You are on page 1of 11

PENGENALAN MASALAH DISIPLIN.

Masalah disiplin pelajar sekarang ini sering menitir dari bibir ke bibir oleh seluruh rakyat di negara Malaysia ini. Masalah disiplin pelajar ini juga hangat diperkatakan di dalam seminar, persidangan mahupun di warung-warung juga kerana masalah sedemikian ini telah menjadi kritikal dan bukan mudah untuk dibendung lagi. Berdasarkan sumber dari kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.(1995) telah menyatakan disiplin ini bermaksud dengan kepatuhan, ketaatan, dan juga kesetiaan dalam mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Seterusnya, menurut Kamus Dewan edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989) mendefinisikan disiplin sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya seseorang itu bijak dalam mengawal diri sendir dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan sekiranya kesalahan ini berlaku juga hukuman atau dendaan akan dikenakan.Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka mentakrifkan disiplin sebagai satu peraturan untuk melatih seseorang individu tersebut supaya berkelakuan baik dan patuh kepada tatatertib dan peraturan yang telah ditetapkan. Menurut akhbar metro (rabu, 28 september 2011) pada bulan januari hingga ju lalu, 1.27 peratus daripada 5.4 juta pelajar sekolah di sekolah di seluruh Negara terbabit dalam lapan ketegori kes disiplin didefinasikan oleh Kementerian Pelajaran. Timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka siong, berkata, lapan kategori salah laku itu berunsurkan jenayah, berunsur kelucahan, kurang sopan, kenakalan dan tidak pentingkan masa. Kata beliau, salah laku pelajar tersebut ialah yang berunsurkan jenayah (0.22 peratus, berunsurkan kelucahan (0.03 peratus),kurang sopan (0.19 peratus), kenakalan (0.12 peratus) dan tidak pentingkan masa (0.23 peratus). masalah disiplin pelajar semakin meruncing dan sukar dibendung dalam jangka masa yang singkat. Terdapat banyak kes salah laku pelajar sekolah yang dipaparkan di akhbar-akhbar tempatan seperti memeras ugut guru, ponteng sekolah, pergaduhan, buli, dan menjadi samseng di sekolah. Dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah yang melibatkan pelajar lelaki meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi pelajar perempuan.

Menurut Marzita Abdullah (2004), sepanjang tahun 2002 sehingga 2004 sebanyak 5,807 pelajar telah diperiksa melalui perlaksanaan operasi ponteng sekolah yang telah dijalankan oleh seluruh polis di Negara ini. Didapati sebanyak 4,097 orang (71 peratus) pelajar lelaki dan 1,710 pelajar perempuan yang turut terlibat dalam pemeriksaan sepanjang operasi berkenaan. Daripada statistik berikut didapati bahawa bilangan pelajar perempuan yang diperiksa dalam operasi tersebut melebihi pelajar lelaki di Pulau Pinang. Seterusnya, di Kuala Terengganu pada 9 ogos yang lepas, seorang remaja yang berusia 17 tahun dan juga bekas pelajar di sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Negara telah berani dengan membakar kereta guru sains dan cubaan untuk membakar kereta pengetua sekolah beliau. Pada tahun 1977, terdapat banyak kes-kes masalah disiplin yang keluar oleh media massa dan akhbar mengenai masalah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti ponteng sekolah, tidak menghormati guru, pelajar mencuri, buli dan lain-lain lagi masalah disiplin yang telah dibuat oleh pelajar. Remaja yang terlibat dengan masalah disiplin ini mempunyia peringkat umur iaitu 10 hingga 19 tahun. Mereka juga boleh diklasifikasikan kepada tiga peringkat, remaja awal (berumur 10 hingga 14 tahun), remaja pertengahan (berumur 15 hingga 17 tahun), dan remaja akhir (berumur 18 hingga 19 tahun). Selain itu, kita dapat lihat dimana setiap sekolah di sekitar rantau asia ini mahupun di seluruh pelusuk dunia ini 80 peratus daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh setipa sekolah ialah masalah disiplin pelajar yang serius. Masalah disiplin di kalangan remaja adalah isu dan masalah sejagat dan ianya bukanlah satu fenomena yang baru dalam dunia ini. Kewujudan masalah disiplin ini berlaku di semua Negara tanpa mengira taraf kemajuan sesuatu Negara.

