You are on page 1of 20

Berita Arkib Negara Malaysia ISSN 2180-3323 BIL. 2/2011(April-Jun) www.arkib.gov.

my

ARKIB NEGARA MALAYSIA CAWANGAN PAHANG DIRASMIKAN


Shahida Mohamad Salleh

MENARIK DI DALAM

KDYMM Sultan Pahang lawat gerai buku ANM ...Ms 19

KDYMM Sultan Pahang, DYMM Sultanah Pahang dan dif-dif kehormat di Majlis Perasmian Bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang pada 23 Jun 2011.

Bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang (ANMCP) yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang telah disempurnakan perasmiannya oleh KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta in Billah Ibni AlMarhum Sultan Abu Bakar Ri ayatuddin Al Mu adzam Shah pada 23 Jun 2011. Turut berangkat ke majlis tersebut DYMM Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom; KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta in Billah dan kerabat Diraja yang lain. Keberangkatan tiba KDYMM Sultan Pahang dan rombongan Diraja disambut oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato Seri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim dan Ketua Pengarah ANM, YBhg Dr Hajah Samsiah Muhamad. Bangunan yang menelan belanja RM 25.2 juta dan berkeluasan 80,000 kaki persegi ini merupakan bangunan arkib cawangan negeri yang ketiga bagi Arkib Negara

Malaysia (ANM) yang dibina selepas ANM Cawangan Negeri Kedah dan ANM Cawangan Negeri Sabah. Hasrat penubuhan dan pembinaan ANMCP ini telah disuarakan oleh KDYMM Sultan Pahang pada 22 Oktober 1995 kepada Ketua Pengarah ANM, Datuk Zakiah Hanum Haji Abdul Hamid ketika Baginda berangkat mencemar duli merasmikan Pameran Bergerak Warisan Warkah Melayu di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Ops Sirih Pulang Ke Gagang ...Ms 4

Aktiviti Pameran dan Arkib Pendidikan ...Ms 16 & 17

Bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang.

...bersambung ke mukasurat 3

Transformasi dan Pemantapan Profesion Kearkiban ...Ms 10 Berita Arkib Negara Malaysia | 1

PERUTUSAN KETUA PENGARAH

WAKTU LAWATAN
ARKIB NEGARA MALAYSIA, JALAN DUTA, 50568 KUALA LUMPUR Tel : 03-6209 0600 Faks : 03-6201 5679 WAKTU RUJUKAN DI DEWAN PENYELIDIKAN Hari Isnin dan Jumaat Selasa hingga Khamis Sabtu, Ahad & Cuti Umum Masa 9.00 pagi - 5.00 petang 9.00 pagi - 6.00 petang Tutup

uku tahun kedua tahun 2011 merupakan bulan yang paling sibuk kepada Jabatan ini memandangkan pelbagai program telah dilaksanakan samada di peringkat negara mahupun antarabangsa. Saya sekali lagi memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kudrat dan kerjasama semua pegawai dan kakitangan Arkib Negara Malaysia, program dan aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan.

MEMORIAL, GALERIA DAN PUSTAKA

Peranan Arkib Negara Malaysia semakin penting apabila bidang pengurusan rekod telah diterima sebagai salah satu elemen penting dalam pemberian penarafan bintang (star rating) oleh MAMPU. Ini menunjukkan betapa pentingnya pengurusan rekod kepada sesebuah organisasi khususnya perkhidmatan awam. Dengan langkah ini, sudah semestinya semua pejabat awam akan memperbaiki dan mengamalkan pengurusan rekod yang baik dan sistematik. Seluruh warga Arkib harus berbangga kerana Jabatan ini telah diiktiraf sebagai Rakan Integriti oleh Institut Integriti Malaysia pada 5 Mei 2001. Lebih membanggakan, Arkib Negara Malaysia merupakan agensi pertama di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang menerima pengiktirafan ini. Arkib Negara Malaysia sekali lagi mencipta nama di persada antarabangsa kerana diberi kepercayaan menjadi tuan rumah 15th SEAPAVAA Conference And General Assembly pada 6-10 Jun 2011 di bangunan Pusat Pendokumentasian dan Pemeliharaan Audiovisual Negara (PPPAV). Ini membuktikan Jabatan ini sekali lagi mampu menguruskan persidangan di peringkat antarabangsa. Sejumlah besar rekod-rekod penting berkenaan Negeri Pahang juga telah dipindahkan dari Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu ke Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang pada 30 April 2011 melalui Operasi Sirih Pulang Ke Gagang . Dengan pemindahan ini, para penyelidik di negeri Pahang tidak perlu lagi ke Kuala Terengganu untuk mengakses rekodrekod berkenaan negeri Pahang. Aspek keselamatan dan pemindahan yang dilaksanakan juga boleh dijadikan penanda aras dalam pengurusan pemindahan rekod dan wajar diberikan pujian. Sejarah juga telah dicipta apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang telah berangkat merasmikan bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang pada 23 Jun 2011. Pada Majlis ini, KDYMM Tuanku dan DYMM Sultanah telah mencemar duli melawat ke bangunan cawangan negeri yang ketiga bagi Arkib Negara yang menempatkan 122,518 bahan berkaitan negeri Pahang. Dalam hal ini, kejayaan demi kejayaan tidak dapat dicapai tanpa komitmen semua pegawai dan kakitangan Arkib Negara Malaysia. Saya amat menitikberatkan sikap dan tanggungjawab setiap pegawai dan kakitangan di Jabatan ini dalam melaksanakan program dan aktiviti yang dirancang dengan lebih kreatif dan bersikap positif supaya imej Arkib Negara Malaysia terus cemerlang di negara dan persada antarabangsa. Sekian, wassalam dan selamat maju jaya. DR HAJAH SAMSIAH MUHAMAD

MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, JALAN DATO ONN 50T80 KUALA LUMPUR Tel : 03-26937740 Faks : 03-26937335 MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK, SRI TAMAN, JALAN PERDANA, 50480 KUALA LUMPUR. Tel :03-26937740 Faks : 03-26937335 MEMORIAL TUN HUSSEIN ONN JALAN DATO ONN, 50480 KUALA LUMPUR Tel : 03-20315540 Faks : 03-20708364 GALERIA SRI PERDANA JALAN TERENGGANU, OFF JALAN DAMANSARA 50490 KUALA LUMPUR Tel : 03-20720032 Faks : 03-20720035 RUMAH MERDEKA JALAN PUTRA 05100 ALOR SETAR, KEDAH Tel. : 04-7204205 Faks : 04-7340235 RUMAH KELAHIRAN P. RAMLEE,LOT 2180, JALAN P. RAMLEE 10460 PULAU PINANG Tel : 04-2817484 Faks : 04-2637210 PUSTAKA PERINGATAN P. RAMLEE NO. 22, JALAN DEDAP, TAMAN P.RAMLEE, SETAPAK 53100 KUALA LUMPUR Tel : 03-40231131 Faks : 03-40248632 PUSTAKA PERKHIDMATAN AWAM JALAN CENDERAWASIH, 50480 KUALA LUMPUR. Tel : 03-26945284 Faks : 03-26945280 Hari Selasa hingga Khamis Jumaat Sabtu & Ahad Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah) Masa 10.00 pagi - 5.30 petang 10.00 pagi - 12.00 tgh 3.00 petang - 5.30 petang 10.00 pagi - 5.30 petang Tutup

RUMAH KELAHIRAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD NO. 18, LORONG KILANG AIS, TEPI JALAN PEGAWAI, SEBERANG PERAK, 05000 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN TEL : 04-7722319 FAX : 04-7340235 Hari Selasa hingga Khamis Jumaat Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah) Masa 10.00 pagi - 5.30 petang 10.00 pagi - 12.00 tgh 3.00 petang - 5.30 petang Tutup

MEMORIAL TUN GHAFAR BABA LOT 163, PERSIARAN TUN ABDUL GHARA BABA PERINGGIT 75450 MELAKA TEL : 06-2844593 FAKS : 06-2829730 MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN JALAN PARAMESWARA, 75000 BANDAR HILIR, MELAKA TEL : 06-2841231 FAKS : 06-2829730 Hari Selasa hingga Khamis Jumaat Sabtu & Ahad Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah) Masa 9.00 pagi - 6.00 petang 9.00 pagi - 12.00 tgh 3.00 petang - 6.00 petang 9.00 pagi - 6.00 petang Tutup

Masuk adalah percuma

Puspawangsa ialah dua perkataan Melayu yang berasal dari bahasa Sanskrit yang sangat popular digunakan dalam kesusasteraan Melayu lama. Puspa membawa dua erti berlainan iaitu bunga dan mahkota. Perkataan wangsa pula bermaksud bangsa, kaum, masyarakat atau keluarga. Perkataan Puspawangsa kepada Jabatan Arkib Negara Malaysia merupakan istilah keramat dan ikon kepada fungsi Jabatan. Bersesuaian dengan maksud perkataan puspawangsa dan falsafahnya, ianya boleh dirujuk sebagai bunga mahupun mahkota kepada bangsa. Perkataan puspawangsa juga digunakan sebagai tajuk lagu rasmi jabatan ini.

Sidang Redaksi
Penasihat
YBrs Pn Hajah Daresah Haji Ismail

Pihak Sidang Redaksi mengalu-alukan sebarang bentuk artikel/cadangan/komen dari seluruh warga Arkib. Sila e-mel kepada berita@arkib.gov.my Pengarang
Puan Roseline Mapong Sabai Puan Nor Kamisah Yusoff Encik Nurul Azizi Shafie Puan Suzana Md. Isa Puan Shuzlina Mat Amin Cik Shahida Mohamad Salleh Encik Mohd Syazwan Md Raus Puan Frances Muna Empari Cik Norazrina Mohd Zin Cik Norazwa Samsudin

Rekabentuk dan Susun Atur


Puan Siti Kamaliah Madil

Ketua Pengarang
Puan Nor Zahriah Md Razally

Jurufoto
Encik Hasnan Boslam

2|

Berita Arkib Negara Malaysia

KDYMM Sultan Haji Ahmad Al-Musta in Billah menandatangani plak di Majlis Perasmian Bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang.

