You are on page 1of 7

Minggu 7

Mengakses maklumat daripada internet dan sumber rujukan tentang prinsipprinsip penentuan dasar luar negara. http://studumfasisis.blogspot.com/2009/03/manakah-satu-antara-empat-matlamatam.html Dari Anak Perak pada 4/03/2009 PRINSIP-PRINSIP PENENTUAN DASAR LUAR Malaysia Malaysia mempunyai beberapa prinsip atau tafsiran yang menjadi panduan dalam membentuk dan melaksanakan dasar luarnya. Antara prinsip-prinsip yang diamalkan ialah:Pertama, negara kita terletak dalam kawasan yang mustahak dari sudut geopolitik di rantau Asia-Pasifik. Sebagai sebuah negara yang terletak di persimpangan dua jalan yang penting, iaitu Lautan India dan Lautan Pasifik yang kaya dengan sumber galian seperti minyak, bererti kedudukan negara kita adalah penting dari segi kestabilan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik. Kedua, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses. Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia. Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak dengan permasalahan politik yang boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik negara. Ketiga, Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua negara dapathidup aman dan damai. Berasaskan kepada kepercayaan ini, Malaysiatelah memainkan peranan aktif dan memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui penyertaan penuh semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTA D. Malaysia juga memberikan sokongan terhadap orde baru Ekonomi Antarabangsa dan kegiatan-kegiatan Negara-Negara 77 untuk mencapai keadilan dalam sistem perdagangan yang selama ini memihak kepada negara maju sahaja.

Minggu 7
Keempat, Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysiatelah dipilih untuk menjadi tuan rumah persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat yang ditunjukkan dalam penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung pada September 1998. Kelima, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai salah satu asas hubungan luarnya. Matlamat utama Malaysia Arus globalisasi tidak memungkinkan sesebuah negara menyisihkan diri(isolationist) dengan negara lain. Selain daripada urusan perdagangan, sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat perlu membentuk dasar luar kerana ia melibatkan aspek pertahanan, agar terselamat daripada sebarang ancaman yang mungkin ditimbulkan oleh anasir asing. Malaysia telah lama meletakkan keselamatan sebagai matlamat dasar luarnya iaitu sejak negara kita mendapat kemerdekaan dari British pada tahun 1957. Ini terbukti apabila termeterainya Perjanjian Pertahanan Tanah Melayu- British yang dikenali sebagai Anglo- Malaya Defence Agreement(AMDA) bersama United Kingdom yang mana Britian menjamin pertahanan Malaya(Malaysia pada masa itu) yang berhadapan dengan masalah serangan komunis dan darurat(1948-1960) serta Konfrontasi Indonesia(1962-1966) yang tercetus akibat rancangan penggabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963. Indonesia tidak bersetuju akan pembentukan ini kerana mereka takut Malaysia akan wujud sebagai neo-kolonial. Antara sebab lain negara kita menjalinkan kerjasama keselamatan kerana Malaysia pada masa itu adalah negara yang baru menerima kemerdekaan jadi, dari aspek pertahanan adalah masih lemah dan tidak mempunyai anggota keselamatan dan senjata yang mencukupi. Malah kedudukan Malaysia yang terletak di tengah- tengah laluan timur dan barat

Minggu 7
menyebabkan ia amat terdedah dengan ancaman luar.[6] Sejarah ini dapat dilihat semasa zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman(1957-1970). Malah Tunku pada masa itu juga seorang yang mengamalkan dasar pro- barat dan anti-komunis kerana, salah satu sebab yang mempengaruhi beliau adalah, beliau mendapat pendidikan di barat dan telah mengamalkan cara hidup barat. Selain itu juga, pengalaman pendudukan komunis sebelum merdeka yang telah menyiksa dan melakukan kekejaman menyebabkan negara kita tidak mahu menjalinkan hubungan dengan negara- negara beraliran fahaman komunis. Kesinambungannya dapat dilihat semasa zaman pemerintahan Tun Abdul Razak dan Tun Hussien Onn yang mana pada masa itu Malaysia menukar dasarnya ke arah berpendirian berkecuali kerana tidak mahu negara tersepit dalam pergolakan antarabangsa. Pada tahun 1974, ASEAN telah mengeluarkan Deklarasi Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and Neutrality(ZOPFAN) yang amalkan dasar berkecuali dan anti nuklear. Malah, Malaysia telah menyertai pergerakan negara- negara berkecuali(NAM) dan mengiktiraf Republik Rakyat China(RRC). Memasuki era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamed, beliau telah mengubah dasar luar Malaysia secara retoriknya anti- barat, terutama terhadap Amerika Syarikat yang mana pada zaman tersebut telah berlakunya krisis mata wang di Asia yang menyebabkan negara mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk akibat spekulasi mata wang yang telah dilakukan oleh George Soros pada tahun 1998. Menurut Tun, negara- negara barat hanya mahu mengeksploitasi sumber dan menjerumuskan negara membangun dalam permasalahan yang membantutkan proses pembangunan negara serta mengekalkan negara terus berada dalam keadaan yang tidak stabil melalui penawaran pinjaman IMF, namun Malaysia dengan tegasnya telah menolak. Tun telah membuatkan dasar luar Malaysia pada zaman pemerintahan beliau berbentuk Dasar pandang ke timur yang mana pada masa itu negara seperti Jepun dan China semakin maju dan menjadi kuasa ekonomi yang besar di Asia, malah telah membuka mata dunia dan negara kita. Ia bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap negara- negara barat. Walau bagaimanapun, Tun tetap menjalinkan kerjasama erat dengan negara barat untuk membanteras jenayah antarabangsa dalam serangan 11 September 2001.

