You are on page 1of 40

PENGENALAN

Malaysia

merupakan

sebuah

negara

yang

unik

dengan

kepelbagaian

masyarakatnya yang berbilang bangsa, etnik dan agama. Keunikkan masyarakat di negara ini menjadikan Malaysia istimewa di mata dunia. Penduduk dominan Malaysia sebelum wujudnya penjajahan dari negara-negara luar adalah Melayu. Suatu ketika dulu, Malaysia juga dikenali dengan nama Tanah Melayu. Pembentukkan Malaysia pada 16 September 1969, Tanah Melayu digantikan dengan nama Malaysia. Mengikut rentetan sejarah, Malaysia telah dijajah sejak 20 Mac 1824 sehingga 31 ogos 1957. Tempoh 129 tahun telah banyak memberi implikasi kepada pembangunan negara sehingga kini termasuklah perhubungan etnik di negara ini. Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejak merdeka dan sehingga 31 Ogos 2012, Malaysia telah mengecapi kemerdekaan selama 55 tahun. Suatu tempoh panjang yang membolehkan rakyat Malaysia membentuk kerajaan mengikut acuan sendiri. Terdapat tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu (termasuk masyarakat pribumi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak), Cina dan India. Kepelbagaian kaum di Malaysia terhasil daripada proses migrasi, perdagangan, hubungan diplomatik, dan perkahwinan. Mengikut komposisi penduduk di Malaysia pada tahun 2005, masyarakat Melayu terdiri daripada 16.06 juta mewakili 65.9 peratus penduduk diikuti oleh masyarakat Cina terdiri daripada 6.15 juta mewakili 25.3 peratus dan masyarakat India terdiri daripada 1.83 juta mewakili 7.5 peratus. Termasuklah masyarakat minoriti di Malaysia terdiri daripada 0.32 juta mewakili 1.3 peratus. Kegemilangan Malaysia dapat dilihat melalui pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, agama dan budaya. Pencapaian Malaysia dalam aspek-aspek ini berlandaskan kepada keharmonian dan perpaduan etnik secara amnya di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Dalam era globalisasi pelbagai cabaran dihadapi dalam memupuk perpaduan kaum. Pelbagai pendekatan telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan berterusan. Hubungan etnik di Malaysia dapat dilihat dalam tiga fasa utama iaitu sebelum merdeka, selepas merdeka dan selepas hampir 50 tahun merdeka.

Sebelum Merdeka Pada zaman penjajahan British, pelbagai dasar telah diperkenalkan

menyebabkan jurang perbezaan antara etnik di negara ini menjadi amat ketara dalam semua bidang seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan tempat tinggal. Pihak British telah memperkenalkan dasar-dasar pembangunan ekonomi dan pada masa yang sama menggalakkan kemasukan buruh asing dari negara Cina dan India. Tindakan pihak British secara tidak langsung telah mengubah komposisi kaum di negara ini. Pada zaman penjajahan British, hubungan etnik terpisah dari segi budaya, ekonomi, politik, sosial dan tempat tinggal sehingga perang dunia kedua. Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) pihak British telah melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri berbeza dari segi penempatan dan pekerjaan seperti berikut: Etnik Melayu tertumpu di kawasan kampung-kampung dan bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan, pertukangan dan sebagainya. Etnik Cina tertumpu di kawasan bandar dan bekerja di kawasan lombong, melibatkan diri dalam perniagaan runcit dan sebagainya. Etnik India tertumpu di kawasan estet dan lading-ladang. Bekerja sebagai penoreh, buruh binaan dan sebagainya. Pada zaman pemerintahan Jepun pula, penindasan terhadap etnik Cina berlaku. Permusuhan ini adalah kesan daripada perang Jepun-China pada tahun 1937. Pihak Jepun menjaga hubungan baik dengan masyarakat Melayu dan orang-orang Melayu diberi peluang untuk bekerja dalam pentadbiran. Pihak Jepun juga menjaga hubungan baik dengan orang-orang India. Sistem pemerintahan Jepun yang berat sebelah telah mengundang permusuhan di kalangan etnik Cina dan Melayu. Etnik Cina aktif berpolitik dan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang Jepun. PKM berfungsi menjaga dan membela nasib orang Cina yang tertindas. Parti politik Cina telah menyiksa orang-orang Melayu sebagai tanda membalas dendam setelah pihak Jepun berundur dari Tanah Melayu. Jurang di antara etnik pada zaman penjajahan adalah amat besar dan menimbulkan ketidakpuasan di kalangan
2

pelbagai etnik di negara ini. Etnik Cina dan India berusaha ke arah mendapatkan taraf sama rata seperti etnik dominan Melayu. Secara tidak langsung, tindakan etnik Cina dan India telah mengundang rasa tidak puas hati di kalangan etnik Melayu sehingga tertubuhnya Malayan Union pada 1 April 1946 dan Isu Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kemerdekaan ketiga-tiga etnik ini telah bersatu dan bekerjasama membentuk Parti Perikatan yang dianggotai oleh parti UMNO, MCA dan MIC. Pembentukan ketiga-tiga jenis parti ini telah banyak menyumbang kepada perpaduan dan integrasi nasional di kalangan etnik di negara ini. Berikut adalah beberapa ciri-ciri parti politik UMNO, MCA dan MIC: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan pada tahun 1946. UMNO diasaskan oleh Dato Onn Jaafar. UMNO ditubuhkan bertujuan untuk menentang Malayan Union dan berjuang menuntut kemerdekaan. Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) telah ditubuhkan pada tahun 1949. MCA diasaskan oleh Tan Cheng Lock. MCA ditubuhkan bertujuan untuk melindungi kepentingan Cina dan bekerjasama dengan etnik lain untuk mencapai kemerdekaan. Kongres India Tanah Melayu (MIC) telah ditubuhkan pada Tahun 1949. MIC diasaskan oleh John Thivy. MIC ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kaum India dan memperjuangkan kemerdekaan bersama etnik lain. Tidak dinafikan secara tidak langsung kedatangan Inggeris telah membawa kepada usaha-usaha perpaduan melalui tindakan pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum. Hubungan etnik juga amat baik semasa menentang komunis. Selepas Merdeka Selepas merdeka, wujud kerjasama erat di kalangan etnik di Malaysia. Kerjasama erat juga wujud sebelum dan selepas penubuhan Malaysia. Ancamanancaman luar seperti konfrontasi Indonesia telah mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Hubungan yang baik antara etnik mengundang kepada usaha nasional untuk merapatkan hubungan etnik sedia ada dari masa ke semasa. Beberapa dasar digubal
3

oleh kerajaan telah banyak memberikan implikasi positif kepada perpaduan etnik di negara ini sehingga kini. Penglibatan semua kaum dalam perancangan negara secara tidak langsung membentuk keharmonian sehingga kini. Dari segi politik, orang Melayu diwakili oleh Parti Umno, orang Cina diwakili oleh MCA dan orang India diwakili oleh MIC. Perpaduan etnik telah membentuk Parti Perikatan dan akhirnya parti perikatan ini telah berjaya dalam pilihanraya untuk membentuk kerajaan sendiri. Beberapa dasar digubal oleh kerajaan untuk merapatkan hubungan etnik seperti berikut: Dasar Pelajaran Kebangsaan Pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha untuk menyatupadukan murid-murid dari semua kumpulan etnik ke dalam satu sistem pelajaran yang sama dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Umumnya, dalam pendidikan usaha memupuk perpaduan dan persefahaman disalurkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Matlamat penting dasar ini adalah memupuk perpaduan dan integrasi nasional melalui elemen-elemen seperti berikut: Pertama, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Kedua, menyediakan sukatan pelajaran yang sama kandungannya. Dasar Ekonomi Baru (DEB) DEB termaktub dalam rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama. DEB merupakan satu program jangka panjang yang mengambil masa selama 20 tahun. DEB dimulakan pada tahun 1970. Beberapa Matlamat utama DEB membantu dalam pembentukan integrasi nasional dalam pelaksanaannya adalah seperti berikut: 1) Penyusunan semula masyarakat majmuk untuk mengurangkan dan

menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

2) Membasmi kemiskinan. Ketidakseimbagan ekonomi etnik berpunca daripada dasar pecah dan perintah Inggeris. Pengelasan etnik mengikut pekerjaan dan
4

pelajaran telah menyebabkan interaksi etnik Melayu, Cina serta India kurang berlaku. 3) Mengurangkan ketidakseimbangan dalam gunatenaga supaya penyertaan etnik adalah seimbang. Dasar Pembangunan Nasional Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan kepada DEB yang berakhir pada tahun 1990. Program DPN meliputi perkara-perkara seperti berikut: 1) Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

2) Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek. 3) Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi. 4) Menerapkan nilai sosial, kerohanian dan amalan cintakan alam sekitar. 5) Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan. Selepas Hampir 50 Tahun Merdeka Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan sehingga kini, negara mengecapi kemerdekaan mencecah ke usia 55 tahun. Suatu tempoh yang cukup mematangkan dalam pembentukan sesebuah negara. Kemakmuran negara pada hari ini adalah disebabkan oleh wujudnya persefahaman dan sikap toleransi di kalangan etnik berbilang bangsa, budaya dan agama. Pembentukan dasar menyeluruh dan kesinambungan program pembangunan negara telah banyak membantu dalam membentuk hubungan erat di kalangan etnik di negara ini. Pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan misi Wawasan 2020 dan rancanganrangcangan pembangunan banyak membantu dalam membentuk dan mengekalkan hubungan etnik yang baik di kalangan masyarakat majmuk berbilang kaum, bangsa dan agama.

Umpamanya, dalam Wawasan 2020 digariskan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi melibatkan hubungan etnik untuk menjadikan negara maju menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 diwujudkan bertujuan untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Dalam wawasan ini, sembilan cabaran berkaitan dengan hubungan etnik dikenalpasti untuk dihadapi seperti berikut: 1) Membentuk negara bersatu padu dan satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

2) Mewujudkan masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan gagah menghadapi pelbagai masalah. 3) Membentuk dan memperkembang masyarakat demokratik matang yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia unggul berasaskan muafakat dan musyawarah, dan dapat dicontohi oleh negara-negara membangun. 4) Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika sepenuhnya dengan

warganegara Malaysia mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian utuh serta didorong oleh piawaian etika paling tinggi. 5) Mewujudkan masyarakat matang bersifat liberal dan bertoleransi dengan setaip rakyat bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masingmasing serta pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara. 6) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat berdaya cipta serta berpandangan jauh iaitu masyarakat yang bukan saja menjadi pengguna teknologi tetapi menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. 7) Membentuk masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah masyarakat yang lebih mementingkan masyarakat berbanding diri sendiri.
6

8) Membentuk

masyarakat

yang

adil

ekonominya

iaitu

masyarakat

yang

melaksanakan pengagihan kekayaan secara adil dan saksama. 9) Membentuk masyarakat makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamik dan ada daya ketahanan.

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN Perlembagaan sesebuah negara dibentuk dengan mengambil kira

perkembangan sejarah negara sebelum dan selepas penjajahan. Ia berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, sistem berpolitik, bentuk sesebuah kerajaan serta menjamin perlindungan rakyat. Tanggungjawab serta kewajipan setiap rakyat terhadap negara turut dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan. Di negara kita, perlembagaan persekutuan menjadi tunjang kepada segala perencanaan dan perlaksanaan dasar dan undang-undang. Ia turut memainkan peranan dalam memperkasakan hubungan baik antara etnik di Malaysia. Secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan bahawa perlembagaan ialah undangundang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir Negara. Ia merupakan sejenis undang-undang yang boleh dikuatkuasakan dan terbahagi kepada perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Perlembagaan Malaysia merupakan contoh perlembagaan bertulis. Perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan mahkamah. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom. Kebanyakan Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripada zaman penjajahan, kecuali peruntukan tentang pentadbiran, parlimen dan
7

kewarganegaran. Terdapat fasal-fasal yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Unsur-unsur tradisi sebenarnya telah wujud sejak ratusan tahun yang lalu sebelum pembentukan perlembagaan pada tahun 1957. Ia dianggap sebagai satu kontrak sosial yang meliputi 4 aspek termasuklah institusi beraja, agama islam, bahasa melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. Keempat-empat unsur tradisi ini diserap menjadi sebahagian daripada kandungan penting perlembagaan persekutuan. Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957. Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Ia juga merupakan satu pra-syarat dan

permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna, orang Melayu diberikan hak istimewa, Islam menjadi agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu. Kedudukan Istimewa Orang Melayu Unsur tradisi yang pertama adalah kedudukan istimewa orang Melayu telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain. Pada mulanya, peruntukan yang mengutamakan penduduk peribumi Melayu tidak diperlukan dalam beberapa perjanjian yang ditandatangani antara raja-raja Melayu dengan kerajaan British. Ini dibuat berasaskan anggapan bahawa negara ini ialah sebuah negara Melayu, dan tiada sesiapa pun semasa itu mempersoalkan hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai penduduk peribumi. Keadaan ini mula berubah selepas beberapa perjanjian ditandatangani dengan kerajaan British
8

yang memaksa raja-raja Melayu menurut nasihat British dalam semua perkara yang melibatkan pentadbiran kecuali berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Tindakan ini, tanpa disedari menghakis hak dan kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sedikit demi sedikit. Keadaan ini diburukkan lagi akibat dasar pintu terbuka British pada awal ke-20 yang membawa masuk ramai kaum imigran ke tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah. British membiarkan orang Melayu terus kekal di luar bandar, tanpa berpeluang melibatkan diri dalam arus pembangunan ekonomi. Kembalinya British pada tahun 1946 selepas Jepun menduduki Tanah Melayu 19421945, Parti Buruh sebagai pemerintah Britain telah membawa dasar politik yang berbeza. British dengan tegas mahu melaksanakan penjajahan fizikal ke atas Tanah Melayu sepenuhnya. Untuk itu kuasa Raja-raja Melayu dihapuskan secara

perlembagaan dan kebudayaan, negeri Melayu dijadikan satu dengan nama Malayan Union dan perundangan Tanah Melayu dibuat oleh Parlimen British. British ingin membentuk satu konsep negara yang baru, yang tidak lagi berasaskan Melayu sebaliknya Malayan. Dalam Perlembagaan Malayan Union 1946, bukan sahaja hak dan keistimewaan orang Melayu tidak disebut, tetapi keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu dikurangkan sehingga ke peringkat untuk keperluan rasmi dan perkara-perkara kecil sahaja. Malah kuasa undang-undang dan kedaulatan negerinegeri Melayu diletakkan dalam kuasa kerajaan British dan satu bentuk kerakyatan yang seragam diadakan. Bagi mententeramkan orang Melayu terhadap penentangan Malayan Union, British memberikan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Oleh itu, orang Melayu mendapat semula hak dan kedudukan mereka. Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan diberi tanggungjawab khas melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepenting an sah kaum-kaum lain di bawah perlembagaan itu. Selepas merdeka, tanggungjawab khas Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan dipindahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Setelah Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedudukan dan hak istimewa kaum Bumiputera di kedua-dua

negeri itu diiktiraf dan serta menjadi sebahagian daripada tanggungjawab khas Yang diPertuan Agong. Kedudukan istimewa orang Melayu' di bawah Perkara 153 bermaksud: a) Yang di-Pertuan Agong dikehendaki melaksanakan dasar-dasar bagi melindungi

kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan bantuan, kemudahan pendidikan serta lesen untuk perniagaan dan perdagangan. b) Tanggunjawab khas ini perlu dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan

berhati-hati supaya tidak mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam, penarikan sebarang biasiswa, keistimewaan atau perlucutan dan penamatan permit yang dinikmati oleh sesiapa pun. Ini bertujuan untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang berasa diaiayai atau diabaikan. Orang Melayu menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160, membawa erti seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdekadan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura, atau ialah zuriat seseorang yang demikian. Bumiputera di Sabah dan Sartawak pula ialah: 1. Di Sarawak : mana-mana suku kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak

Laut, Dayak Darat, Kadazan, Kelabit, Kayan, Kenyah,Kajang,Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut. 2. Di Sabah : anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan

dia telah dilahirkan di Sabah. Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153. Hak Istimewa Orang Melayu
10

dan bumiputera meliputi: Bidang Perkhidmatan Awam Perkara 153 (2, 3 dan 4); Bidang Ekonomi Perkara 153 (6) dan Bidang Pelajaran Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu, kedudukan istemewa orang Melayu dan bumiputera yang lain juga terdapat dalam peruntukan Perkara 89 dan 90, iaitu berhubung dengan tanah rizab Melayu; dan Perkara 8(5)(f) berkenaan kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan. Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971). Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan Unsur tradisi seterusnya yang disentuh dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 melalui Perkara 152 adalah bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Dalam fasal tersebut telah disebutkan bahawa, bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan akan kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen, dengan peruntukan bahawa (a) tidak ada seseorang pun yang akan dihalang dari menggunakan (kecuali hal-hal rasmi), atau mengajar atau mempelajari bahasabahasa lain dan (b) tidak ada sebarang peruntukan dalam fasal ini yang boleh mengganggu hak kerajaan persekutuan atau sebarang kerajaan negeri untuk memelihara dan memperkembangkan dan pengkajian bahasa komuniti lain. Konsep memberikan taraf kebangsaan kepada bahasa itu jauh lebih luas dan mempunyai lebih banyak kesan daripada pengiktirafannya sebagai bahasa rasmi semata-mata. Kesan utama yang dapat dilihat ialah apabila bahasa Melayu di angkat tarafnya sebagai bahasa Kebangsaan secara automatiknya bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantara dalam semua maksud rasmi. Ini bermaksud bahasa selain bahasa Melayu hanya boleh dipelajari dan digunakan dalam urusan tidak rasmi. Sebelum Perang dunia kedua, bahasa Melayu digunakan secara meluas untuk tujuan-tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, urusan surat menyurat, penulisan minit mesyuarat dan prosiding perundangan negeri-negeri Melayu dalam kebanyakan negeri Melayu terutamanya Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di nusantara pada masa itu. Namun selepas perang keadaan mula berubah akibat penerimaan sistem perundangan British, perjanjian Malayan Union
11

dan Persekutuan Tanah Melayu serta bertambah ramainya bilangan rakyat yang berpendidikan Inggeris. Ini menyebabkan bahasa Inggeris mula mula diterima sebagai bahasa pentadbiran dan digunakan dalam dalam beberapa bidang kegiatan kerajaan walaupun bahasa Melayu masih digunakan dalam beberapa bidang urusan kerajaan. Perlembagaan Malayan Union ada menyebut bahawa bahasa rasmi untuk mesyuarat Raja-raja ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Begitu juga bahasa rasmi yang digunakan dalam Majlis Mesyuarat Kerja Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-negeri Selat. Namun begitu, setelah Malayan Union dimansuhkan, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tetap mengekalkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan kecuali catatan dalam bentuk penulisan mestilah dibuat di dalam bahasa Inggeris. Penghakisan sedikit demi sedikit penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi mula membimbangkan beberapa golongan cendekiawan dan tokoh pada masa itu termasuklah Onn Jaafar dan Abdul Rahim Kajai yang berpendapat bahawa ini merupakan tanda penjajahan British yang sangat ketara ke atas negeri-negeri Melayu dan masyarakat Melayu. Agama islam sebagai agama rasmi Agama Islam menjadi agama anutan orang Melayu sejak lebih 600 tahun lalu. Walaupun dijajah oleh tiga kuasa asing, iaitu Portugis, Belanda dan British, orang Melayu masih kuat berpegang kepada ajaran Islam. Peralihan daripada satu kuasa penjajah kepada satu kuasa penjajah yang lain tidak menjejaskan pegangan orang Melayu terhadap agama Islam. Sungguhpun British berjaya mendapat hak untuk menasihati raja dalam semua urusan pemerintahan, tetapi mereka tidak menyentuh sama sekali agama Islam dan adat istiadat Melayu. Selepas merdeka, kedudukan agama Islam terus terpelihara dan menjadi agama rasmi persekutuan. Namun, agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan bebas dalam mana-mana bahagian Persekutuan. Ini telah dijelaskan dalam Perkara 3 bahawa bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama
12

rasmi Persekutuan, kerajaan pusat diberi kuasa untuk membelanjakan wang bagi tujuan pentadbiran agama Islam dan undang-undang Syariah. Penerimaan Islam

sebagai agama Persekutuan membolehkan kerajaan pusat atau negeri menubuh, menyelenggara dan membantu pertubuhan-pertubuhan Islam. Pelbagai bantuan disediakan untuk tujuan ini seperti peruntukan perbelanjaan bagi keperluan majlis-majlis keagamaan. Pemerintahan Beraja Sebelum kedatangan penjajah, negeri-negeri Melayu telah berabad-abad amalkan sistem pemerintahan beraja. Raja berkuasa secara mutlak dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Baginda dibantu oleh para pembesar negeri. Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, raja-raja Melayu masih diiktiraf sebagai pemerintah yang berdaulat dan berkuasa penuh di negeri masing-masing. Namun dalam sesetengah perkara, mereka dikehendaki mematuhi nasihat para pegawai British yang dilantik sebagai Residen atau Penasihat British. Keadaan ini berlanjutan sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Selepas pendudukan Jepun, kerajaan British bercadang untuk menubuhkan satu bentuk pemerintahan bercorak kesatuan yang dikenali sebagai Malayan Union. Melalui cadangan Malayan Union ini, raja-raja kekal sebagai pemerintah atas nama dan kuasa mereka dihadkan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Setelah mendapat bantahan hebat daripada orang Melayu, Malayan Union dibubar dan gantikan dengan satu perlembagaan baharu yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Perlembagaan baharu ini sedikit sebanyak telah memulihkan semula kedudukan raja-raja Melayu. Setelah merdeka, institusi pemerintahan beraja terus dikekalkan mengikut lunas-lunas perlembagaan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan. Seiring dengan itu, beberapa perubahan telah dilakukan ke atas institusi beraja untuk disesuaikan dengan amalan demokrasi berparlimen. Sistem beraja mutlak terus dimansuh dan digantikan dengan sistem raja berpelembagaan. Di bawah sistem ini, raja-raja dikehendaki menerima nasihat anggota Kabinet dan bertindak menurut nasihat-nasihat itu.

13

ISU 1 TAJUK

: BAHASA : MEMARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN DENGAN RELA.

Artikel yang pertama merupakan artikel yang berkaitan dengan memartabatkan bahasa kebangsaan. Merujuk kepada artikel pertama (lihat lampiran 1), isu utama yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mengikut perkara 152 di dalam perlembagaan persekutuan, jelas terbukti bahawa kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh parlimen. Isu ini dibangkitkan disebabkan beberapa kes seperti sistem pendidikan bahasa yang berubah-ubah mengikut kesediaan pemimpin dan ahli politik. Selain itu, dapat dilihat penggunaan Bahasa Melayu di mahkamah-mahkamah tidak begitu menyerlah apabila para peguam dan hakim lebih selesa berbahasa Inggeris. Jika dikaji semula PPSMI, jelas terbukti bahawa menggunakan Bahasa Inggeris di dalam subjek matematik dan sains adalah tindakan yang kurang wajar apabila sistem bahasa ditukar kembali kepada bahasa asal. Tidakkah ini menampakkan kedudukan Bahasa Melayu yang semakin terancam walaupun jelas termaktub di dalam perlembagaan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Jika hal ini berterusan iaitu sentiasa berubah-ubah sistem bahasa dalam pendidikan, juga tiada inisiatif yang diambil untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam mahkamah, tidak mustahil isu untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua akan dibangkitkan semula. Malah, tidak mustahil juga akan timbul isu untuk menjadikan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai bahasa rasmi. Jika hal ini terjadi, perpaduan antara etnik yang diamalkan sejak dulu akan terjejas. Masing-masing akan memenangkan bahasa mereka untuk dijadikan bahasa rasmi. Jadi, dimanakah kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia?

