You are on page 1of 13

Buku Hijau 1

May 06, 2008 15:06 PM

Agriculture Policy actually complement each other," an economic expert, Prof Dr Mansor Jusof from Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi told Bernama. Dr Mansor said the first objective of the National Agriculture Policy was to raise food security by increasing production quality focusing on the aspect of commercial agriculture. The Green Book Programme, meanwhile, emphasised more on greater involvement by the people in agriculture and vegetable farming for their own consumption while the rest would be sold to the public. The main objective of the Green Book was to maximise land development involving short-term crops, group farming, breeding of freshwater fish, and enhancing the marketing of agricultural product besides increasing national food production and raising the people's income to reduce inflation. Under the Green Book programme, the concept of "backyard farming" was introduced by planting chilli in flower pots, planting fruit trees in the garden, and domestic breeding of chicken. In this context, Dr Mansor said the concept of "community farming", that is, the economic utilisation of vacant land in residential areas, must be extended to the rural areas with supervision by relevant agencies such as the Agriculture Department. He said the concept had been successfully implemented in several states such as the "Ladang Rakyat" project or `People's Farm' in Kelantan. The expert also said that focus must be given to farmers in the rural and suburban areas too, although the government was encouraging the "kitchen farming" concept by planting vegetables and rearing chicken or fish or a combination of both in the garden of individual homes under the Green Book programme.
1

Green Book To Face Global Food Shortage


A Special Report By Syed Azwan Syed Ali
KUALA LUMPUR, May 5 (Bernama) -- As the world is suddenly awakened from the feeling of security that there is always ample food supply as a result of technological advances in agriculture, Malaysian experts are suggesting that the Green Book Programme be revived. When it was introduced more than 30 years ago, the Green Book had been effective especially in reducing the rate of inflation by raising the people's income through involvement in agriculture either on a part-time or full-time basis. However, the country's success in tackling inflation brought about by the drop in rubber price and the economic crisis in the early 1970's had resulted in the Green Book Programme, introduced by second Prime Minister, Tun Abdul Razak Hussein, on Dec 20 1974, being forgotten. Before the world crisis hit the country, the government had implemented the Green Book Programme as one of the strategies under the Food Security Policy involving a total allocation of RM4 billion to ensure adequate food supply and stable food prices. Experts, however, were of the opinion that the Green Book Programme or any interpretation of this policy such as the `Bumi Hijau' or Green Earth programme must be continued from time to time and not only during times of crisis because food is a basic need which must be guaranteed. "The Green Book and the National

"I believe we should go back to the original concept of the Green Book which also aimed to raise the country's food supply by giving attention to small farmers in suburban areas. Farming is a full-time vocation and not an activity that everyone can do," he said. He said the main challenge was to market the farm products which required full cooperation of the agencies concerned such as the Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA) and the Farmers Organisation Authority (FOA). "The government, meanwhile, cannot impose a ceiling on the prices of vegetables as this can kill the farmers. For example, when there is a shortfall in production, the prices of vegetables are not raised but when there is overproduction, the prices drop without any compensation paid to the farmers," he said. Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Mustapa Mohamed, in announcing the Food Security Policy on Friday, said the government would allocate RM20 million to distribute selected vegetable seedlings, fertilisers and manuals to all strata of society this year. The implementation of the policy was in line with rising inflation due to the increase in the prices of consumer products such as rice and other items. The Bank Negara Malaysia announced on April 30 that inflation as measured by the annual change in the Consumer Price Index (CPI) rose slightly to 2.8 per cent in March this year compared with 2.7 per cent in the previous month. A lecturer attached with Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Prof Dr Mohd Ariff Hussein, said the Green Book was being adopted in developed countries such as the United States, Japan and European countries to improve selfsufficiency and these countries were consistent in adopting the programme. "This is probably because they had
2

experienced the effects of war..But it is a good programme and should be continued and not implemented only during times of crisis although it is true that the rising inflation is a driving factor," he said. The 2005 statistics showed that the level of the country's self-sufficiency for padi was 70 per cent, fruits (98 per cent), vegetables (95.6 per cent), fish (90 per cent), beef (23 per cent), mutton (7.1 per cent), pork (76 per cent), chicken (143.2 per cent) and eggs (152.3 per cent). He said besides "backyard farming" which was adopted previously, the hydroponic method of planting was suitable for implementation in urban areas compared to the villages where there was still ample land for large-scale farming. "They can plant leafy vegetables such as mustard greens using the hydroponic method in their home. Plants which are susceptible to diseases such as the brinjal, however, are not suitable because of the financial cost and time needed," said Dr Mohd Ariff who used to plant vegetables hydroponically in the early 1990's. He also suggested that the hydroponic method, which had been widely used in flats in Singapore, be extended to schools to create the "demonstration effect" to the teachers and parents. Dr Mohd Ariff said the logistical aspects should be given emphasis by the Ministry of Agriculture and Agro-based Industry such as deploying the relevant agencies at supermarket chains such as the Giant or Tesco to facilitate members of the public in obtaining technical advice, tools and seedlings. Under the Food Security Policy, FAMA would raise its agricultural marketing capacity through the development of distribution centres, collection centres and farmers' markets. -- BERNAMA