KDYMM Sultan Haji Ahmad Al-Musta in Billah dan DYMM Sultanah Hajjah Kalsom sedang melihat rekod Negeri Pahang. Turut sama Menteri Besar Pahang, YAB Dato Seri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob.

...dari mukasurat 1

Kerja-kerja pembinaan bangunan ANMCP telah dimulakan pada 18 Disember 2007 dan siap sepenuhnya pada 25 Ogos 2010. Konsep bangunan ini melambangkan identiti kebangsaan dengan mengadaptasikan corak budaya negeri Pahang. Bangunan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan teknologi terkini meliputi ruang penyimpanan, pemeliharaan, pemuliharaan, penyelidikan,

auditorium serta ruang pameran mula beroperasi pada 3 Januari 2011. Pada 30 April 2011, ANM telah memindahkan semula rekod kerajaan negeri Pahang (122,518 fail) yang berada dalam simpanan ANM Cawangan Terengganu sejak 1978 ke bangunan baru ini dalam satu operasi pemindahan yang dikenali sebagai Operasi Sirih Pulang ke Gagang .

Pada majlis tersebut, KDYMM Sultan Pahang dan rombongan berkenan berangkat melawat ruang simpanan rekod dan dewan penyelidikan disamping melawat gerai jualan buku, menyaksikan pameran Berdatang Sembah dan melancarkan buku Panduan Sumber Bahan-Bahan Sejarah Negeri Pahang.

KDYMM Sultan Haji Ahmad Al-Musta in Billah menandatangani Buku Pelawat di Majlis Perasmian Bangunan Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang sambil diperhatikan DYMM Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom. Turut kelihatan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim.

Berita Arkib Negara Malaysia |

OPS SIRIH PULANG KE GAGANG

Usdi Abdullah

kerja-kerja pembungkusan telah dijalankan dan ia memakan masa selama 4 hari bermula pada 25 April 2011 hingga 28 April 2011. Kerja-kerja memuat naik rekod-rekod ke dalam kenderaan telah dilaksanakan pada 29 April 2011 setelah lori-lori tersebut menjalani tapisan keselamatan oleh Unit Bom PDRM, Terengganu. Bagi menjamin keselamatan rekod, lori-lori muatan rekod tersebut kemudiannya disimpan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, Kuala Terengganu. Pada hari 30 April 2011, bermula seawal jam 8.30 pagi, semua anggota petugas operasi telah bersiap sedia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk sesi taklimat keselamatan oleh PDRM sebelum memulakan perjalanan. Tepat jam 10.00 pagi, konvoi rekod yang terdiri daripada tujuh buah lori, diiringi oleh pegawai dan anggota polis dengan menggunakan 3 buah motosikal trafik, 2 buah kereta peronda dan sebuah MPV mula bergerak menuju Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang. Konvoi ini turut disertai oleh kenderaan pegawai Arkib Negara Malaysia, Pejabat Ketua Keselamatan Kuala Terengganu dan RTM Pahang. Bagi memastikan keselamatan rekod, pihak PDRM yang menamakan operasi ini sebagai Ops Arkib telah menetapkan agar konvoi rekod ini bergerak tanpa henti dari Kuala Terengganu ke Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Bagi menjamin kelancaran perjalanan pula, khidmat anggota polis daerah-daerah digunakan di sepanjang laluan Kuala Terengganu - Kemaman. Pada jam 12.40 tengah hari, konvoi ini selamat melintasi sempadan Terengganu/Pahang. Operasi mengiringi konvoi ini seterusnya diambil alih oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sehingga tiba di perkarangan bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang pada jam 1.15 petang. Ketibaannya disambut oleh YBrs Dr Hajah Samsiah Muhamad, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia; Encik Ahmad Sukri Abdul Kadir, Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang serta pegawai dan kakitangannya.

Encik Azemi Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Arkib Negara Malaysia (kanan) sedang menyampaikan taklimat kepada para pegawai yang terlibat dalam Ops Sirih Pulang ke Gagang pada 30 April 2011 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

Para pekerja sedang memindahkan rekod-rekod berkenaan Negeri Pahang yang disimpan di Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu ke Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang.

Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang yang memulakan operasi pada 3 Januari 2011 telah menerima kembali 122,518 fail berkaitan negeri Pahang yang disimpan di Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu dalam operasi khas yang dinamakan Operasi Sirih Pulang Ke Gagang. Operasi yang diilhamkan oleh Allahyarham Tuan Haji Abu Rahman

Ahmad, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelarasan ini dilaksanakan di bawah pemantauan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan), Encik Azemi Abdul Aziz. Operasi ini bermula di Wisma Seri Amar, iaitu Pusat Rekod bagi Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu/Pahang. Di sini,

Lori-lori yang membawa rekod-rekod berkenaan Negeri Pahang bergerak menuju ke Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang.

YBrs Dr Hajah Samsiah Mohamad, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia( kanan) melihat rekod-rekod yang dipindahkan dari Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu ke Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang.

4|

Berita Arkib Negara Malaysia

15TH SEAPAVAA CONFERENCE AND GENERAL ASSEMBLY


Nor Kamisah Yusoff

YB Senator Datuk Maglin Dennis D Cruz, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyampaikan ucapan perasmiannya. Duduk di kiri YBrs Dr Hajah Samsiah Muhamad, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia dan di kanan, Tuenjai Sinthuvnik, Presiden SEAPAVAA.

15th SEAPAVAA Conference and General Assembly telah diadakan dari 6 hingga 10 Jun 2011 di Pusat Pendokumentasian dan Pemeliharaan Audiovisual Negara (PPPAV), Arkib Negara Malaysia (ANM), Jalan Duta, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Maglin Dennis D Cruz, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada 6 Jun 2011. Seramai 120 orang peserta telah menghadiri persidangan ini, iaitu 55 orang peserta dari luar negara manakala selebihnya adalah peserta dalam negara termasuk para pegawai Arkib Negara Malaysia. Persidangan ini bersempena Hari Arkib Antarabangsa yang jatuh pada 9 Jun setiap tahun. Persidangan yang bertemakan Audiovisual Archives Management ini dimulakan dengan ucapan dasar oleh Kurt Deggeller yang bertajuk Audiovisual Archives and International Organisations: the Benefits of Networking . SEAPAVAA

merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang aktif serta menjadi pelopor dan pemangkin kepada program dan aktiviti pengurusan dan pemeliharaan bahan audiovisual meliputi rantau AsiaPasifik yang telah beroperasi sejak tahun 1996. ANM merupakan antara ahli yang aktif dalam pertubuhan ini di mana beberapa orang Pegawai Arkib memegang jawatan utama dalam Executive Council (EC) pertubuhan ini. Penganjuran kali ini boleh dikatakan unik kerana buat pertama kalinya Mesyuarat Coordinating Council on Audiovisual Archives Associations (CCAAA) telah diadakan. Malah, mesyuarat ini merupakan yang julung kalinya diadakan di Asia dan di Malaysia. CCAAA adalah sebuah badan yang mengikat bersama 8 pertubuhan lain untuk membangunkan dasar dan standard pengurusan dan pemeliharaan rekod audiovisual serta mempertingkatkan profesionalisme Audiovisual Archivists di

seluruh dunia. Selain persidangan, para peserta turut dibawa melawat ke Bandar Bersejarah Melaka; Filem Negara Malaysia dan Jabatan Penyiaran (RTM); dan menyertai Archival Gem Screening Night; dan Bengkel Pendigitalan Bahan Audiovisual. Penganjuran 15th SEAPAVAA Conference and General Assembly ini bukan sahaja satu penghormatan kepada Malaysia malah ia juga menjadi medan kepada Arkib Negara Malaysia untuk memperkenalkan Pusat Pendokumentasian dan Pemeliharaan Audiovisual Negara (PPPAV) sebagai pusat pengurusan bahan audiovisual di negara ini kepada peserta dalam dan luar negara. 15th SEAPAVAA Conference and General Assembly ini juga berjaya menjadi forum perbincangan dan perkongsian kepakaran, pengetahuan, pengalaman serta meningkatkan jaringan kerjasama serantau dalam bidang pemeliharaan dan pemuliharaan bahan audiovisual di kalangan para peserta.

Antara sesi pembentangan kertas kerja yang diadakan sempena Persidangan SEAPAVAA Para peserta dibawa melawat ke konti Traxx FM di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 6-7 Jun 2011 di Auditorium PPPAV. Pembentang daripada Arkib Negara Malaysia, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Puan Azimah Md. Ali telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk National Legislation for AV Archives and Legal Deposits: Malaysian Experience dalam sesi tersebut.

