaitu: 1.Pendekatan Belajar Melalui Bermain 2.Pendekatan Bertema 3.Pendekatan Bersepadu 4.Pendekatan ICT Dalam Pembelajaran

MOTO
ASAS TEGUH PENDIDIKAN PRASEKOLAH NEGARA

VISI
SATU HASRAT SATU FOKUS

MISI
MENJANA KEPAKARAN YANG ADA KE ARAH MENCAPAI SATU TAHAP YANG DAPAT MEMANFAATKAN ANAK-ANAK PRASEKOLAH MENJURUS KEPADA KEWUJUDAN INSAN YANG BERGUNA KEPADA DIRI,AGAMA,BANGSA DAN NEGARA

You might also like