You are on page 1of 16

UNTUK PELAJAR

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 1. KONSEP Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. 2. OBJEKTIF Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah; menghayati kerjaya seorang guru; memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah; mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid; memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran; membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah; mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah; membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal; membina sikap positif terhadap profesion keguruan; membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; dan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

(vii)
(viii) (ix) (x) (xi)

3.

STRATEGI PELAKSANAAN (i) Tempoh

Tempoh pelajar menjalani PBS adalah seperti dalam Jadual 2.1. Jadual 2.1: Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah Program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 1 2 3 4 Tempoh 1 Minggu 1 Minggu 1 Minggu 1 Minggu Penempatan Sekolah Rendah Sekolah Rendah Sekolah Rendah Sekolah Rendah

(ii)

Penempatan Pelajar ditempatkan di sekolah rendah tertentu dan diuruskan oleh Unit Praktikum IPG dengan kerjasama Penyelaras PISMP dan jabatan mata pelajaran major/elektif masing-masing. Penempatan hendaklah mengambil kira lokasi, saiz dan jenis sekolah yang berbeza-beza mengikut semester. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka mendapat pengalaman dan pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk praktikum.

(iii)

Prosedur Pelaksanaan

a)

IPGM akan memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) 2

b) c) d) e) f)

tentang Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). IPGM akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar dan pelaksanaan PBS. IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk pelajar. IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar. Jabatan Ilmu Pendidikan, mata pelajaran major/elektif memberikan panduan pelaksanaan aktiviti PBS kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS. Hasil aktiviti PBS akan dibincang bersama pensyarah yang berkenaan semasa sesi interaksi kuliah dan sesi refleksi. (rujuk Jadual 2.2).

Jadual 2.2:Pengalaman Berasaskan Sekolah Mengikut Semester Semester 1 2 3 4 (iv) Mata Pelajaran Pengajian Profesional Major Elektif 1 Elektif 2

Aktiviti Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah a) b) c) Pelajar dikehendaki memperolehi maklumat umum tentang sekolah di mana mereka menjalani setiap PBS berdasarkan Lampiran 1-7A. Pelajar juga dikehendaki melaksanakan aktiviti PBS berdasarkan semua aspek yang dtetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan dan jabatan mata pelajaran major / elektif masing-masing berdasarkan semester yang ditetapkan.. Jabatan Ilmu Pendidikan, jabatan mata pelajaran major dan jabatan mata pelajaran elektif hendaklah merancang aktiviti PBS berdasarkan format dan tema aktiviti yang dicadangkan di dalam Lampiran 1-7B

4.

KEHADIRAN a) b) c) Kehadiran pelajar dalam PBS adalah wajib. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahan doktor/pegawai perubatan. Ketidakhadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat kebenaran daripada Pengarah/Timbalan Pengarah IPGK. Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh PBS yang ditetapkan.

5.

STATUS PELAKSANAAN PBS Pelajar yang telah menjalani PBS perlu memenuhi keperluan berikut: a) b) c) d) Kehadiran pelajar dalam PBS (Lampiran 1-8) Menyempurnakan aktiviti PBS (Lampiran 1-7) Melengkapkan Portfolio individu (Lampiran 1-2 dan 1-3) Laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-8 dan dan 1-9)

6.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB (i) a. b. c. Pelajar: Menghadiri taklimat PBS; Memahami objektif PBS; Melaksanakan aktiviti PBS; 3

d. e. g. h. i. j. k.

Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS; Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan IPGM dan peraturan sekolah; f. Membuat pemerhatian terhadap iklim pembelajaran di bilik darjah, persekitaran dan kelengkapan sekolah; Berbincang dengan pihak sekolah tentang aktiviti yang dilaksanakan di sekolah; Memerhati dan mengumpul maklumat tentang pengajaran guru serta pengurusan kelas sebagai bahan refleksi; Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi secara berterusan dalam portfolio individu; Mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya dan pensyarah tentang pengalaman yang diperoleh semasa menjalani PBS; Menyerahkan hasil aktiviti PBS kepada pensyarah mata pelajaran Ilmu Pendidikan, major/elektif masing-masing pada masa yang ditetapkan untuk perbincangan bersesuaian dengan objektif PBS; Sekolah Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah Bekerjasama dengan pihak IPGM dalam menjayakan PBS Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian persekitaran sekolah/pengajaran/aktiviti guru Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti PBS Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam komuniti sekolah Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan mengesahkan Borang Kehadiran PBS Melaporkan kemajuan pelajar dengan menggunakan Borang Laporan Perkembangan Pelajar (rujuk Lampiran 1-8 dan 1-9) Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada pelajar Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan PBS dilaksanakan dengan sempurna Membantu pelajar meningkatkan perasaan cinta terhadap alam persekolahan dan profesion keguruan. IPGK (Unit Praktikum, Penyelaras PISMP dan Jabatan Ilmu Pendidikan/Major/Elektif) Memahami, menghayati dan melaksanakan PBS mengikut Garis Panduan Pelaksanaan PBS Merancang dan mengenal pasti sekolah serta mengurus penempatan pelajar untuk PBS Menghantar surat makluman pelaksanaan PBS ke sekolah-sekolah yang terlibat. Memastikan aktiviti PBS disediakan pada masa yang ditetapkan dan masa yang mencukupi diberikan kepada pelajar e) Memberikan taklimat kepada pelajar berhubung dengan konsep, objektif dan aktiviti dalam pelaksanaan PBS Mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kes-kes yang memerlukan tindakan g) Memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan Memastikan pelajar melaksanakan aktiviti PBS dan menyerahkan hasil aktiviti kepada pensyarah mata pelajaran yang berkenaan Mengadakan sesi refleksi selepas PBS tamat (Jabatan yang terlibat) Mewujudkan kerjasama dan hubungan profesional antara IPGM dengan sekolah Menyediakan laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar kepada pihak IPGM dengan segera

(ii) a) b) c) d) e) f) g) h) i) j)

(iii) a) b) c) d)

f) h) i) j) k)

LAMPIRAN 1-1 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI 1. Pengenalan Pernyataan profesional/kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/aktiviti yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan aktiviti tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus aktiviti hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir. 2. Tujuan Penyataan Profesional 2.1 Menyatakan fokus aktiviti yang hendak dilaksanakan dengan jelas 2.2 Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan sistematik 2.3 Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan 2.4 Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan/ penambahbaikan 3. Pernyataan Profesional 3.1 Sebelum PBS

Kenal pasti fokus utama aktiviti Tujuan aktiviti Merancang strategi pelaksanaan Instrumen penilaian kendiri

3.2 Semasa PBS


Melaksanakan aktiviti/strategi yang dirancang Mengumpul data Merekod

3.3 Selepas PBS (refleksi)


Menganalisis data Menilai Melapor Penilaian Kendiri Terhadap Penyataan Profesional Pencapaian objektif Cadangan tindakan susulan/penambahbaikan

LAMPIRAN 1-2 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN PENYEDIAAN PORTFOLIO 1. Pengertian Portfolio 1.1 Portfolio atau profil profesional merupakan koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi: 1.1.1 Pengetahuan 1.1.2 Kemahiran 1.1.3 Pengalaman 1.1.4 Kelayakan 1.1.5 Matlamat dan pencapaian 1.2 Satu bentuk sejarah pencapaian pelajar yang didokumentasikan dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif. (Shulman, 1992). 2. Tujuan Portfolio 2.1 2.2 2.3 2.4
2.5

Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman dalam PBS Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah dan mentor untuk menilai Perkembangan profesionalisme pelajar. Memberi ruang kepada pelajar membuat refleksi dan mendapat pengetahuan dan pengalaman baru. Membudayakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen secara sistematik dan profesional. Ciri-Ciri Portfolio Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan pelajar telah terlibat dengan refleksi kendiri. Hasil yang dibuat sendirioleh pelajar menghargai usaha dan diri sendiri. Mempunyai maklumat yang berbeza dan mesti dikemaskinikan pada setiap masa. Mengandungi maklumat yang menggambarkan proses pelaksanaan, perkembangan dan penilaian dalam melaksanakan setiap tugasan.

3.
3.1 3.2 3.3 3.4

4. Tanggungjawab Pelajar Dalam Penyediaan Portfolio 4.1 Menyediakan portfolio yang bermakna dan kemas kini berdasarkan senarai semak. 4.2 Menyerahkan portfolio kepada pensyarah untuk disemak selepas PBS.

LAMPIRAN 1-3 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SENARAI SEMAK PENYEDIAAN PORTFOLIO Bil Tajuk 1.1) Nama Biodata (ditulis dalam helaian berasingan) 1.2) No. Kad Pengenalan 1.3) Major dan Ambilan 1.4) Tarikh PBS 1.5) Gambar 2 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 1-1) Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (yang mana sesuai mengikut keperluan) 2.1) Penyataan sebelum PBS 2.2) Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 3.1) Pemerhatian 3 3.2) Senarai semak 3.3) Temu bual 3.4) Soal selidik 4.1) Perbincangan dengan pengurusan sekolah 4.2) Perbincangan dengan mentor 4 Kolaborasi (Lampiran 1-4) 4.3) Perbincangan dengan guru-guru lain 4.4) Perbincangan dengan kakitangan sekolah 4.5) Interaksi dengan murid 5.1) Pemerhatian 5 Ilmu/Pengetahuan Baru Melalui 5.2) Senarai Semak 5.3) Temu bual 6 7 Refleksi (Lampiran 1-6) 6.1) Aktiviti 6.2) Perbincangan/Interaksi Laporan Akhir Item Tandakan