Berita Arkib Negara Malaysia |

MESYUARAT KE-7 NEACH

Gowri PS Thangaya

Puan Gowri PS Thangaya ( duduk 7 dari kanan) bersama ahli delegasi Mesyuarat Ke-7 Networking Of East Asia Cultural Heritage (NEACH)

Mesyuarat Ke-7 Networking Of East Asia Cultural Heritage (NEACH) di Convention and Exhibition Center (COEX), Seoul, Republik Korea pada 30 Mei hingga 4 Jun 2011. Mesyuarat anjuran Cultural Heritage Administration of Korea ini dipengerusikan oleh Pengarah Conservation Science Center of the National Research Institute for Culture and Arts Korea dan telah dihadiri oleh 31 wakil dari setiap negara ASEAN serta wakil dari 3 rakan dialog ASEAN, iaitu Republik Sosialis Rakyat China, Republik Korea dan Jepun. Turut hadir adalah seorang wakil dari Sekretariat ASEAN di Jakarta. Puan Gowri PS Thangaya, Ketua Seksyen Hubungan Antarabangsa, Arkib Negara Malaysia selaku Ketua Delegasi telah menghadiri dan membentangkan kertas cadangan projek di mesyuarat ini. Beliau telah melaporkan mengenai

penganjuran Workshop on Recording and Documentation of Intangible Cultural Heritage oleh Jabatan Warisan Negara pada 5 8 Mac 2011 di samping membentangkan 2 kertas projek bagi tujuan memperolehi geran ASEAN Plus 3 Cultural Fund (APTCF). Kertas projek pertama dibentangkan untuk pembahasan semula bertajuk Clinic on Preservation of Photograph in ASEAN and Plus 3 Archives dicadang diadakan pada hujung tahun 2011 atau awal tahun 2012. Kertas projek kedua adalah cadangan baru untuk menganjurkan Workshop on ASEAN Plus 3 Emergency Response and Recovery Team for Records Phase 2: Standard Operating Procedures pada penghujung tahun 2012. Turut hadir mewakili negara adalah wakil dari Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia, Puan Chin Loy Jyoon dan wakil dari Bahagian Antarabangsa, Kementerian Penerangan Komunikasi dan

Kebudayaan Malaysia, Encik Mohd Yusri Firdaus Yaakub. Mesyuarat ini juga membincangkan deraf Working Plan on Enhancing ASEAN Plus 3 Cooperation in Culture bagi meningkatkan kerjasama antara negara ASEAN dalam bidang kebudayaan. Satu rundingan meja bulat turut diadakan bertujuan menerangkan fungsi UNESCO Category Two Centre kepada wakil-wakil negara ASEAN. Penyertaan Malaysia di mesyuarat ini adalah sebagai komitmen negara bagi mempertingkatkan imej dan kredibiliti Malaysia dalam kalangan Negara-negara ASEAN dan rakan dialog. Selain daripada itu, ianya dapat memberi peluang kepada Malaysia untuk berkongsi pandangan dan menyusun strategi bagi mencapai matlamat projek yang telah dikemukakan.

MISI PENYELIDIKAN DAN PENGESANAN BAHAN DI LUAR NEGARA DITERUSKAN


Nurul Azizi Shafie

London; School of Oriental and African Studies, University of London; dan Imperial War Museum, Lambeth Road, London. Sepanjang tempoh kajian ini, sejumlah 1,270 bahan berkaitan sejarah Malaysia telah berjaya dikesan dan dibuat semakan. Koleksi gambar banyak ditemui di Royal Geographical Society dan Imperial War Museum. Rekod-rekod di The National Archives merangkumi pelbagai perkara berkaitan Malaysia dan skopnya sangat luas. Projek kajian yang dijalankan kali ini menemukan banyak rekod mengenai Malaysia yang tinggi nilai penyelidikannya. Melalui rekod yang bakal diperoleh salinannya ini, penyelidik akan mempunyai peluang meneroka faktafakta baru yang belum diketahui sebelum ini untuk digunakan dalam penyelidikan dan kajian lanjut berhubung sejarah negara. Pengesanan bahan-bahan ini ternyata sangat berfaedah untuk kajian dan penyelidikan yang lebih komprehensif mengenai sejarah negara kita.

The National Archives, Kew, Richmond, Surrey, United Kingdom

Seramai 4 orang Pegawai Arkib telah ditugaskan untuk menjalankan Kajian Penyelidikan dan Pengesanan Bahan Mengenai Malaysia di institusi arkib/ penyelidikan di United Kingdom pada 1 hingga 28 Mei 2011 yang lalu. Pegawai yang terlibat ialah Puan Kamariah Ismail, Encik Zaidin Mohd Noor, Puan Wan Zainon Wan Awang dan Encik Nurul Azizi Shafie. Tujuan kajian penyelidikan ini dijalankan adalah bagi meneruskan 6|
Berita Arkib Negara Malaysia

kesinambungan kajian yang telah dibuat pada tahun sebelumnya memandangkan masih terdapat banyak lagi bahan mengenai Malaysia yang tersimpan di pelbagai institusi di United Kingdom. Institusi yang dilawati sepanjang tempoh kajian ini antaranya ialah The National Archives, Kew, Richmond; The British Library, St Pancras, London; Royal Geographical Society, Kensington Gore,

ARCHIVAL STUDIES COURSE DI HONG KONG

Jovina Eyang

Para peserta program telah berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman daripada tenaga pengajar yang berpetahuan luas dalam bidang kearkiban seperti Profesor Dr Trudy Peterson dari Amerika Syarikat, Profesor Dr Wendy Duff (Kanada), Dr Lee Sangmin (Korea Selatan), Encik John Macdonald, Dr Marion Hoy dan Encik Simon Chu. Seminar juga diadakan semasa program ini dijalankan. Disamping itu, para peserta turut berpeluang melawat Macau Historical Archives pada 11 Jun 2011 dan telah diberikan taklimat oleh Marie Imelda MACLEOD (Director of the Historical Archives of Macau) mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan dalam mengurus dan memelihara rekod. Pada 18 Jun 2011, para peserta melawat ke Government Records Service Hong Kong. Penyertaan dalam program ini telah memberi peluang kepada para peserta berkongsi maklumat, ilmu dan kemahiran selain menjalin hubungan yang erat dengan pakar-pakar dan rakan-rakan setugas dari seluruh dunia. Segala maklumat, ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang diperolehi di sepanjang kursus ini dapat digunakan dalam tugas seharian dalam usaha meningkatkan imej jabatan.

Puan Jovina Eyang (4 dari kiri) dan Puan Wan Zubaidah Wan Harun (3 dari kiri) bersama Ketua Penyelaras Kursus, Encik Lawrence Tham (4 dari kanan) dan Encik Simon Chu (5 dari kanan), tenaga pengajar dan peserta kursus Postgraduate In Archival Studies.

Postgraduate Certificate in Archival Studies Course yang bermula dari 30 Mei 2011 hingga 18 Jun 2011 di University of Hong Kong telah dihadiri oleh dua orang Pegawai Arkib, Arkib Negara Malaysia (ANM), iaitu Puan Jovina Eyang dari Seksyen Arkib Pandang Dengar dan Puan Wan Zubaidah Wan Harun dari Seksyen Perolehan. Ia merupakan kursus anjuran East Asian Regional Branch (EASTICA) dengan kerjasama School of Professional and Continuing Education, the University of Hong Kong (HKU SPACE). Kursus ini

turut dihadiri 17 orang peserta dari Korea Selatan, China, Macau, Filipina, Kanada, Hong Kong dan Mexico. Modul program ini disediakan khusus untuk para archivist dan mereka yang terlibat dalam pengurusan rekod dan ingin menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, meluaskan lagi penglibatan di peringkat antarabangsa serta mendapatkan pengiktirafan dalam bidang akademik terhadap profesion yang diceburi.

KURSUS BOOK BINDING DI COLORADO, USA


yang menggunakan teknik French yang lebih halus, komersial dan cepat, bermula dari proses penyediaan kertas hujungan sehinggalah kepada meninta tajuk buku. Peserta kursus telah diajar teknik memasang kertas hujungan (end paper), teknik membina head band, cara menipiskan kulit dengan menggunakan paring knife, teknik menggunakan cord , kaedah menghasilkan buku Fine Binding yang halus dan teliti, teknik membuat rest band dan kulit buku. Teknik membina head band yang diajar agak sama dengan yang diguna pakai di ANM. Contohnya proses memasang kulit buku menggunakan waste paper hingga selesai pembentukan cord di belakang spine buku. Teknik membina head band yang diajar pula adalah berbeza dengan cara French kerana cara pembuatannya agak lebih kepada susunan benang yang bersilang dan bersauh seperti menjahit saddle. Cara French yang diajar ini menampakkan kekemasan dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan satu-satu head band buku.

Zamzurizaid Yazed

Paring Knife yang digunakan dalam membuat Fine Binding French memerlukan kekuatan tangan dan memakan masa yang lama, manakala penggunaan tali cord untuk menjahit buku pula membolehkan pembentukan rest band di bahagian spine yang lebih halus dan kemas, berbanding dengan cara lama yang menggunakan kulit tebal sahaja. Peserta juga diajar untuk menghasilkan buku Fine Binding yang halus di mana kesan lekuk-lekuk buku di kepala buku dan di ekor buku dapat dielakkan. Untuk membuat kulit buku yang cantik dan halus pula, bucu buku dikikis menggunakan kertas pasir dan membentuk curam. Apabila kulit telah siap, waste paper dibuang dan di bahagian hinges (dibuat kemudian) menjadi lembut, kulit buku boleh dibuka secara lembut dan senang. Berbanding dengan cara lama, bahagian hinges dijahit bersama isi kulit. Pendedahan dan pengalaman yang diperolehi sepanjang kursus ini dapat dikongsi bersama untuk menghasilkan teknik pemuliharaan buku yang betul, kemas dan halus yang diguna pakai di Arkib Negara Malaysia.

Encik Zamzurizaid Yazed (kiri) bersama tenaga pengajar dan juga para peserta Kursus Book Binding di Academy of Book Binding, Telluride, United State of America

Kursus Book Binding pada 16 hingga 30 Mei 2011 di American Academy of Bookbinding, Telluride, United State of America telah dihadiri oleh Encik Zamzurizaid Yazed, Pembantu Pemuliharaan, Seksyen Pemuliharaan dan Reprografi, Arkib Negara Malaysia (ANM). Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Mr. Don Glaister, Pengarah Akademik akademi tersebut dan telah dihadiri oleh 12 peserta dari seluruh dunia. Kursus ini memberikan tumpuan kepada proses penyediaan jilidan halus (Fine Binding)