Buku Hijau 2
RANCANGAN 60 MINIT BERSAMA MENTERI YB DATO MUSTAPA MOHAMED MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI 13 OGOS 2008, 9.30 MALAM (RTM 1) PERANTARA: PEGGIE NG HIGHLIGHTS 1. Pameran MAHA (16 hingga 24 Ogos 2008) merupakan pameran yang terbesar di rantau ini yang diadakan 2 tahun sekali. Ia m e m b e r i p e l u a n g ke p a d a pengunjung untuk melihat pelbagai pencapaian dan perkembangan dalam bidang pertanian dan industri asas tani. Pameran yang diadakan di Serdang, Selangor ini juga dapat memberi semangat kepada rakyat tentang betapa besarnya peluang bidang pertanian dan juga penemuan, teknologi dan kaedah baru untuk menanam sayur-sayuran, ternakan dan lain-lain. Di samping itu kita juga akan dapat melihat kejayaan yang dicapai oleh usahawan-usahawan. Menyentuh perkara utama mengenai Bumi Hijau yang telah dilancarkan pada bulan Mac 2007 yang lalu, ianya merupakan suatu kesinambungan program Buku Hijau yang dilaksanakan oleh Tun Abdul Razak ketika menjadi Perdana Menteri Kedua. Di Putrajaya, YAB Perdana Menteri telah melancarkan Kempen Bumi Hijau pada akhir bulan Jun lalu di Presint 9. Dalam krisis makanan yang dihadapi pada masakini, kerajaan merasakan ianya perlu dihidupkan semula untuk
3

menambahbaikkan bekalan makanan dan dengan itu diharapkan akan dapat mengurangkan beban kerajaan. 5. Kerajaan menghadapi dua isu. Isu yang pertama ialah krisis bekalan makanan dan kedua ialah kenaikan harga petrol seluruh dunia. Disebabkan dua masalah ini menyebabkan inflasi makin meningkat di seluruh dunia. Di Malaysia lebih 7 peratus untuk kadar terakhir bulan Julai yang lalu. Ini merupakan satu kadar yang tinggi. Justeru kerajaan membuat keputusan untuk menghidupkan semula Buku Hijau dengan tujuan untuk mengurangkan beban rakyat. Kerajaan telah memperuntukkan RM25 juta untuk menjayakan Buku Hijau. Bumi Hijau mempunyai tiga komponen iaitu: a. b. c. 7. Tanam sayur Bela ikan keli dalam tangki atau kanvas Menternak ayam kampung

6.

2.

3.

Kalau pelaksanaan Buku Hijau lebih memberi penekanan kepada penduduk di kampung sahaja, Bumi Hijau akan memberi penekanan kepada penduduk kampung dan bandar. Penduduk bandar juga digalakkan untuk menanam sayur dan sebagainya. Melalui Mesyuarat Majlis Ekonomi, Presiden CUEPACS telah mencadangkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk bekerjasama dengan CUEPACS sebagai saluran bagi menyesuaikan Bumi Hijau sekali gus ianya dapat diterapkan di seluruh Negara di kampung dan bandar.

8.

4.

9.

Seramai 200 penduduk Putrajaya telah memulakan projek Bumi Hijau dengan bercucuk tanam. Di samping merapatkan hubungan, projek ini juga akan dapat mengurangkan bebanan dan tanggungan rakyat di seluruh Putrajaya dan seluruh Negara. Program ini tidak akan menjejaskan pendapatan pekebun-pekebun kecil memandangkan mereka merupakan satu pembekal utama sayur-sayuran di pasar borong. Di kampung ada juga untuk kegunaan sendiri di samping faktor turun naik harga. Oleh itu kerajaan berharap p r o g ra m i n i a k a n d a p a t menstabilkan harga. Bagi yang tinggal di pangsapuri atau apartment, terdapat kaedah baru, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telahpun mengadakan perbincangan dengan pihak Bandaraya Kuala Lumpur dan akan memberi peruntukan untuk melaksanakan program ini khasnya bagi tanaman sayur di Projek Perumahan Rakyat (PPR). YAB Perdana Menteri telah mengumumkan RM4 bilion untuk Dasar Jaminan Bekalan Makanan. Daripada RM4 bilion tersebut separuh daripadanya untuk padi dan RM25 juta untuk Program Bumi Hijau. Oleh yang demikian, tumpuan utama sememangnya diberikan kepada sektor penanaman padi.

