You are on page 1of 4

PRAKTIKAL 1 : PENYULINGAN BERPERINGKAT PETROLEUM Objektif : Ujikaji penyulingan berperingkat petroleum Bahan / Radas : Petroleum, kertas turas, chip

pordelain, kaki retort, thermometer, kelalang penyulingan, condenser Liebig, kelalang kon, kasa dawai, tungku kaki tiga, piring penyejat, penunu Bunsen.

Pemboleh ubah: (a) Dimanipulasikan : Suhu (b) Bergerak balas : Warna, Kelikatan dan kecenderungan kebakaran (c) Dimalarkan : Petroleum

Prosedur : 1. Radas disediakan mengikut Rajah 1. 2. Petroleum di dalam kelalang penyulingan dipanaskan secara perlahan-lahan. 3. Pecahan pertroleum yang pertama dikumpulkan pada suhu 30 - 80C 4. Pemanasan diteruskan dan penyulingan dikumpulkan ke dalam kelalang kon yang berbeza mengikut suhu 80-120C, 120-160C dan 160-200C

Keputusan: Pecahan Suhu (C) Warna Tidak berwarna Kuning muda Perang Perang tuahitam Kelikatan Kecenderungan kebakaran Sangat tinggi Tinggi Rendah Amat rendah

Petrol Nafta Kerosin Disel . Perbincangan :

30 - 80 80 - 120 120 - 160 160 - 200

Tidak likat Sedikit likat Pekat Sangat pekat

Peningkatan takat suhu bagi setiap kompenen hidrokarbon akan menyebabkan kelikatan dan kecenderungan kebakaran cecair dari pecahan tersebut semakin meningkat. Semua pecahan daripada proses penyulingan tersebut tidak larut dalam air. Setiap pecahan penyulingan yang dihasilkan adalah sebatian kovalen iaitu kesemua pecahan boleh terbakar dan akan menghasilkan karbon dioksida dan air.

Kesimpulan : 1. Petroleum dapat disuling menggunakan proses penyulingan berperingkat. 2. Di beberapa takat suhu, minyak yang berbeza akan terhasil daripada proses penyulingan berperingkat. 3. Setiap minyak yang terhasil adalah berbeza mengikut suhu dan mempunyai sifat yang tersendiri.

PETROLEUM
PENGENALAN Petroleum ialah sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai dalam tanah. Ia merupakan sumber asli hidrokarbon.

Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada hidupan laut yang mati, kemudian tertimbus oleh lumput dan pasir. Apabila hidupan laut mati, bangkai mereka tenggelam ke dasar laut, kemudian ditimbus oleh sedimen. Melalui tindakan bakteria, pereputan separa berlaku dalam keadaan kekurangan oksigen. Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan yang tinggi akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli. Petroleum berkumpul apabila terperangkap di antara dua lapisan batuan yang tidak telap. Gas asli biasanya terkumpul di atas cecair petroleum. Gas asli terutamanya terbina daripada metana, sedikit etana, propana serta hidrokarbon berat.

Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat kerana setiap pecahan mempunyai takat didih yang berlainan.

Hidrokarbon dalam petroleum diasingkan melalui proses penyulingan berperingkat. Semasa penyulingan berperingkat, petroleum dipanaskan dalam sebuah menara pemeringkat. Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih rendah meruap terlebih dahulu, naik ke bahagian atas menara lalu dikondensasikan sebagai cecair.

Hidrokarbon (pecahan) dalam petroleum dapat diasingkan kerana setiap hidrokarbon mempunyai takat didihnya yang tersendiri.

You might also like