You are on page 1of 5

3.

PROJEK INOVASI Seiring dengan kemodenan dunia, terdapat pelbagai peralatan sukan gimnastik yang berada dipasaran. Namun begitu, tidak semua alatan yang direka dan dijual sesuai digunakan oleh kanak-kanak. Tambahan pula, kini gimnastik kanak-

kanak semakin mendapat perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyerap sukan gimnastik kanak-kanak dalam pendidikan. Bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, matapelajaran Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani (PJM 3110) telah memberi satu tugasan berkaitan inovasi dalam sukan. Oleh itu, kami telah memilih peralatan gimnastik kanak-kanak bagi projek inovasi kami. 3.1 Inovasi dalam Sukan

3.2

Sinopsis Inovasi Gimnastik pendidikan boleh didefinisikan sebagai satu pendekatan dalam pendidikan di Malaysia. Gimnastik pendidikan mampu memberikan tumpuan kanak-kanak kepada pembelajaran dan pengajaran yang unik dari beberapa segi iaitu dari segi manipulasi alatan, pembelajaran dan perkembangan seseorang pelajar atau kanak-kanak. Menurut Doherty dan Brennan, 2008, pendidikan fizikal atau gimnastik merupakan sebahagian daripada proses yang memberi fokus pembelajaran melalui pengalaman aktiviti dalam pelbagai kemahiran yang menyeronokkan. Hal ini, memberi kesedaran kepada pendidik untuk

mencipta bahan bantu belajar yang mudah, berkesan dan mampu memberi keseronokan kepada murid. Oleh itu, Power Magic Ball ialah satu permainan yang diinovasi daripada permainan Catch The Ball. Tujuan alatan ini dicipta dan diinovasi adalah untuk menarik minat dan mendatangkan keseronokan

pada kanak-kanak mempelajari pendidikan gimnastik. Hal ini, kanakkanak dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran manipulasi alatan dalam gimnastik sambil bermain permainan Power Magic Ball. Tambahan pula, kenyataan ini turut disokong oleh John Dewey (18521859) yang menyatakan proses pembelajaran melalui prinsip belajar sambil bermain kerana keseronokan adalah hak setiap orang kanakkanak. Selain itu, alatan ini mempunyai pelbagai fungsi seperti skipping, menangkap bola dan manipulasi alatan dalam gimnastik. Hal ini, dapat merangsang kanak-kanak dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran. Oleh itu, alatan ini sangat sesuai untuk pendidikan gimnastik kerana terdapat pelbagai fungsi boleh diaplikasi dalam sukan gimnastik. 3.3 Kumpulan Sasaran Alatan permainan Power Magic Ball ini dicipta untuk murid tahap satu iaitu bermula dari tahun satu hingga tahun tiga. Permainan ini telah dicuba pada seorang murid tahun 3, dan telah mendapat maklum balas yang menyeronokkan. Rixon(1991) percaya bahawa kanak-kanak lebih

memahami pembelajaran melalui permainan. Hal ini dapat dilihat ketika diuji pada murid tahun 3 tersebut. 3.4 Objektif Inovasi Alatan permainan ini dicipta adalah untuk mengetengahkan beberapa objektif dalam inovasi . Hal ini berdasarkan lima elemen penting iaitu kesesuaian idea, kebolehlaksanaan inovasi , kesan kepada pengajaran dan pembelajaran, potensi inovasi untuk disebar luaskan, dan

keberkesanan kos. Objektif ini harus dicapai bagi memastikan inovasi alatan permainan tercapai.

3.4.1 Kesesuaian Idea Power Magic Ball adalah gabungan tiga peralatan sukan yang digunakan dalam gimnastik iaitu skittle, tali skipping dan bola. Melalui peralatan ini, kanak-kanak dapat belajar kompponenkomponen asas dalam gimnastik secara ansur maju. Hal ini, kedudukan alatan yang diinovasi adalah strategic dan bersesuaian dengan kanak-kanak. Malahan kanak-kanak juga berupaya belajar mengendalikan urusan mengemaskini alatan serta menjamin keselamatan diri dan alatan. Tambahan pula, alatan yang dicipta turut bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak yang masih seronok bermain. 3.4.2 Kebolehlaksanaan Inovasi Peralatan Power Magic Ball ini adalah mudah dan senang dibawa. Tambahan pula, peralatan yang diinovasi mempunyai pelbagai fungsi dan lengkap dalam satu beg kecil. Melalui ini, guru dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk menyediakan alatan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Alatan ini juga boleh digunakan di dalam dewan atau dipadang. 3.4.3 Kesan kepada Pengajaran dan Pembelajaran Power Magic Ball adalah satu alatan yang unik dan memberi keseronokan kepada kanak-kanak untuk mencubanya. Malahan pengajaran guru juga turut menjadi lancar dan berkesan. Tambahan pula, Lightbrown dan Spada (2011) menyatakan bahawa guru dapat meningkatkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik murid jika pembelajaran bilik darjah menarik dan sesuai dengan murid. Salah satu objektif alat ini dicipta adalah untuk merangsang minat murid dalam pendidikan gimnastik. Dalam alat ini murid akan

belajar

komponen dalam

asas

dalam

manipulasi statik

alatan terlebih

dengan dahulu.

pergerakan

gimnastik

secara

Contohnya, murid akan melambung bola yang bersambung dengan tali keatas dan menyambutnya. Hal ini berkait rapat dengan salah satu elemen dalam TGFU iaitu sasaran. Melalui ini, murid akan terangsang untuk mendapat sasara atau bola setelah

melambungnya ke atas. Alatan ini turut melibatkan pergerakan. Contohnya

memainkan tali skipping dengan bola sambil berlari dan berjalan. Memandangkan dalam gimnastik sendiri banyak melibatkan pergerakan, seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih seronok. Malahan kanak-kanak juga mempunyai fizikal yang aktif dan mudah tertarik dengan aktiviti pembelajaran yang melibatkan ruang dan pergerakan. Power magic ball adalah lebih baik kerana kanak-kanak akan bermain secara ansur maju dan bergerak menggunakan ruang berbanding dengan Catch the Ball yang hanya belajar secara statik. 3.4.4 Potensi Inovasi untuk Disebar Luaskan Power Magic Ball juga boleh digunakan dalam pelabagai topic pembelajaran seperti mengajar pergerakan asas, kemahiran menangkap bola malahan boleh dijadikan sebagai bahan bantu belajar dalam matapelajaran lain dengan hanya menukar dan mengubah sedikit kedudukan alatan. Seterusnya, alatan ini juga boleh diaplikasi dalam permainan kecil yang boleh digunakan dalam setiap set induksi pengajaran. hal ini, turut disokong oleh Lightbrown & Spadas (2011) bahawa matlamat pengajaran boleh dicapai apabila pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan terkawal dan jelas. Malahan Power Magic Ball membantu mengawal pencemaran alam sekitar.

3.4.5 Keberkesanan Kos Bahan-bahan yang digunakan untuk mencipta peralatan ini sangat murah dan senang didapati. Harga kos setiap satu barang tidak lebih daripada RM 4. Malahan barang-barang kitar semula juga turut digunakan seperti getah hitam dan span. Alatan ini boleh dijual dengan harga yang sangat murah dan berbaloi. mempunyai kos yang berpatutan.

You might also like