You are on page 1of 13

http://cikgunaza-sains123.blogspot.com/2011/11/nota-sainstingkatan-2.html DUNIA MELALUI DERIA KITA 1.

2 Deria Sentuhan Deria sentuhan (sense of touch) adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan (touch stimulus) yang dikenakan oleh objek yang tertentu. Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalah kulit (skin).

Struktur dan fungsi kulit manusia Struktur kulit manusia: Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu, dermis (lapisan dalaman) dan epidermis (lapisan luar). Dermis: Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective tissue). Kaya dengan kapilari darah (blood capillaries) untuk mengangkut (to transport) nutrien, oksigen ke dermis dan membawa keluar karbon dioksida.

Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian (muscle fibres), kelenjar peluh (sweat glands) dan tisu adipos (lemak). Mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings) kesakitan, sejuk, panas, sentuhan dan tekanan. untuk mengesan

Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory receptors) kerana ianyanya boleh mengesan pelbagai deria di seluruh bahagian kulit.

Jenis-jenis reseptor. Epidermis: Lapisan paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada permukaan. Sel-sel mati itu mengandungi keratin. Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam lapisan tersebut sentiasa membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru. Tahap kepekaan kulit Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza (different degrees of sensitivity) di setiap bahagian yang berlainan pada badan. Ini adalah kerana reseptor (penerima) tidak sama rata pada setiap bahagian kulit. Sebagai contoh, lidah dan hujung jari adalah lebih sensitif berbanding tumit kaki, siku atau tapak tangan. Tahap kepekaan (sensitivity) kulit bergantung kepada dua faktor 1. Ketebalan epidermis Bahagian kulit yang nipis lebih sensitif terhadap rangsangan.

2. Bilangan reseptor Bahagian kulit yang banyak bilangan reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan. Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang berlainan pada tubuh manusia Leher, pipi dan hujung jari. Bahagian ini mempunyai epidermis yang nipis serta reseptor yang banyak, yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan.
Tapak tangan (palm). Bahagian ini mempunyai banyak reseptor

yang sensitif kepada rangsangan sejuk dan panas.


Tapak kaki dan siku (soles and elbows) adalah kurang sensitif

terhadap sentuhan kerana ia mempunyai epidermis yang tebal serta bilangan reseptor yang sedikit. Kegunaan kepekaan kulit dalam kehidupan seharian: Tempat suntikan pada badan. Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini adalah kerana bahagian kulit ini mempunyai epidermis yang tebal. Jadi, pesakit akan kurang merasa kesakitan apabila disuntik.
Membaca'Braille'.

Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf dan membaca Braille. Ini adalah kerana bahagian hujung jari mempunyai epidermis yang nipis serta banyak reseptor, yang sensitif terhadap rangsangan mana-mana sentuhan.

1.3 Deria Bau Deria bau (sense of smell) adalah deria yang boleh mengesan rangsangan (stimuli) yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam (pungent chemicals). Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung (nose). Struktur hidung manusia: 1. Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium (epithelium tissue).

2. Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria (sensory cells) yang dikenali sebagai sel-sel penghidu (olfactory cells). 3. Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus (mucus) yang dirembeskan oleh sel-sel kelenjar. 4. Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung) yang mempunyai bulu untuk menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.

Struktur dan fungsi hidung manusia. Proses mengesan bau oleh hidung: 1. Bau dalam bentuk molekul kimia yang disedut ke dalam rongga hidung (rongga nasal) akan larut dalam mukus dan merangsang sel-sel deria. 2. Sel-sel deria yang dirangsang akan menghasilkan impuls. Impuls (impulse) adalah isyarat maklumat yang bergerak pantas di sepanjang saraf. 3. mpuls yang dirangsang akan dihantar ke otak. Otak akan mentafsir impuls tersebut sebagai bau. 4. Sel-sel deria boleh mengesan bau seperti bau bunga (floral scent), bau busuk (foul odour), bau dibakar (burnt smell) dan aroma makanan (food aroma) yang diangkut melalui udara kedalam hidung.