Ulasan Pensyarah: _________________________________________________________________ _________________________________________________________________

Tandatangan _________________ Nama ______________________________Tarikh __________

LAMPIRAN 1-4 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH REKOD KOLABORASI/INTERAKSI/PERBINCANGAN Tarikh : ________________________ Masa : _______________________

Nama Guru Yang Ditemui: _________________________________________________ Tajuk/Perkara : __________________________________________________________ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan

Tandatangan : ____________________________________ Nama Jawatan : ____________________________________ : ____________________________________

LAMPIRAN 1-5 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PENULISAN REFLEKSI 1. Definisi Refleksi

Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999) Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.

2. Tujuan Refleksi Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan. Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan. Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan. Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan

3. Ciri-ciri Refleksi

Bermula dengan mengingat kembali Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu Menentukan usaha secara sedar (conscious effort) Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif

4. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam PBS Refleksi ialah proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan PBS oleh pelajar sendiri untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksana ialah: 4.1 Hendaklah dibuat selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti membincangkan: 4.2 Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai? Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ? Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti tersebut ? Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut ?

Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di Lampiran 6

10

LAMPIRAN 1-6 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH AMALAN REFLEKSI ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu/Perkara yang difokuskan:

2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan:

2.2 Kelemahan:

3. Cadangan Penambahbaikan:

(Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda)

11

LAMPIRAN 1-7 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH AKTIVITI PROFESIONAL 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat umum mengenai sekolah yang disenaraikan di dalam borang berikut Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Perkara Nama dan Alamat Sekolah No. telefon sekolah Alamat e-mail/web Sekolah Lokasi Nama Guru Besar Nama GPK 1 Nama GPK HEM Nama GPK Kokurikulum Nama Penyelia Petang Gred Sekolah Bilangan Guru Kelayakan Profesional Guru Bilangan Kelas Purata Saiz Kelas Jumlah Murid Lelaki Perempuan 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda mengenai sekolah ini Melayu Cina India Lain-lain Lelaki: Perempuan: 12 Siswazah: Bukan Siswazah: 13 14 15 Catatan / data

12

2.

Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah (Gunakan helaian tambahan jika perlu)

2.1 2.2

Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor melaksanakan pengajaran pembelajaran.

Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.

2.3
mudah

Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang digunakan oleh murid? Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran berasaskan ICT ? Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif setiap aktiviti pembelajaran?

2.4
yang

2.5
dalam

2.6

Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulankumpulan tertentu

13

LAMPIRAN 1-7B FORMAT AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1 2 3 Tajuk aktiviti berdasarkan topik di dalam kurikulum kursus yang Menyatakan objektif aktiviti yang hendak dicapai dengan jelas Kandungan aktiviti yang dicadangkan 3.1 3.2

ditawarkan pada setiap semester

Aktiviti yang diberikan mestilah melibatkan tugasan harian yang perlu dijalankan semasa PBS Fokus aktiviti ialah : berkaitan sukatan pelajaran ada unsur pemerhatian terhadap P & P melibatkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah mengenai persekitaran sekolah (termasuk iklim dan budaya sekolah) meliputi sumber pengajaran dan pembelajaran meliputi strategi pengajaran dan pembelajaran/ kemahiran mengajar

4.

Format Penulisan Laporan Aktiviti PBS 4.1 Format penulisan aktiviti PBS adalah seperti berikut : (cth) font Arial saiz huruf ialah 12 langkau satu setengah baris rujukan mengikut format A.P.A. lampiran

4.2 Panjang penulisan aktiviti antara 500 hingga 1000 patah perkataan ( 3 hingga 5 muka surat) 4.3 Tarikh penyerahan penulisan aktiviti (2 minggu selepas tamat tempoh PBS) 5. Refleksi selepas PBS dikendalikan oleh Jabatan yang terlibat

14

LAMPIRAN1-8 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR BORANG KEHADIRAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Sekolah Alamat Sekolah Tarikh PBS : ____________________________________________________ : ____________________________________________________ : ______________________ hingga ________________________ Tarikh

Bil 1 2 3 4 5 6 Catatan:

Nama Pelajar

No. KP

Major

* Ketua kumpulan diminta menghantar borang kehadiran ini kepada Ketua Unit Praktikum IPGKRM selepas tamat Pengalaman Berasaskan Sekolah
*