Berita Arkib Negara Malaysia |

ARKIB-YAYASAN TERENGGANU TANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN JPR FUNGSIAN


Majlis menandatangani Jadual Pelupusan Rekod Fungsian (JPR) Yayasan Terengganu telah diadakan pada 13 Jun 2011 di Yayasan Terengganu, Kuala Terengganu. Perjanjian Persefahaman bagi kelulusan pemakaian JPR Fungsian Yayasan Terengganu ini telah dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Arkib Negara, YBrs Dr Hajah Samsiah Muhamad bersama Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs Tuan Haji Aziz bin Mamat. Yayasan Terengganu merupakan Jabatan yang pertama di negeri ini yang telah menyiapkan JPR fungsiannya, melalui bengkel yang diadakan pada 13 dan 14 Disember 2010 di Kuala Terengganu. JPR ini kemudiannya telah diperhalusi dan dibuat pengharmonian melalui mesyuarat pengharmonian yang telah diadakan di Ibu Pejabat Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur pada 1 Mac 2011 dan 30 Mac 2011. JPR Fungsian Yayasan Terengganu mempunyai 4 siri utama rekod iaitu Siri Pendidikan, Siri Tajaan, Siri Bayaran Balik Pinjaman serta Siri Projek dan Pelaburan. Manakala sub siri bagi Siri Pendidikan mengandungi sebanyak 4 sub siri, Siri Tajaan sebanyak 3 sub siri, Siri Bayaran Balik Pinjaman sebanyak 6 sub siri dan Siri Projek dan Pelaburan sebanyak 4 sub siri. Penyediaan JPR Fungsian ini adalah selaras dengan keperluan yang diperuntukkan di bawah seksyen 27(1) dan (3), Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] iaitu Ketua Pentadbir Pejabat Awam dikehendaki menyediakan JPR dalam bentuk yang ditetapkan bagi pelupusan rekod awam dan mengemukakan kepada Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia untuk kelulusannya. Penggunaan JPR Fungsian ini dapat

Suzana Md Isa

membantu Yayasan Terengganu mengambil tindakan pelupusan yang teratur, terancang, memenuhi keperluan perundangan, menjimatkan ruang simpanan dan kos. Ia juga mempercepatkan tempoh permohonan dan kelulusan pelupusan dari Arkib Negara Malaysia yang mana kebenaran pelupusan diberi dalam tempoh 14 hari bekerja. Penggunaan Jadual ini juga dapat memastikan rekod yang tidak bernilai dimusnahkan mengikut tempoh pengekalan yang dipersetujui, manakala rekod yang bernilai arkib iaitu yang bernilai kebangsaan atau sejarah yang kekal dan lama bertahan dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia untuk simpanan kekal dan menjadi khazanah warisan Negara serta boleh dirujuk oleh Jabatan pada masa akan datang.

PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN/ BUSINESS CONTINUITY MANAGEMENT


Norazrina Mohd Zin

ancaman dan risiko terhadap fungsi kritikal agensi dan impak ancaman dalam memastikan perkhidmatan sesuatu agensi atau organisasi tetap dapat diteruskan walaupun berlaku gangguan atau bencana. Pelaksanaan PKP di agensi-agensi sektor awam adalah penting bagi meminimumkan impak ke atas sistem penyampaian perkhidmatan agensi akibat dari gangguan atau bencana di samping memastikan kesinambungan dalam sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan. ANM telah tersenarai sebagai salah satu agensi barisan hadapan yang akan menghasilkan satu Pelan PKP menjelang tahun 2012. Agensi barisan hadapan merupakan agensi sektor awam yang berurusan secara terus dan menyediakan perkhidmatan kaunter kepada orang awam sebagai fungsi utama operasi agensi atau agensi sektor awam yang menyediakan perkhidmatan kecemasan, keselamatan atau penyelamat kepada orang awam; atau secara langsung memberi impak kepada kebajikan rakyat dan perpaduan negara. Satu dokumen Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan Agensi Sektor Awam telah disediakan oleh MAMPU untuk memaklumkan dasar pelaksanaan PKP dan menyediakan garis panduan dan program pelaksanaan PKP bagi agensi Sektor Awam melalui Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bil. MAMPU.BPICT.700-4/2/11(3) bertarikh 22 Januari 2010 dan boleh juga di akses melalui Portal Rasmi MAMPU di www.mampu.gov.my .

Puan Sophia binti Hashim, Timbalan Pengarah Bahagian Pematuhan ICT MAMPU sedang menyampaikan taklimat.

Taklimat Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP)/Business Continuity Management (BCM) Agensi Sektor Awam telah diadakan pada 15 April 2011 di Auditorium Arkib Negara Malaysia (ANM). Taklimat ini disampaikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pematuhan ICT MAMPU, Puan Sophia binti Hashim dan telah dihadiri oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan ANM, Ketuaketua Seksyen serta wakil dari setiap seksyen ANM dan wakil agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Sesi ini juga disiarkan 8|

secara langsung melalui Video Streaming khusus untuk tontonan Warga Arkib di ANM Cawangan Negeri. Sesi taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan (awareness) dan pemahaman aspek kesinambungan perkhidmatan dari segi perancangan, pembangunan pelanpelan kesinambungan perkhidmatan serta proses-proses latihan, pengujian, pengauditan dan penyelenggaraan. PKP/BCM merupakan satu proses pengurusan holistik yang mengenalpasti

Berita Arkib Negara Malaysia

PULAU BIDONG DIDOKUMENTASI

Tuan Haji Mohd Nasir Ismail

Piagam pendatang-pendatang Vietnam yang terdapat di Pulau Bidong.

A rkib Ne gara C awangan Te r e ng ganu (A NM C T ) t elah m e ngadak an p e ng gam baran m e nge nai Pulau Bid ong di L au t China S elat an s elama dua hari p ada 29 dan 30 Jun 2011 bagi t ujuan did ok um e nt a sik an dan s e t e r usnya dip elihara unt uk r ujuk an ge n e ra si ak an dat ang. Pe ng gam baran ini s angat m e nc a bar ke rana p e r muk a an pulau yang b e r s ejarah it u b e r bukit dan dip e nuhi s e mak s amun, d e mikian dinyat ak an ole h Pe ngarahnya, Tuan Haji M ohd Na sir Ismail. Gugus an Pulau Bid ong ini m e ngandungi 6 pulau dan ianya t ur u t dijadik an p e n e m p at an p elarian Vie t nam s elama le bih 15 t ahun b e r mula 1975 hing ga 1991. Pulau yang dimiliki ke raja an

Te r e ng ganu ini p e r nah dipinjamk an ke p ada ke raja an p e r s e ku t uan p ada O go s 1978 dan diwar t ak an s e bagai p e n e m pat an ke m p elarian di bawah s elia an dan p e ngur us an Pe sur uhjaya Ting gi Bagi O rang Pelarian Pe r t ubuhan Bang s a - bang s a B e r s at u (UNH CR) s e r t a Pe r s at uan Bulan S a bit M e rah M alaysia (PBSM). Pulau Bid ong dis e rah ke m bali ke p ada ke raja an n e ge ri s e telah kum pulan te rak hir p elarian Vie t nam keluar dari pulau it u pada 1991 dan ke mudiannya te r us dit u t up ke pada o rang ramai s e hing ga t ahun 1999. M e nur u t Tuan Haji M ohd Na sir pulau it u t idak b e r p e nghuni ham pir dua d e k ad dan kini hanya kelihat an sis a - sis a r unt uhan bina an s e p e r t i r umah p anjang , s e kolah, ke dai,

klinik dan b e ngkel. Bangunan us ang lain yang ma sih kelihat an ialah tokong , ge r eja, kubur di mana s e bahagian bina an konk rit s e p e r t i ukuran dan r e plik a pat ung kelihat an ma sih u t uh, namun kurang jela s ke rana dis elipu t i s e mak s amun yang m eliar. R ak aman yang dibuat ole h A NM C T ini m eliputi dari arah laut dan darat an yang curam s e r t a s e mak d e ngan t um buhan m eliar. Pe ng gam baran ini m elibat k an p e gawai- p e gawai dan k akit angan A NM C T dan Ja bat an Pe rik anan Ne ge ri Te r e ng ganu. R ak aman ini s e bagai s at u us aha unt uk m e ngum pul kole k si bahan arkib s e b elum ak t ivit i p e m bangunan dilak s anak an di k awa s an b e rke na an.

Sebahagian binaan konkrit yang terdapat di Pulau Bidong.

Antara tinggalan yang terdapat di Pulau Bidong.

Berita Arkib Negara Malaysia |

TRANSFORMASI DAN PEMANTAPAN PROFESION KEARKIBAN - MISI TKP (PERANCANGAN)


Nurul Azizi Shafie Suzana Md. Isa

Sesi wawancara bersama Encik Azemi Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan).

Encik Azemi Abdul Aziz

Warga kerja Arkib Negara Malaysia perlu sentiasa berasa bangga terhadap profesion kearkiban dan tidak seharusnya malu atau rendah diri. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan), YBrs Encik Azemi bin Abdul Aziz, yang telah dilantik pada 11 April 2011 tanggapan masyarakat terhadap Arkib Negara sebagai tempat menyimpaan rekod-rekod buruk atau barang-barang lama perlu diubah oleh warga Arkib Negara itu sendiri. Ini kerana rekod atau dokumen yang tersimpan di Arkib Negara amat tinggi nilai sejarah dan penyelidikannya serta merupakan warisan negara yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Hanya Arkib Negara Malaysia sahaja yang mempunyai keupayaan dan mandat untuk menjaga dan memelihara rekod-rekod rasmi kerajaan yang mendokumentasikan keputusan dan rentetan peristiwa yang berlaku di dalam negara ini sejak sebelum merdeka lagi. Kemuliaan tugas dan tanggungjawab inilah yang perlu dibanggakan oleh seluruh warga kerja Arkib Negara dan dihebahkan kepada masyarakat. Bidang kearkiban perlu melalui proses pemantapan dan perubahan supaya kekal relevan. Sebagai usaha untuk memantapkan profesionalisma dan transformasi budaya kerja dalam kalangan Pegawai Arkib, satu seminar telah diadakan pada 25 hingga 28 Mac 2011 yang lalu di The Legend Resort, Cherating, Pahang. Menurut Encik Azemi, blue print yang dihasilkan semasa seminar tersebut hanyalah merupakan lontaran idea awal yang perlu diperhalusi semula. Keutamaan kepada perkara-perkara yang dinyatakan di dalam blue print tersebut akan ditentukan mengikut pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang. Penentuan keutamaan ini adalah sangat penting dan perlu selaras dengan pelan-pelan strategik lain yang telah dirangka sebelum ini. Menjawab 10 | persoalan
Berita Arkib Negara Malaysia