14

Nik Safiah Karim (1984) pernah mengatakan bahawa pencapaian taraf keintelektualan Bahasa Melayu akan menjadi lebih nyata apabila Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmiah. Keterangan ini jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa yang selayaknya untuk dijadikan bahasa kebangsaan sesuai dengan kedudukannya di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah, sistem pendidikan di Malaysia juga perlulah mengutamakan dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar supaya Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan lebih dihormati. Jika Bahasa Melayu tidak dimartabatkan, jati diri kewarganegaraan yang perlu ada pada diri setiap individu akan hilang. Oleh itu, tugas kerajaan seharusnya merangka perancangan yang jelas agar kedudukan Bahasa Melayu yang terpahat dalam Perlembagaan Persekutuan tidak dipersoalkan lagi. Kita juga seharusnya menyeimbangkan keperluan bahasa mengikut keadaan seperti yang tertulis dalam perkara 152(1)(A) iaitu tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.

ISU 2 TAJUK

: HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU. : TAK SOKONG 1MALAYSIA TUN DR. MAHATHIR

Artikel ini menekankan kepada isu yang dibawa oleh Tun Dr. Mahathir yang menyatakan beliau tidak menyokong 1Malaysia (lihat lampiran 2). 1Malaysia adalah slogan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menekankan semangat perpaduan antara etnik di Malaysia. Tun Dr. Mahathir tidak menyokong 1Malaysia kerana berpendapat bahawa 1Malaysia menekankan konsep yang sama dengan Malaysian Malaysia. Konsep utama yang dibawa oleh Malaysian Malaysia ialah kesamarataan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, budaya dan agama supaya mereka berhak memperolehi layanan yang sama, menuntut hak yang sama dan menikmati apa jua keistimewaan

15

yang diberikan kepada orang Melayu. Tan Sri Syed Jaffar Albar, Ketua Penerangan UMNO menjelaskan dalam Utusan Melayu 2 Julai 1965, Malaysian Malaysia adalah konsep bertujuan merampas keistimewaan Melayu dan menghapuskan Raja-Raja Melayu, Agama Islam dan Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, isu ini bangkit demi mempertahankan dan memperjuangkan hak istimewa orang Melayu di Malaysia yang berteraskan kepada perkara 153 (fasal 1) di dalam perlembagaan persekutuan yang menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini. Hak keistimewaan orang Melayu merupakan unsur-unsur tradisi di dalam kontrak social yang telah disepakati semasa penggubalan perlembagaan yang meliputi bahasa, agama, pemerintahan beraja dan juga kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Tetapi, kedudukan hak istimewa orang Melayu diiktiraf tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum-kaum lain. Maka, ini jelas menunjukkan walaupun kedudukan keistimewa orang Melayu terjaga tetapi hak kaum lain untuk bersuara, memilih agama dan sebagainya tetap ada. Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas yang lain. Namun perkara ini dilaksanakan dengan cara tidak menindas kaum-kaum lain kerana mengambil kira semangat persefahaman, toleransi, berkongsi kuasa dan bersedia berkorban dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu ketika penggubalan perlembagaan. Oleh itu, pada masa kini tidak perlu wujud lagi isu hak keistimewaan kerana isu ini sudah semestinya menganggu sensitiviti antara etnik. Jika hal ini berlarutan dan tiada tindakan yang sewajarnya diambil, isu ini akan terus diperdebatkan seolah perlembagaan yang merupakan nadi Malaysia seakan diabaikan dan tidak dihormati. Kesan yang akan diperolehi juga akan memecahbelahkan perpaduan yang selama ini terjalin di antara etnik. Tidak mustahil juga peristiwa buruk 16 Mei akan berulang

16

disebabkan tiada inisiatif yang diambil untuk membendung perkara ini dari terus dipersoalkan. Menurut Tun Dr. Mahathir di dalam artikel ini menyatakan bahawa rakyat Malaysia perlulah berpegang teguh pada sejarah Negara supaya tidak bercanggah dengan kebenaran. Beliau berkata lagi, polarisasi kaum kini semakin teruk kerana berpunca daripada peningkatan kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat yang dinikmati di Malaysia sekarang. Beliau juga mencadangan perkara yang bersangkut paut dengan isu hak sensitiviti antara etnik ini dibincangkan di bilik tertutup supapa pemimpin dapat bersuara dan yang lain dapat menyelesaikannya tanpa melibatkan banyak pihak yang boleh memperbesar-besarkan lagi isu tersebut.

ISU 3 TAJUK

: AGAMA : ISU GEREJA METHODIST DAMANSARA UTAMA

Artikel ini membawa kepada isu yang berlaku dalam lingkungan masyarakat yang akan memberi kesan kepada fungsi-fungsi dan kegiatan-kegiatan struktur dalam sistem politik. Hal ini jelas dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama atau Damansara Utama Methodist Church (DUMC) di Petaling Jaya, Selangor pada 3 Ogos 2011 ( lihat lampiran 3). Polemik berkenaan isu pemeriksaan ini telah timbul berdasarkan beberapa hujah seperti hujah pemeliharaan akidah umat Islam di Malaysia jelas termaktub dalam undang-undang bertulis iaitu Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang mana ia menegah pengembangan iktikad atau penyebaran agama lain dalam kalangan orang Islam. Selain itu, isu ini dipolemikkan dengan hujah pemeliharaan hubungan antara agama dan etnik di Malaysia. Masalah murtad atau pengkristianan dalam kalangan orang Islam dipengaruhi oleh unsur materialisme atau ekonomi. Keperluan seseorang terhadap makanan, pakaian dan tempat tinggal mempunyai kesan dalam
17

proses gerakan bagi menarik minat orang Islam terhadap agama lain. Hal ini kerana rasa kebergantungan untuk mendapatkan materialisme ini boleh mengikat mereka kepada institusi yang memberikan bantuan secara psikologikal iaitu rasa tertawan dengan nilai-nilai kemanusiaan yang dipamerkan. Ia secara tidak langsung membentuk satu persepsi baharu bahawa Islam itu sendiri gagal memelihara keperluan ekonomi umatnya dan pada masa yang sama menambah minat kepada agama Kristian yang jelas menggoyah atau membatalkan terus iman seseorang muslim. Sememangnya gerakan pengkristianan itu sendiri sering mengambil peluang atau bersifat oppurtunist apabila terdapat orang Islam yang miskin dan ditimpa bencana serta kesusahan. Bantuan mereka kepada orang Islam benar-benar merupakan satu bentuk dakyah untuk menarik minat orang Islam terhadap Kristian. Hal ini jelas dalam isu Gereja-JAIS kerana 12 orang Islam yang menghadiri majlis di gereja tersebut menurut laporan akhbar ialah ibu tunggal dan mengalami kesempitan hidup tetapi tidak menerima bantuan daripada hasil kutipan wang zakat daripada institusi Baitulmal. Baitulmal telah dipersalahkan kerana terdapatnya kerenah birokrasi yang menyulitkan permohonan untuk mendapatkan bantuan. Maka, sebagai alternatif mereka telah menerima bantuan daripada pihak gereja yang lebih mudah didapati berbanding bantuan daripada Baitulmal itu sendiri. Kesimpulannya, masyarakat Islam harus sepakat dalam menangani isu murtad tanpa mengira fahaman politik kerana ia merupakan jihad untuk memelihara kesucian dan maruah agama Islam itu sendiri daripada dipersendakan. Bertitik tolak daripada itu, hal-hal toleransi antara agama dan etnik harus mengikut lunas-lunas dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Maka, penyelesaian harus diambil bagi menangani isu murtad dengan melihat punca sebenar kehadiran 12 orang Islam ke majlis di gereja tersebut. Institusi Baitulmal sebagai pengurus zakat harus mereformasikan institusi tersebut daripada mengikut negeri kepada peringkat persekutuan agar ia lebih cekap dalam menangani masalah ekonomi umat Islam dan mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengagihan hasil zakat kepada asnaf-asnaf. Akhirnya, masyarakat pelbagai etnik dan agama di Malaysia

18

harus berupaya untuk mengekalkan kejernihan hubungan berlandaskan prinsip perpaduan, keharmonian dan kesaksamaan yang menjadi teras gagasan 1Malaysia.

