You are on page 1of 13

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MSP 2012

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING 1. PERATURAN AM 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,pertandingan ini akan di jalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring Anfarabangsa ( IFNA) yang terkini. 1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, Undang unda ng dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. 1.3 Kejadian di Iuar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :1.3.1 Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepa da Peraturan Am Kejohanan 1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-un dang Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA). 1.5 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandin gan dan Teknik MSP dan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad. 2. PENYERTAAN 2.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan dari semua politeknik KPTM. Pengesa han penyertaan hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengelola melalui Jabat an Sukan, Kokurikulum Dan Kebudayaan dan disahkan oleh Pegawai Sukan Politeknik.

2.2 Setiap politeknik hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan wanita (pelajar) yang terdiri daripada :Jawatan Pengurus Pasukan Jurulatih Peserta Jumlah Bilang an Wanita (pelajar) 1 orang 1 orang 10 orang 12 orang 2.3 Setiap pemain/atlet diwajibkan mengemukakan 1 salinan photostat kad pengenal an dan 1 salinan kad matrik pelajar untuk disertakan bersama borang pendaftaran pemain semasa kejohanan. 2.4 Setiap pemain/atlet diwajibkan mengemukakan kad mat rik pelajar asal kepada urusetia pertandingan untuk tujuan semakan dan pengesaha n status pemain/atlet pada perlawanan pertama sahaja bagi setiap pasukan. Semaka n seterusnya akan dilakukan sekiranya ada permintaan. 2.5 Mana-mana pemain yang gagal mematuhi Peraturan Am Kejohanan Sukan di perkara 4.3 dan 4.4 tidak akan di benarkan menyertai Kejohanan tersebut. 3. KELAYAKAN PEMAIN 3.1 Hanya pelajar Politeknik yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di Pol iteknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan pelajar semester akhir yang ma sih belum menerima slip keputusan peperiksaan akhir layak mendaftar.

4. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN 4.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum kejohanan / pe rtandingan bermula ataupun sebelum perlawanan pertama dijalankan 4.2 Senarai nam a pemain yang diserahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan merupakan senarai terk ini dan muktamad untuk sepanjang kejohanan / pertandingan. 4.3 Semua pengurus pasukan atau wakilnya diwajibkan hadir pada sesi taklimat ini . 4.4 Segala peraturan dan arahan tambahan yang diberikan dalam sesi taklimat in i hendaklah digunapakai dan dipatuhi sepanjang kejohanan. 4.5 Ketidakhadiran Pengurus Pasukan pada sesi taklimat ini tidak boleh dijadikan alasan / kesempatan untuk mengubah ketetapan yang telah diambil atau mengganggu -gugat kelancaran pelaksanaan kejohanan / pertandingan ini.

5. TEMPOH PERLAWANAN Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut: Perkara Bahagian Pertama Rehat Bah agian Kedua Jumlah Masa 10 minit 3 minit 10 minit 23 minit 6. PAKAIAN 6.1 Setiap pasukan hendaklah memakai jersi seragam iaitu corak, bentu k dan warna yang sama. 6.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib be rlainan warna yang ketinggian hurufnya adalah 6 inci. 6.3 Jika berlaku pertembun gan warna bib, pasukan pertama namanya dalam jadual dikehendaki menukar bib. 6.4 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pende k. 6.5 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku sebaliknya memakai kasut yang bersesuaian dengan padang simen (indoor). 7. MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN 7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti berikut : Menang - 3 Mata Seri - 1 Mata Kalah - 0 Mata

7.2 Keputusan Seri Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pe menang akan ditentukan seperti berikut: 7.2.1 Jika kedua-dua pasukan seri atau j ika lebih daripada dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawan an, purata gol akan menentukan kedudukan (iaitu: jumlah jaringan gol dibahagi de ngan jumlah gol yang kena). 7.2.2. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan go l akan digunapakai (iaitu : jumlah jaringan gol ditolak dengan gol yang kena). 7 .2.3. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diistiharkan sebagai pemenang. 7.2.4 Jika kedudukan masih sama, keputusan akan d itentukan secara lambung duit. Jika lebih daripada dua pasukan terlibat, maka ke putusan akan ditentukan dengan cabutan undi. 7.3 Sekiranya berlaku seri semasa p erlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir 7.3.1 Pasukan hendakl ah diberi masa rehat dua (2) minit diakhir masa sepenuh perlawanan. 7.3.2. Masa tambahan selama dua (2) x lima (5) minit setiap bahagian akan dimainkan. 7.3.3 Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada hantaran tengah berikutnya. 7.3.4 Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat. 7.3.5 Hantaran t engah diambil oleh pasukan yang berhak kepada hantaran tengah berikutnya. 7.3.6 Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (1) kelebihan gol.