2.0) PENGENALAN MASALAH DISIPLIN ( BULI ) Buli merupakan satu masalah disiplin di sekolah yang sukar untuk dibendung dan masalah buli ini semakin hari semakin menjadi-jadi. Buli ini dimaksudkan dengan perbuatan atau kelakuan yang tidak elok dengan mengasari sesorang yang lemah dari segi fizikalnya dengan matlamat mampu untuk menguji kekuatan dan mampu dihormati oleh mangsa-mangsanya. Selain itu, menurut sumber berlainan iaitu melalui Kamus Dewan Edisi ke 4, buli ini lebih cenderung kepada perbuatan

mendera, mempermainkan sesorang itu dengan melakukan perbuatan buli ini. Kebanyakkanya terjadi kepada golongan yang pelajar menengah rendah seperti pelajar tingkatan satu, dua dan juga tiga serta pelajar sekolah rendah. Manakala pembuli biasanya terdiri daripada pelajar menengah tinggi seperti pelajar menengah tinggi seperti pelajar tingkatan empat dan juga lima yang mempunyai fizikal tubuh badan yang tegap, besar dan tinggi. Seterusnya, buli ini terbahagi kepada dua jenis iaitu buli fizikal dan buli mental. Bagi buli fizikal ini banyak melibatkan pukul memukul, memeras ugut mangsa melalui internet ataupun mesej dari telefon bimbit, menampar muka mangsa, menendang, menarik rambut mangsa ataupun menyepak mangsa sehingga boleh mengakibatkan kecederaan ataupun mampu membawa maut . manakala bagi buli mental ini menjurus kepada perbuatan mengejek yang menumpukan sesuatu yang pelik pada diri mangsa sehingga mampu memberikan tekanan dan menjatuhkan minat mangsa untuk terus berlajar. Terdapat beberapa kes yang membabitkan masalah buli antaranya ialah pada 20 februari 2009 di Kemaman Terengganu, seorang pelajar lelaki mengalami kecederaan pada pada limpa selepas dibelasah tiga pelajar senior telah memeras ugut pelajar terbabit. Selain itu, pada 29 Mac 2004, seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah yang berada di seremban, negeri Sembilan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan yang agak serius pada kepala, usus dan juga pada hati selepas dibelasah sekumpulan lapan pelajar senior di asrama sekolah tersebut. Seperti mana yang kita lihat buli ini tidak seharusnya dipandang ringan sahaja, ia juga memerlukan usaha yang berterusan oleh semua pihak iaitu dari pihak guru, ibu bapa mahupun pelajar itu sendiri bagi membentuk institusi pendidikan di sekolah menjadi tempatnya membentuk seseorang yang mampu menyumbangkan bagi merialisasikan impian wawasan 2020 dan juga mampu melahirkan golongan yang bakal menjadi pemimpin Negara dan mampu memberikan sumbangan kepada Negara pada masa akan datang bukan melahirkan pelajar yang menjadi ketua samseng.

2.1)

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH BULI

Terdapat banyak faktor-faktor yang perlu dicegah dengan segera dan ia mampu menyumbang ke arah berlakunya masalah disiplin ini yang seharusnya dibendung dari awal lagi supaya isu-isu disiplin pelajar ini dapat dikurangkan dan sistem pembelajaran murid-murid disekolah berjalan dengan lancar dan teraturnya.