hijau semasa YAB Perdana Menteri, Tun Abdul Razak. Jadi, apabila kita dalam krisis makanan kerajaan berpesan dalam bulan empat lagi lancarkan semula Bumi Hijau. Tu j u a n n y a ialah untuk menambahbaikkan bekalan makanan dan dengan itu kita dapat mengurangkan beban kerajaan. Kita menghadapi dua isu. Isu yang pertama ialah krisis bekalan makanan dan kedua ialah kenaikan harga petrol seluruh dunia. Disebabkan dua masalah ini menyebabkan inflasi makin meningkat seluruh dunia kalau negara China, Vietnam. Lebih dua peratus inflasi tinggi. Di Malaysia lebih tujuh peratus untuk kadar terakhir bulan Julai ini. Jadi ini satu kadar yang tinggi. Oleh itu kita nak kurangkan perbelanjaan beban rakyat. Sebab itu kita membuat keputusan untuk menghidupkan Buku Hijau. Jadi tahun ini, Kerajaan telah memperuntukkan RM25 juta untuk menjayakan Buku Hijau. Bumi Hijau mempunyai tiga komponen, pertama tanam sayur, yang kedua ialah bela ikan keli dalam tangki atau kanvas dan yang ketiga ialah menternak ayam kampung. Ayam kampung tidak sesuai untuk bandar. Saya hendak tekankan, dulu Bumi Hijau semata-mata untuk orang kampung. Sekarang kampung dan bandar juga malah dua minggu lepas saya pergi ke Bandaraya bersama Datuk Bandar ke kawasan Muhibah Puchong sempadan dalam kawasan bandar raya tetapi sempadan dengan Selangor. Di situ tinggal 50 orang yang tinggal di projek perumahan rakyat dalam mengusahakan tanaman sayur. Bila saya tanya mereka, mereka kata kalau family suami isteri lima anak mungkin 50 ringgit sebulan. Matlamat rasionalnya ialah untuk mengurangkan perbelanjaan kita. Bila kita ada masalah dan inflasi selagi itu kita menikmati sayur segar. Yang kita dapat pasti racun rumpai yang kita selalu gunakan. Selain daripada sayur kita juga menggalakkan ternakan ikan keli dan ayam kampung. Jadi kita akan laksanakan besar-besaran, bandar raya sudah ada lapan kawasan iaitu Projek Kawasan Ternak (PKT).
4

10.

11.

12.

PERANTARA: Tempat itu selesakan? Penyaman udara disediakan. Sekarang kita hendak bercakap berkaitan dengan Buku Hijau yang dilancarkan pada bulan Mac 2007, konsepnya Dato? YB MENTERI: Bumi Hijau ini kita hidupkan semula, dulu dah ada buku

Baru-baru ini kita mengadakan mesyuarat Majlis Ekonomi bersama. Presiden CUEPACS mencadangkan kementerian akan bekerjasama dengan C U E PA C S. I n s ya A l l a h k i t a a k a n mengadakan kerjasama dengan pihak CUEPACS. Mungkin kita dapat salurkan sedikit untuk mereka untuk mereka sendiri dapat menyesuaikan bumi hijau. Saya hendak Bumi Hijau diterapkan di seluruh negara di kampung dan di bandar. Yang penting visibility, iaitu nampak dengan lebih jelas. Di Putrajaya, YAB Perdana Menteri telah melancarkan Kempen Bumi Hijau pada akhir Jun lalu di Presint 9, dan di sana kalau kita pergi cukup seronok, dulu banyak tanah kosong di Putrajaya dan tidak diusahakan. Bagi saya ini satu discovery. Dulu kosong sekarang diusahakan. Kita ada 200 orang setiap petang buat bersama-sama anak. Jadi kita rasa lebih seronok bukan sahaja merapatkan hubungan tetapi mengurangkan bebanan tanggungan rakyat di seluruh Putrajaya dan seluruh negara. Jadi program ini lancarkan program ini di seluruh negara. Ini baru peringkat pertama, kita juga ada peringkat kedua. Peringkat pertama kita hanya kita belanja lima juta dan peringkat kedua kita akan agihkan kepada peringkat negeri. Peringkat kedua akan dibincangkan. Yang penting adalah program ini perlu berterusan dan jangan hangat-hangat tahi ayam. Kalau tanam kangkung pun, kita bagi benih dan baja nilainya untuk sehari RM15. Kalau kangkung sebulan, kita potong dan kalau kita tidak teruskan habis setakat itu sajalah. Sebab itulah saya hendak tengok visibility yang nampak. Usaha ini biarlah berterusan. PERANTARA: Kalau ini dijalankan dengan jayanya, tidakkah menjejaskan pendapatan pekebun-pekebun kecil? YB MENTERI: Sayur dikeluarkan oleh pekebun kecil contohnya di Ulu Yam, merupakan satu pembekal utama sayursayuran di Pasaran Borong Selayang. Ini merupakan salah satu sumber sayur untuk kita. Yang kedua ialah di kampung
5

ada juga untuk kegunaan sendiri. Ia untuk kegunaan sendiri. Sayur ini kadang-kadang harganya turun naik. Jadi kira harap dengan adanya usaha ini harga akan stabil. Kalau ikut sasaran kita, pengeluaran sayuran pada program ini Cuma paling banyak 7000 metrik tan, ini anggaran RM12 juta sahaja. Ini jumlah yang kecil dari jumlah keseluruhan penggunaan sayur dalam negara kita ini. Tapi yang penting dalam ahli keluarga khususnya di bandar yang berpendapatan rendah, saya katakan tadi boleh jimat RM50 sebulan. Ini satu jumlah yang besar bagi sebuah keluarga. PERANTARA: Kebanyakan kita ada yang tinggal di pangsapuri atau apartmen. Dekat situ tiada tanah kalau kita hendak tanam sayur. Bagaimana? YB MENTERI : Ada kaedah baru yang program ini ialah tiga sahaja, satu sayur di atas tanah, kedua ternakan ikan keli dan mungkin bagi pangsapuri kita telah bincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan kita akan menyediakan peruntukan di bawah program ini melalui Datuk Bandar. Jadi bukan pangsapuri tidak ada tanah, saya kata tadi lapan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bandar telah pun mengusahakan bumi hijau ini. Saya telah pun pergi melawat ke Kampong Muhibah tadi , jadi yang tidak ada tanah mungkin kita akan fikirkan, ternakan ikan keli mungkin sesuai untuk mereka.

