You are on page 1of 35

BAHASA

STRUKTUR MASYARAKAT

JANTINA

ADAT RESAM

KEPERCAYAAN

BANGSA

BANGSA

BANGSA
Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Menurut Kamus Pelajar (1993), bangsa ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifatnya.

Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut.

Contohnya, Melayu, Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti Malaysia.

Bangsa juga merujuk kepada nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi, hormatmenghormati, dedikasi, kesabaran dan kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan suasana bilik darjah yang sihat dan dinamik.

Penyerapan budaya
Asimilasi
Budaya masyarakat majoriti/ dominan menyerap budaya masyarakat minoriti/imigran tanpa membawa perubahan kepada kebudayaan yang menyerapnya.

Amalgamasi
Proses percantuman dari segi biologi berlaku melalui perkahwinan campur. Perkahwinan akan menghasilkan satu kelompok baru yang seterusnya membentuk budaya baru dalam masyarakat berkenaan

Pluralisme
Proses mempertahankan kepelbagaian budaya Ciri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok dikekalkan Setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan kelompok.

Akomodasi
Setiap etnik menyedari nilai dan norma antara satu sama lain. Mereka menghormati budaya etnik lain dan dalam masa yg sama mempertahankan budaya mereka sendiri.

Akulturasi Masyarakat menerima dan meminjam unsurunsur budaya golongan majoriti tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal/ Proses ini juga dikenali sebagai asimilasi budaya.

STRUKTUR MASYARAKAT / KELAS SOSIAL

STRUKTUR MASYARAKAT / KELAS SOSIAL


Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat yang sama.

Roucek dan Warren (1979) masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka hidup bersama. De Fleur (1974) masyarakat sebagai sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial, dimana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah laku sosial.

Struktur masyarakat atau kelas sosial berperanan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam satu masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan masyarakat. Contohnya, murid golongan bawahan dapat bergaul dan berinteraksi dengan murid golongan atasan tanpa mengira budaya dan masyarakat lain.

Murid perlu didedahkan supaya mereka dapat mengelakkan rasa tinggi diri dan seterusnya menerima rakan sebagai sebahagian daripada komuniti dalam kehidupan mereka. Hubungan yang baik juga dapat memupuk nilai persahabatan, nilai kerjasama dan nilai toleransi dalam bilik darjah yang menjamin kesejahtaeraan dan keharmonian murid. Hubungan yang baik menunjukkan adanya nilai-nilai penyayang dapat disemai dalam jiwa murid-murid.

Murid golongan bawahan dan golongan atasan dapat bergaul tanpa mengira budaya dan masyarakat lain.

Ciri-ciri utama masyarakat


Hidup berkelompok Mempunyai budaya Sering mengalami perubahan Saling berinteraksi sama ada dalaman dan dengan pihak luar Mempunyai pemimpin Mempunyai aturan sosial

KEPERCAYAAN

KEPERCAYAAN
Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan memihak. Seseorang yang menaruh kepercayaan akan berasa pasti terhadap sesuatu perkara yang berkenaan.

Kepercayaan akan membentuk nilai yang akan menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat. Kamus Dewan (1994) - kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran berlakunya sesuatu. Kepercayaan adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun-temurun.

Nilai dan kepercayaan adalah saling berkaitan. Kepercayaan memberi hala tuju manusia tentang kehidupan. Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat. Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut.

BAHASA

BAHASA
Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian. Cole (1998) bahasa adalah satu set simbolsimbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna sengan sistem komunikasi kompleks. Bahasa adalah bersifat dinamik kerana bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa.

Fungsi bahasa dalam masyarakat


Menggambarkan suasana Menyampaikan maklumat antara penutur dengan pendengar Untuk menyatakan perasaan Untuk mempertingkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa

ADAT RESAM

ADAT RESAM
o Sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat. o Kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat dan turut mempunyai kesan kepada pelaku sama ada positif atau negatif.

Adat Resam India

Adat resam 3 kaum utama di Malaysia


Adat Resam Cina Adat Resam Melayu

Adat Resam Melayu


i.Melenggang Perut Adat ini merujuk kepada satu amalan yang dijalankan ke atas wanita yang telah genap 7 bulan hamil. ii.Meminang dan Bertunang Adat ini bertujuan untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam sebelum akad nikah.

iii.Kematian Biasanya waris atau saudara-mara si mati akan mengadakan kenduri arwah untuk disedekahkan kepada arwah. Ada yang mengadakan kenduri arwah 3 malam berturut-turut, 7 malam berturut-turut atau pada malam ke- 40. iv.Bercukur Jambul Adat ini merupakan satu adat yang diamalkan untuk mencukur jambul bayi yang baru dilahirkan. Adat ini biasanya dijalankan setelah ibu tamat tempoh berpantang.

Adat Resam Cina


i.Kelahiran Semasa mengandung, ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung. Adat dalam masyarakat Cina mementingkan anak lelaki kerana mereka dapat melanjutkan keturunan melalui pewarisan nama nenek moyang. Dalam memberikan nama kepada bayi, nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah ke-2 mewakili nama segenerasi dalam kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ke-3 pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri.

ii.Kenduri Selepas Kelahiran Mereka membuat sejenis kuih khas yang berbentuk merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara mara yang terdekat. iii.Mencukur Rambut Adat ini dilakukan sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat mereka.

Adat Resam India


i.Sewaktu Mengandung Adat Valaikaapu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulong wanita hamil menjangkau usia 7 hingga 9 bulan. Wanita hamil dipakaikan sebentuk sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaapu.

JANTINA

JANTINA
Menurut Butler & Manning (1998), the term gender describes masculinity and feminitythe thoughts, feelings and behaviour that identify one as either male or female. Walaupun terdapat persamaan antara lelaki dan perempuan, namun masih terdapat perbezaan antara mereka.

Faktor jantina mempengaruhi pembentukan iklim di dalam bilik darjah.guru harus mengetahui pengaruh jantina terhadap pembelajaran murid. Campuran jantina di dalam bilik darjah memberi peluang murid-murid lelaki dan perempuan bergaul dengan lebih tertib, bertanggungjawab, menghormati perbezaan yang wujud dari segi jantina serta meluaskan lagi ruang persefahaman dan toleransi.

Sekian Terima Kasih

You might also like