pembangunan modal insan di Arkib Negara, beliau menjelaskan terdapat dua aspek latihan yang perlu dititikberatkan. Pertamanya ialah latihan profesional yang menjurus kepada perkara-perkara ikhtisas bidang kearkiban dan yang kedua ialah latihan softskills yang bertujuan melahirkan warga arkib yang mempunyai kemahiran tambahan seperti kemahiran bahasa, kemahiran membuat keputusan, perundingan dan sebagainya. Beliau mengharapkan agar setiap penyelia dapat memberikan kepercayaan kepada pegawai atau kakitangan yang diselia untuk berkongsi ilmu yang dipelajari semasa berkursus dengan rakan-rakan yang lain. Isu kepercayaan juga perlu dalam melaksanakan tugas-tugas seharian demi memantapkan profesyen kearkiban. Pegawai penyelia perlu memberi peluang dan kebebasan kepada pegawai yang diselia untuk melaksanakan tugas yang diarahkan mengikut cara mereka sendiri bukan dengan cara yang ditentukan oleh penyelia. Ini dapat meningkatkan kreativiti pegawai dalam menyempurnakan tugasan yang diberi. Walau pun mungkin berlaku kesilapan dalam tugasan itu, sekurang-kurangnya mereka boleh belajar dari kesilapan tersebut. Ditanya mengenai perasmian bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang dan signifikannya dalam memartabatkan profesion kearkiban, Encik Azemi menjelaskan, perasmian tersebut membuka lembaran baru dalam perkembangan Arkib Negara sebagai sebuah jabatan yang penting. Dengan adanya bangunan tersebut, rekod-rekod rasmi Kerajaan Negeri Pahang tidak perlu lagi ditumpangkan di Cawangan Terengganu. Ini juga akan memudahkan penyelidik dan pengkaji sejarah di negeri Pahang untuk menjalankan penyelidikan tanpa perlu berkunjung ke Arkib Negara Cawangan Terengganu yang jauh jarak perjalanannya. Rekod-rekod rasmi negeri Pahang di

Terengganu telah dipindahkan melalui Operasi Sirih Pulang Ke Gagang pada 30 April 2011 yang lalu. Operasi ini menurut beliau telah berjaya memberi pandangan yang berbeza kepada orang ramai terhadap ketinggian nilai bahan-bahan yang disimpan oleh Arkib Negara Malaysia. Tujuh buah lori yang memuatkan 122,518 fail rasmi Kerajaan Negeri Pahang telah diiringi oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan bahan arkib tersebut terpelihara sepanjang operasi pemindahan dilakukan. Dalam perkembangan lain mengenai peranan Arkib Negara dalam memelihara rekod elektonik, beliau menjelaskan bahawa projek Electronic Record Management System (ERMS) akan diteruskan oleh jabatan. Ini bagi memastikan Arkib Negara bergerak seiring dengan transformasi kerajaan ke arah pembentukan kerajaan elektronik dan kekal relevan dengan perubahan teknologi yang berlaku dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan. Rekod-rekod rasmi kerajaan yang diwujudkan dalam persekitaran elektronik perlu ditangani dengan baik agar dapat dijadikan rujukan oleh generasi akan datang. Arkib Negara Malaysia akan sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi utama yang lain seperti MAMPU bagi memastikan pelaksanaan projek ini berjalan dengan lancar. Sebagai menutup perbualan, Encik Azemi mengharapkan agar warga kerja Arkib Negara Malaysia sentiasa bersedia untuk menerima perubahan kerana kita sedang berada pada zaman transformasi. Ini penting bagi memastikan jabatan sentiasa relevan kepada keadaan semasa dan akan datang. Beliau juga berpesan agar warga kerja Arkib Negara menyemarakkan semangat bekerja sebagai satu pasukan bagi memartabatkan nama jabatan. Sikap mementingkan diri dan pencapaian secara individu haruslah dijauhkan bagi memastikan kejayaan jabatan secara keseluruhannya tercapai.

mengenai

DALAM INGATAN
TUAN HAJI ABU RAHMAN PEMERGIANMU DIRASAI Nurul Azizi Shafie
di Hospital Kuala Lumpur pada usia 58 tahun akibat kesukaran untuk bernafas. Allahyarham meninggalkan seorang balu, tiga orang anak dan ribuan sahabat handai. Allahyarham dilahirkan pada 30 November 1953 di Muar, Johor. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Puan Hajah Daresah Ismail pada 25 April 1981 dan dianugerahkan tiga cahaya mata. Beliau telah mencurahkan bakti selama lebih daripada 30 tahun di Arkib Negara Malaysia dan merupakan salah seorang arkivis yang mempunyai kepakaran dalam bidang pentadbiran arkib dan pengurusan rekod. Terlalu sukar untuk menerima hakikat bahawa Tuan Haji Abu Rahman telah pergi menghadap Ilahi. Tambahan pula kehilangannya berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang penyakit yang kronik. Seminar Pemantapan Profesionalisme, Transformasi Budaya Kerja dan Pemikiran Pegawai Arkib 2011 yang berlangsung pada 25 hingga 28 Mac 2011 di Cherating menjadi antara kenangan terakhir pegawai-pegawai arkib bersama beliau. Detik bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara pegawaipegawai lelaki dengan beliau pada hari terakhir seminar menjadi penamat yang indah kepada sebuah persahabatan dan akan kekal terpahat dalam ingatan mereka yang ditinggalkan. Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan jua lah yang menentukannya. Segala perancangan dan hasrat yang dikongsi oleh beliau di Cherating pasti akan diteruskan oleh rakan seperjuangan yang lain. Pemergian Tuan Haji Abu Rahman sememangnya amat dirasai. Jabatan ini telah kehilangan seorang pegawai kanan yang lantang dan kritis dalam memartabatkan profesion kearkiban. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah. Amin.

Pagi Jumaat, 1 April 2011 bersamaan 27 Rabiulakhir 1432H mencalitkan memori duka dalam catatan sejarah Jabatan Arkib Negara Malaysia. Seawal 4.40 pagi warga Arkib Negara dikejutkan dengan berita kematian Tuan Haji Abu Rahman bin Haji Ahmad, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelarasan. Allahyarham disahkan meninggal dunia

REMEMBERING ABU RAHMAN


Archive Spam Delete
X
+

Move to
Inbox X

Labels

More

Remembering Abu Rahman


This is not an obituary.

Show Details 9:53 AM (4 minutes ago)

Reply

I write not to mourn the passing of Abu although I must confess that no words from me could realistically convey the sorrow when I received the email from Ms Yatimah, Sec-Gen of SARBICA on the sad news on 1 April. In accordance with Muslim practice, he was buried before my first reaction - which was to rush to KL to pay my last respect. I write to celebrate his life and his contribution to the archives community, particularly to the Malaysian archivists, many of whom must have touched by his generous sharing and nurturing in his capacity as a senior archivist with NAM as well as simply as a caring person. He and I were both out-spoken and do not hide our strong feelings when things did not get right- not from our personal perspective but for the well-being of the archives and the archives profession. In this sense, his earlier than scheduled departure his planned retirement in Nov this year - is a great loss to all of us. I know Abu soon after I started work with Oral History Department of the National Archives of Singapore, it is a friendship of more than two decades, although we really got to each other closer in the last ten years when the two national archives began to collaborate on several projects, among them our first joint publication cum travelling exhibition on Straits Settlements Postcards, drawing on the postcards collection from both sides. His wife Daresah was the overall coordinating person and we worked against time in ensuring the project was successfully launched not once but thrice in Malacca, Singapore and Penang. It was a memorable time that we all treasured. The close working relation, rapport and most important of all, trust that we built upon is long lasting. But Abu and I really become very close also because we share a common interest in the archives profession doing it is not enough and we believe that we must nurture the newer generations to succeed us. In the last few rounds of our meeting in KL, in particular courtesy of another joint project on another shared history on the historic Causeway, I have the opportunities to sneak out during breaks to talk to him of our vision and desire for the future of archives. On one occasion, we even extended the small talks which he called gossips in his home, which the husband and wife took great financial risk building up while they had just started working in the late 70s. It was indeed a calculated risk that paid off. I have no doubt that it is the same wisdom that he had deployed in managing the archives. As we walked the garden and he showed off his collection of plants, we of course discussed his future plan in transforming the garden after he finished working with the national archives. Even then, there was always a link back to how he managed the archives resources. I suspect archivists would never disappear but just slowly fade away. In Abu s case, I would like to believe that he will always be remembered by future generations of archives who will still be guided by the policies and thinking logics that he had unselfishly shared. To my dear Daresah, I hope you will grow even stronger. Abu has not left you. He lives in your heart, just like how he will be remembered by all of us, his colleagues and friends. Pitt Kuan Wah Reply Forward Invite pitt kuan Wah to chat

Catatan : Emel daripada Encik Pitt Kuan Wah, Director, National Archives Of Singapore.
Berita Arkib Negara Malaysia |

11

KABINET LULUS TUBUH MEMORIAL TOKOH NEGARAWAN


Frances Muna Empari

Berkat usaha gigih dan dedikasi pelbagai pihak, akhirnya usaha Jabatan Arkib Negara Malaysia untuk merealisasikan penubuhan Memorial yang menempatkan koleksi tokohtokoh Negarawan yang telah banyak berjasa kepada Negara bakal menjadi kenyataan dalam sedikit masa lagi. Mesyuarat kabinet pada 23 Februari 2011 telahpun meluluskan penubuhan Memorial Negarawan di bekas Bangunan Majlis Undangan Persekutuan yang terletak di Jalan Sultan Sallahuddin, Kuala Lumpur.

Memorial Negarawan ini bakal menempatkan pameran dan koleksi memorobalia mengenai tokoh-tokoh Negarawan iaitu Tun Dr Ismail, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan, Tun Datu Hj Mustapha bin Datu Harun, Tun Fuad Stephens dan Tun Jugah anak Barieng. Mesyuarat juga turut meluluskan penubuhan Memorial Tun Abdul Ghaffar Baba yang bertempat di Peringgit, Melaka dengan peruntukan sebanyak RM 25.1 juta. Pada masa yang sama, Arkib Negara sedang mempergiatkan usaha pengesanan dan

perolehan bahan-bahan mengenai tokohtokoh Negarawan berkenaan supaya ia boleh dipamerkan dan dijadikan bahan rujukan oleh orang ramai. Arkib Negara juga berharap dengan penubuhan kedua-dua Memorial ini, ia dapat mendekatkan lagi masyarakat Malaysia dengan pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah banyak berjasa dan berusaha gigih dalam mencorakkan hala tuju Negara ini.

