You are on page 1of 3

PERMAINAN BOLA DAN TIN KOSONG

pi 6 4 1 2 5 3

(11mx11m)

Pihak Pengawal

Kawasan Memukul

Pihak Penyerang

Kawasan melempar

Cara Bermain: 1. Murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 7 ahli. 2. Penentuan kumpulan penyerang dan pengawal melalui undian. 3. Salah seorang daripada kumpulan pengawal akan melempar bola ke arah salah seorang pihak penyerang. Pihak penyerang dikehendaki memukul bola yang dibaling oleh pihak pengawal dengan menggunakan sebelah tangan bagi memulakan permainan. 4. Penyerang diberi percubaan sebanyak 3 kali untuk memukul bola yang dilemparkan oleh pihak pengawal dengan menggunakan sebelah tangan. 5. Sekiranya penyerang gagal untuk memukul bola tersebut, maka dia tersingkir daripada permainan. 6. Setelah pihak penyerang berjaya memukul bola, maka permainan bermula. Pihak penyerang dikehendaki menyusun tin-tin mengikut urutan nombor dengan secepat mungkin. 7. Semasa pihak penyerang berusaha untuk menyusun tin tin, kumpulan pengawal akan memukul bola ke arah kumpulan penyerang. Sekiranya bola yang dipukul oleh kumpulan pengawal mengenai salah seorang ahli kumpulan penyerang, maka ahli tersebut perlu keluar daripada permainan. Pemain yang terkeluar akan dibenarkan bermain dalam set permainan yang seterusnya. 8. Sekiranya, kumpulan penyerang gagal menyusun tin-tin, maka kumpulan tersebut tidak akan mendapat sebarang mata. 9. Pemain juga akan kehilangan giliran bermain apabila tiga orang ahli kumpulan mati terkena bola yang dipukul oleh pihak lawan. 10. Seterusnya, kumpulan pengawal pula akan mengambil posisi sebagai kumpulan penyerang untuk permainan seterusnya. 11. Mata dikira apabila pemain berjaya menyusun keenam-enam tin mengikut uratan nombor yang betul. Markah akan diberi sebanyak 6 mata sekiranya pihak pemain berjaya menyusun tin dengan betul.

Syarat permainan: 1. Sebelum pihak penyerang memukul bola, pihak pengawal dikehendaki berada di luar petak permainan. Apabila bola berjaya dipukul, pihak pengawal boleh memasuki petak permainan. 2. Bola yang hendak disasarkan kepada pihak penyerang haruslah dipukul dengan menggunakan sebelah tangan. 3. Bola yang dihantar kepada ahli sendiri boleh dilakukan secara balingan. 4. Pihak pengawal yang ingin memukul bola tidak boleh bergerak. 5. Pemain tidak dibenarkan bermain secara agresif. 6. Tin hendaklah disusun mengikut urutan nombor yang betul. 7. Kumpulan penyerang yang terkena bola hendaklah keluar daripada petak kawasan permainan dengan kadar segera. 8. Sekiranya tiga orang ahli pihak penyerang mati terkena bola maka giliran permainan akan ditukar dengan pihak pengawal. 9. Tin-tin akan diselerakkan oleh pihak penganjur apabila ingin memulakan permainan. 10. Pihak penyerang tidak dibenarkan memegang tin-tin yang diselerakkan sebelum permainan dimulakan. 11. Sekiranya pengawal secara tidak sengaja menghantar bola sehingga menjatuhkan tin-tin yang disusun. Mereka dikehendaki menyusun semula tin tersebut tanpa sebarang bantahan. 12. Pihak pengawal tidak boleh mensasarkan balingan bola ke arah susunan tin dengan sengaja.

You might also like