You are on page 1of 14

TUTORIAL MINGGU 5

Susunan Fizikal Bilik Darjah


Ahli Kumpulan: Eizzat Faris Hasnul Salahuddin

Lampiran 1

Masalah Susunan Fizikal Bilik Darjah


Gamba rajah di Lampiran 1 menunjukkan sebuah kelas yang susunan fizikal bilik darjahnya tidak kondusif mengikut pembelajaran pada tahap Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Ini bermakna pembelajaran tidak dapat dilakukan secara berkesan jika seseorang guru menggunakan sebuah bilik darjah berpandukan pelan fizikal tersebut. Terdapat beberapa masalah dengan susunan fizikal bilik darjah ini. Antara masalahnya ialah 1. Meja guru tidak boleh membelakangkan murid. Sementara meja murid juga tidak wajar membelakangkan meja guru. 2. Kedudukan kumpulan murid yang tidak seragam dari segi susunannya. Ada pula sebuah meja untuk seorang individu sahaja di belakang kelas tersebut.

Masalah Susunan Fizikal Bilik Darjah


3. Kedudukan tingkap pula dihalang oleh rak buku. 4. Kedudukan stesen komputer juga tidak strategik kerana berada di belakang kelas. 5. Tempat untuk mengasah pensel pula terlalu dekat dengan kedudukan murid. 6. kedudukan bakul sampah yang berada di depan kelas akan mencacatkan pemandangan kelas. 7. Kedudukan kumpulan kecil yang berada di tengah pula akan menghalang pandangan murid-murid lain yang berada pada kedudukan belakang kumpulan mereka. 8. Susunan kelas dalam pelan tersebut juga agak padat dan tidak terdapat ruangan aktiviti.

Cara Mengatasi Masalah ini.


Untuk mendapatkan kedudukan fizikal kelas yang ideal, kedudukan tersebut perlulah diubahsuai. 1. Meja Guru Meja guru tidak boleh membelakangkan murid. Meja guru perlu diletakkan di hadapan kelas. Guru perlu berada sentiasa di hadapan kelas. Meja guru juga diletakkan di penjuru hadapan supaya tidak menggagu pergerakan aktiviti kelas. Di samping itu, guru dapat menggunakan papan tulis serta memberikan sepenuh perhatian terhadap semua murid di dalam kelas.

Cara Mengatasi Masalah ini.


2. Susun Atur Meja Murid Kedudukan susun atur meja murid di dalam kelas perlulah seragam. Terdapat pelbagai bentuk susunan tempat duduk yang boleh dibentuk oleh guru. Antaranya adalah susunan secara barisan, bulatan atau separuh bulat, klauster atau kelompok kumpulan, dan bentuk ladam kuda (horse shoe). Namun, susunan kedudukan murid yang kondusif adalah dalam bentuk berkumpulan

Cara Mengatasi Masalah ini.


3. Kedudukan Tingkap Kedudukan tingkap yang dihalangi oleh rak buku menjadi satu masalah bagi kelas ini. Aspek pencahayaan mestilah diambil kira dalam menentukan kedudukan fizikal bilik darjah. Keadaan bilik darjah perlulah berada dalam keadaan stabil iaitu tidak terlalu terang ataupun tidak terlalu gelap. Bilik darjah yang gelap akan memberi kesan terhadap pandangan murid. Murid juga berkemungkinan untuk tidur dalam bilik darjah yang gelap, sementara bilik darjah yang terang pula akan menyilaukan penglihatan murid. Langsir boleh dipasangkan di tingkap bagi memastikan faktor pencahayaan ini seimbang.

Cara Mengatasi Masalah ini.


4. Kedudukan Stesen Komputer Kedudukan stesen komputer yang berada di belakang kelas menjadikan pengurusan teknologi ini tidak cekap kerana jarak fokus LCD projektor yang jauh. Alat-alat bantu mengajar seperti komputer, OHP, dan LCD projektor yang terdapat di stesen ini sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh guru bagi menjamin keberkesanan pengajaran. Jadi, wajarlah seorang guru meletakkan stesen tersebut di bahagian hadapan kanan kelas.

Cara Mengatasi Masalah ini.


5. Kedudukan Tempat Mengasah Pensel. Tempat untuk mengasah pensel dan bakul sampah pula terlalu dekat dengan sekumpulan murid. Hal ini membahayakan murid dari segi fizikal. Murid yang mengasah pensel di situ berkemungkinan akan tercucuk mata pensel yang diasah dengan rakan yang duduk dalam kumpulan yang berdekatan. Faktor kesihatan juga perlu dipertimbang kerana murid yang berhampiran akan terkena habuk pengasah pensel. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini berlaku, tempat pengasah pensel perlulah diletakkan di bahagian belakang kelas jauh daripada kedudukan murid.

Cara Mengatasi Masalah ini.


6. Kedudukan Bakul Sampah. Kedudukan bakul sampah yang berada di depan kelas. Kedudukan bakul sampah yang berada di depan kelas akan mencacatkan pemandangan kelas. Jika kedudukan bakul sampah berada di situ, besar kemungkinan akan terdapat sekumpulan murid yang tidak selesa dengan bau dan keadaan sampah yang berlonggokan. Oleh itu, sudah pastilah murid tersebut tidak dapat belajar dengan tekun. Justeru, kedudukan bakul sampah perlu diubah ke bahagian belakang kelas.

Cara Mengatasi Masalah ini.


7. Kedudukan Kumpulan Kecil Kedudukan kumpulan kecil yang berada di tengahtengah kelas juga tidak wajar kerana akan menghalang pandangan murid-murid yang berada di kumpulan belakang. Keadaan ini berlaku apabila murid yang tinggi diletakkan di tengah-tengah kelas tersebut. Jadi, kumpulan kecil ini perlulah diletakkan di bahagian belakang kelas. Tujuannya adalah untuk melaksanakan kegiatan pemulihan bahasa ataupun mata pelajaran lain.

Cara Mengatasi Masalah ini.


8. Ruang Pembelajaran Sesebuah kelas perlu mengadakan ruangan kosong di hadapan kelas untuk melaksanakan aktiviti pengajaran yang bercorak amali. Hal ini dapat menjadikan murid cergas dan aktif berbanding dengan hanya duduk di tempat masingmasing. Murid-murid juga menjadi lebih tertarik dengan kaedah pengajaran guru ini. Jadi, guru perlulah memahami mereka dengan melaksanakan pelbagai teknik pengajaran seperti main peranan, dan sosiodrama.

Cara Mengatasi Masalah ini.


9. Papan Kenyataan Papan kenyataan penting dalam kelas untuk memaparkan informasi, peraturan, serta jadual bertugas. Peraturan penting supaya murid-murid mematuhi undang-undang dan larangan semasa di bilik darjah. Jadual bertugas pula dapat mempamerkan tanggungjawab murid untuk membersihkan kelas. Peraturan dan undang-undang ini jelasnya dapat menjimatkan masa guru. Kelas yang berada dalam keadaan bersih mempermudah proses pengajaran yang hendak dilakukan.

Lampiran 2

You might also like