Buku Hijau 3
Rancangan Buku Hijau bagi kekurangan bekalan makanan 06-05-2008 KUALA LUMPUR: Peningkatan berterusan harga makanan di pasaran dunia mendorong kerajaan melancarkan program meningkatkan pengeluaran bekalan makanan dalam negara dan berikutan itu pakar-pakar pertanian dan ekonomi menyarankan Rancangan Buku Hijau dihidupkan kembali. Semasa hadapi

diperkenalkan lebih 30 tahun lalu, Buku H i j a u t e r nya t a b e r ke s a n d a l a m mengurangkan kadar inflasi menerusi peningkatan pendapatan rakyat menerusi penglibatan dalam bidang pertanian secara sambilan atau sepenuh masa. Setelah negara berjaya menangani inflasi akibat kejatuhan harga getah dan krisis ekonomi pada awal 1970an, rancangan Buku Hijau yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kedua (Allahyarham) Tun Abdul Razak Hussein pada Disember 1974, mula dilupakan. Sebelum krisis semasa dunia melanda negara, kerajaan melaksanakan program Bumi Hijau sebagai satu daripada strategi di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan melibatkan peruntukan keseluruhan RM4 bilion, bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan harga makanan stabil. Namun pakar-pakar berpendapat rancangan Buku Hijau atau terjemahan semangatnya seperti program Bumi Hijau perlu diteruskan dari semasa ke semasa, bukan hanya ketika krisis, kerana makanan adalah keperluan asas rakyat yang memerlukan jaminan. "Buku Hijau dan Dasar Pertanian Negara sebenarnya saling melengkapi," kata pakar ekonomi Prof Dr Mansor Jusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada. Dr Mansor berkata objektif pertama D a s a r Pe r t a n i a n N e g a ra a d a l a h meningkatkan sekuriti makanan dengan meningkatkan kualiti pengeluaran yang menumpukan kepada aspek komersial pertanian. Rancangan Buku Hijau pula lebih kepada peningkatan penglibatan rakyat dalam pertanian dengan bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri dan selebihnya dijual kepada umum. Objektif utama Buku Hijau ialah memaksimumkan pembangunan tanah secara menyeluruh melibatkan tanaman jangka pendek, pekebunan berkelompok, ternakan ikan air tawar dan meningkatkan pemasaran produk pertanian selain bertujuan menambah pengeluaran makanan negara dan
6

meningkatkan pendapatan rakyat bagi mengurangkan inflasi. Melalui Buku Hijau, konsep "backyard farming" diperkenalkan dengan menanam cili dalam pasu, menanam pokok buahbuahan di halaman rumah dan penternakan secara domestik. Dalam konteks itu, Dr Mansor berkata konsep "community farming" iaitu mengusahakan kawasan tanah terbiar di kawasan perumahan perlu dikembangkan kepada kawasan luar bandar dengan pengawasan agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian. Katanya, konsep itu telah dilaksanakan dengan jayanya di beberapa negeri seperti projek "Ladang Rakyat" di Kelantan. Beliau berkata tumpuan juga harus diberikan kepada golongan petani di desa dan di pinggir bandar, walaupun kerajaan menggalakkan konsep "kitchen farming" dengan bercucuk tanam atau menternak ayam atau ikan atau kombinasi keduaduanya di halaman rumah perseorangan, di bawah program Bumi Hijau. "Saya rasa kita kena kembali kepada konsep asal Buku Hijau yang juga bertujuan meningkatkan bekalan makanan negara dengan memberikan tumpuan kepada petani kecil di pinggir bandar. Pertanian bukan semua boleh buat tetapi profesion sepenuh masa," katanya. Beliau berkata cabaran utama adalah untuk memasarkan hasil pertanian itu yang memerlukan kerjasama penuh daripada agensi terbabit seperti FAMA dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). "Kerajaan juga tidak boleh hadkan harga sayur-sayuran kerana ia boleh 'bunuh' petani. Contohnya bila pengeluaran kurang harga sayur tidak naik tetapi bila sayur terlebih keluar, harga tetap jatuh tetapi tiada pampasan kepada petani," katanya. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed ketika mengumumkan mengenai Dasar Jaminan Bekalan Makanan Jumaat lepas berkata

kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi mengedarkan biji benih sayur terpilih, baja serta manual kepada seluruh lapisan masyarakat pada tahun ini. Pelaksanaan dasar itu selaras dengan kadar inflasi yang meningkat ekoran kenaikan harga barangan pengguna seperti beras dan lainlain. Bank Negara Malaysia mengumumkan pada 30 April lepas bahawa inflasi seperti yang diukur oleh perubahan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat sedikit kepada 2.8 peratus pada Mac tahun ini berbanding 2.7 peratus pada bulan sebelumnya. Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Prof Dr Mohd Ariff Hussein berkata amalan Buku Hijau di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan negara-negara Eropah bagi meningkatkan tahap mampu diri cukup konsisten. "Mungkin kerana pengalaman mereka daripada kesan perang...Tetapi ianya program yang baik dan perlu diteruskan bukan hanya semasa krisis walaupun benar kenaikan inflasi adalah faktor pendorong," katanya. Statistik 2005 menunjukkan tahap mampu diri keperluan negara bagi padi ialah 70 peratus, buah-buahan (98 peratus), sayur-sayuran (95.6 peratus), perikanan (90 peratus), daging lembu (23 peratus), daging kambing (7.1 peratus), babi (76 peratus), ayam (143.2 peratus) dan telur (152.3 peratus). Beliau berkata selain "backyard farming" yang digunapakai satu ketika dulu, kaedah hidroponik (tanaman di air, tanpa tanah) sesuai dilaksanakan di kawasan bandar berbanding di kampung-kampung yang masih mempunyai tanah untuk diusahakan dalam skala besar. "Mereka boleh tanam sayur berdaun seperti sawi melalui kaedah hidroponik ini di rumah mereka. Tanaman yang senang kena penyakit seperti terung bagaimanapun tidak sesuai kerana kos kewangan dan masa," katanya yang
7

pernah menanam sayur menggunakan kaedah itu pada awal 1980an. Beliau juga mencadangkan supaya k a e d a h h i d r o p o n i k , ya n g t e l a h digunapakai secara meluas di flatflat di Singapura, dicontohi secara meluas di sekolah-sekolah bagi mewujudkan "demonstration effect" kepada komuniti terbabit seperti guru-guru dan ibu bapa. Dr Mohd Ariff berkata aspek logistik perlu diberikan penekanan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, antara lain, menempatkan agensi terbabit di rantaian pasaraya seperti Giant atau Tesco bagi memudahkan masyarakat mendapatkan nasihat teknikal, peralatan dan benih sayur terbabit. Melalui Dasar Jaminan Bekalan Makanan, FAMA akan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian melalui pembangunan pusat pengedaran, pusat pengumpulan serta peningkatan bilangan pasar tani sebanyak 50 di seluruh negara sebagai tambahan kepada 230 pasar tani sedia ada melibatkan peruntukan RM39 juta pada tahun ini. Presiden FOMCA Datuk N.Marimuthu berkata kerajaan perlu mengembalikan pasar tani kepada model asalnya "daripada petani kepada pengguna" dan bukan seperti pasar malam yang menyaksikan produk selain pertanian dijual. BERNAMA

Buku Hijau 4
Pertanian sistematik Mimos

yang mampu melaksanakan tanaman pada skala yang besar dan menguntungkan. Bagaimanapun, pada dekad 1980-an hingga 1990-an, sektor ini mula menerima tempias susulan kedatangan pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor pembuatan yang menyebabkan industri pertanian menumpukan pula kepada usaha penanaman bersepadu bagi mengekalkan pengeluarannya. Menjelang alaf baru, kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mula menggunakan idea yang segar untuk melonjakkan kembali sektor yang sejak sekian lama menjadi periuk nasi rakyat tempatan.

BERKUALITI: Sensor MEMS mampu mengenal pasti tahap kesuburan tanah dan memantau tanaman yang bermasalah. Penggunaan sensor MEMS bantu petani kumpul dan proses data hasil tanaman SEKTOR pertanian yang menjadi penyokong utama ekonomi negara pada dekad awal pasca kemerdekaan, hari ini masih lagi kukuh dan menjadi antara penyumbang keluaran dalam negara kasar (KDNK). Bezanya, jika pada era 1960-an tumpuan utama sektor pertanian berintensifkan buruh, dengan menggunakan kapasiti tenaga kerja untuk menghasilkan pengeluaran yang mampu menjana pendapatan kepada individu, namun corak itu mula berubah pada dekad seterusnya.

TEKNOLOGI TANI: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut tertarik dengan penggunaan teknologi sensor MEMS bagi penanaman tomato. Malah, krisis makanan seperti yang berlaku baru-baru ini menyebabkan kerajaan lebih serius membangunkan sektor pertanian. Dengan bantuan agensi seperti Mimos, tumpuan utama kerajaan bukan saja memastikan sektor yang menjadi pembekal utama sumber makanan ini terus kekal relevan sebagai penyumbang pendapatan negara, malah hasil pertanian yang diusahakan dengan bantuan teknologi terkini semakin meningkat mutunya.