MENGENANG TUN ABDUL GHAFAR BABA

Frances Muna Empari

Dari kanan, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Haji Othman bin Muhammad; YBhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato Dr Khoo Kay Kin, YBhg Dr Alias Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) Arkib Negara Malaysia, Puan Hajah Daresah Ismail dan YBhg Datin Wira Hajah Halimah binti Baba sedang melihat bahan yang dipamerkan di Program Mengenang Tokoh Negarawan: Tun Abdul Ghafar Baba pada 19 Mei 2011 di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Arkib Negara Malaysia melalui Memorial Tun Abdul Ghafar Baba telah menganjurkan Program Mengenang Tokoh Negarawan: Tun Abdul Ghafar Baba pada 19 Mei 2011 bertempat di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh YB Datuk Wira Hj. Othman bin Muhamad, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka. Program ini juga turut dihadiri YB Datuk Latiff bin Tamby Chik, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka yang juga merupakan ADUN Telok Mas; YBrs Puan Hajah Daresah Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) Arkib Negara Malaysia; Encik Ihsan Haji Hassan, Pengarah Bahagian Arkib 12 |

Negarawan dan anak Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba, Encik Mohd Asri Bin Tun Abdul Ghafar. Program ini yang berkonsepkan majlis Pengkisahan Sejarah telah membawa tema Tun Abdul Ghafar Baba: Pemimpin Berjiwa Rakyat . Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada sumber primer, yang mana ianya melibatkan tokoh-tokoh yang mengenali dan pernah berkhidmat bersama Allahyarham. Selain itu, ia bertujuan untuk merekodkan maklumat secara lisan daripada tokohtokoh dan melengkapkan maklumat yang telah sedia ada dalam simpanan Arkib Negara. Perkongsian maklumat ini

sekaligus mendorong rakyat Negara ini bersama-sama menjiwai dan menghargai jasa-jasa yang telah disumbangkan oleh Tun Abdul Ghafar Baba. Majlis Pengkisahan Sejarah ini dipengerusikan oleh YBhg Datuk Haji Aziz bin Ujang manakala tokoh pengkisah pula terdiri daripada YB Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; Profesor Emeritus Tan Sri Dato Dr Khoo Kay Kim, sejarahwan Negara; dan YBrs Dr Alias Mohamed, bekas Setiausaha Akhbar Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba. Pameran berkenaan Tun Abdul Ghafar Baba turut diadakan selama satu minggu di lobi Auditorium Seri Negeri.

Berita Arkib Negara Malaysia

PENCARIAN HARTA KARUN

Frances Muna Empari

Para peserta sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Encik Norazam Zainal dari Arkib Negara Malaysia.

Boling Kelapa adalah salah satu acara Permainan Rakyat yang dipertandingkan pada program tersebut.

Program Pencarian Harta Karun diadakan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra merupakan program kerjasama antara Arkib Negara Malaysia (ANM) dengan Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Cawangan Sentral dan PTPL Cawangan Ampang. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar Kolej PTPL mengenali dengan lebih rapat dan menghargai jasa-jasa Tokoh Negarawan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra iaitu Bapa Kemerdekaan Negara di samping menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara serta memperkukuhkan jati diri di kalangan golongan muda terutamanya pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Pencarian Harta Karun ini disertai oleh 150 orang pelajar Kolej PTPL

dari dua buah cawangan yang berbeza. Program ini dijalankan dalam dua sesi yang berasingan bagi kedua-dua cawangan tersebut, iaitu sesi pertama pada 4 Mei 2011 dengan penyertaan seramai 70 pelajar Kolej PTPL Sentral dan sesi kedua pada 12 Mei 2011 dengan penyertaan seramai 80 pelajar Kolej PTPL Ampang. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi iaitu berupa soalan ringkas yang memerlukan para peserta melawat ke setiap ruang pameran yang terdapat di Memorial Tunku Abdul Rahman untuk mendapatkan jawapan. Selain itu, program ini turut diserikan lagi dengan acara P ermainan Rakyat seperti permainan boling kelapa, melastik getah, membawa

bola pingpong, timbang bola takraw, puzzle tokoh dan ciuman kertas. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah diadakan pada 12 Mei 2011 oleh YBrs Dr Hajah Samsiah Mohamad, Ketua Pengarah ANM. Turut hadir ialah YBhg Profesor Dato Dr Asbi bin Ali, Naib Presiden Perhubungan Antarabangsa dan Penyelidikan MSU dan kumpulan Kolej PTPL; Puan Hajah Daresah Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pengembangan ANM; Encik Ihsan Haji Hassan Pengarah, Bahagian Arkib Negarawan ANM; Encik Nor Azril Shamsul bin Abu Hassan, Pengetua Kolej PTPL Sentral dan Encik Azman bin Ibrahim, Pengetua Kolej PTPL Ampang.

3 SEKOLAH SINGAPURA LAWAT PPPR

Frances Muna Empari

Menengah Guangyang pula mengadakan lawatan pada 8 Jun 2011 dengan disertai oleh 20 orang pelajar dan disertai 2 orang guru pengiring. Pihak pengurusan PPPR diketuai oleh Cik Farizam Mustapha selaku Pengurus Pustaka telah mengadakan kuiz sebagai pengisian kepada ketiga-tiga lawatan berkenaan untuk mendapatkan jawapan. Soalansoalan kuiz yang disediakan memerlukan setiap pelajar meneliti dan melawat ke setiap ruang pameran yang terdapat di Pustaka berkenaan. Aktiviti ini bertujuan membantu para pelajar memahami dengan lebih lanjut pengisian pameran yang disediakan selain dapat menjiwai bakat dan hasil karya seniman agung berkenaan, sekaligus sebagai satu usaha untuk memupuk semangat cintakan seni di kalangan generasi muda ini.

Para pelajar Sekolah Menengah Guangyang, Singapura semasa melawat Pustaka Peringatan P. Ramlee

Pada bulan Mei dan Jun yang lalu, Pustaka Peringatan P.Ramlee (PPPR) telah menerima 3 rombongan lawatan dari 3 buah sekolah di Singapura. Sekolah Menengah Victoria telah mengadakan lawatan pada 29 Mei

2011 yang disertai oleh 24 orang pelajar dan tiga orang guru pengiring. Pada 3 Jun 2011 pula PPPR telah menerima kunjungan dari 28 orang pelajar dan 4 orang guru Sekolah Rendah Kheng Cheng; manakala Sekolah

Berita Arkib Negara Malaysia |

13

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, TERIMA KASIH CIKGU


Haji Mohd Nasir Ismail

Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu, Tuan Haji Mohd Nasir bin Ismail sedang memberi penerangan berkenaan gambar yang dipamerkan kepada YAB Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Haji Ahmad bin Said, di pameran yang diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu pada 26 Mei 2011.

Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu (ANMCT) sekali lagi diberi kepercayaan oleh kerajaan Negeri untuk mengadakan Pameran Arkib Pendidikan sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu pada 26 Mei 2011 di Kampus Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Cawangan ini telah mendapat kerjasama dari Jabatan Pelajaran Terengganu khususnya Pejabat Pelajaran Daerah Dungun dalam memperolehi maklumat dan bahan-bahan untuk pameran tersebut. ANMCT adalah antara 3 agensi yang diberi peluang menjayakan pameran ini. Bahan-bahan yang dipamerkan terdiri dari gambar dan sejarah penubuhan sekolah-sekolah awal serta tokoh-tokoh Guru Terengganu. Program bertemakan `Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, Terima Kasih Cikgu ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, YB Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, YB Datuk Haji Za abar bin Haji Mohd Adib dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Haji Razali bin Daud. Majlis diserikan dengan acara penyampaian hadiah Peraduan Menulis Artikel Pendidikan Kategori Guru, Pertandingan Menulis Cerita Kanak-kanak, Pertandingan Bahas Guru Bahasa Melayu dan Inggeris serta penyampaian anugerahanugerah seperti Anugerah Tokoh Nilam Negeri, Anugerah Guru Berjasa, Anugerah Tokoh Guru Negeri 2011 kepada Haji Abdullah bin Ali dan lain-lain acara. Pengarah Arkib Negara Cawangan Terengganu, Haji Mohd Nasir bin Haji Ismail menyatakan program ini dapat menyampaikan mesej Arkib Negara Malaysia sebagai Pusat

Arkib dan Penyelidikan Negara kepada orang ramai khususnya golongan pendidik dan pelajar sekolah di Terengganu. Selain untuk tujuan hebahan dan dokumentasi, ia juga bertujuan untuk menambahkan lagi perolehan koleksi bahan bernilai sejarah tanahair untuk simpanan arkib terutamanya berkaitan dengan institusi pendidikan.
Usaha seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai satu langkah pintar dalam menangani kekurangan maklumat sejarah negara yang kini semakin sukar untuk mendapatkannya terutamanya bahan-bahan bebentuk audio seperti gambar-gambar lama. Menurutnya lagi, melalui program ini Arkib Negara telah berjaya mengumpul gambar bersejarah dari sekolah-sekolah di Negeri Terengganu. Saya percaya sebahagian besar bahan-bahan ini masih berada dengan individu-individu tertentu yang mana mereka ini pernah terlibat dalam bidang pendidikan seperti guru dan pentadbir. Memandangkan kebanyakan daripada mereka telah meningkat usia dan tiada pewaris yang berminat untuk menyimpan bahan tersebut, maka ia akan mengundang kepada kemusnahan dan kehilangan. Kita akan hilang maklumat penting sekiranya kita abaikan. Oleh itu, usaha pengumpulan maklumat perlu dijalankan secara konsisten supaya maklumat sejarah tidak akan berkubur begitu sahaja demi untuk kepentingan generasi akan datang , kata Mohd Nasir. Menurut Mohd Nasir, selain menganjurkan aktiviti pameran tersebut, Cawangan Terengganu turut membuat rakaman program untuk simpanan Arkib Negara. Impak pelaksanaan program Cawangan ini sekali lagi telah berjaya menaikkan nama Arkib Negara Malaysia melalui konsep kerjasama dan promosi serta mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Arkib Negara dan agensi-agensi kerajaan di Negeri ini.