Kepekaan (sensitivity) hidung kepada rangsangan adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut: Kekuatan bau. Bau yang lebih kuat akan lebih mudah dikesan oleh hidung berbanding dengan bau yang lebih lemah. Jika sel-sel deria dirangsang oleh bau yang kuat, bau-bau yang lain (yang lebih lemah baunya) tidak akan dikesan pada masa yang sama. Kehadiran mukus dalam hidung. Mukus yang banyak akan mengurangkan kepekaan hidung kerana kurang bahan-bahan kimia yang merangsang sel-sel deria. Sebaliknya, ketiadaan mukus menyebabkan rongga hidung kering dan menyebabkan bau tidak dapat dikesan dengan betul. Semasa selsema, sel-sel deria dilitupi dengan mukus yang banyak. Ianya menghalang sel-sel deria daripada dirangsang oleh bahan kimia. Oleh itu, orang yang menghidap selsema mempunyai kecekapan hidung yang kurang. 1.4 Deria Rasa Deria rasa (sense of taste) adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia berperisa (flavoured chemicals). Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia / bahan berperisa. Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut.

Kawasan rasa lidah manusia. Lidah membolehkan kita untuk mengesan rasa manis (sweet), masin (salty), masam (sour) dan pahit (bitter). Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa (taste buds). Tunas rasa ini menyebabkan permukaan lidah kasar dan menggerutu (spotty). Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh mengesan rasa sesuatu bahan. Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap SATU jenis rasa tertentu sahaja. Lidah manusia mempunyai empat kawasan / bahagian, yang mana masing-masing sensitif terhadap rangsangan rasa tertentu sahaja. Sebagai contoh, bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap rasa manis dan masin, bahagian belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa pahit, manakala bahagian sisi lidah lebih sensitif terhadap rasa masam.

Proses mengesan rasa oleh lidah manusia: 1. Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam bentuk cecair (liquid form). 2. Apabila makanan dimakan, air liur (saliva) dirembeskan di dalam mulut untuk melarutkan makanan. 3. Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang tunas rasa (taste buds) untuk mencetuskan impuls.

4. Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk ditafsirkan sebagai rasa. 5. Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat jenis rasa (tastes). Hubungan antara deria bau (sense of smell) dan deria rasa (sense of taste): Rongga hidung dan rongga mulut adalah bersambung. Jadi, deria rasa dan deria bau adalah saling berkaitan. Apabila seseorang menghidap selsema, selera makannya akan berkurang kerana hidungnya tersumbat dengan lendir / mukus (mucus). Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau kurang dirangsang oleh bau makanan. Oleh itu, selera makan seseorang penghidap selesema itu akan berkurangan.

1.5 Deria Pendengaran Deria pendengaran (sense of hearing) adalah deria yang boleh mengesan sumber bunyi yang dihasilkan oleh objek bergetar. Deria keseimbangan adalah deria yang bertanggungjawab untuk mengawal keseimbangan (equilibrium) apabila badan bergerak. Telinga (ear) adalah organ pendengaran manusia. Manusia mempunyai dua telinga yang terletak di sisi kepala.

Struktur dan fungsi telinga manusia. Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam. Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala telinga dalam dipenuhi dengan cecair. Fungsi bahagian-bahagian telinga adalah seperti berikut:

Bahagian Telinga luar: Cuping telinga (Pinna) Salur telinga (Ear canal) Gegendang telinga (Eardrum) Telinga tengah: Osikel (Ossicles)

Struktur / Ciri-ciri Berbentuk corong dan terdiri daripada tulang rawan.

Fungsi Mengumpul dan mengarahkan gelombang bunyi ke dalam telinga. Tiub sempit yang Menghantar gelombang menghala ke arah bunyi ke gegendang gegendang telinga. telinga. Membran nipis yang Bergetar dan memisahkan bahagian menghantar gelombang telinga luar daripada bunyi ke osikel. telinga tengah. Terdiri daripada tiga Mempertingkatkan tulang kecil: getaran gelombang bunyi sebanyak 22 kali Tukul (Hammer): sebelum menghantar ke Menyentuh gegendang tingkap bujur. telinga. Andas (Anvil): Menyambungkan tulang tukul kepada tulang rakap. Rakap (Stirrup): Melekat pada tingkap bujur.

Tiub Eustachia (Eustachian tube)

Tiub sempit yang Mengimbangi tekanan menyambungkan udara di kedua-dua bahagian telinga tengah belah gegendang ke tekak. telinga. Tingkap bujur Membran nipis yang Menghantar getaran (Oval window) berbentuk bujur antara bunyi dari bahagian telinga tengah dan telinga tengah ke telinga dalam. telinga dalam. Telinga dalam: Tiub bergelung yang Mengubah getaran penuh dengan cecair. bunyi kepada impuls. Koklea Dinding dalamnya (Cochlea) mempunyai hujung saraf yang sensitif terhadap getaran gelombang bunyi. Salur separuh bulat Tiga saluran yangMengimbangi (Semicircular canals) terletak pada sudutkedudukan badan.