2.1.1) INSTITUSI KEKELUARGAAN Masalah disiplin buli ini terjadi disebabkan kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak mereka kearah yang lebih baik dan menjadi insan yang berguna kepada Negara. Kebanyakkan ibu bapa di rumah kurang memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka kerana mereka lebih mementingkan kerja mereka berbanding tanggungjawab yang lebih penting iaitu dalam mendidik anak mereka. Selain itu, ibu dan bapa sering bertengkar antara satu sama yang lain di hadapan anak-anak mereka sedangkan mereka mengharapkan anak-anak mereka Berjaya. Anak-anak yang dahagakan kasih sayang daripada ibu bapa mereka akan mula mencari jalan yang salah dengan melakukan tindakan-tindakan yang melanggar disiplin sekolah, separti masalah buli yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka.sesungguhnya, kelalaian ibu bapalah yang

menyebabkan masalah disiplin semakin menjadi-jadi. masalah ini juga terjadi berdasarkan latar belakang keluarga pelajar terbabit yang telah mempengaruhi pelajar terbabit untuk melakukan pekara sedemikian. Seterusnya kebanyakkan ibu bapa menyerah segala-segalanya mengenai hal-hal disiplin kepada pihak sekolah tanpa membantu untuk mengurangkan masalah tersebut.

2.1.2) MEDIA MASSA Kemunculan sumber media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan mendadak. Tingkah laku yang tidak senonoh yang terdapat dalam internet atau filem berunsur negatif telah menimbulkan rasa ingin mencuba di dalam hati pelajar. Maka dari cubaan meniru kelakuan tidak baik inilah menyebabkan masalah disiplin pelajar semakin bertambah. Selain itu, terdapat pelbagai tayangan-tanyangan yang tidak sepatutnya ditayangkan kepada pelajar seperti filem yang berunsurkan keganasan

yang menjadikan pelajar tersebut agresif sekaligus menjadikan pelajar tersebut berani untuk melakukan perkara buli tersebut dan penggunaan bahasa-bahasa yang kesat pada setiap babak filem tersebut.

2.1.3) RAKAN SEBAYA Pengaruh rakan sebaya ini juga tidak boleh dipandang remeh kerana pengaruh rakan sebaya ini mempunyai pengaruh yang sangat kuat untuk mengubah personaliti seseorang dan ia juga berpotensi penyumbang kearah masalah disiplin pelajar. Selepas kegagalan ibu bapa sebagai pembimbing, anak-anak telah beralih kepada rakan mereka sebagai orang yang sanggup mendengar dan berkorban untuk mereka berbanding dengan ibu bapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Justeru, pengaruh negatif yang dibawa oleh rakan sebaya seperti masalah buli akan menyebabkan disiplin pelajar itu semakin merosot.

2.1.4) PIHAK SEKOLAH Dalam hal ini, pihak sekolah juga mempunyai kelemahannya juga kerana dengan kegagalan mereka untuk bertindak pantas dalam mengatasi masalah buli dan tulus dalam isu ini menjadi faktor yang mendorong masalah buli ini menjadi lagi berleluasa. Kebanyakkan sekolah-sekolah yang berstatus elite sering

menyembunyikan masalah disiplin yang berlaku di sekolah mereka kepada pihak berkuasa kerana mereka lebih mementingkan nama daripada mengurangkan masalah tersebut dan ia menyebabkan ada pelajar yang berani untuk melanggar peraturan kerana mereka beranggapan bahawa jika mereka melakukan masalah tersebut pihak sekolah tidak akan dilaporkan masalah ini kepada pihak berkuasa. Selain itu, terdapat sesetengah daripada pihak sekolah memandang masalah disiplin ini sebagai perkara yang remeh temeh kerana kekurangan guru disiplin disekolah menyebabkan ada pelajar yang berani untuk melakukan perkara yang melanggar peraturan ini. Seterusnya, pihak sekolah juga kurang mengadakan program-program yang sesuai seperti mengadakan kempen-kempen bagi mengurangkan masalah disiplin di sekolah yang mampu memberikan kesedaran kepada mereka tenteng keburukan melanggar peraturan sekolah.

2.2.