14 |

Berita Arkib Negara Malaysia

MAJLIS BICARA SENI P.RAMLEE : SENIMAN SEPANJANG ZAMAN


Nazrim Syah Nazeri

(ANM), Encik Azemi Abdul Aziz mewakili Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YBhg Dr Hajah Samsiah Muhamad. Ucaptama Majlis ini telah disampaikan oleh tokoh seniman tanah air, YBhg Dato Mustapha Maarof manakala ahli panel terdiri daripada ahli akademik dan penggiat seni dari Universiti Sains Malaysia iaitu Prof Madya Dr Samad Salleh, Prof Madya Razif Mohamed dan Dr Mahyuddin Ahmad. Seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada pelajar Universiti Sains Malaysia dan Institut Perguruan Tuanku Bainun, peminat P.Ramlee, kakitangan kerajaan dan orang awam telah menghadiri Majlis ini. Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan alunan tiupan seksofon lagu-lagu karya Tan Sri P.Ramlee oleh Prof Madya Razif Mohamed, pameran mengenai P.Ramlee oleh Arkib Negara Malaysia serta promosi Pameran Bas Bergerak P.Ramlee oleh Hotel Paradise and Beach Resort Batu Feringgi.

Ahli-ahli panel dan urus setia Majlis Bicara Seni P.Ramlee bersama Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) ANM, Encik Azemi Abdul Aziz (4 dari kanan) , YBhg Dato Mustapha Maarof (5 dari kanan), Pengarah ANMCPP, Encik Mohd Nasser Malim (kanan sekali) dan Dekan Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia, Prof Madya A. Rahman Mohamed (6 dari kanan).

Bersempena Sambutan Hari Seniman, Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang (ANMCPP) dengan kerjasama Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia telah mengadakan Majlis Bicara Seni P.Ramlee: Seniman Sepanjang

Zaman pada 28 Jun 2011 di Balai Persiban Agung, Universiti Sains Malaysia. Majlis Bicara Seni ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Arkib Negara Malaysia

MAJLIS BICARA SEJARAH KAMPUNG TUNKU ABDUL RAHMAN


Tuan Ab. Hamid Tuan Daud

Pengerusi dan ahli-ahli panel Majlis Bicara Sejarah Kampung Tunku Abdul Rahman Putra, dari kiri Encik Deraman Osman, Tuan Haji Mohd Affendi Abdullah, Encik Hashim Ismail dan Encik Sulong Muhamad.

YB Datuk Haji Abdul Aziz, ADUN Kuala Balah dan Encik Azemi Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Arkib Negara Malaysia menyampaikan sumbangan kepada warga emas penduduk Kuala Balah.

Arkib Negara Malaysia Cawangan Kelantan (ANMCK) telah mengadakan Majlis Bicara Sejarah Kampung Tunku Abdul Rahman Putra dan Pameran AlMarhum Tunku pada 22 Mei 2011 di Dewan Kegiatan Ummah, Kuala Balah, Jeli. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBrs Encik Azemi Abd. Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan) , Arkib Negara Malaysia. Majlis penutupan serta penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh YB Datuk Haji Abd Aziz, ADUN Kuala Balah.

Tuan Ab. Hamid Tuan Daud, Pengarah ANMCK memaklumkan seramai 300 orang penduduk kampung, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan wakil serta pegawai-pegawai dari agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Jajahan Jeli telah hadir ke majlis ini. Majlis dimeriahkan dengan persembahan Dikir Barat oleh Kumpulan Dikir kampung tersebut sebelum acara bermula. Majlis yang diadakan dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tunku Abdul Rahman, Kuala Balah itu membariskan 3 ahli

panel iaitu Tuan Haji Mohd. Affendi Abdullah, Encik Hashim Ismail dan Encik Sulong Muhamad dengan dipengerusikan oleh Encik Deraman Osman. Mereka adalah penduduk awal kampung tersebut. Selain daripada itu, Pameran AlMarhum Tunku yang memaparkan gambar-gambar Al-Marhum Tunku semasa melawat kampung ini pada tahun 1981 dahulu dan jasa-jasa AlMarhum Tunku turut diadakan. Di akhir majlis, YB Datuk Haji Abd Aziz turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas penduduk tersebut.
Berita Arkib Negara Malaysia |

15

AKTIVITI PAMERAN DAN ARKIB PENDIDIKAN

Shuzlina Mat Amin

Para pelajar melawat Pameran Berdatang Sembah yng diadakan sempena Majlis Perasmian Bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang pada 23 Jun 2011.

Pelajar SMKA Al-Mashoor (L) tekun mencari jawapan bagi soalan-soalan kuiz warisan yang dikemukakan sempena program Arkib Pendidikan di SMKA SMKA Al-Mashoor (L) pada 9 Mei 2011.

Sepanjang April hingga Jun 2011 Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan telah menjayakan 8 aktiviti pengembangan iaitu 4 program Arkib Pendidikan dan 4 program pameran. Kesemua program yang dijalankan bertujuan mendedahkan bahan arkib dan peranan institusi arkib dalam menjaga khazanah warisan negara. Pada 19 April 2011 Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan telah berkunjung ke SMK Derma, Perlis. Seramai lebih 500 orang pelajar dan tenaga pengajar telah menyertai program tersebut. Pada bulan Mei, dua buah sekolah telah dikunjungi iaitu, pada 9 Mei 2011 di

SMKA Al-Manshoor (Lelaki), Pulau Pinang dan Maktab Sultan Abdul Halim, Kedah pula pada 24 Mei 2011. Pameran bertajuk 60 Tahun Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan Perisytiharan Tahun Kemerdekaan telah dipamerkan kepada para pelajar disamping ceramah dan kuiz sebagai pengisian program. Program Arkib Pendidikan juga telah dilaksanakan di Institut Perguruan Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang pada 21 Jun 2011. Kumpulan sasaran tertumpu kepada guru pelatih dan kakitangan Institut tersebut. Bagi mendekati generasi muda di institusi pengajian tinggi, sebuah pameran

bertajuk Rekod: Asas Akauntabiliti dan Integriti telah diadakan sempena Program MSU Cultural Feista pada 12 Mei 2011 bertempat di U-Plaza, Management and Science University, Shah Alam. Arkib Negara Malaysia juga turut menyertai Program Himpunan Sejuta Belia 2011 di Putrajaya pada 27 hingga 29 Mei 2011 yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak, di mana poster bertajuk 6 Perdana Menteri telah dipamerkan dan turut dilawati YB Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Para pelajar sekolah mencuba kuiz kenali tokoh yang diadakan sempena Program Himpunan Sejuta Belia 2011 di Putrajaya pada 27 hingga 29 Mei 2011.

Pelajar SMK Sultan Abdul Halim sedang belajar membuat kerja jilidan ringkas dari dua orang pembantu pemuliharaan Cawangan Kedah dan Perlis iaitu Encik Tajudin Zainol dan Encik Ismail Jusoh sempena program Arkib Pendidikan di SMK Sultan Abdul Halim pada 24 Mei 2011. ...bersambung ke mukasurat 17

16 |

Berita Arkib Negara Malaysia

...dari mukasurat 16

Pada 31 Mei 2011 pula, poster pameran bertajuk Rekod: Asas Akauntabiliti dan Integriti turut dipamerkan di Bahagian Pengurusan Hartanah bersempena Bulan Rekod dan Aset di Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya untuk memberi pengetahuan kepada khalayak tentang peranan Arkib Negara dalam memelihara rekod negara. Sempena Majlis Perasmian Arkib Negara Cawangan Negeri Pahang yang berlangsung pada 23 Jun 2011, pameran Berdatang Sembah telah diadakan di ruang lobi Arkib Cawangan Pahang. Pameran telah dikunjungi oleh KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta in Billah bersama kerabat dan tetamu jemputan yang lain dan akan dikekalkan untuk lawatan pengunjung bagi tempoh satu bulan.
Kakitangan Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri tertarik dengan pemeran bertajuk Rekod : Asas Akauntabiliti dan Integriti yang diadakan oleh Arkib Negara Malaysia sempena Bulan Pelupusan Rekod dan Aset di Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri pada 31 Mei 2011.

CERUN GSP RUNTUH

Vathsala Ponniah

Permukaan rutuhan ditutup sementara dengan plastic sheet untuk mengelakkan cerun lebih terhakis.

Kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan di tempat kejadian.

Pada 22 Mei 2011 Arkib Negara Malaysia telah dikejutkan dengan kejadian cerun runtuh di Galeria Sri Perdana yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang. Walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau runtuhan struktur akibat kejadian yang berlaku berhampiran bangunan Pejabat Pentadbiran Galeria Sri Perdana dan pelantar chiller itu. Pihak berkuasa tempatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, SYABAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKR WPKL) telah hadir ke lokasi kejadian bagi mengambil langkah-langkah

keselamatan dan pencegahan sementara. Permukaan runtuhan telah ditutup sementara oleh DBKL menggunakan plastic sheet kerana resapan air hujan boleh menyebabkan cerun terhakis. Pada 23 Mei 2011 wakil daripada Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (BPH JPM) telah hadir bersamasama Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTG WPKL), wakil DBKL dan wakil JKR WPKL ke lokasi bagi melihat kejadian yang telah berlaku. Perbincangan berkenaan status pemilikan tanah dan juga kaedah pembaikan turut diadakan dengan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan

Arkib Negara Malaysia. JKR WPKL mengesahkan cerun runtuh ini berlaku disebabkan hakisan dan tidak menjejaskan kestabilan cerun tersebut. Walau bagaimanapun, tindakan pembaikan perlu dilaksanakan supaya hakisan tersebut tidak semakin besar dan seterusnya menjejaskan kestabilan cerun. Setiausaha Bahagian (SUB) Pengurusan Hartanah telah bersetuju untuk melaksanakan kerja di bawah AP55 (Perbelanjaan Darurat) dan kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh pihak JKR WPKL.

