You are on page 1of 13

Perbezaan antara lelaki dan perempuan

Posted by: saiey on: 26 Julai, 2008


Dalam: Cinta | Informasi Komen!

Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:

& Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang: - Cara berkomunikasi - Cara berfikir - Tahap kepekaan dan perasaan - Tanggapan - Tindakan dan perbuatan - Kaedah mempamerkan kasih sayang - Kehendak mempamerkan kasih sayang - Kehendak dan pengharapan - Cara mempamerkan penghargaan - Cara dan tahap pengorbanan - Cara dan daya khayalan - Daya pengamatan dan konsentrasi - Cara dan pengisian doa - Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya. - Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.

- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh. Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami. - Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri! - Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah. - Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel. - Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat. - Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.

KEDUDUKAN WANITA DAN LELAKI MENURUT SYARAK


Posted by .:: Meluruskan Dan Menjana Pemikiran Umat ::. | Labels: MAC 2011

Pengenalan Islam adalah ideologi yang lengkap. Ini kerana sejak kehadirannya lebih 1400 tahun yang lalu segala permasalahan hidup yang dihadapi oleh

manusia baik lelaki mahupun wanita telah tersedia jawapannya dalam Deen yang Haq ini. Pendek kata, Islam hadir untuk membawa taklif syariah dan menyediakan pemecahan kepada segala persoalan hidup manusia. Penetapan syariah adalah selaras dengan karakter kemanusiaan iaitu yang paling utama adalah karakter (jantina) yang berbeza. Tersedianya hukum yang khusus untuk lelaki dan sebahagian lainnya khusus untuk wanita tidaklah bermaksud untuk saling mendiskriminasikan antara satu dengan yang lainnya sebagaimana yang dituduh oleh para pejuang gender dan feminisma yang sering membesarkan isu kesetaraan gender atau gender equality ini. Apa yang pasti isu ini tidak pernah dipertikaikan apatah lagi dipermasalahkan dalam Islam.

Munculnya konsep kesetaraan gender iaitu satu usaha untuk menyamaratakan lelaki dan wanita dalam pelbagai aspek adalah hasil dari andaian dan tanggapan yang buruk mengenai keadaan wanita. Kononnya keadaan buruk yang dihadapi oleh wanita-wanita kini seperti dikongkong, ditindas, didiskriminasi, dibelenggu kemiskinan dan sebagainya merupakan penghalang yang menghambatnya untuk maju dan berjaya dalam hidup.Halangan tersebut termasuk juga apabila seorang wanita itu terpaksa menjadi ibu, hamil, menyusukan, mendidik dan mengurus rumahtangga. Akhirnya kaum wanita yang lemah pemikiran Islamnya akan mudah terpancing dan terbawa dengan isu kesetaraan gender dan akhirnya mereka diprovokasi agar bangkit menempatkan diri untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki yang tidak memiliki beban atau halangan seumpama mereka. Racun Yang Melemahkan Pemikiran Umat Islam Di sinilah pihak Barat menyucuk jarum dengan membius pemikiran umat Islam khususnya wanita untuk menerima pakai konsep kesetaraan gender ini. Dengan dalih prihatin akan nasib yang dialami wanita, idea ini telah menyebabkan semakin ramai muslimah di luar sana yang mempersoalkan kewajaran syariat Islam dalam mengatur hukum antara lelaki dan wanita. Lebih menyedihkan apabila syariat Islam Allah

