You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR 114, JALAN OMAR 81900 KOTA TINGGI JOHOR

Telefon : Faks :

07-8831261 07-8831804

7 JULAI 2010 / 24 REJAB 1431

Prof. Dr. Mohamad Hussain Habil Presiden Persekutuan ASEAN, Psikiatri dan Kesihatan Mental (AFPMH), Pakar Rawatan Ketagihan dan Perunding Psikiatri, Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Yang Berbahagia Prof. Dr,

JEMPUTAN SEBAGAI AHLI PANEL BAGI FORUM PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT 2010

Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sekolah Kebangsaan Bandar akan mengadakan Program Gaya Hidup Sihat 2010 pada 14 Julai 2010 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi. 2. Sehubungan itu kami berbesar hati menjemput Ybhg. Dr untuk hadir sebagai ahli panel Forum tersebut. Disertakan tarikh, masa, tempat dan topik perbincangan untuk makluman Ybhg. Dr. Tarikh Masa Tempat Topik : 14 Julai 2010 (Rabu) : 2.15 petang hingga 3.15 petang : Dewan Sekolah Kebangsaan Bandar : Kaedah Menangani Stres dan Kemarahan Dalam Pendidikan

3. Segala jasa baik dari pihak Yang Berbahagia Dr. amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Yang Berbahagia Dr. akan memperolehi kebaikan dan keberkatan dengan kerjasama yang diberikan.

Sekian, terima kasih. GAYA HIDUP SIHAT, INSPIRASI HIDUP

Yang Menurut Perintah,

............................................................... Zamatun Nasrah Binti Marwan Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi.

s.k

Guru Besar SKB GPK1 GPK KoKu GPK HEM Fail Program

You might also like