Pelancaran konsep Buku Hijau oleh Perdana Menteri Kedua pada 1974, Tun Razak Hussin melonjakkan lagi sektor pertanian ke tahap seterusnya dengan penggunaan jentera secara meluas
8

Tahun lalu, Mimos, agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, telah membangunkan satu sistem pangkalan data pintar yang mampu menguruskan aktiviti pertanian berskala besar dengan lebih sistematik. Sistem berkenaan sedang dipamerkan Mimos pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2008 yang sedang berlangsung di Serdang ketika ini bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat sendiri fungsinya dalam membantu meningkatkan hasil pertanian negara.

Dalam erti kata sebenarnya, istilah pertanian tepat adalah melakukan sesuatu dengan betul, pada tempat yang betul, dengan kaedah yang betul dan pada masa yang betul. Pertanian tepat termasuk kaedah pengurusan pertanian atau penternakan baru yang disepadukan dengan teknologi maklumat merangkumi beberapa faktor asas termasuk sistem maklumat geografi/ tanah, pembajaan/makanan haiwan, imunisasi racun perosak, sistem hasil dan sebagainya. Kaedah ini bertujuan meningkatkan produktiviti dan kecekapan, sekali gus memberikan pulangan lumayan kepada hasil pertanian. Pengesan tanpa wayar itu, menyerupai alat pemeriksaan berbentuk pen dan direka bentuk untuk ditanam di dalam tanah. Sensor ini boleh membantu petani mengukur kadar kelembapan, kehangatan, tahap asid atau alkali serta takat suhu tanah. Ia juga boleh juga memberitahu tahap kesuburan tanah termasuk mengukur kadar nitrat, fosfat dan kalium di dalam tanah itu. Petani kemudian boleh memantau data yang diserap oleh sensor berkenaan menerusi pangkalan data yang dibangunkan oleh Mimos bagi membolehkan mereka menstor dan memproses data berkenaan. Seorang jurucakap Mimos berkata, sistem berkenaan dibangunkan sejak setahun lalu oleh enam pasukan daripada agensi kerajaan itu sendiri. Menariknya, sepanjang Maha 2008 ini juga, Mimos membuka peluang kepada orang ramai untuk menamakan sendiri sensor dan sistem pangkalan data yang masih belum mempunyai nama khusus ini dengan menawarkan hadiah wang tunai.

Penulis baru-baru ini turut berpeluang melihat sendiri bagaimana teknologi pengesan tanpa wayar yang dikenali sebagai sensor MEMS ini dilaksanakan semasa mengunjungi Maha 2008. Secara asasnya, sistem ini menggunakan konsep pertanian tepat (precision agriculture) iaitu konsep pertanian moden yang membolehkan petani mengawal aktiviti berkaitan s e p e r t i p e m b a j a a n , p e n g a i ra n , makhluk perosak dan sebagainya melalui penggunaan teknologi.

Buku Hijau 5
Sayur-sayuran cantikkan laman rumah SERDANG 20 Ogos - Seni landskap sering kali dikaitkan dengan bunga tetapi ramai yang tidak menyedari sayur-sayuran juga boleh dijadikan sebagai landskap bagi menghiasi laman rumah mahu pun pejabat. Bersesuaian dengan konsep Bumi Hijau, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan teknologi landskap boleh dimakan yang mempamerkan pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran dan ulam-ulaman. Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI, Tengku Ab. Malik Tengku Maamun berkata, uniknya seni landskap tersebut adalah pokok yang ditanam bukan hiasan semata-mata tetapi juga boleh dijadikan makanan. Terdapat pelbagai jenis landskap boleh dimakan yang menarik telah direka bentuk oleh MARDI antaranya ialah landskap gabungan tanaman sayuran serta ulaman di atas tanah, struktur pelbagai jenis sayuran memanjat dan green kit atau tanaman tanpa tanah, katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di Laman SayurSayuran, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di sini hari ini. Menurut Tengku Ab. Malik, untuk tanaman tanpa tanah, sistem kapilari diaplikasikan oleh MARDI iaitu sejenis teknik tanaman di dalam bekas yang menggunakan sabut kelapa, perlite (sejenis mineral) dan pasir. Teknologi itu sesuai dipraktikkan di kawasan perumahan yang mempunyai ruang laman terhad atau kondominium dan rumah pangsa. Menerusi teknik ini, orang ramai boleh menanam pelbagai jenis sayur serta ulam-ulaman seperti cekur manis, pucuk ubi, pokok gajus, ulam raja, tenggek burung dan daun limau purut dan tanaman ini boleh dimakan segar
10

t a n p a m e n a n a m p o k o k- p o k o k berkenaan di atas tanah, ujarnya. Katanya, bagi sistem fertigasi mini pula, ia sesuai dipraktikkan di sekitar rumah yang mempunyai laman yang sederhana luas seperti rumah teres dan kediaman berkembar. Tambahnya, kaedah itu sesuai untuk penghuni kota kerana sistem penyiraman dan pembajaan yang dilakukan secara automatik akan memastikan tanaman dapat diurus dengan baik.

