You are on page 1of 4

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Reka bentuk kajian Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan pendekatan secara tinjauan terhadap persekitaran bilik darjah dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Data kajian dikumpul daripada soal selidik. Dalam kajian tinjauan, pengkaji memilih sekumpulan subjek daripada populasi sebagai responden kajian, memungut maklumat daripada responden dan seterusnya menganalisis maklumat tersebut untuk menjawab soalan kajian. Keputusan analisis digeneralisasi daripada subjek kepada seluruh populasi. Kebanyakkan kajian tinjauan menghuraikan ciri-ciri populasi melalui taburan frekuensi dan peratusan.
Proses Kajian Tinjauan

Menyatakan tujuan kajian

Mengenal pasti sumber yang diperlukan

Mengenal pasti populasi sasaran

Menentukan saiz sampel

Menentukan kaedah kajian tinjauan

Menggeneralisasi hasil kajian

3.2

Menyediakan instrumen kajian Populasi, sampel dan tempat kajian

Menganalisi data kajian

Populasi bagi kajian ini ialah 215 orang pelajar tingkatan tiga dan empat Sekolah Menengah Dato Sri Amar Di Raja, Muar. Sampel ialah sejumlah individu yang diambil mewakili populasi. Sampel akan dipilih secara rawak menggunakan persampelan rawak mudah dan memilih sampel dari populasi dari senarai yang banyak. Setiap orang mempunyai peluang untuk dipilih (Mohd. Najib Abdul Ghafar, 2003). Saiz sampel pula adalah sebanyak 151 orang yang ditentukan 70% daripada jumlah populasi. Lebih besar peratusan sampel daripada populasi adalah lebih baik kerana penyelidik mempunyai kemungkinan untuk memilih sampel yang mempunyai ciri-ciri populasi.

3.3

Instrumen Kajian

Kajian ini dijalankan menggunakan satu set soal selidik. Soal selidik yang selalu digunakan untuk mengetahui sikap seseorang dengan menggunakan soalan bebas jawab (terbuka), senarai semak atau skala kadar (Mohd. Najib Abd. Ghafar, 2003). Soalan soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A mengandungi tem-item demografi seperti jantina, umur, tingkatan, tempat tinggal, pekerjaan bapa, pekerjaan ibu, bilangan ahli keluarga dan sebagainya.

Bahagian B pula mengandungi 45 soalan yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu berkaitan dengan persepsi responden terhadap disiplin, factor-faktor yang mendorong kemerosotan disiplin pelajar dan cara-cara yang dapat meningkatkan tahap dan mutu disiplin pelajar dengan lebih berkesan.

Soal selidik yang digunakan adalah soalan yang dibina oleh penyelidik sendiri dan terdapat beberapa item yang telah diubahsuai daripada penyelidik terdahulu iaitu daripada tesis Nurul Huda Bt. Hashim (2006) yang bertajuk Persepsi Pelajar Terhadap Disiplin Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 SMKA Arau, Perlis.

Responden diminta menyatakan tahap persetujuanberdasarkan lima peringkat yang telah dinyatakan dalam Skala Likert. Penggunaan soal selidik berasaskan Skala Likert kerana ia mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi..

3.4

Kajian Rintis

Kajian rintis terhadap soalan kajian dilakukan terlebih dahulu bagi tujuan untuk menguji kebolehpercayaan soalan sebelum melakukan kajian yang sebenar. Kajian rintis ini perlu dilakukan dengan menggunakan sampel yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi yang hendak diuji.

Kajian rintis juga dijalankan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar terhadap arahan dan susunan ayat bagi setiap tem. Data yang telah diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan ujian Cronbach Alpha yang diproses menggunakan perisian komputer SPSS. Mengikut Sekaran (1992) di dalam tesis Nabil bin Abdul Latif (1994), Cronbach Alpha merupakan Reliability Analysis yang menunjukkan bagaimana sesuainya hubungan item-item itu sebagai satu set soalan. Nilai alphayang kurang daripada 0.6 dianggap lemah dan perlu dibaiki dan 0.7 adalah aras yang boleh diterima. Manakala nilai alpha 0.8 ke atas adalah baik.

3.5 Bil 1.

Takwin / Kalendar Kajian Prosedur Kajian Perbincangan dengan penyelia untuk menyiapkan proposal kajian 2. Proposal dihantar kepada: I. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan II. Kementerian Pelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor III. IV. Jabatan Pelajaran Negeri Johor Sektor Pendidikan Islam dan Moral Pejabat Pelajaran daerah Muar. 3. Menjalankan Bengkel dan Taklimat Modul Kaedah Nyanyian dalam Pengajaran dan Pembelajaran Awal Mac Feb Bulan Jan

Sekolah Rendah kepada guru-guru Bahasa Arab (responden) di Pejabat Pelajaran Daerah Muar 4. Mengedarkan soal-selidik kepada guru dan murid di 5 sekolah tempat kajian setiap akhir bulan selama 3 bulan berturut-turut. 5. 6. 7. Mengutip soal selidik Menganalisis Data Menyiapkan Laporan Kajian Julai Ogos-September Oktober- November Pertengahan Mac -Jun

You might also like