ISU 4 TAJUK

: PENDIDIKAN : WAJIBKAN JAWI DALAM BAHASA MELAYU

Artikel keempat adalah mengenai isu mewajibkan tulisan jawi dalam Bahasa Melayu. Isu ini adalah berkaitan dengan aspek pendidikan di sekolah. (lihat lampiran 4 ) Melihat Perkara 12 (2) iaitu hak berkenaan dengan pendidikan ada tertakluk bahawa tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi

Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu. Di dalam artikel yang telah dikupas, isu yang ditekankan adalah berkaitan sokongan dari pelbagai pihak untuk mewajibkan jawi di dalam bahasa Melayu. Menurut Profesor. Dr Teo Kok Seong, penyelidik utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) menyuarakan agar pengajaran dan pembelajaran jawi dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah. Beliau menambah, pengetahuan ini perlu dikuasai oleh kaum lain juga kerana ianya unik dan memiliki 1001 keistimewaan. Isu ini bangkit kerana segelintir masyarakat berpendapat bahawa pengajaran jawi sering dikaitkan dengan Pendidikan Islam dan ini adalah tidak tepat walaupun ianya terdapat pertalian budaya antara bahasa Melayu dengan agama Islam. Bagi
19

persepsi masyarakat Melayu, ianya akan mengganggu kelebihan orang Melayu di mana tulisan ini adalah satu-satunya keistimewaan yang dimiliki dan dikuasai sejak zaman dahulu lagi. Manakala dari perspektif bangsa lain, terdapat beberapa pihak yang setuju dan sebaliknya. Masyarakat bukan Melayu harus difahamkan bahawa antara bahasa Arab, bahasa Urdu, bahasa Melayu (jawi), bahasa Parsi serta lain-lain adalah menggunakan huruf sama tetapi berbeza bahasa dan budaya. Kesan jangka panjang yang akan berlaku adalah masyarakat menjadi retorik iaitu hanya nampak baik di luar tetapi di dalam tidak. Perasaan curiga juga akan timbul di mana bangsa lain akan merasakan tulisan jawi akan mempengaruhi anak mereka tentang pengajaran agama Islam di sekolah. Oleh itu, pihak penguasa dan pentadbir jabatan-jabatan kerajaan seperti sekolah, maktab, universiti dan pejabat-pejabat kerajaan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu ada sikap positif apabila meletakkan papan tanda. Selain Bahasa Melayu rumi, letakkan juga Bahasa Melayu jawi seperti yang dilakukan di negeri Kelantan darul Naim. Sebagai warganegara Malaysia, kita seharusnya bijak dalam membuat keputusan untuk memajukan diri dan Negara. Tidak salah untuk berkongsi sesuatu lebih-lebih lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman. Ianya adalah untuk menunjukkan betapa indahnya kehidupan bersama di dalam suatu komuniti. Oleh hal yang demikian, masyarakat Melayu hendaklah berkongsi ilmu pengetahuan sedia ada untuk membantu mereka yang ingin menimba pengalaman. Seterusnya bagi etnik lain pula hendaklah memanfaatkan kepercayaan dan kerjasama yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.

20

ISU 5 TAJUK

: KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU : HAK KUASA RAJA-RAJA

Artikel kelima mempamerkan isu yang berkaitan dengan hak kuasa raja-raja . Merujuk kepada artikel ketiga (lihat lampiran 5), isu utama yang dipertikaikan adalah kedudukan Sultan Muhammad V dan perlucutan Darjah Kerabat. Merujuk Perkara 38(6) Anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan fungsi yang berikut, iaitu memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja. Isu ini menjadi isu berbangkit kerana terdapat sumber yang menyatakan bahawa kedudukan Sultan Muhammad V dipertikaikan sedangkan menurut Majlis Raja-Raja pada Perkara 38 (4), telah disebutkan bahawa tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Hal ini demikian kerana, terdapat tiga faktor yang menyebabkan Sultan Kelantan yang baharu boleh dimasyhurkan iaitu apabila sultan terdahulu mangkat, berhenti menjadi sultan atau meninggalkan negeri lebih 10 bulan tanpa sebab. Namun pada dasarnya, perlantikan Sultan adalah secara sahih dan mendapat persetujuan ramai dari pelbagai pihak yang terlibat seperti Majlis Raja-Raja yang menjalankan fungsi tugas mereka bagi memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Jadual Ketiga. Namun, Tengku Razaleigh menafikan bahawa beliau telah difitnah oleh akhbar Cina yang kononnya mangatakannya mempertikaikan kedudukan Sultan Muhammad V sebagai Sultan Kelantan yang baharu. Beliau yang juga ahli Parlimen Gua Musang telah disoal siasat berkaitan isu terbabit oleh pihak polis. Tengku Razaleigh menafikan tohmahan tersebut dan menyatakan ini adalah suatu fitnah dan salah faham semata-

21

mata. Beliau menambah iaitu hanya Majlis Perajaan Negeri (MPN) berkuasa sepenuhnya untuk menentukan siapa yang yang layak menjadi Sultan. Berikutan insiden itu, Tengku Razaleigh telah dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Presiden MPN dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepadanya. Tindakan tersebut berlaku tanpa pengetahuannya dan seteleh pulang dari Eropah, beliau baharu dimaklumkan mengenainya. Situasi ini mengganggu sentiment perkauman antara orang Melayu dan bangsa Cina apabila berlakunya kurang perasaan hormat dan perspektif yang buruk terhadap orang lain terutamanya bagi orang Cina. Hal ini demikian kerana, etnik terbabit akan melihat betapa rendahnya pemikiran orang Melayu kerana sanggup merendah-rendahkan martabat kesultanan Melayu yang telah wujud sejak dahulu. Isu ini berlaku antara Tengku Razaleigh dan Sultan Muhammad V berikutan tohmahan dan khabar angin yang dilemparkan oleh akhbar Cina. Isu ini masih boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik jika perundingan antara petuduh dan dituduh mendapat persetujuan bersama untuk mendengar penjelasan seterusnya melakukan proses berikutnya. Namun, Tengku Razaleigh memilih untuk berhenti dari dunia politik dan meneruskan urusan yang lain katanya. Beliau berharap pihak yang terbabit berhenti daripada melaga-lagakan mereka berdua kerana tidak elok dipandang oleh perspektif rakyat terhadap institusi Raja. Usaha ke arah kesepaduan kaum hendaklah diserapkan dalam diri setiap etnik dari pelbagai aspek. Sebaik-baik perbuatan adalah menjaga nama baik dan keharmonian antara satu sama lain dan bukan bertelagah dengan menjadi batu api hanya untuk kesenangan diri sendiri.

22

Lampiran 1

ARKIB : 17/10/2010

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1017&pub=utusan_malaysia&sec=Ren cana&pg=re_06.htm&arc=hive

Nasib bahasa Melayu di bumi Melayu


Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee SAYA amat musykil kenapa kita perlu menyambut bulan bahasa kebangsaan peringkat kebangsaan, satu bahasa yang sedia termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan yang mesti dikuasai oleh setiap rakyat Malaysia tanpa berkecuali. Kenapa perlu kita mengadakan program sebegini setelah 53 tahun merdeka? Tidakkah tanggungjawab asas ini mesti difahami dan perlu dipikul oleh setiap rakyat Malaysia? Kenapa baru hari ini kita mahu kuatkuasakan iklan dan papan tanda dalam bahasa Melayu? Tidakkah kita merasa jelek selama ini melihat papan-papan tanda menggunakan bahasa yang pelik-pelik? Sebenarnya, kita tidak sensitif dengan identiti atau jati diri kita sendiri. Kita rasa lebih berlagak kerana dapat memahami bahasa (budaya) orang lain daripada bahasa (budaya) bangsa sendiri. Sejak dahulu lagi isu ini telah dibangkitkan oleh pejuang-pejuang bahasa, tetapi ia tidak diendahkan, baharu sekarang kita mahu mengambil berat. Apakah sudah terlambat? Yang selalu kedengaran adalah kelantangan Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong dalam mempertahankan bermatian-matian akan bahasa ibunda mereka. Kita baru mula insaf setelah nasi menjadi bubur. Orang lain bukan sahaja sudah insaf lama, tetapi mereka langsung tidak pernah mengenal erti putus asa. Namun, saya tetap bersangka baik, daripada tiada langsung, lebih baik ada. Kadangkala saya tidak menyalah bangsa lain, kerana tidak dapat menguasai bahasa Melayu. Kita sahaja yang tidak mahu menggunakan peruntukan dan kuasa yang ada untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan ini. Saya tidak pasti sejauh manakah kita mengimplementasikan syarat wajib lulus dalam bahasa Melayu mendapatkan kerja di sektor swasta? Apa yang saya tahu, langsung tidak ada pengawalan. Sama ada mereka lulus atau gagal bahasa Melayu, atau mungkin langsung tidak tahu berbahasa Melayu, sudah tidak menjadi ukuran. Yang penting adalah Malaysia boleh! Kenapakah kepentingan masa depan ini tidak dilihat secara serius? Sebelum inipun, Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah membangkitkan dan membidas sikap segelintir pihak yang ghairah memperjuangkan kaum sendiri dan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan. Baginda menyifatkan golongan tersebut sebagai cetek akal dan hanya bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan. Kebimbangan tentang nasib dan masa depan orang Melayu akibat berpecah-belah di negara ini pernah diutarakan oleh raja-raja Melayu yang lain seperti Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah dalam ucapan-ucapan baginda.