kanan di antara satu sama lain. Mempunyai kantung kecil yang dipenuhi dengan cecair dan hujung saraf yang sensitif terhadap keseimbangan fizikal badan. Saraf auditori Sekumpulan saraf yangMenghantar impuls dari (Auditory nerves) menyambungkan sel-selkoklea ke otak untuk deria ke otak. ditafsirkan sebagai bunyi. Tiub Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian telinga yang tidak terlibat dalam pendengaran. Tiub Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua belah gegendang telinga. Salur separuh bulat : Mengawal keseimbangan badan (body equilibrium). Terdiri daripada tiga tiub yang diisi dengan sejenis cecair yang dipanggil 'endolymph'. Pergerakan kepala akan mempengaruhi keadaan endolymph. Pergerakan endolymph akan merangsang sel-sel deria untuk mengeluarkan impuls. Impuls tersebut akan dihantar ke otak untuk mengesan kedudukan dan arah pergerakan kepala. Mekanisme pendengaran telinga 1. Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk gelombang (waves). 2. Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus kepada salur telinga. 3. Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang telinga. 4. Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi. 5. Getaran gelombang bunyi digandakan/dipergiatkan/dipertingkatkan (intensified) sebanyak 22 kali oleh osikel. 6. Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea melalui tingkap bujur.

7. Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea untuk bergetar dan merangsang sel-sel saraf di dalam koklea. 8. Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair kepada impuls. 9. Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk ditafsirkan sebagai bunyi. 1.6 Deria Penglihatan

Struktur dan fungsi mata manusia: Deria penglihatan adalah deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya (light stimulus). Mata (eye) adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia. Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak (skull). Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol.

Kedudukan mata dalam soket tengkorak. Struktur mata manusia:


Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan

paling luar), koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam). Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan sendirinya. Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata (tear gland).

Keratan rentas mata manusia.

Pandangan hadapan mata.

Fungsi setiap bahagian mata. Bahagian Sklera (sclera) Kornea (cornea) Struktur/Ciri-ciri Lapisan putih yang kuat. Membran lut cahaya (translucent) sklera, pada bahagian depan mata. Lapisan gelap yang mempunyai banyak kapilari darah

Fungsi Memegang bentuk mata. Melindungi mata. Membenarkan cahaya masuk ke dalam mata. Memfokus cahaya pada retina. Membekal oksigen dan makanan kepada mata.

Koroid (choroid)

Konjunktiva (conjunctiva)

Menyerap dan mengelakkan pantulan cahaya di dalam mata. Lapisan epitelium pada Melindungi kornea. depan mata.

Iris

Lapisan berbentuk cakera (disc-shaped) pada depan mata.

Menentukan warna mata.

Anak mata (pupil) Kanta mata (lens) Otot silia (ciliary muscle) Ligamen gantung (supportive ligament) Gelemaca (vitreous humour)

Mengawal saiz pupil dan jumlah cahaya yang memasuki mata. Bukaan kecil pada Membenarkan cahaya depan mata. memasuki mata. Kanta cembung yang Membias dan menfokus cahaya lut sinar dan elastik. pada retina. Otot yang membentang Mengubah ketebalan kanta dari koroid. apabila jarak fokus kanta berubah. Satu struktur yang Menyokong dan memegang terbentuk daripada kanta pada tempatnya. gentian kolagen. Bahan seperti jeli yang Mengekalkan bentuk mengisi ruang di dalam mata. biji mata. Menyerakkan dan memfokus imej pada retina.

Gelemair (aqueous humour) Retina

Cecair tidak berwarna yang mengisi ruang di bahagian hadapan kanta mata. Lapisan sel yang peka kepada cahaya.

Bertindak sebagai penyerap getaran pada mata. Membias dan memfokus cahaya yang memasuki mata.

Mengesan rangsangan cahaya dan menukarkannya kepada impuls.

(a) Bintik kuning (yellow spot)

Titik bertentangan dengan pupil dan kaya dengan reseptor peka cahaya.

Kawasan mata yang paling peka terhadap cahaya. Imej objek yang dilihat difokus disini.

(b) Bintik buta (blind spot)

Titik melalui saraf optik, yang keluar dari retina, dan tidak mempunyai sel yang peka kepada cahaya.

Kawasan mata yang tidak peka terhadap cahaya.

Saraf nerve)

optik

Imej objek yang terbentuk di sini tidak dapat dikesan. (optic Sekumpulan saraf yangMenghantar impuls dari retina menghubungkan retinake otak untuk ditafsirkan. ke otak.

You might also like