Buku Hijau 6
PPK Tanjong Karang lancar kempen Bumi Hijau TANJONG KARANG 19 Ogos - Kempen Bumi Hijau yang dilancarkan di peringkat Pertubuhan Peladang (PPK) Tanjong Karang baru-baru ini mampu menggalakkan petani dan peladang khususnya ahli pertubuhan itu lebih aktif dalam bidang pertanian. Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Selangor, Nazli Che Long berkata, pihaknya komited menjayakan program Bumi Hijau dengan harapan semua rakyat dan ahli PPK menyambut saranan dan kempen itu. Menurutnya, matlamat kempen Bumi Hijau yang dilancarkan oleh Perdana Menteri adalah untuk menggalakkan penduduk mengusahakan tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran untuk keperluan sendiri di kawasan terhad di sekitar kawasan rumah masing-masing. Objektif kempen ini ialah untuk membantu mengurangkan kos perbelanjaan isi rumah kerana bahanbahan mentah seperti sayur-sayuran boleh ditanam di sekitar rumah. Selain itu, kita juga boleh mendapat sayursayuran segar dan lebih terjamin tahap keselamatannya.

Setiap kawasan juga perlu dimanfaatkan sebaik mungkin termasuk menanam tanaman herba seperti halia, lengkuas dan serai agar tanaman kita lebih pelbagai, katanya ketika ditemui baru-baru ini. Tegasnya, selain menggalakkan penduduk mengurangkan kos perbelanjaan barangan dapur, kempen Bumi Hijau juga mampu berperanan sebagai pentas untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat di mana penduduk sesebuah penempatan boleh bersama-sama mengusahakan tanaman dan kemudian berkongsi hasilnya. Kempen ini bukan sahaja digalakkan dilakukan oleh warga peladang dan petani tetapi juga semua golongan masyarakat termasuk di kem tentera, rumah kakitangan kerajaan, sekolah dan institut pengajian tinggi, jelasnya. Nazli berkata, golongan muda perlu dilibatkan dalam kempen Bumi Hijau di peringkat PPK untuk mendedahkan mereka kepada aktiviti pertanian sekali gus menggalakkan mereka menceburi bidang itu secara serius. Katanya, kempen Bumi Hijau boleh dijadikan platform oleh PPK untuk menarik golongan menyertai kegiatan pertanian dengan cara mewujudkan plot-plot kawasan kepada golongan itu di setiap PPK. Sempena pelancaran kempen Bumi Hijau PPK Tanjong Karang itu, Nazli menyampaikan peralatan jentera pertanian kecil yang diluluskan kepada 30 ahli untuk tujuan semburan baja dan racun serangga di sawah.

pengeluaran tahunan sebanyak 800 juta ekor ikan dan menjana nilai eksport mencecah RM300 juta menjelang 2010. Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Junaidi Che Ayub, berkata Malaysia kini adalah pengeluar kedua terbesar dunia bagi ikan hiasan dengan membekalkan hampir 10 peratus daripada permintaan global. Industri ikan hiasan tempatan yang pesat berkembang menghasilkan 679 juta ikan tahun lalu yang bernilai RM192 juta, katanya pada majlis pelancaran tidak rasmi Pameran dan Persidangan Aquafair Malaysia 2008 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang, Selangor, kelmarin. Majlis itu disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed. Malaysia kini membiak lebih 250 spesies yang merangkumi lebih 550 jenis ikan tempatan dan eksotik bagi pasaran tempatan dan dunia. Lebih 90 peratus daripada jumlah pengeluaran dieksport ke lebih 30 negara. Menjelang 2010, Malaysia dijangka menghasilkan lebih 800 juta ikan hiasan untuk memenuhi permintaan pasaran dunia. Junaidi menambah, ikan hiasan dianggap sebagai produk nilai tinggi kerana secara perbandingan, nisbah harga ikan perhiasan berbanding yang dibela untuk sajian ialah 100:1 atau secara purata bernilai AS$1.8 juta setan. Katanya, industri berkenaan menawarkan pulangan menarik kepada pembekal tempatan kerana kos pengeluaran keseluruhan adalah rendah. Tambahan lagi, kitaran pengeluaran agak singkat, iaitu tempoh tidak lebih daripada tiga bulan. Penternak boleh mengharapkan margin antara 40 hingga 50 peratus, sekali gus memberikan pulangan lumayan atas pelaburan mereka, katanya. Aquafair Malaysia 2008 ialah acara dwitahunan kedua anjuran Jabatan
11

Buku Hijau 7
Eksport ikan hiasan mampu jana RM300j Malaysia kini pengeluar kedua terbesar dunia, bekal hampir 10 peratus permintaan global INDUSTRI dijangka ikan hiasan Malaysia mencapai sasaran

Perikanan. Pameran empat hari itu dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 20 hingga 23 November ini dan dijangka menarik lebih 150 peserta pameran dari 10 negara. Matlamat khusus pameran ialah untuk meningkatkan potensi eksport industri ikan hiasan Malaysia, tanaman akuatik dan seluruh rangkaian industri dan perkhidmatan sokongan. Junaidi berkata, Aquafair Malaysia 2008 akan terus meningkatkan keupayaan dan reputasi Malaysia sebagai pengeluar ikan hiasan yang utama di dunia berikutan kejayaan acara pertama pada 2006. Kami berbangga kerana Aquafair 2006 meletakkan Malaysia di persada dunia sebagai pengeksport ikan hiasan yang boleh dipercayai. Kejayaannya telah memberi dorongan kepada kami untuk mengukuh dan memantapkan pertumbuhan industri ikan hiasan dalam usaha merebut peluang baru di arena antarabangsa, katanya.