Subhanahu wa Taala yang diyakini mampu memberikan kebahagiaan yang hakiki justeru kini dipandang sangat tidak adil terhadap wanita. Antara perkara yang sering menjadi sasaran pejuang gender adalah masalah perwalian, persaksian, pakaian, waris, kepemimpinan dan nafkah. Pemikiran berbahaya ini sedikit demi sedikit berjaya mempengaruhi muslimah sehingga mereka lupa pada jati diri sebagai muslimah dan mula menerima pakai dan lebih menyedihkan seakan bangga memperjuangkannya. Pelbagai kempen di peringkat antarabangsa giat dilancarkan sedari dulu lagi dalam usaha menanamkan nilai-nilai gender ini secara tersusun. Bermula dengan Konvensyen pertama PBB berkaitan wanita yang menekankan integrasi wanita dalam berbagai aspek pembangunan dengan memfokuskan produktiviti tenaga wanita atau dikenali sebagai WID (Women In Development). Program ini kemudian diubah menjadi WAD (Women and Development), karena dianggap lebih memposisikan wanita sebagai subjek pembangunan. Tahun 1979 Konvensyen CEDAW (Convention on the Elimination of all Form of Discrimination Against Women) pula telah diadakan yang membawa maksud Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita. Ini diteruskan lagi dengan Konvesyen PBB II (1980) di Copenhagen dan Konvensyen III (1985) di Nairobi sebagai wadah memantapkan lagi WAD. Kemudian pada tahun 1990, sewaktu Konvensyen di Vienna diadakan program GAD (Gender and Development). Konvensyen Antarabangsa Pembangunan Populasi (International Conference Population and Development-ICPD)September 1994 di Kaherah, merupakan batu loncatan penting untuk mencetuskan bahwa wanita adalah kunci bagi penyelesaian masalah lebihan penduduk. Kemudian terhasil pula program bertemaEmpowerment of Women (Pemerkasaan wanita). Dengan alasan bahwa wanita adalah modal insan yang berpotensi untuk menghapus kemiskinan, meningkatkan kualiti keluarga dan mengawal jumlah penduduk, maka perempuan perlu mendapat peluang beraktiviti secara meluas dalam pelbagai bidang. Program ini dilanjutkan dengan Konferens Wanita Sedunia IV (Fourth World Conference on Women) di Beijing, China pada September 1995,

yang menghasilkan BPFA (Beijing Platform for Action). Sebagai lanjutannya disusun pula program yang lebih besar lagi. Pada tahun 1997 Committee PBB tentang status wanita telah menetapkan isu Wanita dalam Kekuasaan dan Penentu Polisi. Tahun 2000 lahirlah kesepakatan global oleh 189 negara anggota PBB yang dikenali dengan Matlamat Pembangunan Millenium(Millenium Development Goals/MDG) yang menekankan kepentingan perjuangan HAM bagi semua orang, termasuk perjuangan wanita menuju kesetaraan gender serta penghapusan segala bentuk diskriminasi dan kekerasan terhadap wanita. Berikutnya, berbagai konvensyen dan hasil kesepakatan ini kemudian dipaksa untuk diterimapakai dan diterapkan oleh seluruh negara-negara di dunia melalui tekanan politik, syarat bantuan dan lainlain.

Malaysia turut tidak ketinggalan dalam memberi ruang untuk isu kesetaraan gender ini diketengahkan. Global Meeting For Woman EqualityMusawah pada 1317 Februari 2009 telah diadakan di Kuala Lumpur, yang diselenggarakan oleh Sisters in Islam Malaysia (pejuang isu gender di Malaysia). Pertemuan ini dijayakan bersama oleh wakil-

wakil dari 30 negara. Salah seorang pesertanya adalah Komala Chandra Kirana dari Indonesia. Musawah ini diselenggara sebagai gerakan global untuk kesetaraan dan keadilan dalam keluarga muslim. Dalam kertas kerjanya, Musawah menyerukan reformasi Undang-undang Keluarga Islam yang dianggap telah mendiskriminasikan wanita.