KESAN-KESAN BULI

Terdapat beberapa kesan-kesan buruk yang terpaksa dihadapi oleh mangsa buli antaranya buli ini mampu menyebabkan emosi mangsa yang dibuli menjadi tidak tenteram dan sering merasa takut tentang ancaman si pembuli tersebut, hal ini menyebabkan mangsa buli mengambil langkah untuk tidak hadir ke sekolah dan menyebabkan mereka keciciran dalam pembelajaran. Selain itu, mangsa buli ini akan menjadi kurang minat untuk mengikuti proses pembelajaran kerana si mangsa akan sentiasa memikirkan tentang keselamatan mereka sehingga gagal untuk memberikan tumuan yang sepenuhnya ketika pembelajaran di adakan. Mangsa buli ini juga kebiasaannya akan bertindak di luar jangkaan iaitu bunuh diri dengan harapan dapat menghentikan segala kesengsaraan yang dihadapi selama ini. Seterusnya, melihat kepada sosial mereka yang dibuli akan meminggirkan diri mereka daripada rakan-rakan kerana mereka berasa rendah diri dan keyakinan untuk berkawan dengan rakan-rakan yang lain menjadi kurang berminat disebabkan risau jika akan menghadapi perkara yang sama iaitu masalah buli.masalah buli ini juga memberikan kesan yang ketara kepada Negara kerana kerajaan banyak mengeluarkan peruntukkan untuk mengadakan kempen-kempen untuk memberikan kesedaran kepada mereka yang terlibat dengan masalah disiplin.

3.0)

CADANGAN PEMBAIKAN

Walaupun angka peratusan bagi kes buli ini adalah rendah dalam permasalahan disiplin ini, langkah terbaik adalah lebih baik membendung terlebih dahulu sebelum ia menjadi lebih bermasalah lagi. Pelbagai pihak memainkan peranan yang penting ataupun tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah ini supaya masalah buli ini dapat dicegah dengan secapat mungkin.

3.1)

PERANAN INDIVIDU

Bagi mengawal masalah buli ini, sikap dalam diri individu terbabit sangat penting dalam mengurangkan masalah ini. Antaranya ialah seseorang pelajar itu perlu mematuhi peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan dan membiasakan diri dengan perasaan takut jika sesekali melanggar peraturan sekolah. Selain itu, pelajar juga perlu bijak memilih rakan yang baik dari segi disiplin mereka supaya ia tidak tercenderung kearah yang negatif. Seterusnya, pelajar juga perlu mengikuti aktiviti seni mempertahankan diri supaya ia dapat mempertahankan diri apabila berlaku risiko buli ini. Kementerian Pelajaran telah menyarankan supaya para pelajar bergerak secara berkumpulan dan bukan secara individu supaya dapat membatalkan niat si pembuli ini untuk meneruskan niatnya.

3.2)

PERANAN PIHAK SEKOLAH

Diperingkat sekolah pula, pihak sekolah perlu mencari dan menyiasat kes buli yang berlaku di sekolah sama ada buli dalam bentuk fizikal, psikologi dan verbal. Maklumat tersebut boleh didapati melalui soal selidik daripada pelajar yang di buli. Pelajar boleh melaporkan masalah buli kepada guru-guru disiplin dengan menuliskan kes-kes buli yang mereka alami dan merahsiakan indentiti pelajar yang melaporkan masalah terbabit supaya pihak sekolah dapat memperolehi maklumat dan respon yang baik daripada mangsa tentang perkara terbabit. Pihak sekolah juga perlu menerangkan kepada murid-murid yang baru memasuki sekolah ataupun murid-murid yang telah lama berada disekolah tersebut tentang peraturan-peraturan sekolah dengan lebih jelas dan menyatakan akibat sekiranya melakukan masalah disiplin seperti buli. Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan kempen-kempen mengurangkan gejala buli dikalangan pelajar dan mengemukan risalahrisalah yang mampu memberikan kesedaran dalam diri pelajar, usaha ini perlu dijalankan secara berterusan supaya masalah buli ini dapat dicegah dengan lebih afektif. Perkara terbaik yang mampu dilakukan oleh pihak sekolah adalah dengan menubuhkan jawatankuasa anti buli yang dianggotai olah pengetua, kaunselor , guru penolong kanan, guru disiplin, wakil ibubapa

dan murid. Mereka memainkan peranan yang penting untuk mengurus dan menilai program anti buli ini secara berkesan. Guru kaunselor perlu menggunakan kepakaran mereka dengan memberikan motivasi dan nasihat yang berguna kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah buli ini. Perbincangan masalah buli ini perlu dilaksanakan dalam mesyuarat PIBG bagi mencari jalan penyelesaian masalah buli ini.