Minggu 7
Kini, di bawah pemerintahan Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, hubungan negara dengan negara- negara barat semakin dipereratkan. Namun disebalik hubungan yang baik itu, Malaysia tetap denganpendiriannya yang enggan mengiktiraf Israel. Hal ini menjadi isu berikutan penyertaan Malaysia dalam angkatan pengaman PBB berikutan krisis Israel- Lubnan pada tahun 2006. Malaysia mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonomi berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan mentah serta barangan yang diproses. Ini akan dapat membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia. Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara yang sentiasa bergolak dengan masalah politik akan menyebabkan ekonomi dan keamanan Malaysia turut tergugat. Misalnya isu golongan minoriti islam di Thailand dan ketidakstabilan politik dan ekonomi di Indonesia. Ini menyebabkan Malaysia telah membuat dasar mengamankan jiran atau dasar prosper-thy-neighbour. Dasar ini bertujuan untuk pemulihan ekonomi dan mewujudkan keamanan dalam rantau Asia Tenggara. Apa yang dapat dilihat pada masa kini, dasar luar Malaysia lebih berfokus kepada pembangunan ekonomi. Malaysia sedang berusaha menjadi negara maju dan meningkatkan sektor perindustrian menjelang tahun 2020. Dasar prosper-thyneighbour juga telah menggunakan AFTA (Asean Free Trade Agreement) sebagai saluran untuk menyegerakan dan mengembangkan perdagangan negara. Selain itu juga Malaysia telah membentuk kawasan zon bebes perdagangan bagi

menggalakkan perdagangan bebas sejajar dengan apa yang dilaungkan oleh negara- negara maju. Matlamat- matlamat am lain Selain menumpukan kepada matlamat utama, Malaysia juga perlu memberi perhatian kepada matlamat- matlamat am yang lain. Ini bagi memastikan bahawa kemajuan dan pembangunan negara semakin akan terjamin. Autonomi Malaysia mula mengambil alih tanggungjawab menjaga hal ehwal dalam dan luar negaranya sebaik sahaja mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1987. Sebelum ini, segala urusan berkaitan negara termasuklah menentukan dasar luar negara ditentukan oleh penjajah atau kuasa kolonial iaitu British. Kemerdekaan telah

Minggu 7
memberi ruang dan peluang kepada negara untuk membuat keputusan berhubung dengan polisi hubungan luar negara yang akan dibentuk. Sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat tidak dapat mengelak daripada mengadakan hubungan dengan negara lain. Namun begitu, sebagai negara yang tergolong dalam kelompok negara dunia ketiga atau lebih jelas lagi negara membangun, kita seringkali terpaksa mengikut termaterma yang dibuat oleh pertubuhan antarabangsa dan sistem ekonomi dunia. Apa yang boleh kita katakan di sini, Malaysia masih mempunyai autonomi kerana kita mempunyai hak menentukan keputusan yang akan di ambil dalam menggubal dasar- dasar dan tindakan negara sama ada mahu mengikut, menolak, menangguh dan sebagainya. Walaupun negara- negara kuasa besar cuba mempengaruhi dan seakan- akan memaksa kita mengikut telunjuk dan aturan mereka, kita sedaya upaya cuba untuk mempertahankan autonomi kita dan membuat keputusan yang wajar untuk kebaikan negara. Sebagai contoh kita boleh merujuk kepada krisis ekonomi yang melanda negaranegara di Asia pada tahun 1998. Malaysia dengan tegasnya menolak bantuan dari IMF dalam mengatasi masalah kegawatan ekonomi dan ketidak stabilan mata wang negara pada masa itu. Untuk keluar dari kemelut ini, negara ASEAN, khususnya Malaysia memulakan pelbagai langkah makroekonomi dan reformasi kewangan. Tindakan awal Malaysia adalah menerapkan pendekatan ala IMF namun ia memburukkan lagi keadaan ekonomi dan gagal mengembalikan keyakinan pelabur asing. Malaysia akhirnya membuat keputusan sendiri di mana Malaysia