Ini sangat bertolak belakang dengan Islam. Islam tidak menerima pakai konsep kesetaraan gender ini kerana Islam telah menetapkan hukum berdasarkan landasan yang kukuh yang diciptakan oleh Pencipta lelaki dan wanita. Dengan erti kata lain syariat Islam telah dapat menjamin keutuhan dan ketenangan hidup serta memberikan kebahagiaan hakiki kepada kaum wanita dan lelaki sesuai dengan kemuliaan manusia yang telah dimuliakan oleh Allah Subhanahu Wa Taala sebagaimana firmanNya: Dan sesungguhnya telah Kami memuliakan anak-anak Adam [TMQ al-Isra (17):70]. Pengaturan Syariat Islam Yang Syumul Allah Subhanahu Wa Taala telah mensyariatkan seluruh hukum yang berkaitan manusia dengan keadaannya sebagai manusia (lelaki dan wanita) tanpa ada perbezaan. Pelbagai taklif, hak dan kewajipan itu dilihat dari sisi ini adalah sama. Banyak dalil-dalil yang menyatakan taklif yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala itu ditujukan secara umum dan bersifat komprehensif kepada lelaki mahupun wanita. Antaranya AllahSubhanahu Wa Taala berfirman: Sesungguhnya lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyu, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar [TMQ alAhzab (33):35].

Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun. [TMQ an-Nisa (4):124]

Dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan tidak (pula) bagi perempuan beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka[TMQ al-Ahzab (33):36]

Berdasarkan beberapa ayat di atas, jelas bahawa seluruh hukum syara yang telah disyariatkan oleh AllahSubhanahu Wa Taala sesungguhnya adalah sama bagi lelaki dan wanita tanpa ada perbezaan atas kapasiti kedua-duanya di mana keduanya adalah hamba Allah Subhanahu Wa Taala yang bernama manusia. Hukum-hukum tersebut merupakan seruan Allah Subhanahu Wa Taala yang terkait dengan amal-perbuatan manusia. Sebagai hambaNya, kita perlu memaklumi bahawasanya Allah Subhanahu Wa Taala Maha Mengetahui segala kekurangan dan kelemahan manusia. Dalam hal ini, pelbagai hak, kewajipan dan taklif syariah ada kalanya terkait dengan karakter kemanusiaan dengan jenis (kelamin) tertentu, bukan bagi seluruh manusia secara umum. Misalnya dalam hal kesaksian, Islam menetapkan bahawa kesaksian dua orang wanita sebanding kesaksian seorang lelaki dalam aktiviti-aktiviti yang terjadi dalam kalangan lelaki atau yang terjadi di tengah kehidupan umum, seperti kesaksian atas masalah hak dan muamalah. Firman Allah Subhanahu Wa Taala: Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tidak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa, maka seorang lagi mengingatkannya [TMQ al-Baqarah (2):282].

Untuk perkara-perkara yang berlaku dalam kalangan wanita sahaja (tanpa kehadiran lelaki) seperti perkara jenayah yang terjadi di tandas misalnya, kesaksian seorang wanita sahaja sudah mencukupi. Kesaksian

seorang wanita juga diterima dalam masalah yang melibatkan samada seseorang itu masih perawan (dara) atau tidak atau dalam masalah persusuan. Ini telah dinyatakan dari hadis riwayat Imam al-Bukhari dari Uqbah bin al-Harits, ia berkata: Aku menikahi seorang wanita, lalu datang seorang wanita dan berkata bahawa dia telah menyusukan kami berdua. Maka aku mendatangi Nabi dan bertanyakan hal ini. Lalu Baginda bersabda: Bagaimana lagi kerana sudah dikatakan? Tinggalkan dia!. Dalam hal ini wanita yang telah menyusukan Uqbah dan isterinya itu telah diterima kesaksiannya meskipun dia menghadirkan dirinya sendiri sebagai saksi.

Di Mana Asas Perjuangan Feminisma? Pejuang isu gender dan feminisma tidak henti-hentinya menyerang syariat Islam. Tidak terkecuali dalam hal ini adalah hukum berkenaan harta warisan. Sejak dari awal Islam dituduh tidak adil dalam pengaturan harta warisan apabila menetapkan bahagian wanita adalah separuh dari bahagian lelaki. Sebagai Muslimah, adalah penting untuk kita mengkaji secara benar akan hal ini. Firman Allah Subhanahu Wa Taala: Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anakanakmu, iaitu bahagian anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan [TMQ an-Nisa (4):11]. Berdasarkan ayat ini, Islam telah menetapkan wanita berhak mendapatkan separuh dari bahagian lelaki dalam keadaan tertentu iaitu dalam ashabah, seperti anak lelaki, adik beradik kandung dan adik-beradik sebapa. Ini kerana dalamashabah, pemenuhan nafkah bagi wanita tersebut adalah menjadi tanggungjawab saudara lelakinya jika ia miskin walaupun wanita tersebut mampu bekerja. Sebaliknya Allah Subhanahu Wa Taala telah menetapkan keadaan bahagian harta warisan yang sama dengan bahagian lelaki dalam keadaan yang lain pula. Firman Allah Subhanahu Wa Taala : Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun wanita yang tidak meninggalkan ayah dan tidak mempunyai anak, tetapi mempunyai seorang saudara

lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), maka masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu [TMQ an-Nisa (4):12]. Berdasarkan ayat ini terjadinya kalalah al-ikhwah li umm[in] iaitu keadaan di mana seseorang itu (lelaki atau wanita) meninggal dunia sedangkan tidak mempunyai ayah, anak ataupun saudara-saudara kandung atau sebapa dan hanya mempunyai saudara-saudara seibu yang

masih hidup, maka pemenuhan nafkah seorang wanita tidaklah menjadi tanggungjawab saudara lelakinya yang seibu kerana walaupun saudara lelaki seibunya termasuk mahramnya, namun ia tidak termasuk orang yang wajib memberikan nafkah kepadanya dan adalah adil apabila Islam menetapkan bahagian harta yang sama bagi wanita dan lelaki dalam hal seperti ini.

Dalam hal berpakaian, Islam disinonimkan dengan kuno dan sentiasa membataskan citarasa muslimah untuk berfesyen. Sedangkan wanita muslimah diperintahkan untuk mengenakan pakaian sesuai syariat Islam dan dilarang untuk saling menyerupai (tasyabbuh) pakaian kaum lelaki.

Abu Hurairah radiallahu anhu meriwayatkanRasulullah SAW telah melaknat seorang lelaki yang berpakaian mengenakan pakaian wanita dan seorang wanita yang berpakaian mengenakan pakaian lelaki [HR al-Hakim, dan ia mensahihkannya]. Dan dari Ibn Abbas RA, ia menuturkan: Rasulullah SAW telah melaknat lelaki yang bertingkahlaku seperti wanita dan seorang wanita yang bertingkahlaku seperti lelaki. Rasulullah SAW bersabda: Keluarkanlah mereka dari rumah-rumah kalian. Ibn Abbas berkata: Maka Nabi SAW pernah mengeluarkan si Fulan dan Umar juga pernah mengeluarkan si Fulan [HR al-Bukhari].

Kebencian pejuang gender dan feminisme semakin meluas dengan menyerang syariat Islam dari pelbagai sudut antaranya berkaitan mahar (mas kahwin) sebagai satu bentuk kewajipan seorang lelaki (suami) kepada wanita (isteri). Antara tuduhan jahat yang dilemparkan adalah dengan menyerupai pemberian mahar ini seakan bayaran melanggani pelacur atau perempuan murahan. Sedangkan mahar yang ditetapkan itu merupakan hak bagi seorang wanita (isteri) atas seorang lelaki (suaminya) dan kenikmatan hubungan suami isteri itu akan dirasakan oleh keduanya. Firman Allah Subhanahu Wa Taala: Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya [TMQ an-Nisa (4):4] Kata Nihlah dalam ayat di atas bermakna pemberian, kerana ash-shadaq (mahar) adalah pemberian dan bukanlah pengganti harga kemaluan wanita sebagaimana yang difahami oleh musuh-musuh Islam. Dalam hal pencarian nafkah pula, Allah Subhanahu Wa Taala telah mewajibkan bekerja bagi kaum lelaki untuk memenuhi keperluan mereka yang di bawah tanggungannya. Wanita pula tidak wajib bekerja dan hukumnya adalah mubah. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu [TMQ al-Baqarah (2):233]. Namun betapa

ramai wanita kini yang keluar bekerja dalam keterpaksaan kerana desakan hidup yang kian buruk akibat diterapkan sistem kapitalisma dalam segenap cabang kehidupan. Malah terdapat sebilangan wanita yang keluar rumah untuk bekerja bukan kerana desakan hidup tetapi lebih kepada menyahut seruan yang dikumandangkan oleh pejuang gender agar wanita juga boleh dan perlu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Menurut mereka lagi wanita amat berpotensi untuk diketengahkan dalam pelbagai bidang pekerjaan yang selama ini dipelopori oleh kaum lelaki.