3.3)

PERANAN IBU BAPA

Pada peringkat ini,Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam hal ini. Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dengan anak-anak, ibu bapa bertanggungjawab untuk memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka tidak sesekali terdedah dengan masalah disiplin dan mampu menjaga nama baik keluarga sendiri. Ibu bapa perlu mengawasi setiap perkara yang dilakukan oleh anak mereka di rumah mahupun di sekolah, dengan cara ini ibu bapa dapat mencegah perbuatan anak-anak mereka yang kurang sihat dengan secepat mungkin. Selain itu, ibu bapa perlu memantau pergaulan anak-anak mereka dan ibu bapa juga perlu mengetahui rakan-rakan anak mereka supaya anak-anak tidak dipengaruhi oleh rakan yang memiliki sikap yang negatif. Seterusnya, ibu bapa perlu memperuntukan masa yang secukupnya kepada anak mereka supaya anak mereka tidak merasa diri mereka diabaikan dan seterusnya melakukan perkara yang tidak baik bagi menarik perhatian ibu bapa mereka. Disamping itu, ibu bapa perlulah mengamalkan budaya penyayang dan mengelakkan daripada menggunakan perkataan yang kesat dan kasar ketika dalam perbualan dan sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagian anak mereka. Ibu bapa mampu menjadi role-model kepada anak-anak mereka kerana anak-anak ini sering meniru apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapanya sama ada perkara yang baik mahupun buruk.

4.0)

PENUTUP

Walaupun terdapat pelbagai cadangan dan buah fikiran untuk menangani masalah buli di sekolah, namun ia hanya berakhir dan berkesan apabila lahirnya kesedaran yang tinggi dalam di remaja terbabit. Memang tidak dapat disangkal lagi, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan juga telah menyumbang sedikit sebanyak kesan positif dalam diri remaja. Namun ibu bapa dan guruguru perlulah turun padang dan berkerjasama dalam menangani masalah disiplin pelajar seperti buli .pelajar-pelajar juga disarankan supaya

didedahkan dengan pengetahuan yang meluas tentang peraturan-peraturan agar mereka tidak berani untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat. Masalah disiplin ini sememangnya perlu dibendung dengan segera kerana apabila masalah ini berleluasa tanpa sebarang halangan daripada pelbagi pihak maka menjadi angan-anganlah bagi kita untuk melihat Negara kita maju dan membangun selaras dengan wawasan Negara kita iaitu Malaysia maju 2020. Oleh itu, masalah seumpama ini perlulah dibendug dengan segera supaya kita dapat melahirkan seorang individu yang berguna dan berdisiplin sekaligus bakal menjadi pemimpin yang bakal memimpin Negara pada masa akan datang.

5.0)

RUJUKAN

Pengenalan masalah buli (2004), diakses pada

2011, 20 september ,

daripada:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0608&pub=Utusan_
Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Masalah-masalah disiplin pelajar sekolah (2010), diakses pada 2011, 18 september, daripada:http://tuanmat.tripod.com/disiplin.html

Isu-isu masalah disiplin pelajar, (2005), diakses pada daripada:http://tuanmat.tripod.com/disiplin2.html

2011, 18 september,

Pengenalan tentang masalah buli, (2009), diakses pada 2011, 19 september, daripada:http://web1.fp.utm.my/seminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas%2018.
pdf

Faktor berlakunya masalah buli dikalangan pelajar, (2010), diakses pada 2011, 17september,daripada:http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/TAN
GCHIEWHAAP010416D2006TTP.pdf

Punca dan penyelesaian masalah buli, (2002), diakses pada 2011, 16 september,daripada:http://pembuli6.blogspot.com/2010/09/pengenalan-apa-maknabuli.html

6.0)

LAMPIRAN

You might also like