8. SISTEM PERTANDINGAN Sistem pertandingan dijalankan cara liga dan kalah mati s eperti berikut: 8.1 Empat Kumpulan 8.1.1 Pusingan Awal Pusingan awal terbahagi kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 dan 6 pasukan setiap kumpulan. Format pertandingan dija lankan secara liga satu pusingan. Pasukan yang menduduki tempat pertama dan kedu a layak untuk ke pusingan kalah mati (Suku akhir) 8.1.2 Pusingan Kalah Mati Pusingan Suku akhir dijalankan secara kalah mati. 8.1. 2.1 Empat pasukan Johan Kumpulan dan 4 pasukan Naib Johan Kumpulan akan bertemu di peringkat suku akhir seperti rajah di bawah: MASUKKAN CARTA PERLAWANAN SUKU AKHIR

9. PERTUKARAN PEMAIN 9.1 Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian da n setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula. 9.2 Kecederaan dan kesakitan Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tida k dapat meneruskan permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terli bat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke gelanggang sema sa sesi rawatan berlangsung. 9.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu rehat separuh masa. 9.4 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh m asa.

10. KELEWATAN 10.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit sebelum pe rlawanan dimulakan. 10.3 Pasukan yang lewat sepuluh (5) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah adalah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawannya yang berada di gelanggang dengan jaring an 10 - 0. 11. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Menarik diri adalah tidak dibenarkan. Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri at au menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, pasukan tersebut diangga p menarik diri daripada keseluruhan pertandingan dan pasukan itu tidak akan dibe narkan memasuki sebarang pertandingan seterusnya. Semua keputusan pertandingan y ang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan. 12. JURI RAYUAN Ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maks imum) sekurang-kurangnya 3 wakil daripada politeknik yang berkecuali. 12.1 Ahli Juri Rayuan ( minimum) terdiri daripada: 12.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MSP atau wakilnya sebagai Pengerusi.

12.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSP atau wakilnya 12.1.3 P engerusi Teknik dan Pertandingan Bola Jaring MSPM 12.1.4 Dua atau Empat orang wa kil daripada politeknik yang berkecuali 13. LEMBAGA TATATERTIB KEJOHANAN 13.1 Lembaga ini terdiri daripada: 13.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Disiplin atau wakilnya sebagai Pengerusi. 13.1.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai Setiausaha. 13.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Bola Jaring MSPM. 1 3.1.4 Dua orang ahli yang terdiri daripada wakil 2 politeknik yang berkecuali. 1 3.3 Lembaga disiplin bertanggungjawab untuk: Mengambil tindakan mengenai disipli n peserta, pegawai pasukan bagi semua perkara semasa kejohanan/karnival dijalank an seperti berikut: 13.2.1 memberi amaran atau 13.2.2 menggantung penyertaan bag i jangka masa tertentu atau 13.2.3 pasukan didenda RM 1000.00 atau 13.2.4 Menyin gkirkan pasukan permainan berkenaan daripada keseluruhan kejohanan. 14. BANTAHAN Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya dalam tempoh 30 minit selepas tamat perlawanan dengan bayaran RM 200.00. Wang pertaruhan akan dikembalikan jika ban tahan tersebut diterima. Segala keputusan juri rayuan

adalah muktamad. 15. PEMATUHAN PERATURAN Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi kecuali ada dinyatakan berlainan dalam peraturan permainan yang berkenaan. Sekiranya berlaku pertikaian berkaitan peraturan am MSPM maka hanya peraturan am terkini sahaja akan digunapakai. 16. PENANGGUHAN PERLAWANAN 16.1 Sekiranya terdapat masalah pada gelanggang yang digunakan sehingga tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan, maka pengadil dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pertandingan Bola Jaring MSP atau Jawatankuasa Pengelola Ke johanan Bola Jaring MSP berhak menangguhkan perlawanan. 16.2 Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :16.2.1 Se kiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disamb ung mengikut baki masa yang tinggal. 16.2.2 Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain,maka perlawanan henda klah dimainkan semula. 16.2.3 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menan gguh atau mengubah sesuatu jadual,tempat atau masa pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta merta. 16.2.4 Pengerusi Teknik d an Pertandingan Bola Jaring MSP atau Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Jarin g MSP menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu.

17. KEHILANGAN DAN KESELAMATAN Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan Barang-barang a tau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan te mpat penginapan dan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian pada masa perta ndingan dijalankan. Walau bagaimanapun beberapa persediaan dan langkah keselamat an hendaklah disediakan bagi mengelak kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung. 18. PERKARA YANG TIDAK ADA DALAM PERATURAN AM DAN PERATURAN PERTANDINGAN. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan Peraturan Permainan b erkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola kejohanan yang berkenaan da n keputusan adalah muktamad. Disediakan oleh: Jawatankuasa Teknik Dan Pertandingan Kejohanan Bola Jaring MSP 2012 Politeknik Nilai Negeri Sembilan

You might also like