Ketidakhadiran mesti disertakan dengan sijil/kenyataan cuti sakit atau surat kebenaran Pengarah/ Timbalan Pengarah IPGKRM

Tandatangan Pelajar : _____________________ Nama : _____________________________________________ Tarikh : __________________________

Pengesahan Guru Besar: Tandatangan _________________________ Tarikh : ____________________

Cop Sekolah
15

LAMPIRAN1-9 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH LAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR


(Diisikan oleh Pengurus Sekolah)

Nama Pelajar : _______________________________ Major : ______________________________________ Tandakan () Sederhana Lemah Baik

No. K.P. Ambilan

: __________ : __________

Aspek

Ulasan

a) Penampilan diri Sahsiah dan Perwatakan b) Pekerti c) Keprihatinan d) Sifat/Peribadi sebagai pendidik a) Berinteraksi secara beretika b) Keupayaan memerhati, berbincang dan membuat refleksi c) Berupaya menyampaikan idea secara berkesan a) Berupaya membina hubungan positif dengan warga sekolah b) Sentiasa berusaha untuk mendapatkan ilmu, bimbingan dari mentor dan guru-guru lain c) Komited terhadap tugasan yang diberikan oleh IPGK

Komunikasi Berkesan:

Budaya Profesional Guru:

Tandatangan & Cop Guru Besar ____________________

Tarikh_______________

16

You might also like

  • Tempat Perlindungan Haiwan
    Tempat Perlindungan Haiwan
    Document10 pages
    Tempat Perlindungan Haiwan
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Kata Serapan 2
    Kata Serapan 2
    Document19 pages
    Kata Serapan 2
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • RPH 2015 (Apr)
    RPH 2015 (Apr)
    Document41 pages
    RPH 2015 (Apr)
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Soalan 7
    Soalan 7
    Document2 pages
    Soalan 7
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Ujian Kemahiran Mengawal Pemboleh Ubah
    Ujian Kemahiran Mengawal Pemboleh Ubah
    Document4 pages
    Ujian Kemahiran Mengawal Pemboleh Ubah
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Litupan Badan Haiwan
    Litupan Badan Haiwan
    Document7 pages
    Litupan Badan Haiwan
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Divider Folio Praktikum
    Divider Folio Praktikum
    Document32 pages
    Divider Folio Praktikum
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Prosiding
    Prosiding
    Document2 pages
    Prosiding
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Edu 3083
    Edu 3083
    Document6 pages
    Edu 3083
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Rancangan Pelajaran Mingguan
    Rancangan Pelajaran Mingguan
    Document1 page
    Rancangan Pelajaran Mingguan
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Rekod Kehadiran
    Rekod Kehadiran
    Document2 pages
    Rekod Kehadiran
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Tutorial
    Tutorial
    Document3 pages
    Tutorial
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Jeff
    Jeff
    Document7 pages
    Jeff
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Soalan Objektif
    Soalan Objektif
    Document12 pages
    Soalan Objektif
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • PERUBAHAN KEADAAN Jirim
    PERUBAHAN KEADAAN Jirim
    Document2 pages
    PERUBAHAN KEADAAN Jirim
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Asid Dan Alkali
    Asid Dan Alkali
    Document4 pages
    Asid Dan Alkali
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Muka Surat Kerja Kursus
    Muka Surat Kerja Kursus
    Document61 pages
    Muka Surat Kerja Kursus
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Cara
    Cara
    Document28 pages
    Cara
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Borang Maklum Balas Ipg
    Borang Maklum Balas Ipg
    Document2 pages
    Borang Maklum Balas Ipg
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Pebahagian Tugas KKP PJM 3112
    Pebahagian Tugas KKP PJM 3112
    Document1 page
    Pebahagian Tugas KKP PJM 3112
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Soalan 1
    Soalan 1
    Document5 pages
    Soalan 1
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Penilaian Formal
    Penilaian Formal
    Document4 pages
    Penilaian Formal
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Perbincangan
    Perbincangan
    Document7 pages
    Perbincangan
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Pengenalan 1
    Pengenalan 1
    Document5 pages
    Pengenalan 1
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Sepak Manggis
    Sepak Manggis
    Document6 pages
    Sepak Manggis
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Cara
    Cara
    Document28 pages
    Cara
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Pengenalan 1
    Pengenalan 1
    Document5 pages
    Pengenalan 1
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Pembinaan Soalan Objektif
    Pembinaan Soalan Objektif
    Document1 page
    Pembinaan Soalan Objektif
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Kitaran Air
    Kitaran Air
    Document18 pages
    Kitaran Air
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet
  • Tutorial 1
    Tutorial 1
    Document5 pages
    Tutorial 1
    Syakir Maarif Bin Mastor
    No ratings yet