mata untuk menjadikannya pesta makan buah-buahan, pesta makan kerepek atau karnival ternakan untuk meraikan kejayaan petani sematamata. Perlu diingat bahawa MAHA bertujuan supaya pengunjung dan rakyat Malaysia secara amnya diberi pemahaman mengenai hasrat kerajaan memberi suntikan baru mengenai bidang yang sebelum ini dianggap terpinggir atau hanya industri di belakang rumah. Pameran kali ini dan beberapa acara sebelumnya sebenarnya satu peluang bagi mereka yang berminat dengan teknologi, mekanisasi dan automasi. Teknologi akan selamanya membawa kelainan setiap MAHA diadakan dan pada kali ini antara yang wajar mendapat tumpuan ialah pertanian persis atau perladangan tepat, teknologi fertigasi, sistem pemantauan vesel (VMS), mesin-mesin seperti transplanter, varieti baru tanaman, teknologi pembiakbakaan haiwan dan pelbagai produk berasaskan bioteknologi termasuk kultur tisu. Sebahagian besar kalangan kita terutama pengusaha pertanian mungkin sudah lama berkenalan dengan teknologi-teknologi tersebut tetapi sebahagian besarnya mungkin agak asing dan pertama kali mendengarnya. Mungkin agak keterlaluan jika mengatakan sebahagian besar rakyat Malaysia terutama yang buta teknologi maklumat mengetahui teknologi bersepadu pengurusan ladang menggunakan sistem pertanian persis yang menggunakan teknologi maklumat. Mimos Berhad, sudah memperkenalkan teknologi yang mereka namakan sebagai Sistem Pengurusan Pertanian Tepat yang turut memanfaatkanm teknologi Sistem Mekanikal Elektro Mikro (MEMS) atau pengesan dalam rumah kaca sejak dua tahun lepas. Sistem tersebut memanfaatkan sepenuhnya teknologi maklumat dan
12

Buku Hijau 8
Teknologi bawa kelainan pada MAHA

Berkunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 yang diadakan di tapak kekalnya di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) bermula Selasa lalu sepatutnya menjanjikan kelainan dan keistimewaan tersendiri. Betapa tidak, kunjungan tersebut perlu disertai dengan harapan dan iltizam untuk bertemu teknologi-teknologi baru dan terkini dalam sektor pertanian yang tidak mungkin anda temui apabila berkunjung ekspo atau karnival seumpamanya, di mana pun anda melawat. Justeru MAHA yang diadakan dua kali setahun sejak penganjuran pertama pada 1999 bukanlah semata-

teknologi pengesan MEMS untuk mengurus pertanian secara tepat dengan penggunaan input pertanian secara minimum, mampu meramal hasil serta menjimatkan kos operasi. Selain itu, turut diperkenalkan ialah teknologi fertigasi iaitu penanaman sayur-sayuran khususnya jenis berbuah menggunakan baja dan pengairan serentak di bawah struktur pelindung hujan. Mereka yang berminat dengan teknologi pembiakbakaan boleh menyaksikan sendiri bagaimana demonstrasi mengutip air mani kambing dilakukan. Bagi yang berminat dengan penternakan kambing, mereka boleh menyaksikan beberapa baka yang popular khususnya Boer. Malah pengunjung boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan semasa industri ternakan kambing selain khidmat nasihat daripada pengusaha dan pegawai yang terlibat secara langsung. Selain itu, teknologi penghasilan baka tanaman secara penggandaan seperti kultur tisu juga diketengahkan. Ramai daripada kita telah mengenali teknologi ini tetapi lebih ramai yang belum mengetahuinya. Bagi nelayan, mereka mungkin boleh menyaksikan sendiri sistem VMS untuk memantau vesel mereka di lautan. Teknologi ini penting, sama seperti teknologi pengesanan ikan yang sedang dibangunkan sekarang. Malah hampir semua agensi kerajaan yang mempunyai teknologi yang membantu dan menyokong sektor pertanian termasuk Agensi Remote Sensing Negara mempamerkan kepakaran masing-masing. Pendek kata MAHA ialah platform yang menggabungkan segalanya dalam satu. Selain itu, turut diperkenalkan ialah pelabagi varieti tanaman berasaskan makanan seperti ubi keledek Vitato dan betik eksotika yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
13

Varieti baru buahan-buahan seperti nangka dan manggis , serta jambu air dikenali sebagai Malay apple juga dipamerkan untuk tatapan dan dinikmati pengunjung. Perlu diingat, L e m b a g a Pe m a s a ra n Pe r t a n i a n Persekutuan (FAMA), menyediakan ribuan tan buah-buahan di Gerai Buahbuahan Segar (GBBS) pada kali ini termasuk durian, langsat, manggis, cempedak dan mangga.

PENYELIDIK DAN PENYUSUN AMY Ogos 2008 untuk L6.

You might also like