23

Menguatkuasakan Sehingga hari ini, saya amat tertanya-tanya, apa yang menjadi masalah kepada kita untuk menguatkuasakan bahasa Melayu sebagai bahasa negara? Negaranya berasal dari Tanah Melayu, Raja-rajanya adalah Melayu, mempunyai kuasa ke atas Islam dan Melayu, Tanah rezab Melayu, majoriti rakyatnya orang Melayu, dan banyak lagi yang berkaitan dengan Melayu yang sudah sedia termaktub dalam perlembagaan. Sudah terang lagi bersuluh. Persoalannya, kenapa semua ini seolah-olah ianya boleh terlepas ataupun sudahpun terlepas. Sepanjang pengamatan saya, negara-negara lain di dunia ini, tidak ada masalah langsung untuk memperkasakan perkaraperkara asas berkaitan dengan pembinaan masa depan dalam sebuah negara bangsa, kerana mereka tahu perlembagaan asas kepada hidup mati sesebuah negara? Rosak perlembagaan, rosaklah negara dan rakyatnya. Perlu diingat, jika kitab suci itu adalah pegangan hidup beragama, maka perlembagaan adalah asas pegangan hidup bernegara. Dalam konteks yang lebih kecil, perlembagaan adalah asas kepada penubuhan sesebuah persatuan atau organisasi. Tanpa perlembagaan, persatuan atau organisasi tidak boleh ditubuh secara sah. Jika kita tidak setuju dengan perlembagaan tersebut, kita mesti kita mengambil jalan untuk keluar daripada pertubuhan tersebut. Begitulah dalam konteks bernegara, jika perlembagaan tidak dipatuhi, kita mesti mengambil jalan untuk keluar. Carilah tempat-tempat yang mana perlembagaannya dapat memenuhi selera dan nafsu kita. Ini asas-asas bernegara dan berpersatuan yang mesti difahami. Saya berasa amat pelik kenapa ada segelintir daripada kita tidak langsung mengendahkan arahan kerajaan supaya kurikulum sekolah jenis kebangsaan dan sijil sekolah jenis persendirian dirombak mengikut kurikulum atau silibus kenegaraan, agar penguasaan bahasa Melayu menjadi lebih mantap. Namun, sudahlah arahan tersebut tidak diikuti, mereka lebih sibuk dan takut jika kurikulum dan silibus tersebut tidak diikhtraf oleh negara lain yang menjadi kiblat mereka selama ini? Semua ini berlaku disebabkan oleh kita terlalu banyak berpolitik daripada memikirkan agenda membina negara berasaskan identiti nasional. Kita terlalu takut kalah pilihan raya, kita terlalu takut hilang kuasa. Tidak pernah berlaku dalam dunia lain, satu bahasa yang menjadi bahasa negara tetapi merempat di bumi sendiri. Kebiasaannya, kempen bulan bahasa tidak dilakukan ke atas bahasa kebangsaan kerana rakyat Malaysia wajib menguasai bahasa ini sama ada suka atau tidak. Kempen bahasa kebangsaan sepatutnya giat dijalankan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil atau di tempat-tempat bahasa Melayu tidak didaulatkan. Begitu juga dengan kempen ke atas bahasa-bahasa sampingan yang lain bagi menyemarakkan penguasaan bahasa-bahasa sampingan tersebut, seperti bahasa Inggeris. Lihat sahaja negeri China, Jepun, Perancis, Amerika, Australia, Thailand, Vietnam dan sebagainya, bahasa mereka begitu mendominasi negara tanpa berkecuali. Kenapa negara kita tidak bersifat sedemikian? Baru-baru ini saya dikunjungi oleh seorang guru senior India yang mengajar bahasa Inggeris, di Kuala Lumpur, menggelarkan dirinya Cikgu Siva Malaysia. Beliau amat terkenal di sekolahnya disebabkan cara hidup beliau yang amat berjiwa Malaysia berakarkan semangat kebangsaan kenegaraan yang begitu kuat. Bahasa Melayunya amat fasih
24

mengalah orang Melayu sendiri. Saya fikir cara dan akhlak beliau seperti orang Islam, walaupun hakikatnya beliau masih belum Islam. Beliau melahirkan kebimbangannya mengenai politik Malaysia yang amat bersifat perkauman. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak didaulatkan, apatah lagi dikuasai. Selaku seorang Kristian yang selalu ke gereja, katanya, sesetengah gereja turut bersifat perkauman. Menyindir dan mengutuk bangsa dan agama lain adalah perkara biasa. Isu video klip mengenai ceramah seorang Cina Muslim, mengenai agama Buddha dengan King Kong, sengaja diperbesar-besarkan oleh laman web Malaysian Insider, begitu jelas berniat hajat. Pergilah juga sama buat siasatan di tempat- tempat lain seperti gereja, apakah mereka tidak mengutuk agama dan bangsa lain? Bersyukur Apapun, Cikgu Siva amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana dapat menjaga negeri bertuah ini dengan aman damai. Dengan adanya pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang bertungkus lumus menjaga keselamatan negara, orang bukan Islam berasa aman untuk menunaikan ibadat di rumah ibadat masing-masing. Beliau turut memuji ceramah-ceramah oleh para agamawan Islam yang memberi ceramah dan kuliah-kuliah, yang mana mereka jarang mengutuk atau menghentam orang bukan Islam. Yang selalu diajar adalah untuk bagaimana caranya untuk menyeru bukan Islam supaya kembali memeluk Islam. Pendekatan yang kasar sedemikian, amat jarang sekali diajar di rumah Allah itu, kecuali beberapa kes terpencil. Beliau amat menghargai toleransi umat Islam. Katanya lagi, kes pembunuhan Datuk Sosilawati adalah satu contoh jelas toleransi tersebut. Umat Islam dapat menerimanya secara terbuka tanpa menyalahkan mana-mana kaum. Pihak keselamatan pula, awal-awal telah membuat kenyataan bahawa ia tidak ada kaitan dengan isu perkauman. Begitulah seterusnya dengan kenyataan demi kenyataan dikeluarkan supaya kita bertenang dan bertenang. Umat Islam menerima ketentuan takdir ini, tanpa rasa permusuhan dan benci terhadap orang India. Bayangkan, andai kata peristiwa ini berlaku sebaliknya, menimpa orang bukan Melayu, yang melakukannya adalah orang Melayu. Apakah bukan Melayu akan menerimanya sebagaimana penerimaan orang Melayu? Apakah berita seperti ini tidak akan disensasikan dalam akhbarakhbar mereka atau internet? Namun, bila kena pada orang lain, bagaimana kesudahannya? Selama kes ini disiasat pun, ada suara-suara sumbang yang menyalahkan kerajaan dan pihak polis. Persoalannya, kenapa kita tidak menghormati toleransi seperti ini? Apakah lagi jenis toleransi yang kita harapkan lagi? Apakah tidak ada langsung kredit patut diberikan kepada kedudukan orang Melayu dan bahasa Melayu? Hari ini, tidak ada cara berlembut lagi untuk menguatkuasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, melainkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mesti dikuatkuasakan mengikut peruntukan yang terdapat dalam undang-undang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