Berita Arkib Negara Malaysia |

17

POLEMIK SEJARAH MALAYSIA SESI 24

Nurul Azizi Shafie

Pengerusi dan pembentang kertas kerja di Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi 24, Profesor Dato Dr Othman Md Yatim (2 dari kiri), Profesor Madya Dr Mohd Mokhtar Saidin (kiri), Profesor Emeritus Dato Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abd Rahman (2 dari kanan) dan Dr Mohd Supian Sabtu (kanan).

A r k ib Negara M alay sia t e la h m e n g a nju r k a n M ajlis Po l e mik S e ja r a h M alay sia s e si ke -24 p a d a 19 A p r il 2011 di Au di t o r iu m A r k i b N e g a r a M alay sia , Kuala Lu m p u r. M a sih m e n g e k alk a n t e m a ya n g s a m a s e p e r t i s e si ke -23 iai t u Pe t e m p at a n d a n Ke r aja a n Awal M alay sia S e b e lu m 14 0 0 M t e t a pi m e m b e r ik a n t u m p ua n ke p a d a Pe t e m p at a n d a n Ke r aja a n Awal di S e m e na nju n g M alay sia . M ajlis Po l e mik S e ja r a h M alay sia ini t e la h dijaya k a n o l e h t ig a p a k a r s e ja r a h ya n g m e m b e n t a n g k a n ke r t a s ke r ja m a sin g - m a sin g. Pe m b e n t a n g

p e r t a m a iala h P r o f M ad ya D r M o h d M o k h t a r S aidin d a r i Uni ve r si t i S ain s M alay sia ( US M) d e n g a n ke r t a s ke r ja b e r t aju k Pe n e m p at a n Awal S e m e na njun g M alay sia S e b e lu m 14 0 0 M d a n p e m b e n t a n g ke d ua iala h P r o f E m e r i t u s Dat o D r Nik H a s s a n S u haimi Nik A b d . R a h m a n d a r i Uni ve r si t i Ke b a n g s a a n M alay sia ( UK M) d e n g a n ke r t a s ke r ja b e r t ajuk Ke r aja a n Awal d a n L o k a sinya di S e m e na njun g M alay sia . Ke r t a s ke r ja b e r t ajuk Ke d a h S e b ag ai Ke r aja a n Awal di S e m e na njun g M alay sia s e b e lu m a b a d ke -15M t e la h di b e n t a n g k a n o l e h D r M o h d

S u pia n S a b t u d a r i Uni ve r si t i M alaya ( UM) s e la k u p e m b e n t a n g ke t ig a . M ajlis ya n g dip e n g e r u sik a n o l e h P r o f Dat o D r O t h m a n M d . Yat im d a r i UM ini t e la h m e na r ik ke hadir a n ha m pir 20 0 orang p e s e r t a lua r ya n g b e r minat d e n g a n t o pik ya n g dip ole mik k a n. M e r e k a t e r dir i d a r i p a d a a hli - a hli a k ad e mik , wa k il - wa k il p e r s at ua n s e ja r a h d a n p u s at s u m b e r I P T s e lu r uh n e g a r a , p e g awai d a n k a k i t a n g a n ke r aja a n s e r t a p e laja r- p e laja r I P T. Pe s e r t a ju g a t u r u t m e n g a m bil b a hagia n d ala m s e si s o al jawa b ya n g dia d a k a n di p e n g h uju n g m ajlis .

Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia, Puan Norzahriah Md Razally, menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi 24, Profesor Dato Dr Othman Md Yatim.

18 |

Berita Arkib Negara Malaysia

SULTAN LAWAT GERAI BUKU ANM

KDYMM Sultan Pahang bertanyakan berkenaan buku The Causeway kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan , YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, sambil diperhatikan Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob (kiri) di gerai jualan buku Arkib Negara Malaysia yang diadakan sempena Majlis Perasmian Bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang. Turut berangkat DYMM Sultanah Pahang.

JUALAN BUKU DI PBAKL 2011

Shahida Mohamad Salleh

Arkib Negara Malaysia (ANM) melalui Seksyen Penerbitan dan Percetakan telah turut serta mengadakan jualan buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011) mulai 22 April hingga 1 Mei 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Gerai ANM yang terletak di Aras G, Bilik Pahang telah menarik perhatian ramai pengunjung dan pembeli memandangkan pelbagai diskaun yang menarik diberikan sepanjang PBAKL 2011 tersebut. Selain ANM, jualan ini turut disertai oleh pelbagai agensi dan pengedar-pengedar buku dari dalam dan luar negara. Penyertaan

ini adalah sebagai salah satu usaha untuk memperkenalkan peranan Arkib Negara dalam memperluaskan penyebaran dan penggunaan bahan arkib termasuklah melalui penerbitan. Antara buku yang laris dijual ialah Hari Ini Dalam Sejarah, Arkib Warisan Eksklusif, koleksi ucapan Perdanaperdana Menteri dan Poskad Negeri-negeri Selat. Kebanyakan pembeli terdiri dari pembekalpembekal buku, kakitangan kerajaan dan swasta dari kumpulan profesional serta pesara-pesara kerajaan. Pesta yang bermula dari jam 10.00 pagi dari 9.00 malam ini adalah anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

Buku-buku terbitan Arkib Negara Malaysia yang dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 pada 22 April hingga 1 Mei 2011.

INFO BUKU

THE CAUSEWAY
Sinopsis

Siti Kamaliah Madil

Penerbitan buku ini adalah hasil kerjasama antara Arkib Negara Malaysia dan Arkib Negara Singapura. Ia merakamkan perkembangan sosial, ekonomi dan perdagangan serta kepentingan Tambak Johor kepada kedua-dua negara. Buku ini mengenengahkan bahan Arkib dalam bentuk gambar berkaitan dengan Tambak Johor. Skop penulisan merangkumi tahun-tahun 1899 2009. Bagi fasa pertama, buku ini akan diterbitkan dalam Bahasa Inggeris. Tahun Diterbitkan : 2011 Harga : RM120

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai buku ini dan lain-lain terbitan Arkib Negara Malaysia, sila layari www.arkib.gov.my atau hubungi Seksyen Penerbitan dan Percetakan Kuala Lumpur. Tel 03 - 62090693 / 62090694

| 19

ARKIB NEGARA MALAYSIA RAKAN INTEGRITI IIM

Gowri PS Thangaya

YBrs Dr Hajah Samsiah menerima Sijil Rakan Integriti yang dianugerahkan kepada Arkib Negara Malaysia daripada YAB Tan Sri Dato Muhyiddin bin Haji Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Arkib Negara Malaysia (ANM) pada 5 Mei 2011 telah dipilih sebagai Rakan Integriti oleh Institut Integriti Malaysia di Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 7 Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut Integriti Malaysia (IIM). YBrs Dr Hajah Samsiah Muhamad, Ketua Pengarah ANM telah menerima Sijil Rakan Integriti ini daripada YAB Tan Sri Dato Muhyiddin bin Hj Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. ANM merupakan agensi yang pertama di bawah Kementerian

Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang menerima penghormatan ini. Selain dari ANM, sembilan buah organisasi lain dari sektor awam dan swasta juga telah diiktiraf sebagai Rakan Integriti di majlis ini. Pemilihan ini adalah susulan komitmen ANM dan IIM untuk sama-sama memainkan peranan dalam usaha mengadakan Persefahaman Kerjasama yang telah ditandatangani pada 11 Februari 2011,

bagi mengadakan kerjasama profesional dalam menganjurkan program dan aktiviti bagi memartabatkan integriti di kalangan penjawat awam dalam perkhidmatan awam khususnya. Ia juga bertujuan untuk memelihara maklumat ke arah memperkukuhkan integriti dalam semua sektor serta pelbagai lapisan masyarakat Malaysia bagi menjayakan Program Transformasi Kerajaan.

ARKIB TURUN TARAF 1,733 REKOD TERPERINGKAT UNTUK PENYELIDIK


Hajah Habibah Ismail

Arkib Negara Malaysia kini giat melaksanakan program pengelasan semula rekod terperingkat dengan tumpuan kepada kumpulan rekod sebelum 1972 bagi jabatan yang masih beroperasi di bawah jagaan dan kawalan Arkib Negara Malaysia dan kumpulan rekod bagi Jabatan yang tidak berfungsi lagi. Tujuannya ialah untuk membolehkan para penyelidik mengakses bahan-bahan arkib yang sekian lama disimpan di jabatan ini kerana terikat dengan peraturan keselamatan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Pindaan 1986). Buat permulaan, sejumlah 7 kumpulan rekod terdiri daripada 1,733 unit fail telah berjaya dikelaskan semula dari taraf 20 |
Berita Arkib Negara Malaysia

terperingkat kepada terbuka. Rekod-rekod tersebut terdiri daripada kumpulan rekod British Military Administration (1945-1946), Pejabat Penasihat British negeri Pahang (1888 1955), Pejabat Penasihat British Kelantan (1917 1939), Pejabat Penasihat British Terengganu (1935-1936), Jabatan Perdana Menteri (Siri Rekod Sambutan Kemerdekaan: 1956-1958), Jabatan Perdana Menteri (Siri Rekod Pejabat Penasihat Negeri Kelantan: 1946-1949) dan Pejabat Setiausaha Negeri Sembilan (1950-1956). Antara maklumat menarik yang terdapat dalam kumpulan rekod tersebut ialah corak pentadbiran British selepas Perang Dunia ke 2 di Tanah Melayu yang meliputi

hal-hal berkaitan dengan pemulihan taraf hidup penduduk, keselamatan, agihan makanan dan pelaksanaan undangundang; pentadbiran awal British di Pahang, Kelantan dan Terengganu selepas campur tangan Inggeris di Tanah Melayu. Terdapat juga maklumat lain meliputi pembangunan negeri, penubuhan tentera laut, industri perlombongan emas, pembangunan masyarakat, keluarga diraja, dan imigran; persiapan kemerdekaan yang pertama tentang penganjuran majlis-majlis sambutan, aturcara, tokoh-tokoh yang terlibat, jemputan dalam dan luar negara, cenderamata dan anggaran perbelanjaan.

You might also like