You are on page 1of 4

Minggu 13

Mengakses maklumat daripada internet dan sumber rujukan tentang PBB, OIC dan Komanwel. http://sukosenseistpm2.blogspot.com/2009/10/bincangkan-peranan-dankepentingan.html Dari Sukosensei pada 14/10/2009 a. Peranan Malaysia - Peranan Malaysia dalam Komanwel ialah: i. Membangkitkan isu-isu ekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat ii. Membantu membangunkan sosioekonomi Negara anggota dan berkerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain dalam bidang pertahanan, perusahaan, pertanian, pendidikan dan perdagangan. Contohnya berkerjsama dengan tentera Komanwel membebaskan Negara daripada ancaman komunis. iii. Malaysia membangkitkan isu kemanusiaan terutama isu hak asasi manusia dan mengecam amalan Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang mengamalkan dasar diskriminasi kaum, membezakan penduduk berdasarkan warna kulit. Contohnya orang kulit putih enggan memberi hak politik dan social kepada orang kulit hitam.

- Peranan Malaysia dalam PBB : i. Malaysia terlibat aktif dalam aspek keamanan sejagat. Contohnya pada 1959, Malaysia bersama Negara Ireland telah mengemukakan usul di PBB untuk mengutuk tindakan Republik Rakyat China yang telah menakluk Tibet. ii. Pada Oktober 1961, pasukan tentera Malaysia telah dihantar untuk menyertai pasukan pendamai PBB ke Congo bagi menamatkan Perang Saudara di Negara tersebut. Malaysia telah membelanjakan wang sebanyak RM30 juta sebulan untuk membantu misi PBB menyelesaikan perang tersebut di Congo. iii. Malaysia turut memberikan sumbangan besar membebaskan Rhodesia yang dikenali sebagai Zimbabwe di Afrika daripada belenggu penjajahan British

b. Kepentingan Malaysia - Dalam Komanwel: i. Pada peringkat awal kemerdekaan, Malaysia masih bergantung kepada Britain dari aspek pertahanan melalui perjanjian pertahanan dikenali sebagai Perjanjian

Minggu 13
Pertahanan Anglo Malaya ( AMDA ) yang ditandatangani pada Oktober 1957. ii. Malaysia telah mendapat kepentingan semasa menghadapi Konfrontasi di mana Malaysia telah mendapat bantuan ketenteraan untuk mengawasi kawasan periairan Sabah dan Sarawak daripada pencerobohan Indonesia. iii. Semasa darurat, Malaysia mendapat bantuan ketenteraan dari Negara komanwel seperti Fiji dan Nepal untuk menentang pengganas komunis. iv. Pada tahun 1950, Malaysia mendapat banyak bantuan daripada Rancangan Colombo seperti biasiswa kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi. Contoh sebanyak 1500 biasiswa dihulurkan oleh Australia kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran.

- Dalam PBB : i. Malaysia telah mendapat bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan Rancangan Felda, aktiviti pembangunan sosial dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan. Bank Dunia telah memberi bantuan pakar ekonomi bagi membantu masalah ekonomi di Malaysia. ii. Semasa proses pembentukan Gagasan Malaysia, kepentingan yang diperoleh ialah apabila PBB telah membentuk satu suruhanjaya yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore yang bertujuan untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan ke dalam Gagasan Malaysia setelah mendapat bantahan dari Negara Indonesia dan Filipina walaupun hasil kajian lewat kerana timbul beberapa kerumitan dalam menjalankan tinjauan tersebut. iii. Melalui penyertaan dalam PBB , Malaysia telah mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat daripada semua negara di dunia. iv. Sebagai Negara ahli PBB, Malaysia turut memdapat kepentingan melalui Majlis Ekonomi dan Sosial PBB seperti UNESCO, WHO, FAO, dan ILO. Contohnya WHO telah memberi bantuan dalam bidang kesihatan dengan menghantar pakar-pakar perubatan serta pelbagai bantuan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia. Buktinya WHO telah menunjukkan kejayaan menghapuskan penyakit malaria dan taun di Malaysia. Peranan Malaysia dalam OIC: i Ia beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi dan penubuhannya dicetuskan oleh

Tunku Abdul Rahman

Minggu 13
ii Matlamatnya adalah untuk

Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang dan bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam serta bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam tidak dicemari ii. Aktiviti OIC termasuklah memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan memberikan bantuan kewangan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota iv. Peranan Malaysia dalam OIC termasuklah Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama Menjadi perantara dalam menyelesaikan Perang Iraq-Iran Memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003 Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada tahun 2002 Memberi tawaran biasiswa kepada pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain v. Faedah kepada Malaysia termasuklah Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projekprojek pembangunan untuk kepentingan rakyat

Minggu 13
Mendapat bantuan OIC untuk menubuhkan UIAM Mendapat penghormatan kerana amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara anggota OIC Sumber : http://sejarahlaoshicheahtt.blogspot.com/2012/07/t5-bab-9-malaysiadalam-kerjasama.html Dari sejarahlaoshicheahtt pada 13/07/2012

You might also like