25

Lampiran 2
http://www.malaysiakini.com/news/155656 Polarisasi kaum kini buruk, kata Dr Mahathir

Lapan tahun setelah tidak lagi berkuasa, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat polarisasi perkauman di negara ini kini lebih teruk berbanding ketika zamannya. Dan punca itu, dakwa Mahathir aadalah kerana peningkatan kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat yang dinikmati di Malaysia sekarang. "Kita, kita sepatutnya lebih 'liberal', hujah mereka (pengkritik) dan membenarkan lebih banyaka perbahasan isu-isu sensitif seperti perhubungan kaum, sebagai contoh. "Saat mereka berbuat demikian, mereka berundur ke belakang. Mereka membincangkan perkara berkenaan dan menjadi emosi dan menjadi lebih marah ke atas satu sama lain. Dan sekarang kita semakin terpisah. "Waktu saya, orang ramai tidak bincangkannya, jadi tiada yang panas, beliau dipetik berkata. Pendedahan itu dibuat dalam buku terbaru mengenai Mahathir, yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', oleh wartawan Amerika, Tom Plate (bawah, kanan). Plate kemudian bertanya: "Adakah ketegangan kaum memuncak semula di Malaysia? Maksud anda, polarisasi kini meningkat? "Yeah. Ya. Lebih meningkat," jawab Mahathir. "Dan, mengapa ini terjadi... kenapa?" "Ini kerana kita membenarkan orang ramai untuk bersuara. Dan sudah tentu mereka akan bercakap mengenai perkara yang melukakan pihak yang lain. "Dan anda tidak membenarkannya?" "Ketika itu, saya tidak benarkannya. Awak mahu membincangkan perkara seumpama itu, kita lakukan di bilik tertutup, biar pemimpin yang bersuara, kita selesaikannya, itu yang patut dilakukan, kata Mahathir. 26

Di sebalik perdana menteri kini, Datuk Seri Najib Abdul Razak mencanang konsep slogan 1Malaysia bagi memupuk perpaduan rakyat di negara ini, Mahathir sebelum ini pernah menyuarakan kesangsiannya. Mahathir, yang terkenal lantang memperjuangkan undang-undang pencegahan dan tahanan tanpa perbicaraan juga mempertahankan penguatkuasaan undang-undang ketika pemerintahnnya. "Oh, awak perlu bertindak awal. Awak lakukan perkara sebelum ia terjadi. Banyak yang telah diperkatakan mengenai undang-undang pencegahan ini.Undang-undang ini bertujuan mencegah jenayah, atau apa-apa sahaja daripada terjadi kerana ia berfungsi menghalang orang ramai daripada melakukan sesuatu... "Apabila awak melihat orang ramai menjadi emosi dalam sebuah negara pelbagai bangsa, awak akan tahu lambat laun juga pergaduhan akan tercetus. Mereka akan saling membunuh satu sama lain dan ini berlaku pada 1969, katanya.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Susah Dicabar!!


by STAFF BERITA SEMASA on SEPTEMBER 8, 2010

Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

27

Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi. Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung tersebut. Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu, katanya sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan

Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948. Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud, katanya. Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.

28

Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini, katanya. Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaumkaum lain mengikut peruntukan perkara ini. Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

29

Orang tak faham (Perlembagaan)jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu, katanya.

Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong. Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda. Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda, katanya. Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil. Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.

30

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Ipoh bulan lepas pula mendedahkan bahawa ada perlembagaan baru dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. Terbaru, pada Selasa lalu, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea hak orang Melayu yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan. Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen. Berang dengan kenyataan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu serta menyeleweng dan menipu rakyat. Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor -syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu, katanya. Zainal turut mendesak kerajaan agar meneliti kenyataan Nurul Izzah itu kerana orang yang mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan 1948.

31

Kerajaan mesti teliti ucapan-ucapan seperti ini sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka pihak itu boleh didakwa, katanya. Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri. Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat, katanya. Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undangundang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undangundang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan. Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka, katanya. Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman. Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar, katanya.

32

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia(USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata semua kaum di Malaysia perlu menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kerana jika ia tidak dipelihara maka akan berlaku perpecahan dan ketidakstabilan di negara ini. Beliau berkata ketika Tanah Melayu menuntut kemerdekaan lagi sudah wujud suasana tidak puas hati mengenai Perlembagaan tetapi ia hanyalah daripada golongan minoriti. Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita Nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak, katanya. Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju. Melayu ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina yang jadi bilionaire, katanya. Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

33

Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara, katanya. Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu yang merangka Perlembagaan telah terlajak sejarah iaitu mereka tidak menjangka sama sekali bahawa fasal-fasal yang termaktub dalam Perlembagaan ditentang hebat oleh kaum bukan Melayu pada zaman sekarang. Kalau mereka jangka mungkin ada beberapa perkara yang boleh dibetulkan, tetapi kita tidak boleh nak kata apa, sudah terlajak sejarah, bapa-bapa kemerdekaan sudah buat benda ini (Perlembagaan), katanya. Beliau berkata fenomena terlajak sejarah itu kini terpaksa dipikul oleh generasi sekarang di mana tanggungjawab yang ada adalah lebih berat daripada tokoh-tokoh terdahulu selaras dengan peredaran zaman. BERNAMA

34

Lampiran 3

SELASA, 9 OGOS, 2011

http://chauvinist1959.blogspot.com/2011/08/isu-serbuan-di-gereja-methodist.html

Isu Serbuan di Gereja Methodist Damansara Utama : Bukti Permurtadan Penganut Islam Ditemui. Artikal ini dipetik daripada blog Free Malaysia Today, oleh : Fazy Sahir bertarikh : 9hb. Ogos 2011. Oleh Free Malaysia Today PETALING JAYA: Di sebalik kontroversi yang membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya minggu lalu, kini terdapat bukti yang menjelaskan keadaan sebenar pada majlis makan malam tersebut. FMT turut menerima tentatif program serta kertas soalan bersifat menguji pengetahuan dalam bahasa Malaysia dan Inggeris sebagai bukti dakwaan mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut agama Islam. Soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al- Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain. Kertas dua halaman yang mengandungi 12 soalan itu didakwa diberikan kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh penganut agama Islam. Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan. Antara soalan itu adalah Apakah maksud perkataan Islam, Muslim, Quran? Apakah enam perkara iman seseorang Muslim, solat lima waktu dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad dan tahun bilakah Nabi Muhammad dilahirkan. Berapa banyak Surah dalam Al-Quran? Berapa kali nama Isa disebut di dalam AlQuran dan kenapa orang Islam bersalam menggunakan sarung tangan? Pendedahan itu dibuat oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang mendakwa kepingan-kepingan kertas soalan itu ditemui dalam sebuah tong sampah.

35

Sambil mempertahankan tindakan Jais yang memeriksa gereja terbabit Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.

Ketika kejadian itu terdapat kira-kira 100 orang dengan nisbah kehadiran satu perlima daripadanya adalah penganut Islam; 12 orang dewasa (tiga lelaki, sembilan wanita) dan lapan kanak-kanak, katanya. Beliau memberitahu apabila Jais masuk ke dalam, kertas soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Apabila masuk tong sampah, Jais sita untuk dijadikan maklumat (bukti) di mahkamah.