Kepimpinan juga merupakan salah satu isu yang tidak ketinggalan menjadi bahan bagi pejuang gender untuk menyerang hukum Islam. Sedangkan Allah Subhanahu Wa Taala menjelaskan bahawa kepimpinan adalah bagi kaum lelaki seperti dalam hal rumahtangga, pemerintahan, imam solat, menjadi wali dalam pernikahan dan hak menjatuhkan talak berdasarkan firmanNya:oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita) [TMQ anNisa(4):3] Kepimpinan di atas berlaku kerana pelbagai taklif nafkah seperti mahar, makanan, pakaian dan tempat tinggal dibebankan ke atas bahu lelaki sesuai firmanNya: Dan kerana mereka (lelaki) telah

menafkahkan sebahagian dari harta mereka [TMQ an-Nisa(4):3]. Sebaliknya bagi wanita pula mereka mendapat hak mengasuh anak (baik lelaki atau perempuan) yang masih kecil sedangkan kaum lelaki dilarang dari hal itu (Nizhamul

Ijtimai,Taqiuddin an-Nabhani 2007, hal.132). Malah Allah Subhanahu wa Taala juga menetapkan bahawa wanita berhak mengambil sendiri nafkah anak kecil (dari harta ayahnya) apabila si ayah enggan menafkahinya dan bersifat kikir. Dikisahkan Hindun pernah datang kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam lalu mengadu Ya Rasulullah, sungguh Abu Sufyan seorang lelaki yang sangat kedekut. Ia tidak memberikan nafkah yang cukup bagi diriku dan anakku Maka baginda bersabda: Ambil sahaja olehmu apa yang mencukupi untuk dirimu dan anakmu secara makruf(Muttafaq alayh dari jalur Aisyah). Dalam menangani kes seumpama ini, seorang qadhi (hakim) akan memaksakan si suami memberikan nafkah kepada si isteri dan ditetapkan hak bagi si isteri untuk mengelola secara langsung nafkah buat diri dan anak-anaknya itu. Manakala hak pengelolaan nafkah tersebut oleh si suami akan ditolak akibat menelantarkan isteri dan anakanak yang berhak dipenuhi nafkahnya. Begitulah bentuk gambaran hukum yang sebahagiannya dikhususkan kepada lelaki dan sebahagiannya pula khusus untuk wanita dan hendaklah lelaki dan wanita yang mengaku dirinya beriman kepada Allah Subhanahu Wa Taala redha akan hukum-hukum khusus tersebut. Khatimah

Muslimah yang dikurniakan aqal oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk berfikir, yakinlah bahawasanya apabila Islam telah menetapkan sesuatu hukum ke atas manusia (lelaki dan wanita), redhalah dan laksanakan ia dengan penuh ikhlas dan rasa ketundukan kepada pencipta hukum. Buanglah bibit-bibit perjuangan kesetaraan gender yang masih melekat di hati sanubari walau hanya secalit lintasan. Jauhkanlah dari saling berasa iri hati dan dengki dengan mempersoalkan apa yang telah Allah lebihkan kepada sebahagian atas sebahagian yang lain. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala kelemahan dan kekurangan makhluknya dan tiada hukum sebaik hukum Allah dalam mengatur hidup manusia. Renungi firman Allah : Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang

mereka usahakan [TMQ an-Nisa (4):32]. Cukuplah ayat-ayat Allah ini sebagai panduan dalam menilai keyakinan dan kepasrahan kita terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah. Wallahu alam

You might also like