You are on page 1of 6

Isu-Isu Utama Ekonomi

Disediakan oleh: Mohamad Taufik bin Muhamad Nur 3 PISMP RBT/PJ/BM

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti : Bahasa, Sains dan Ekonomi

Masalah utama yang dihadapi oleh Malaysia penentuan bahasa kebangsaan. Akhirnya Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi dan diharapkan menjadi pemangkin kepada pembangunan

negara dan perpaduan nasional.

Isu bahasa kebangsaan ini telah diperdebatkan oleh sesetengah golongan pada tahun 60-an. Lebih 45 tahun bahasa Melayu diguna pakai akhirnya tanggapan negatif mengenai kemampuan bahasa Melayu telah berubah.

Isu pendidikan menjadi kompleks disebabkan Perlembagaan Persekutuan dan sistem pendidikan nasional membenarkan sistem pendidikan vernakular.

Perlaksanaan PPSMI.
Bahasa Inggeris dianggap mempunyai nilai ekonomi yang tinggi,baik pada peringkat lokal mahupun antarabangsa.

Mereka menganggap Bahasa Melayu adalah sebaliknya. Pertembungan antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ini akhirnya telah menyebabkan penggunaan bahasa mengikut sektor iaitu sektor awam dan swasta.

Bahasa Melayu digunakan dalam sektor awam dan bahasa Inggeris digunakan dalam sektor swasta.

Globalisasi, Ekonomi Malaysia dan Hubungan Etnik

Proses perindustrian yang ingin dicapai oleh negara Eropah Barat selama berabad ingin dicapai dalam waktu yang singkat bagi negara Asia. Kejayaan ekonomi Asia pada tahun 1980-an dan 1990an dipengaruhi secara besar-besaran oleh proses globalisasi iaitu aliran keluar masuk modal asing dan pelaksanaan dasar liberalisasi kewangan.

Akibat daripada aliran keluar modal asing


menyebabkan Malaysia mengalami krisis ekonomi pada tahun 1985-1986.

Krisis Besar Ekonomi 1985 86, 199798 : Implikasi terhadap Usahawan Melayu dan Bukan Melayu

Dampak krisis ekonomi pada tahun tersebut tidak hanya

dilihat daripada aspek saiz syarikat tapi juga aspek


syarikat yang dimiliki oleh usahawan Melayu dan bukan Melayu.

Syarikat bukan Melayu mempunyai pengalaman yang


lebih luas untuk menangani krisis ekonomi berbanding syarikat Melayu.

Syarikat daripada usahawan Melayu ini lahir daripada


Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Penswastaan.

Krisis ekonomi ini telah memberikan gambaran kepada


golongan usahawan Melayu bahawa mereka tidak berkemampuan yang jitu dalam dunia perniagaan

dan perdagangan.

Akhirnya kerajaan Malaysia telah menggalakkan perkongsian bijak antara pengusaha Bumiputera

dengan pengusaha bukan Bumiputera bagi


menghadapi cabaran global.

Perkongsian bijak ini bukan sahaja memberikan

sumbangan kepada kemajuan ekonomi negara tetapi


menjadi pemangkin hubungan harmoni antara etnik di Malaysia.

You might also like