36

Malah bila mereka ini keluar seorang demi seorang, Jais meminta kad pengenalan (IC) untuk dilihat. Jais tidak ambil kad pengenalan daripada kanak-kanak memandangkan mereka tidak ada IC. Tindakan Jais ini benar. Tidak berlaku mereka (Jais) pecah pintu, hal itu berlaku diluar gereja, dengan sasaran (orang). Namun masih ada yang melemparkan fitnah mengatakan Jais pecah pintu dan berlaku kekasaran, jelasnya. Nyanyian Alhamdulillah, Allahuakhbar Sementara itu, didapati tentatif program makan malam tersebut turut diselit nyanyian berupa lagu Alhamdulillah dan Allahuakhbar. Melalui penelitian FMT, program bermula jam 6.30 petang, Rabu lalu dan sepatutnya berakhir jam 9.55 malam seperti yang tersedia dalam tentatif program itu. Turut diselitkan dalam tentatif program berkenaan ialah ucapan aluan daripada Paderi Kanan DUMC Daniel Ho serta beberapa pembentangan kertas kerja projek oleh beberapa peserta. Kemudian bermulalah nyanyian Alhamdulillah dan Allahuakhbar dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu Sejahtera Malaysia. Adakah ini ada sangkut-paut dengan thanksgiving dan methodist? Mengapa ayat -ayat yang diharamkan digunakan oleh orang bukan Islam dalam enakmen agama bukan Islam (kawalan perkembangan agama lain dikalangan orang Islam 1988). Ingat pada masa itu ada 20 penganut agama (Islam) kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak, akidah mereka? Terpesongkan? Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Iislam, mengapa orang Kristian methodist perlu melakukan perkara ini?, soal Dzulkhaini. Pada Rabu lalu media melaporkan Paderi Kanan DUMC Daniel Ho menjelaskan bahawa majlis makan malam di gereja terbabit adalah dianjurkan atas semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

37

Lampiran 4

ARKIB : 19/01/2011

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0119&pub=utusan_malaysia&sec=Foru m&pg=fo_02.htm&arc=hive

Sokong wajibkan jawi dalam Bahasa Melayu


PERSATUAN Pengamal Pendidikan Malaysia (PPPM/Pendidik) menyokong penuh kenyataan Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Teo Kok Seong, agar pengajaran dan pembelajaran (P&P) jawi dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah (Utusan Malaysia, 18 Januari 2011). Beliau berkata, ia perlu dikuasai bukan sahaja oleh orang Melayu malah kaum lain kerana tulisan tersebut memiliki 1,001 keistimewaan dan kelebihan. PPPM telah lama menyarankan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah. Situasi kini di mana jawi diajar secara gabung jalin dalam pelajaran Pendidikan lslam adalah tidak memadai dan tidak mencapai matlamat sebenarnya. Sebenarnya dalam Bahasa Melayu ada dua bentuk tulisan iaitu tulisan rumi dan tulisan jawi (dahulu disebut 'tulisan Melayu'). Tetapi kerana kealpaan dan kelalaian pemimpin terdahulu maka pembelajaran jawi telah disisihkan secara perlahan-lahan dalam P&P Bahasa Melayu. Pada tahun-tahun sebelum 1980-an, antara kaedah memantapkan murid-murid dalam penguasaan ejaan dan tulisan dalam Bahasa Melayu ialah adanya sub-subjek Rencana Rumi, Rencana Jawi, Tulisan Rumi, Tulisan Jawi, Bacaan Rumi dan Bacaan Jawi. Langkah membeban dan meletakkan ke atas pundak guru-guru Pendidikan lslam semata-mata bagi memartabatkan Bahasa Melayu jawi adalah tidak adil lantaran guru-guru Bahasa Melayu wajib memikul bersama. Masyarakat bukan Melayu kini harus difahamkan bahawa antara bahasa Arab, bahasa Urdu, bahasa Melayu (jawi), bahasa Parsi dan lain-lain yang menggunakan huruf sama tapi berbeza bahasa dan budaya. Justeru sikap segelintir masyarakat yang mengaitkan Bahasa Melayu jawi dengan pelajaran Agama lslam adalah tidak tepat walaupun ada pertalian budaya antara bahasa Melayu dan agama lslam. Ini dapat diterima kerana Melayu dan lslam itu sinonim sejak kedatangan Islam ke alam Melayu Nusantara hingga kini. Inilah yang kita mahu sama-sama perbetulkan dari segi persepsi orang ramai dan tanggapan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama dalam konteks Malaysia. Oleh itu pihak penguasa dan pentadbir jabatan-jabatan kerajaan seperti sekolah, maktab, universiti dan pejabat-pejabat kerajaan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu ada sikap

38

positif bila meletakkan papan tanda. Selain Bahasa Melayu rumi letakkan juga Bahasa Melayu jawi. Premis perniagaan milik orang Melayu sendiri janganlah hanya pandai bercakap dan menuding menyalahkan orang lain sekiranya anda sendiri yang berasa rendah diri tidak menobatkan Bahasa Melayu warisan nenek moyang yang wujud sejak turun-temurun di Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu. DR RAJIEE HADI Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

Lampiran 5
http://www.papagomo.com/2010/12/live-tuanku-muhammad-ke-v-sultan.html Kuala Lumpur 6 December : Tengku Razaleigh dalam sidang media mengenai perlucutan Darjah Kebesaran Kelantan menjelaskan bahawa Beliau tidak merasakan apa apa perasaan dukacita akan perlucutan DK tersebut kerana tidak menjadi soal kepada beliau sedangkan Raja sendiri pun di Buang apatah lagi orang biasa semacam saya ini. Ku Li dalam sidang ini juga mempersoalkan kedudukan Sultan Muhammad keV yang mana perlantikan tersebut tidak menepati dengan perlembagaan yang telah termaktub. Ini penting dalam menentukan Hak sesorang Raja kerana ada ada kait mengait dengan Perlembagaan. Ku Li juga menambah bahawa Rakyat akan menjadi huru hara sekiranya Raja di buang dengan sewenang wenangnya walaupun Bapak sendiri. Ku Li juga dalam kenyataan nya menyatakan Ini adalah peristiwa yang boleh menimbulkan keadaan kucar kacir dalam negeri dan negara. Kestabilan negeri dan negara akan tergugat. Bagaimana selepas ini jika Pemangku Raja yang ada di negeri negeri lain menggurgurkan Raja yang ada? Apakah ini tidak akan menimbulkan kekecohan dan menjadikan rakyat mangsa? Ku Li juga kata Kalau sesiapa memangku dan boleh pinda perlembagaan dan mengizinkan dia sendiri menjadi raja maka semua raja boleh di tukar. Apakah ini yang kita mahukan?

39

Raja hanya boleh di tukar atau di ganti sekiranya Mangkat atau meninggalkan negeri. Itu yang saya faham akan perlembagaan kata Ku Li. Ku Li juga menegaskan Sultan Ismail Petra adalah sultan yang Sah selepas mangkat Sultan Yahya Petra dan Sultan Ismail juga untuk makluman sudah beransur pulih dan berupaya menjalankan tugasnya walaupun masih kurang upaya untuk bergerak pantas. Raja Ismail di buang begitu sahaja dan bagaimana pula kepentingan Rakyat di bawah perlembagaan yang ada? Kepentingan Rakyat dan perlembagaan lah yang akan membela rakyat. Kita seharusnya menjunjung perlembagaan dan Mengikut perlembagaan. Sultan Ismail masih Hidup dan masih lagi menetap di Bumi Kelantan. Usaha Ku Li nak lihat keluarga di Raja kelantan di damaikan sejak Tuanku Ismail Gering lagi malah Ku Li sendiri yang menamakan Tengku Muhamad Faris menjadi pemangku Sultan agar dapat membantu kesihatan Sultan Ismail bertambah sihat. Namun amanah tersebut tidak berlaku dan amat mendukacitakan Ku Li. Ku Li juga menjelaskan bahawa Sultan Ismail sendiri mempertikaikan perlantikan Tengku Farish sebagai Sultan Kelantan dan turut menyampaikan Titah Sultan Ismail Petra mengenai hak Baginda sebagai Sultan yang Sah. Kerajaan persekutuan wajar menjamin kedudukan raja raja. Dalam perlembagaan juga jelas menyatakannya hak Raja Raja Melayu perlu di lindungi. Artikel 71 perlembagaan kerajaan persekutuan bertanggung jawap dalam kedudukan Raja Raja Melayu. Ku Li dalam kenyataan nya seolah olah Kelantan kini mempunyai Dua Sultan dan rakyat menjadi bengong dalam hal ini. Ini Tidak patut berlaku pada Raja kerana Raja Berdaulat! Pihak berkuasa tidak sewajarnya mendiamkan diri dalam hal ini. Dalam sidang media ini juga Ku Li mengharapkan agar kewajaran pihak Kerajaan Malaysia melindungi Hak Raja Raja Melayu sebagaimana yang telah termaktub dalam perlembagaan Negara. Psssttt.... Raja Berdaulat! Hidup Tuanku Sultan Ismail Petra! Allahuakhbar

40

You might also like