menubuhkan Rancangan Pemulihan Ekonomi Negara(NERP) bagi menjauhkan ringgit dari jangkauan spekulator mata wang, ini bagi memastikan penjualan jangka pendek pasaran Malaysia berakhir dan kejatuhan nilai mata wang dihentikan. Langkah yang dilakukan untuk menghidupkan semula ekonomi dengan menurunkan kadar faedah, meningkatkan kecairan, memodalkan semula bank dan menguruskan NPL dan ia dilihat berjaya menghentikan kegawatan dan memulihkan ekonomi tanpa penerimaan bantuan dari IMF ketika mana negara- negara peminjam IMF masih belum pulih. Kebajikan

Minggu 7
Dengan kepentingan negara diperingkat antarabangsa semakin menyeluruh, Malaysia telah menyertai pelbagai badan antarabangsa dengan berpegang teguh kepada prinsip PBB dan multilateralisme yang menekankan bahawa tujuan organisasi tersebut ialah untuk kekalkan keselamatan dan keamanan dunia, malah keahlian dalam PBB terbuka kepada mana- mana negara yang cintakan keamanan sejagat. Malaysia menjadi salah sebuah negara kebajikan dan menunjukkan betapa negara kita amat prihatin terhadap permasalahan dunia, bantuan diberikan tidak hanya dalam badan multilateral malah secara personal. Sepertimana yang kita ketahui, negara kebajikan ini bukan hanya mempunyai matlamat untuk membantu malah, mereka mempunyai maksud yang tersirat disebalik bantuan dan keprihatinan yang ditunjukkan. Bantuan yang diberikan bukan semata- mata atas dasar kemanusiaan akan tetapi turut bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kepentingan negara kebajikan itu sendiri. Salah satu tujuan yang tersirat adalah untuk mendapat penghormatan, penghargaan dan dikenali dunia. Selain itu, negara kebajikan ini juga dapat mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara yang dibantu dan dalam masa yang sama dapat mengakses dalam pasaran negara tersebut dan mahu mengeksploitasi sumber mineral yang terdapat di negara yang dibantu. Merujuk kepada Malaysia, apa yang kita dapat lihat Malaysia telah menerima buruh asing dari beberapa negara jiran yang kita ketahui mereka mempunyai masalah kemiskinan dan pengangguran yang tinggi, misalnya Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Nepal, Pakistan dan sebagainya.[12]Selain untuk membantu

meringankan beban negara asal buruh asing tersebut dengan adanya penawaran pekerjaan di negara kita, dalam pada masa yang sama kedatangan buruh asing ini dapat membantu pembangunan dalam beberapa sektor ekonomi negara misalnya pembinaan, pembantu rumah, perindustrian dan sebagainya. Status dan martabat
A)

kuasa ketenteraan

Malaysia bukanlah negara yang kuat dari segi ketenteraannya tapi Malaysia sering mengikuti misi pengaman PBB. Penglibatan ini sedikit sebanyak menunjukkan komitmen Malaysia dalam mengekal dan memelihara keselamatan antarabangsa.

Minggu 7
Disebabkan Malaysia bukanlah negara yang mempunyai ketenteraan yang kuat jika mahu disamakan dengan Amerika Syarikat. Jadi fokus utama Malaysia lebih kepada kebajikan dan menjadi salah sebuah dari negara yang menjadi welfare state yang membuka mata dunia. MERCY misalnya jelas menunjukkan komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa.
B)

sains dan teknologi

Dalam aspek ini, teknologi dan kepakaran Malaysia tidak setanding dengan negaranegara seperti Jepun, Rusia dan sebagainya. Namun, Malaysia telah diiktiraf dan telh dilantik sebagai pengerusi kepada pasukan petugas khas bagi visi 1411 untuk sains dan tetap sains dan teknologi bagi negara- negara OIC(COMSTECH) ke arah pembangunan bidang tersebut. Misi penghantaran angkasawan negara yang pertama ke bulan, Dato Dr. Sheikh Muzaffar baru- baru ini, iaitu pada tahun 2007, telah menaikkan lagi nama negara dan menunjukkan kepada dunia bahawa negara juga telah mencapai tahap sepertimana negara lain.
C)

simbol visual

Malaysia mempunyai KLCC iaitu bangunan yang tertinggi di Asia Tenggara yang di bina menggunakan wang hasil keuntungan penjualan minyak negara. Selain itu, Malaysia juga mempunyai jambatan yang terpanjang, juga di Asia Tenggara, iaitu jambatan pulau pinang yang merentasi lautan.
D)

Sukan

Malaysia telah mencipta nama melalui Dato Nicol Ann David yang merangkul gelaran juara dunia selama 5tahun beturut-turut dalam sukan squasy. Kejayaan ini menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

You might also like